Jnazah orang yg “salah”. Mremang dengr mrk mratap brtahlil. Ank saudara mula cuak, cpt2 ajak pulang.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum, kisah kali ni mengaitkan pengalaman tentang penganut Ayah P1n. Sebenarnya selama ini aku berkawan dengan seorang anak yang keluarganya mengamalkan ajaran ayah p1n.

Nak diceritakan kisah sebelum mengetahui tu banyak sangat. Tapi kali ni aku ambik plot plot yang terjadi sewaktu dari mimpi sehingga hari kem4tian ayahnya. Pada satu malam, aku didatangi mimpi bercakap dengan seorang pakcik yang berkulit gelap macam India dan berbulu, seorang driver lori.

Dalam mimpi tu aku berkata padanya, “Pakcik, seminggu lagi pakcik akan m4ti”. Dia diam sahaja. Selapas mimpi, aku terjaga. Aku memikirkan siapakah pakcik tu. Aku rasa terlalu kenal tapi aku tidak ingat siapakah gerangangnya. Selang seminggu kemudian, aku dikhabarkan berita tentang kem4tian ayah kawan aku.

Lalu aku bergegas pergi kerumahnya ditemani seorang kawan perempuan. Sampai dirumah aruwah, suasana rumah tu bukan seperti orang mennggal. Keadaan di halaman rumah dalam keadaan bersuka ria, gelak ketawa. Aku merasa hairan. Aku melangkah naik kerumah aruwah. Dan saat memijakkan kaki ditangga, aku mula rasa tidak sedap hati. Seakan dilihat semua mata mata yang ade.

Aku memandang ke belakang, ternyata benar sangkaan aku. Aku tidak hiraukan mata mata itu dan terus melangkah baik. Semasa aku sampai kemuka pintu aku mendengar suara sang anak perempuan menangis sekuat hati. Lantas aku memberi salam dan merasakan dinding rumah itu bergoncang. Aku merasa terkejut dan budak perempuan yang menangis itu terdiam tersentak.

Aku terpinga pinga disebabkan kejadian itu. Kawan aku memandang aku kehairanan. Aku abaikan ape terjadi. Aku memandang jnazah yg sudah dikapankan didalam keranda. Aku merasa pelik. Ya Allah, kenapa diletakkan didalam keranda. Kebiasaannyaaa kalau masa masa ziarah jnazah diletakkan diatas tilam. Aku terus pergi mendekati isteri aruwah.

“Makcik, saya nak yasin”. Makcik tu tersentak. Aku terkejut, kenapa makcik ni tersentak dengan pertanyaan aku?. Makcik tu kabur selang beberapa minit kemudian. Datangla dua keping naskah yasin untuk kami berdua. Aku duduk dikepala jnazah dan membuka bacaan dengan bismillah. Masa aku habiskan bismillah, aku disapa angin dalam rumah.

Bau wangi. Lantas aku memandang kawan aku dengan bahasa isyarat angguk kepala seolah olah bertanya ape? Kawan mengangkat bahu memberi isyarat tak tahu. Masa aku bercakap tu, aku memandang seorang makcik tua keluar dari kelompok manusia yang diatas rumah. Macam fatamorgana diatas jalan tu, berjalan menuju kearah kami.

Aku diamkan diri menyambung bacaan yasin. Dia bercakap dengan kawan perempuan aku. Tetapi aku tidak mendengar ape yang mereka bualkan. Menurut kawan aku, dia tanye, “Ada tak yasin besar nak, makcik nak baca”. Kawan aku menjawab, “Yang besar ada, yang kawan ssya tengah baca itulah makcik”.

“Takpelah makcik baca hafaz sahaja”. Kami bertiga bacalah yasin tersebut sampai habis. Setelah habis aku mengundur diri turun bawah. Melihat gelagat orang kampung tu. Sebentar kemudian datang bos aku. Yang sebenarnya bos kawan aku yang kem4tian ayah tu. Datang naik atas rumah. Menurut kawan perempuan aku yang sedang baca yasin, bos tu berkata, “berani ye baca yasin sorang sorang”.

Kawan aku terdiam dan terpinga pinga. Sedang kan dia baca yasin dengan seorang makcik. Setelah selesai baca yasin, tetiba kedengaran suara orang kampong, “Doh marilah kita angkat jnazah nih. Lama lama tak elok”. Aku memikirkan, jnazah ni dah disembhyangkan ke belum. Menurut pengalaman aku, jnazah dibawa ke kbur selepas solat.

Tapi, tiada solat tiada ape angkat keranda terus berjalan ke kbur. Hairan. Berbagai bagai tanda tanye aku dalam kepala. Dan siapakah makcik yang mmbaca yasin bersama aku tadi… Pada sebelah malam dirumah aruwah. Aku berkira kira semasa tu isyak sekitar jam 820 malam, aku bertolak dari Bukit Payong ke Manir sekitar setengah jam.

Jadi aku turun dalm 750 dan sampai area kampung si A (anak aruwah) sedang molek solat isyak dan dalam pukul 9 tahlil. Sesampai di sekitar kampung tu aku solat isyak dan bergegas pergi kerumah aruwah. Sampai di rumah aruwah, sangkaan aku meleset. Rupa rupanya orang dah start tahlil. Ehhhh… awalnyaaaa dalam hati…

Selepas parking dalam 30 meter dari rumah aruwah aku mendengar zikir. Kepala aku seaakan membesar seperti saiz bola sepak. Besar meremang dengar zikir dia…. Bercakap dengan ank saudara aku…. Zikir ape niiiii…. Ya allah… mengucap istigfar beberapa kali. Anak saudara dah mula takut, mengajak balik, aku cakap tak bolehhh… Kita hadapp…

Aku pun turun dari kereta. Aku baca ayat kursi menyapu seluruh badan. Sebagai pelindong diri… Semasa sampai ditangga, alunan zikir diorang semakin kuat meratap.. Hahh hahhh hahh hahh hahh hahh hahh …. Dengan semangat diorang berzikir. Aku tidak tahu ape maksud ‘Hahh’ tu…

Aku bagi salam dengan nada kebiasaannya. Tetapi. Suara yang keluar seakan laungan azan masjid. Kuattt bergema sampai rumah seakan bergegar. Aku kaget sendiri mendengar ucapan salam aku. Keadaan dalam rumah yg sedang berzikir senyap sunyi sepi. Aku naik dan duduk di beranda.

Tiba tiba semua orang angkat tangan berdoa. Ehhhhh dalam hati, “dah doa? Cepat pulak doannya….” aku ikutlah menadah doa. Tiba masa orang angkat makanan. Sekali lagi, Semasa ucapan bismillah. Suara aku lantang seperti suara di speaker masjid.. BISMILLAHIRAHMANIRRAHIMMMMMMM….

Aku sendiri terkejut dan orang sekeliling aku melihat. Anak saudara aku bertanya, “kenape kuat sangat…?”. Aku malu dan berkata, “Tak tahuuuuu….” Makanlah aku seperti biasa. Habis semua aku balik. Aku bercakap cakap dalam kereta akan kejadian tu. Sampai di kampong wakaf beruas dan masa tu masih lagi ada kedai mc gever( kedai chikeng chop).

Aku bercakap dengan anak saudara, “Pokbey lapo la”. “Aikkk…kan tadi dh makan”… “Tak tahulaaa. Lapor sangatt rasenye”. Masa aku sampai area kedai, aku terpandang sepasang suami isteri duduk dimeja berdua depan kedai. Dengan air kopi berasap secawan. Mereka melihat kereta aku dari hendak parking sampai aku parking dan masuk ke kedai.

Melihat juga aku makan. Sampai aku keluar naik kereta balik mereka masih memandang. Sedangkan air kopi yang diatas meja tu sedikit pun tidak sejuk dan masih berasap. Aku kehairanan. Kenapa makcik dan pakcik ni pandang aku semacam… Aku pun memandu pulang kerumah dalam keadaan sangat letih otak memikirkan ape yang berlaku pada hari tu. Dan aku terus tido.

Dalam mimpi aku didatangi sepasang suami isteri tadi. Dia berkata, “Nak, mulai esok kamu kene puasa lima hari dan solat sunat taubat. Sebab kamu dah pergi rumah orang yang salah. Kamu baca yasin pada orang yang salah, kamu makan makanan kotor”. Aku memandang perempuan ditepi lelaki tu.

Rupanya itulah perempuan tua yang datang bersama aku semasa baca yasin bersama kawan aku tempohari. Keesokan harinya aku pun buatlah seperti ape yang dipesan. Tamat. Kisah kali ini…in shaa allah aku coretkan lagi kisah2 aku… Mekaseh semua….. Apa yg terjdi semua ini adalah izin dari Allah..

Sesunguhnya yang Benar adalah semuanya benar. Kisah ini terjadi masa tahun 2007 kalau tak silap, dan berlaku di kampong tepoh, Manir , Terengganu. Maaf kalau gaya bahasa kurang faham dan pening. Baca teliti. Dan fahamkanlah sendiri…hahahahaha

Sumber – Mohd Zubir Jaafar via Fiksyen Shasha Group