Gaji aku hy 900. Aku tanggung keluarga lepas mak bcerrai. Aku hadap sorang2 walaupn semua dah besar pjg.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Aku seorang anak perempuan didalam keluarga yang suka membazir. Di sini aku kenalkan diri aku sebagai Yaya.

Aku berusia lingkungan 20 an dengan gaji sebanyak RM900 setiap bulan. Aku mempunyai emak dan 6 orang adik beradik lagi. Abang aku bakal berkahwin tidak lama lagi. Adik adik aku 2 orang perempuan dan seorang Lelaki. Seorang adik perempuan mnghidap PTSPD iaitu sejenis penyakit ment4l selepas mak ayah bercerrai.

Seorang lagi adik pula terus menjadi bisu tidak mahu bers0cial dengan dunia luar semenjak mak ayah bercerrai. Dan seorang lagi adik lelaki. Beliau susah tidak kesekolah kerana sering dibuang sekolah sebab terlibat masalah disiplin. Adik lelaki tidak mempunyai apa apa kerja.

Kerja nya hanyalah minum b3er, m4buk, bergaduh, lumba motor dan akhir sekali balik rumah minta wang dekat mak. Mak? Terpaksalah beri wang kepada adik setiap Hari kerana tidak mahu adik melakukan jnayah. Ayah? Dia seperti chips more. Kadang muncul kadang hilang. Nafkah anak? Mula mula RM1500. Bbrpa bulan kemudian RM1000.

Kemudian berkurang kepada RM700. Kemudian RM500. Jadi begitulah kitaran nafkah ayah kepada anak anak. Anak anak mana? Anak perempuan termasuk aku yang belum brkahwin dan adik lelaki aku. Dengan RM500 tulah tanggung hidup kami 5 beradik. Tapi bukan hal itu yang aku nk ceritakan.

Ceritanya begini. Aku dalam dilema antara diluah m4ti emak dan ditelan m4ti bapa. Aku gaji RM900. Di rumah ini ada 6 orang termasuk mak. Setiap bulan ini bil bil rumah aku, Air – RM500, Api -RM500. (Biasanya aku dan emak brgilir gilir bayar. Tetapi emak akan bayar ansur ansur RM100 sahaja, aku? Akuu terus lum sum. Tetapi setiap bulan bil tetap RM500)

Maintenance rumah – RM250 (Biasanya mak bayar guna wang nafkah ayah, atau guna wang JKM mak)

Loan rumah – RM750 @ RM450. (Loan rumah biasanya aku bayar menggunakan wang nafkah ayah sebab ayah cakap duit nafkah ini RM500 untuk bayar rumah jika tidak bayar bank sotong akan sita rumah).

Masalah aku

A) Gaji aku kecik.. aku tidak mampu untuk bayar semua bil. RM900 tuu termasuk makan minum tambang bas ke tempat kerja, wang emrgency, duit belanja dapur. Mak sudah mula bising aku tidak memberi wang bulanan kepada mak. Aku hanyaa beri untuk belanja raya. Bukan aku tidak mahu beri, Tetapi ibu mahu RM200.

Mana nak dapat jumlah RM200? Aku masih membeli segala keinginan dan keperluan ibu setiap bulan yang Mana jumlah itu cecah lebih RM200. Jika aku beri RM200, mak masih mahu aku belikan keperluan nya. Untuk setengah orang mungkin masalah ini remeh. Tetapi tidak bagi aku. Mak aku lain. Jika tidak dipenuhi pasti berbakul bakul m4kian yang aku perlu telan..

B) Adik beradik aku suka duduk didalam bilik air lama lama. Dan suka mngunakan air dalam jumlah yang banyak. Aku str3ss !!! Setiap bulan bil air RM500. Apabila aku tegurr mak marah marah. Mak back up adik beradik. Jadi aku str3ss sangat. Ada kawan kawan nasihat minta tegurr ibu, Tetapi aku sudah buat semua ituu.

Tetapi setiap bulan bil air masih RM500. Jadi jika tidak bayar akan tertunggak. Jika bayar ansur ansur akan tertunggak juga. Akuu tidak tau apa lagi cara mau kurangkan penggunaan air didalam rumah aku. Yang menjadi mngsa bayar bil air? Aku lah!! Jika tidak? Mak akan marah marah bil tinggi. Mak cakap mahu jumpa pengarah air untuk bincang isu ini, entah la. Akuu buntu.

C) Bil eletrik. Setiap bulan RM500 bil api. Tinggi bukan? Ya amat tinggi. Adik beradik aku suka buka lampu Ketika tidur malam. Lampu bilik la, lampu bilik air la, lampu dapur la. Str3ss aku !! Selain itu dirumah ada 2 peti ais, 2 freezer. Tiada apa apa kepentingan pun cuma mak cakap kalau mak dah tiada boleh buat modal adik beradik meniaga.

Aku amatlah tertekan dengan sikap mak ini. Freezer dan peti ais penyumbang utama kenaikkan bil api dirumah. Sudah berbuih mulut menasihati, tetapi akhir nya salahh aku yang dicari. Jadi setiap bulan jika aku membayar bil api RM500 gaji aku tinggal RM400. Begitulah sebaliknya. Aku str3ss!!

Jika aku berkeras hati tidak mahu bayar, nanti mak guna wang JKM bayar secara ansuran tetapi bil bulan depan pasti meninggi. Dan kemudian mak akan marah marah dan tidak bercakap dengan aku kerana marah wang bantuannya digunakan untuk bayar bil. Wang bantuan mak cuma RM300. Kerana mak kategori pes4kit kr0nik dan ibu tunggal.( Mak ada str0k dan diagn0sed peny4kit n4rcist )..

4) Belanja dapur. Cukuplah aku bercakap bahagian aku. Ya, apa apa saja makanan dibeli pasti habis dalam Masa sehari atau seminggu. Dirumah aku semua orang dewasa. Aku str3ss kerana tidak dapat mengawal makan minum keluarga. Belanja untuk makan minum RM300-500 sebulan. Mahalnya? Ya.

Begini kira kira belanja rumah aku :

1) Pasar pagi : RM250 × 2 Kali sebulan

(Ayam, ikan, sayur, buah, snek, makanan kering ) kenapa RM250? Ayam 3 ekor, ikan 5-6 kilo. Buah? Bermacam macam jenis, sayur? Lagi banyak lah. Kenapa? Mak cakap rumah ramai orang.

2) Pasar raya besar : RM150-250 × 3-4 kali sebulan.

Macam biasa lah beli ayam ikan sayur buah, makanan kering.

3) Makanan hipster × 4 kali seminggu.

(Kek secret recipe, ayam KFC, burger macdonald, dan. Bla bla.. jika aku tidak membeli, emak dan adik adik akan palau aku selama berbulan2)

5) Hari raya? Mak akan belikan adik adik 3 orang itu pakaian. Aku dan abang? Mak cakap kami dah kerja jadi pandai pandai lah. Dan kalau mak belikan pun pasti baju aku bawah RM100. Baju adik? RM200-RM500. Tipu? Terpulang. Tetapi ini yang aku lalui.

Dirumah aku, mak didik kami dari kecil untuk habiskan makanan dalam masa sehari. Mak cakap takpa makan saja, esok esok adalah rezeki lain. Dan hasil nya? Belum tentu esok tuu ada rezeki. Apa saja makanan pasti habis cepat. Aku str3ss sangat kerana selalu ikat perut ditempat kerja, tidak boleh berfesyen seperti kawan kawan lain.

Semua yang aku mahu semua terhalang kerana aku menanggung keluarga. Umur aku sudah ke hujung hujung 20an. Tetapi aku tiada apa apa. Yang pasti setiap hujung bulan pasti mak marah marah tiada apa mahu dimakan. Abang aku? Dia hanya menyara diri sendiri saja.

Dia kerja dan mampu membelikan apa apa saja keperluan dia seperti baju, makanan, vape, keluar dating. Dia juga sudah muak dengan sikap keluarga ini yang suka boros dan membazir. Dia sudah tidak menyara kami sejak 3 tahun sudah.BAku? Baju dalam pun sudah 4 tahun guna. Itupun hanyaa 2 helai saja. Baju baju lain?

Hanya mengharap kawan kawan aku bagi. (Aku ada kawan kawan yang suka bagi baju). Oh yaa kenapa gaji RM900? Kerana itu saja pekerjaan yang dekat dengan rumah. Mak pes4kit kr0nik jadi jika dekat jika jadi apa apa senang la aku pantau. Tapi tidaklah dekat sangat. Cuma perlu wang tambang dan wang makan ditempat kerja. Bagaimana ya? Aku cuma mahu wang hasil penat kerja untuk aku guna sikit pun jadiklah. Tetapi akhirnya? Hmmmm.

Aku sudah berkerja hampir 3 tahun.Tetapi tiada saving apa apa. Takaful pun tiada. Mohon ada pendapat yang bernas ya. Semoga kalian dimurahkan rezeki. Bagi pendapat kepada aku bagaimana 6 orang dewasa perlu tinggal dengan bil yang rendah dan makanan yang tidak perlu dibazirkan. – Yaya (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Luna Zura – Pertamanya, cara hidup mewah perlu dikurangkan. Mewah ni maksudnya Secret Recipe tu la. Dahulukan keperluan lebih dari kehendak. Jangan telampau didulur. Cuba kasi jera sekali sekala. Ya. Memang kan bising la pada awalnya tapi nanti dorang faham juga.

Kerja sampai 24 jam pun tak kemana kalau cara hidup tak betul. You’re still young. Jauh perjalanan lagi. Takkan nak kerja gaji RM900 sampai bila bila. Esok lusa bajet hidup makin bertambah lagi. Saya faham juga tu kalau ibu ibu begitu. Tapi ibaratnya kamu ketua keluarga sekarang so kena tegas. Doa banyak banyak buat ibu ya.

Adibah Solehah – Hmmm.. pindah je lah buat sementara ni. Biar dorang merasa air tu kena potong, api kena potong, berlapar. Pepandai lah dorang nnti.. Menda macam ni, kalau tiade tindakan selagi adik masih support, selamanya lah sama je keadaan tu. So adik, selamatkan diri adik dulu. Simpan untuk diri sendiri.

Bagi duit bulanan dekat mak ikut kemampuan je. Since kes ni bukanlah terdesak, tapi banyak pembaziran berlaku. tambah kalau mak marah marah nak pindah, cakap kat mak, saja nak tunjuk macam mana keadaan kalau adik ni takde. Sape lah yang tolong cover ni semua. Biar semua orang sedar dan insaf.

Hidayah Ilmi – Serius tak paham kenapa kebanyakan ibubapa terlalu memanjakan anak lelaki dan membiarkan anak perempuan untuk jadi berdikari dengan serba serbi kena buat. Sampai kan kerja memanjat, mengangkat barang berat takkan disuruh anak lelaki. Mesti anak perempuan juga yang kena buat. Sebab tu terlalu ramai wujudnya lelaki yang tidak faham erti tanggungjawab….

Tolong laa mak mak bapak bapak sekalian.. Tolong laa ajar anak anak lelaki dari dia masih di bawah tanggungjawab anda. Tengok dalam confess ni, terang terang mak mak biarkan anak perempuan yang bekerja menanggung keluarga sedangkan ada anak anak lelaki…

Sebab tu kebanyakan confess cerita tentang sikap lelaki yang tidak bertanggungjawab. Aku merayu pada bangsaku mohon laa sedar tentang perkara ni. Jangan biarkan anda melahirkan lelaki yang tidak bertanggungjawab…

Khairun Nazihah – Betul lah, diluah m4ti emak, ditelan m4ti bapak. Taknak ditolong, awak juga yang stress bila berhutang dan tertunggak bil, bukan mereka. Taknak ditolong, tapi mereka mak dan adik beradik. Nak pindah, kasihan pula mak s4kit. Allahu.. Hebat awak. Bersemuka lah sis. Luahkan segala galanya, jangan dipendam, paksa mereka dengar. Saya doakan agar urusan awak dipermudahkan dan awak bahagia dunia akhirat.

Sumber IIUMC