“M0nster dlm diri mcm dh sbati”. Anak2 abis aku tengking. Suami mcm xde je. Tiba rasa nk bebas.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku dah hampir 12 tahun kahwin. Ada 2 anak, lelaki semua. Beza jauh anak ke-2 dari anak sulung. Bila dah lama kawin ni aku rasa makin bosan, fed-up, aku letih jaga anak, urus rumah.

Lepas 6 tahun kahwin aku mula t3ngking anak, semua dah sebati dengan lidah aku. Bukan aku tak tanam azam nak berubah. Kejahatan dalam badan aku lebih kuat dari aku. Bukan aku tak solat, tak cuba bangun malam, tak berzikir, tapi m0nster dalam diri aku dah sebati dengan aku. Hebat sy4itan pergi tinggalkan badi. Tak perlu susah2 sy4itan bisik sebab aku auto trigger semua benda.

Perubatan islam? Dah.. Solat? Ya aku solat 5 waktu. Akulah termasuk orang2 yang solat tapi rugi tu. Yela dengan perangai sy4itan aku. Lagi satu aku dah tak nak mengharap apa2 dah kebaikan. Ye aku tahu aku hamba. Tapi hati aku keras. Aku ni buat apa apa semua nak perfect. Kalau tak sampai target aku memang aku akan meng4muk.

Bab aku dengan anak, aku penat belembut tapi anak aku masih mencuri, slow talk tiap2 malam sampai sekarang. Bertahun dah haaa.. mencuri la kau nak.. emm result masih sama. Anak ke 2 aku even kecik tapi lasak rosakkan barang. Maybe ikut perangai aku sebijik. Syabasss.. sama jugak anak sulung aku. Kalau aku tak bagi henset meng4muk lempar barang.

Hahaha.. Anak oii.. kau paksa aku bagi apa kau nak, tapi kau bagi apa aku nak? Aku berlembut suruh solat? Mau berjuta kali sampai aku angkat rotan baru kau nak buat. Aku suruh kau siapkan homework kau keluar main tak ingat rumah, ehh, demand kau ehh.. Pinggan sendiri kau letak ja merata 1 rumah. Nasihat sejuta kali pun tak lekat.

Ehh. Melampau.. Ni aku baru ja hempuk remote baru beli sebab anak aku yang ke 2 penyek dengan basikal. Baru nak rehatkan badan abih rosak mood. Remote hilang pun cukup buat aku meng4muk hancurkan barang dalam rumah. Aku penat pesan letak barang pada tempat. Sama ja peel anak aku dengan laki aku. Jenis tak kisah rumah bersepah. Ye aku tahu anak orang lain pun macam ni jugak.

Tapi penerimaan diri aku la. Sifat sabar memang tak ada dalam diri aku. Memang takda. Anak2 dan laki aku ni korang ingat aku hamba, kerja masak basuh lipat kemas rumah ja? Aku fedup buat kerja yang sama hari2. Aku sejenis tak mampu nak jadi suri rumah pun. Aku kerja jugak oiiii.. keja aku pun bertimbun since kerja dari rumah.

Duduk di rumah lagi serabut dari duduk di tempat kerja. Eh laki aku tiap2 petang ko pegi main bola? Aku nak kayuh indoor basikal pun anak dok nangis tepi aku. Langsung tak dak life. Nak ajak kuar?? Malam2 baru nak kuar cari barang? Aku nak pilih barang pun tak sempat kedai dah nak tutup takpun kalut2 ajak aku balik. Ehh.

Pastu semua kerja sekolah anak aku hadap, mengaji al-quran pun aku jugak. Kenapa tak hantar kat rumah orang? Sebab tak ada yang buat kelas mengaji. Ada pun jauh. Kang aku jugak pegi amek pegi hantar. Lagi tambah penat aku. Lagi pulak si anak ikut kepala dia nak mengaji dengan aku jugak walaupun aku hentam teruk2 sampai nangis bila salah baca.

Rasakan. Sapa suruh nak mengaji dengan aku. Aku pulak tak boleh salah baca. Eh.. aku boleh baca quran ikut tajwid. Tapi aku perangai sy4itan kan? Pelik kan? Aku serius fed up dengan life aku. Dari kecik hidup susah. Aku pun teringin nak hidup senang. Nak apa semua aku bleh beli. Bukan nak kereta, barang makeup atau barang kemas.

Aku tak minat semua tu. Cukupla bila aku nak makan apa, baju apa aku boleh beli. Ni gaji aku aku abadikan untuk rumah dan anak2 aku. Laki aku? Ada la bagi nafkah tu tapi tak la tiap2 bulan. Biasanya aku topup duit laki aku. Aku dah tak harap duit laki aku untuk belikan aku baju atau bedak aku. Buat patah semangat ja. Pajak barang kemas aku lagi ada.

Better aku tak dak langsung barang kemas even seurat. 1 lagi perangai buruk aku aku benci masak. Aku sungguh tak suka masak. Rimas bila dok dapur. Gaji aku banyak abih untuk makan. Lebihnya mak ayah dengan barang rumah mak ayah aku. Simpanan wajib tetap ada sebab aku dah tak harap ke laki aku. Kang anak2 aku nak sambung belajar nak cekau mana? Waktu emerg3ncy?

Haaa.. simpanan aku tu la. Laki aku tak tegur aku ke? Aku harap sangat dia bagi perhatian bila aku penat, tenangkan aku bila aku tengah memuncak. Biarkan aku berehat dengan tenang. Tapi cuma harapan. Aku rasa laki aku pun dah fedup dengan aku. Sebab kadang kala mulut aku ada rendahkan laki aku.

Yela. Nafkah zahir dan batin ke laut. Kadang bila aku jadi alim kucing aku cakap baik2, tak kisah, kadang bila tengah marah kuar jugak memacam. Baiknya laki aku ni dia tak angkat tangan. Laki lain aku rasa nak cerrai dah kalau ada bini sy4itan macam aku. Kadang aku nyesal kawin dan beranak. Ye.. aku tau tak baik menyesal. Berd0sa.

Tapi bila dah rasa hidup aku ni kosong aku rasa nak tinggalkan anak2 aku. Aku nak bebas. Nak pergi keja balik keja, tengok tv, duit pun boleh simpan. Tak payah fikir yuran, upah ngasuh dengan anak menempek nak susu badan. Rimas asyik melekat siang malam. Ye aku tau bila dorang besar nanti aku boleh bebas. Ye aku tau apa yang aku buat sekarang ni mungkin anak aku buat pada aku balik.

Ye aku tahu duit tak boleh bawak masuk kbur, Aku boleh fikir. Aku nak jadi baik, aku bukan tak pernah cuba. Aku cuma dah tak mampu nak lawan hati dan minda kotor aku. Aku dah penat. Aku lemah dan Aku BENCI YANG AMAT DENGAN DIRI AKU! Aku isteri yang kurang ajar, ibu yang jahat. Aku tak layak jadi isteri sesiapa atau ibu untuk anak2 aku. – Isteri/Ibu dari Ner4ka (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Ida ramli – Kesiannya… Macam org lain suggest tu, puan perlu dptkan bantuan. Cuba buat ujian DASS, result tu boleh print dan bawa jumpa doktor. Maybe dr situ, boleh tahu sejauh mana keseriusan masalah ni dan boleh dibantu. Dan puan juga perlu kawan utk meluah perasaan. Maybe boleh cerita pada emak, adik2 atau kawan2 yg dipercayai.

Lagi 1, WFH ni pun mmg buat kita str3ss esp when u’re in mgt line /superior. Kadang2 rasa bercabang otak. Lagi kt rumah nak kena suap anak makan, nak masak lagi, nk tgk anak belajar online lagi dan mcm2 lagi. Kadang drag smpai tgh mlm still duk depan laptop.
Mmg berat. Apa pun sy doakan puan boleh hadapinya. InsyaAllah, selagi puan masih patuh utk solat, ada jalannya. Jgn risau.

Noor mastura mas – I feel u sis..smua Sama.. penat yakmat .. solat x tggl… workaholic.. gaji bayar rumah kereta pengasuh Susu pampers.. penat sgt2 n xde life..balik keje, rumah plak nak kna settle..lama2 fikir sampai bila nak jadi mcmni.. Saya ambik cuti… hantar anak kat pengasuh mcm biasa. silent hp lpstu tdo sepuasnya..xyah masak.. beli je..baju hantar dobi..ada baki 2 jam lagi tu..

g shopping tak pun g la mana2 tempat makan.. relax..jam 6 ambik ank..lama2 life jadi ok.. refresh..tukar2 la..mggu 2 mggu lpstu g gunting rambut cuci rambut..urut2…just nak feel free..sayangi diri sndri n jgn der4 ank2…tapi saya ada dugaan berat..saya bertahan tapi sampai bila…

saya berpisah ngan suami n now…my life better Allah sayang hambanya yg bersyukur atas segala ujian…merungut tak Salah tapi jgn sampai salahkan takdir n menidakkan ujian dari Allah.

Mashitah mashie – For those yg suruh tt bersyukur lah apa semua tu..korang semua xbca dgn Mata hati sy rasa…Cuba korang fahami balik APA yg tt sampaikan.. Sy rasa tt ni dah burnt out tahap langgar tembok tembus ke bangunan sebelah dah ni..Sian sgt rasa.. Everything dia kena buat sendiri..juz like ibu tunggal..suami langsung xjlnkn tanggungjwp as a husben & as a bapak…

pttnya dia yg lead family tu..tp Malangnya dia biarkn isteri buat semua bnda..ank2 jd gitu sbb dah terbiasa tngk contoh yg bapak diorg tunjuk..em0si ibu tu tercedera..cmna nk layan ank2 dgn baik?? To tt..awak perlukn bantuan + keluar dr t0 xic relationship begitu..xguna terus jd lilin yg menerangi semua ruang..sedangkn Hari demi hari awak mkin musnahkn diri awak sendiri

Hayati jab – Anak2 masih kecil mmg penat. Nak pula suami x membantu. Sabar puan, anak tiada sesiapa selain puan. Puan sahajalah tempat bermanja. Nak harap org lain jaga? Sekejap2 bolehlah.. Jagalah anak puan semampu boleh. Beli ke masak ke.. Xkisah. Asalkan mereka makan 3x sehari. Nanti anak dah besar sikit, insya Allah ok. Ajar mereka berdikari. Ajarlah mereka apa yg puan mampu. Sayangilah anak2 puan.

Tindakan puan menyimpan mmg bagus. Simpanlah utk kecemasan, kehendak (beli brg yg diidam) pendidikan anak. Laki puan tu xtahulah nak komen apa. Cukuplah ada dua anak sahaja. Merancanglah. Klau suami jenis membantu dan bertanggungjwb ke atas nafkah, ada 5-10 anak pun xapa. Semua keputusan di tangan puan. Harap yg terbaik utk masa depan puan.

Sumber IIUM