“Buka Fb boleh dpt duit ke”. Puas mertua mmendam. Rasa ditipu, tapi xtahu nk terang.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Maaf kalau coretan ini sedikit mengganggu. Saya bukan nak cerita hal saya, tetapi cuba membantu keluarga bapa saudara.

Kami dibesarkan di kawasan Felda. Siapa yang pernah membesar di kawasan Felda pasti faham benar bagaimana kehidupan di sini. Dipendekkan cerita, keluarga saya dan bapa saudara (saya gelar sebagai Pak Lang) tinggal berhampiran. Hubungan keluarga kami sangat rapat. Pak Lang umpama bapa sendiri. Anak anak Pak Lang bagai kakak saya juga.

Baru baru ni, saya ada pulang ke kampung. Lama tak bertemu Pak Lang, macam macam cerita dia kongsi. Hinggalah dia terbuka cerita anak sulungnya, saya panggil Kak Long. Kak Long berkahwin ketika saya masih di sekolah rendah. Saya tak kenal suaminya tapi dari cakap cakap keluarga, katanya suami Kak Long (saya gelar Abang Man) adalah selebriti.

Tak pasti selebriti apa. Ketika itu, saya tidak masuk campur sangat urusan orang dewasa. Ya lah ketika itu saya budak lagi. Namun, sekarang kalau tak silap hampir 11 – 12 tahun berlalu. Pak Lang mula buka cerita. Pak Lang tanya saya mengenai v4ksiin dan sekolahkan anak di rumah. Pak Lang tanya juga boleh ke kalau bukak Fb setiap hari boleh dapat duit?

Eh peliknya soalan Pak Lang ni? Pak Lang tanya, betul ke dalam v4ksiin tu ada kandungan tak elok? Saya hanya jawab berdasarkan apa yang saya baca dan belajar (saya graduate bidang sains). Ada juga baca jurnal sains dan ikuti rapat perbincangan mengenai vaksiin. Hasil penerangan saya kepada Pak Lang nampaknya Pak Lang faham.

Bab homeschool tu Pak Lang tanya, boleh ke sekolahkan anak kat rumah? Saya jawab kalau ikut peraturan KPM, kena hantar anak ke sekolah. Kalau ibu bapa mampu sekolahkan anak kat rumah kena ikut silibus yang ditetapkan. Bukan boleh ikut sesuka hati dan masih perlu duduki peperiksaan.

Pak Lang tanya, boleh ke kalau ajar anak baca Quran je tak payah belajar subjek lain? Saya jawab lebih baik belajar kedua duanya, ilmu dunia dan akhirat kena seiring. Kita belajar Matematik dan dalam masa sama belajar juga Quran dan hadis, itu lebih baik. Kalau kita hanya pandai baca Quran saja, macam mana nak bersaing dengan bangsa lain yang handal Sains atau Fizik?

Kita juga yang rugi tiada orang Islam yang pakar nak cipta pelbagai teknologi. Pak Lang diam. Lama juga Pak Lang termenung. Saya masih tak faham kenapa Pak Lang tanya soalan soalan ni. Tak lama lepas tu Pak Lang sambung cerita. Pak Lang cakap dia tak tahu nak buat macam mana dengan keluarga Kak Long. Anak anak Kak Long tak hantar sekolah sebab Abang Man nak sekolahkan anak di rumah.

Abg Man kata tak percaya cikgu mengajar. Tapi setahu saya Abang Man pun bukan seorang graduan. Maaf saya bukan nak mengh1na ya. Tapi saya rasa Abang Man sepatutnya tahu kemampuan dia yang tidak layak mengajar. Silibus zaman sekarang tidak sama macam tahun 80an 90an dulu. Jadi, saya tak rasa Abang Man tahu perubahan tu. Kak Long belajar hingga SPM saja dan lepas habis sekolah Kak Long hanya kerja kilang.

Lepas kahwin dengan Abang Man, Kak Long berhenti kerja. Masa cerita tu, nampak air mata Pak Lang bergenang. Mungkin sedih fikirkan nasib cucu. Saya pun dah lama tak berjumpa Kak Long dan anak anak. Mereka jarang balik kerana Abang Man selalu sibuk. Saya tak pasti Abang Man kerja apa sekarang.

Pak Lang tanya lagi, betul ke buka Fb boleh dapat duit? Saya tergelak juga dengar soalan Pak Lang tu. Saya jawab kalau orang berniaga memang ya boleh buat duit dengan Fb. Tapi kalau setakat buka Fb untuk baca status orang atau buat status cerita makan apa hari ni rasanya tak dapat duit. Silap silap dapat kec4man je.

Pak Lang cakap dia pernah tanya menantu dia (Abg Man) kerja apa. Abg Man jawab kerja Fb. Ada ke orang kerja Fb? Saya jawab memang ada. Fb tu satu syarikat. Fb Malaysia pejabat di KL Sentral. Tapi saya tak rasa Abg Man kerja di situ. Perbualan saya dan Pak Lang terhenti di situ. Saya balik rumah dan tanya pada mak mengenai perbualan saya dan Pak Lang.

Mak saya pula buka cerita. Mak cakap Pak Lang dan Mak Lang dah lama memendam rasa. Mereka rasa macam kena tipu dengan menantu tapi tak tahu macam mana nak cakap. Ya la Pak Lang Mak Lang orang kampung belajar tak tinggi. Bila Pak Lang tanya soalan mengenai sekolah cucu, ada je jawab si menantu.

Siap ayat Quran dan hadis diberi untuk kukuhkan alasan dia tak hantar anak sekolah. Bab vaksiin pun begitu. Bila tanya bab kerja, dia jawab kerja Fb. Selalu buat live kat Fb sebab banyak permintaan peminat nak tengok muka dia. Hehehe. Datang adik saya tunjuk Fb Abang Man. kalau tengok kehidupan yang ditunjuk dalam Fb tu nampak gaya Abang Man ni memang tak kerja.

Sentiasa ada di rumah. Setiap hari berpuluh puluh status dia tulis. Yang paling lucu Abang Man juga lantang cerita mengenai isu bumi. Sudah tentu maklumatnya salah. Tapi seperti biasa dia sulamkan dengan ayat Quran yang dia tafsir sendiri. Nauzubillah. Jika nak cerita mengenai perihal Abang Man rasanya tak boleh habis.

Tujuan saya menulis di sini adalah untuk meminta bantuan kawan kawan di sini mengenai beberapa perkara. Jika budak keciciran pelajaran (tidak bersekolah), apakah prosedur yang perlu dibuat? Adakah atuk atau nenek berhak ambil alih penjagaan cucu walaupun mak ayah hidup lagi?

Adakah mak atau ayah boleh minta si menantu serahkan semula anak mereka sebab memang jelas menantu tak jalankan tanggungjawab?(Kak Long yang cari rezeki. Abang Man hanya duduk rumah sebab katanya tak sihat ada masalah mata. Tapi setiap hari boleh menghadap Fb). Oh ya, bab masalah kesihatan ni pun satu hal juga. Abang Man cakap dia ada masalah mata.

Tapi bila Pak Lang minta pegi hspital dia tak nak katanya tak percaya rawatan hospital. Harap semua boleh bantu saya untuk bantu Pak Lang sekeluarga. Jangan minta saya slow talk dengan Abang Man sebab kami dah cuba dan gagal. Kena bl0ck di Whatsapp dan s0cial media. Terima kasih. – Anak sedara Pak Lang (Bukan nama sebenar).

Reaksi Warganet

Fuadha Rozlan – Selebriti tu pentingkan diri sendiri sehingga mengabaikan hak isteri dan anak.. Esok mati menjawab la benda yang tak sepatutnya berlaku.. Kita yang jalankan tangungjawab ni pun belum tentu sempurna memenuhi hak pasangan dan anak anak ini kan dia yang terang terang ketepikan hak pasangan dan anak anak.

Kalo betul tu selebriti yang kte fikirkan, isteri dia basuh baju guna tangan je bukan mesin basuh. Kau rasa jam berapa dia kena bangun pagi sebelum pergi keje? Melainkan semua keje umah suami dia yang settlekan.. krik krik krik

Nur Hajarul Musa – Masalah keciciran pelajaran ni mungkin boleh bincang dengan pegawai pelajaran daerah. Tanya tindakan selanjutnya sebab pendidikan ni wajib di Malaysia. Dan pasal penjagaan tu, kalau kak long kuat la nak keluar berjaya besarkan anak anak elok elok, banyak tempat dia boleh usaha. Pejabat agama minta kaunseling.

Rujuk jugak jabatan kebajikan masyarakat. Kesian anak anak tu dan kak long. Cumanya kalau pak Lang, mak Lang dan awak nak tolong tapi empunya badan taknak cuba keluar dari kepompong tu pun susah jugak. Sejujurnya taat ni pun ada had jangan sampai kena aniaya. Kesian.

Rohaizah AbWahab – Cuma terbayangkan seorang isteri yang naive, penurut, taat dan has no say in whatsoever dan seorang suami yang ego. Buat pandai sendiri yang pong pang berhujjah dengan dalil dalil mengikut pengertiannya. My heart goes to isteri dan anak anak. Kesian sangat tapi tak reti nak bagi nasihat kepada adik yang bertanya.

Cik Ima – Abang Man ke Abang Mie? Tak kisah la siapa pun kan, dia dah pilih jalan hidup begitu. Tapi jika saya keluarga terdekat, bila orang tua Kak Long dah tanya begitu kita kena la carikan jalan yang terbaik untuk masa depan kanak kanak yang keciciran dalam pelajaran tu.

Negara kita bukan tiada undang undang dan akta kanak kanak. Cuba la rujuk pada yang lebih tahu, contohnya ada NGO yg perihatin macam Puak Payong (Syed Azmi), dan buat laporan pada saluran yang betul. Anak anjing jalanan pun orang kesian dan bantu..ni kan pulak anak kecil tak berd0sa yang tak dihantar ke sekolah.

Jangan esok budak tu dah dewasa mereka salahkan keluarga dan waris walinya. Kat dunia tak boleh jawab apa lagi di akhirat kelak. Selamatkanlah mereka sementara datuk nenek masih ada upaya. Bapa dia tu memang dah tak boleh dibetulkan, tapi anak anak berhak untuk menikmati hidup seperti orang lain. Semoga terbuka jalan untuk mereka kembali hidup normal

Hshila Md Noor – Walaupun bukan sesiapa dalam keluarga, jujur rasa kesian dengan budak budak 4 org tu. Dengan mak dia tak kesian sangat sebab dah dia pilih nak hidup dengan suami macam tu. Tapi anak anak tak boleh pilih siapa mak bapak mereka.

Mintalah pak lang jenguk cucu cucu tu. Ambiklah dengan anak perempuan dia sekali. Rasanya kalau jauh dari suami dia tu, lebih elok dan terurus hidupnya. Mak lang dan Pak lang bergolok gadai sekolahkan anak. Tiba tang cucu tak pergi sekolah pulak.

Percayalah kalau pak lang dan mak lang berniat menyekolahkan cucu cucu, ramai rakyat Msia sudi membantu dan memandu kak long mncari haluan baru. Kak long rajin, sayang sungguh terperangkap dengan suami yang macamtu. Eh sis teka jer anak anak abang man ni 4 orang tau.

Noor Lini – kesian kan ‘kak long’ tu. Lagi kesian mak ayah yang kena tipu dengan menantu autaaa. Kak long patutnya jangan turut je. kak long yang kena fight untuk anak anak.. Dah la suami kerja gitu gitu je. Pemikiran pula macam tu. Boleh je kak long tu failkan fasakh settle masalah.

Patut fikirkan masa depan anak anak tu. Bukan fikir taat suami yang macam tu.. Islam tak ajar macam tu ehh. Menz4limi diri sendiri dan anak anak. Geram betul la. Moga yang sakit mata tu diberi hidayah…

Sumber IIUMC