“Belajar tinggi2 dikatakn berd0sa”. Cerita suami ttg keluarga cukup bbeza. Lps kawin, berkurung je aku mampu.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum.. Sudah sekian lama terbuku di hati kecil ini untuk menceritakan kisah saya, seorang ibu dan seorang ipar yang sungguh h1na di mata adik2 ipar perempuan.

Mengenali suami semasa saya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta di Selangor, dalam pengajian Bachelor In Accountancy. Perkenalan dengan suami selama 3 tahun dan berkahwin setelah satu tahun bekerja sebagai Executive di sebuah bank terkemuka di Kuala Lumpur.

Sifat suami yang sangat menghormati wanita dan orang tua menyebabkan saya terpikat dan menerima lamaran suami. Kagum saya dengan sosok lelaki yang sangat baik budi pekerti di samping ilmu agama yang sangat baik. Di fikiran saya, sudah tentu suami datang dari keluarga yang hebat akhlak nya seperti mana akhlak suami saya.

Selepas beberapa bulan mengenali hati budi, suami menjelaskan kepada saya tentang status keluarganya kerana risau jika saya takut selepas berkahwin nanti. Keluarga suami adalah dari golongan t4bligh.. Ibu dan adik2 perempuan semua nya berpurdah. Awalnya saya agak terkejut dan risau akan penerimaan keluarga mertua..

Saya bukan lah wanita yang alim. Hanya biasa2.. pakaian saya juga biasa2.. tudung pun tidak labuh.. tapi suami tenangkan hati saya dan menerima saya seadanya. Awal kahwin dengan suami, semuanya baik2 sahaja.. kami menyewa di sebuah rumah teres 2 tingkat di KL dengan sewa sebulan RM1,200. Gaji saya pada masa itu, tiga ribu sebulan. Tapi, awan tidak selalu cerah..

Saya terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan berkahwin kerana alahan mengandung yang sangat teruk. Keluar masuk hospital setiap bulan sehingga melahirkan anak disebabkan saya mengalami hyper3m3sis gr4vid4rum (sev3re v0miting). Saat ini, bermula lah pandangan negatif dan pengh1naan terhadap saya. Disindir2 saya, “belajar tinggi2 pun tak ada kerja..”

Oh ya.. suami saya adalah anak sulung dalam keluarga dan ayah mertua merupakan seorang pesara kerajaan yang sangat disegani ramai. Di bawah suami, ada 2 orang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki. Adik2 perempuan suami, tidak bersekolah. Tidak ada SPM, bahkan UPSR. Mereka hanya bersekolah separuh jalan dan seterusnya belajar di madrasah dan berhenti madrasah separuh jalan juga.

Alasan mereka tidak bersekolah, kerana ilmu di sekolah adalah ilmu duniawi sahaja dan akhirat lebih penting. Wanita yang belajar tinggi dikatakan berd0sa kerana terdedah dengan m4ksiat.. Mereka juga mengatakan bahawa wanita2 berkerjaya dan berpendidikan tinggi tidak elok dijadikan isteri kerana akan menjadi queen control dan eg0.

Jadi, mereka hanya duduk di rumah sahaja menunggu pinangan sang suami. Adik2 ipar perempuan, sangat lah bermulut lancang, panas bar4n dan suka menyindir.. tidak hiraukan orang sekeliling.. terpekik terlolong di dalam rumah mahupun di luar rumah. Sentiasa bertekak sesama mereka. Ibu mertua juga ditengking dan di arah2 seperti bibik mereka.

Saya yang baru masuk dalam keluarga suami, rasa terkejut dan tidak selesa. Jika dipandang dari luaran, mereka seperti wanita solehah idaman lelaki yang menjaga keperibadian dan akhlak. Expectation saya, totally berubah setelah mengenali keluarga suami. Mereka tidak boleh ditegur langsung. Masing2 tinggi dengan eg0 dan sifat tidak mahu mengalah.

Umur masing2 menjangkau 30 tahun (selang setahun) tetapi berperangai seperti kanak2 di bangku sekolah. Bila mereka tidak bersetuju dengan mertua ataupun adik beradik yang lain, mereka akan membentak2 kaki sambil meng4muk dan terjerit2 seperti wanita kurang siuman.

Pada mulanya, saya sangat menghormati adik2 ipar dan sentiasa merendah diri kerana berfikir kerdilnya ilmu agama saya dibandingkan dengan mereka. Tetapi, apa yang suami bercerita berbeza sekali dengan sifat mereka. Rupanya, suami cuba menjaga aib keluarganya. Setiap perbualan saya dengan ibu mertua, sentiasa dipintas dan diberi teori2 mereka yang kadang2 saya rasa kelakar.

Mereka tidak boleh terima walau sedikit pendapat orang lain atau pembaharuan. Saya memilih untuk tidak meneruskan perbualan jika bibit2 pergaduhan atau meninggi diri muncul. Walaupun saya pernah bekerja di bank, tetapi mereka ‘treat’ saya, seperti saya langsung tidak tahu apa2. Sehinggakan saya tidak berani berkongsi apa2 dengan keluarga mertua kerana selalu disalah erti dan dianggap cuba buat pandai.

Bagi mereka, ipar adalah orang luar dan tidak layak memberi pandangan. Jauh berbeza dengan keluarga saya yg sangat mementingkan ipar dan menjaga hati ipar. Kerana ibu selalu berpesan, “ipar dibesarkan dalam keluarga dan adat berbeza.. jadi, bertolak ansur lah dengan ipar..” Jika mertua bertanyakan pendapat saya tentang perbankan atau apa2 sahaja yang berkaitan account.

saya sentiasa salah dan adik2 ipar akan bidas setiap ilmu yang saya sampaikan. Jika kami pulang ke rumah mertua, setiap perbuatan saya salah.. jika di dapur, itu tak kena.. ini tak kena.. semuanya serba tak kena di mata adik2 ipar. “Ayah tak suka macam ni.. adik bongsu tak makan lauk ni.. kami tak suka masak begini dan begini..”

Akhirnya, saya give up dan hanya berkurung di dalam bilik jika berada di rumah mertua. Bila waktu mengemas, disoal2 kenapa saya mengemop rumah.. Mengapa buat macam ini dan ini.. mop rumah ada caranya, kopek bawang ada caranya. Sedangkan saya sudah mempunyai 2 orang anak. Semestinya saya tidak betah di dapur. Tidak mahu hubungan keruh, maka saya hanya berkurung di dalam bilik.

Hanya keluar untuk mandikan anak, masak seawal 5 pagi untuk mengelak bertembung dengan ipar. Untuk adik2 iparku, kakak ipar kalian sedang berkecil hati dan terluka dengan kata2 kesat kalian serta setiap perbuatan dan penindasan terhadap diri ini. Menengking dan mengeluarkan kata2 yang sangat menusuk ke hati.

Tidak mampu diceritakan di sini setiap kata2 yang keluar dari mulut kalian. Mungkin hari ini, kalian berdua di atas. Walaupun tidak belajar dan tidak bekerja, tetapi kalian berdua fully sponsored by father in law. Dimewahkan dan ditunaikan apa sahaja kehendak kalian.

Berbanding diri ini dan suami yang sedang struggle menaikkan semula bisnes yang telah murudum setelah wabak kobid yang melanda dunia. Maafkan kakak iparmu yang h1na ini. Semoga warga yang diuji dengan ipar duai bermulut puaka, sabar dan kuat. Satu pengajaran yang saya dapat, pakaian tidak mencerminkan keperibadian seseorang.

Mulut yang berbisa, tidak dapat ditutup dengan purdah. Walaupun begitu, saya tetap masih menghormati wanita2 berpurdah di luar sana dan mengagumi kalian yang baik akhlak nya seiring dengan pakaian kalian. Sekian, – Ipar yang Hina (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Zuraidah azmi – Saya rasa 2 beradik tu ada masalah ment4l dis0rder yg mungkin tak didiagnos masa kecil. Mungkin ada aut1sm atau adhd atau anx1ety dis0rder atau lain2 jenis ment4l dis0rder. Saya pernah berhadapan dgn pengidap2 masalah ni. Mereka oku sebenarnya, self esteem mereka rendah sebab tu mereka mengejek org lain. Sis cuba fahami masalah mereka dan jangan ambil hati.

Golongan seperti ini susah mengikuti pelajaran formal dan ada masalah fokus serta anti s0sial. Mereka tak minta dilahirkan begini. Bab pakaian tu..alhamdulillah parent mereka cuba menjaga maruah sekurang2 jaga aib mereka di mata masyarakat sedangkan di luar sana ramai golongsn seperti ini tak suka berpakaian, tak rasa malu, tak dapat rasa d0sa pahala walaupun tahu yg mana d0sa pahala meng4muk.

fikiran mereka bercelaru, em0si mereka tak stabil dan tak sedar bercakap ikut sedap mulut. Empati dan simpati mereka kurang apatah lagi mereka tidak bergaul/terdedah dgn dunia luar dan tidak mendapat early intervention. Penghayatan mereka dalam beragama x sampai ke dalam hati seperti kita org normal. Usia dsn fizikal mereka seperti dewasa tetapi otak mereka masih di tahap kanak2 tadika.

Cuba masuk dlam kasut mereka di mana dunia ini begitu payah untuk mereka harungi dan cuba juga duduk dalm kasut parent mereka yg terpaksa berdepan dgn masyarakat. Empati dan simpatilah kpd mereka semua. Allah maafkan mereka dan Allah akan ganti kesabaran / kepayahan orang2 di keliling mereka dalam menyantuni mereka dgn syurga..insha Allah

Mokh tarmizi – susah saya nak menilai orang dari luaran… bagi saya semua manusia baik tak kiralah bertatoo, rambut karat , bertindik, tapi mungkin tekanan hidup , persekitaran atau cara pendidikan awal yg berbeza membuat kan perangai seseorang berubah ke arah kurang baik.

Saya suka senyum atau senyap aja bila seseorang menyanggah hujah saya , sebabnya , kalau saya terus berdebat akhirnya salah satu pihak pasti akan tersinggung dengan mulut puaka saya dan ini menyebabkan saya rasa bersalah dan susah nak tidur malam. Saya doakan confessor sentiasa bersabar dan maafkanlah adik ipar tu.

Ika zalegha – Pada pendapat saya…selalu org ckp..ayat mcm nie..dia tu pakai labuh tapi mulut jahat..xpadan dgn tudung labuh bla blaa . Kena ubah mindset kita bahawa tutup aurat dol0sa laen..mulut dosa laen. Perbuatan laen d0sa laen laen. Xsemestinya org tu pakai purdah diaa bebas dari segala d0sa…

dia pakai purdah tutup aurat mungkin dia dah selamat bab aurat dia.. d0sa laen belum tentu ..begitu juga dengan kita…kita semua pend0sa…….syurga itu untuk orang yang hatinya bersih sebersih bersihnya…bukan pakaian alim semata -mata dia bebas dari dosa walaupun tutup aurat itu adalah wajib.

Aminah jamal – Betul tu, bukan nak jatuhkan golongan berpurdah ni, sbb sy pun berpurdah. Masih bnyak kekurangan dan kejahilan dalam ilmu amal ibadah. Tapi pernah dicop kurang ajar dri golongan berpurdah yg usia boleh dikatakan makcik2, hnya sebab tegur dia buat statement “org tua iman dia lebih banyak berbnding org muda”. Sy just tegur, “iman tak mengenal usia, iman manusia ni sifat dia naik turun ikut amal kita”.

Last2 mkcik tu mcm xleh terima dia cakap kita pulak kurang ajar siap cakap “mak awak tak ajar ke?”. Hm masalahnya bnyak penyokong dia dalam group tu.oh lupa tu chat group ws. Sampai ada yg mnghasut supaya jangan kawan n save no saya. Haih. mmg takleh tegur golongan yang dh terasa dorg terlampau baik dan perfect ni. Dorg msti ingat dorg ni dah konfem ahli syurga.

Sumber IIUM