“Mgkin abah dah bencikn kami”. Abah hilangkn diri, bila kant0i dh kawin lain. Kami ditinggalkan.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. “Kak, kami dapat berita abah ada isteri lain. Dah ada anak dah pun. Setahun umur dia…..”

Tepat jam 2am, selesai aku solat isyak di tempat kerja (shift malam), aku terima mesej ni dari adik perempuan aku. Panjang lagi ayat dalam mesej tu. Tak mampu aku taip satu satu. Dalam keadaan masih bertelekung, terus aku sujud dan menangis sekuat hati. Kawan disebelah terperanjat dan terus bertanya, “Kenapa ni?”… Hampir 3 tahun peristiwa hitam itu berlaku.

Sekarang, aku sudah pulang ke kampung asalku. Alhamdulillah dipermudahkan urusan perpindahan atas kerjasama dan dorongan dari pihak atasan tempat kerja lamaku di Klang. Terima kasih semua, untuk kawan kawan sekerja yang tidak dapat aku beritahu punca perpindahan ini, maafkan aku. Gigih aku pulang ke kampung asal.

Nekad untuk menggantikan tempat abah sebagai peneman mak di kampung. Adik adik semua belajar jauh dari kampung. Sedaya upaya kami adik beradik menaikkan semula semangat mak yang hilang masa mula mula khabar hitam ini menggegarkan keluarga kami. Adik bungsu aku hilang arah. Pelajar cemerlang yang akhirnya ‘tersungkur’ akibat masalah keluarga.

Barangkali hilang kepercayaan pada abah kandung sendiri atau dorongan rakan yang tersalah pilih menyebabkan dia berulangkali keluar masuk balai walaupun baru bawah umur. Mujur adik lelaki ketiga aku berakal orangnya. Cuba untuk sentiasa mengawal jejak langkah adik bungsu dia. Mak, semakin kuat. Dia yakin, kami saja sumber kekuatan dia.

Adik bungsu yang hanyut dia selamatkan sedaya upaya dia dengan tenaga seorang ibu tanpa bantuan suami disisi. Abah? Abah hilang. Tak tahu kemana. Kami anak beranak dia tinggalkan begitu saja. Malu atau benci pada kami pun aku tak pasti. Yang aku pasti, dia hanya munculkan diri pada masa masa penting seperti hantar adik aku ke IPTA atau semasa berlaku kecemasan di rumah.

Hari hari yang selebihnya entah hilang kemana. Whatsapp hanya ‘bluetick’. Cukup sekadar untuk beritahu kami bahawa dia baca mesej yang disampaikan. Tanggal 23 November baru ini, harijadi abah yang ke 58. Kami adik beradik kumpul duit untuk menghadiahkan sebuah beg duit baru untuk dia.

Marah itu ada, tapi tersisa kasih sayang pada abah kandung sendiri. Jangan khuatir abah, kami tak layak untuk marah pada abah. Tapi maaf kami sentiasa ada. “Selamat harijadi abah” ringkas saja mesej ucapan yang aku berikan pada abah. Tak perlu panjang, sebab aku tau takkan dibalas.

Hadiah yang kemas berbalut dan kad ucapan yang masih bersih tanpa tulisan, ada terbiar didalam almari. Tak tahu bila akan sampai pada tuannya. 28 November, kami adik beradik terbaca whatsapp status abah. Dia ‘upload’ gambar anak baru dia. Terdetik dalam hati aku, “Ya mungkin abah dah bencikan kami”.

Tahun depan umurku cecah 30 tahun. Ramai yang bertanya, “Tiada calonkah” atau “Memilihkah kamu?”. Tak. Aku berfikir kearah itu lagi. Sebab aku parana0id. Bukan pada lelaki, tetapi pada perkahwinan. Memang prkahwinan itu satu perjudian katanya, tapi aku tak sanggup perjudikan hidup aku pada lelaki yang belum tentu mampu jaga diri aku dan terima keluarga aku seadanya.

Cukup la sekadar aku teman mak sepanjang sisa sisa kehidupan dia dan lihat adik adik aku besar dan berumahtangga depan mata aku sendiri. Untuk itu, aku redha. Pada perempuan yang bergelar makcik kiranya, tahniah kerana berjaya merobohkan sebuah rumahtangga. Ya benda takkan jadi kalau tak bertepuk sebelah tangan.

Tapi Allah kurniakan akal untuk bezakan yang mana baik dan yang buruk. Aku doakan perkara yang sama takkan berlaku dalam ahli keluarga kau. Sebab sakit untuk tempuh situasi ni, aku yakin, kau dan ahli keluarga kau takkan mampu harungi.

Cukup la rasa malu yang ditanggung oleh keluarga kau kerana kau berkahwinkan lelaki orang. Bahasa kasarnya perampas. Mungkin kau bahagia, tak jujurnya aku tahu, kau tak rasa macamtu. Kepada abah, larilah sejauh mana yang abah nak. Tapi tanggungjawab abah akan tetap kekal dibahu abah sampai bila bila.

Jangan bimbang, kami adik beradik tak bencikan abah. Sayang itu masih ada. Terpulang pada abah untuk terima kami semula atau pun tidak. Tentang emak, kami semua dah besar dan mampu jaga mak mungkin lebih baik daripada abah. Cuma satu saja permintaan kami, jangan bencikan kami. – TB (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Nomie noriz – Dalam situasi ni, pernah tgk makcik mengalami hampir yg serupa, luka terubat dgn masa, dlm pada itu semua anak2 membesar dgn ibu, masing2 mempunyai kerjaya dan keluarga membuatkan ibu bahagia dan senang..bagi ayah pula, perkahwinan baru tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan, walaupon dikurniakan ank kecil lain.

bukan anak2 lain xambil berat, tp semasa kecil hidup mereka ayah pon xambil berat dan tiada nafkah.. Yea maka hidup itu ibarat roda, sekarang pandang je la keluarga lama bahagia dan gembira kerana pilihan bapa mereka yg meninggalkn mereka.. Dan sekarang bapa mereka dh berpisah dgn isteri baru dan hidup merempat.

Emma arif – Sedih plak baca… Bila baca rmi kat luar sna bapa2 yg sudah tua terbiar tu nk slh kn ank 100%.. Tgk slh sndri dlu.. Dlu cm mna jaga anak2.. D bsar dgn kasih syg atau di sia2 kan.. Jgn slhkn ank klu dulu pkcik sndri yg sia2 mereka dri kecil..

As contoh la.. Smasa sy duduk wad (wanita) ni nmpk la kategori2 anak… Ade yg ank jaga 24jam bergilir2 dgn adk bradiknye mnjaga ibu.. Ade yg ibu d jaga maid smpi mniggal pun hya ade maid kmudian bru ank2 smpai.. Ade yg lgsung terbiar nurse yg jaga.. Sedih sgt..

Nk slh kn ank 100% pun x bole sbb kita x th ape silap nye… Jgn sia2 ank. D4rah daging sndri.. Bila dia rapat dgn parents.. InsyaAllah ank2 tak kn pna sia2kn ibu bapa nya..

Mohammad rozif – Kat kampung aku dulu ada sorang, dah arwah dah. Al-Fatihah. Aruwah berkahwin dengan janda anak 3. Sepanjang berkahwin, dapat sorang anak. Hidup biasa, apa kadar. Orang kampung. Cukup makan pakai tak mewah. Anak tiri mintak duit, dibaginya duit. Anak kandung mintak duit, pun dapat duit. Anak tiri mintak apa saja, dapat. Anak kandung mintak apa pun, dapat.

Anak2 tiri dan anak kandung alhamdulillah, berjaya jugak laa, tak merempat sana sini. Si isteri pendek umurnya bila tua, tinggal si suami sendirian melayari sisa hidup. Walaupun cuma anak tiri, kasih sayang yang dibagi pada anak tiri sama seperti anak kandung. Lepas ibu mennggal, sang anak2 berebutkan bapa. Nak jaga bapa.

Bapa bukan ada apa2, sekadar hidup atas hidup, kais pagi makan tengah hari, kais petang makan pagi esoknya. Akhir h4yat bapa dirumah anak tiri yang mana entah. Setiap minggu ada saja anak nak amik bapa untuk dijaga sampai rumah dikampung terabai. Sedangkan bapa kandung masih hidup. Tak dipedulikan, tak dikisahkan.

Supiah saad – D kg saya ada f0sil hidup spesis jantan yg tinggal ansk bini kerana perempuan lain. Lepas puluhan tahun isteri pertama d gntung x da tali…akhirnya bila si suami kena str0ke… keluar hspital, anak dgn isteri ke dua tinggalkan si ayah d bus stop…. ada tengok kesian….bawa dis p umah isteri pertama…..

Siisteri minta tunggu snsk balik utk bjncsng… kalau ansk kata ok .. isteri akn terima. Sianak balik keje te gok ada org tua yg fhaif depan umah…bila msk cerita duduk perkara….anak sanggup jaga si ayah….maka tinggallah dgn anak isteri yg diabaikan selama kni. isteri kedua dah ada pengganti yg gelap. Wallahu’alam. Cerita ini dari mulut isteri pertama

Sumber IIUMC