Makin menjadi2 prangai pelik Hadif. Aku syak sesuatu. Bila tahu, terus mnitis air mata ibunya.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hai semua, nama aku Anne dan aku nak cerita mengenai anak murid aku yang istimewa. Namanya Hadif. Aku mengajar darjah 1. Semasa jumpa dengan Hadif, terus aku tahu Hadif ini murid istimewa.

Semua cikgu tahu dan semua murid tahu. Sebab ciri cirinya begitu ketara walaupun fizikal normal. Semasa pertama kali jumpa dan perkenalkan diri, Hadif menyampuk cakap aku. Tetapi menyampuk tidak kena dengan apa yang aku cakapkan. Contoh, “Nama cikgu, Cikgu Anne, Cikgu ajar matematik.” Kemudian Hadif menyampuk.

“Nenek saya bela kucing.” Begitulah Hadif. Ada masalah pertuturan di mana dia akan bercakap.

A) Dalam satu ayat semua perkataan tidak relevan antara satu sama lain. Contoh, Nasi kucing sekolah datang.

B) Membalas dengan ayat yang tiada kaitan. Comtoh: “Hadif pergi Kuala Lumpur” Cerita Hadif. “Hadif pergi dengan siapa?” Balas aku. “Hadif suka nasi ayam.” Jawab Hadif. Bila aku tanya soalan yang sama. Dia bagi jawapan yang tiada kaitan dengan soalan juga.

Hadif aku syak dia ADHD sebab satu ciri yang paling ketara dia memang tidak boleh duduk diam di tempat. Duduk paling lama lima minit. Selepas itu dia akan pergi ke belakang dan bermain sendiri. Bila kita panggil untuk dia buat kerja sekolah, paling lama bertahan 10 minit sahaja, kemudian dia akan pergi bermain sendiri.

Dia tidak kacau sesiapa. Dia macam di dalam dunia dia sendiri. Rakan sekelas Hadif pandang pelik dekat Hadif. Bila masuk kelas, ada sahaja gelagat Hadif yang mereka cerita dekat aku. Aku terang berkali kali tanpa jemu. Yang Hadif budak istimewa. Ada orang cacat sebab hilang anggota badan. Ada orang juga tidak sempurna pada akalnya.

Aku juga cerita besar pahala bantu orang kurang upaya. Aku cakap jangan ejek. Mungkin hari ini awak sempurna fizikal dan akal. Tetapi esoknya Allah tarik awak akan jadi cacat. Mungkin awak akan jadi cacat fizikal dan ment4l. Aku tunjuk post fb di mana ada orang sihat bila kemal4ngan perangai jadi macam budak kecil.

Benda ini aku selalu ulang siar tanpa jemu. Alhamdulillah ada anak murid aku yang baik hati sentiasa menjaga Hadif. Kalau dia pergi keluar kelas berjalan jalan, Shafiq sentiasa tarik Hadif masuk ke dalam kelas. Ada juga rakan rakan Hadif teman dia semasa makan di kantin. Aku panggil ibu dia dan terang mengenai Hadif.

Ibunya perasan juga tetapi dia ingat anaknya hanya lewat perkembangan. Menitis air mata dia depan aku apabila aku beritahu kemungkinan Hadif ada ADHD. Bila aku cerita ciri ciri ADHD, barulah dia perasan yang anaknya ada simpt0m tersebut. Aku beritahu nanti bulan 6 ada program Outreach, dan aku minta kebenaran untuk bawa Hadif pergi diagn0sis lebih tepat lagi.

Maklumlah aku bukan doktor, biarlah doktor sendiri yang mengesahkan. Ibunya bersetuju. Masuk sahaja bulan 3, perangai Hadif berubah. Budak sekelas ramai yang mengadu. Bukan setakat budak sekelas sahaja, aku ajar budak darjah 2 dan 3. Budak darjah 2 dan 3 pun mengadu tentang Hadif juga. Antara aduan yang diberitahu, Hadif memanggil mereka dengan perkataan b0 doh, b4nggang giila babi dan juga perkataan lcah.

Kedua, Hadif suka memeluk dan mecium mereka. Tidak kiralah perempuan dan lelaki. Ada juga yang kena raba. Ketiga, dia selalu sahaja sebut dekat aku, “Hadif g1la” “Hadif b0doh” Dia sebut dengan bersahaja. Muka macam tak tahu apa apa. Aku sedih. Dia selalu ulang ulang ayat di atas tetapi tak tahu makna. Bila aku tanya siapa yang ajar.

Dia jawab balas dengan jawapan lain. Yang tiada kaitan dengan soalan. Kemuncak ialah, dia turunkan seluar dia dan tunjukkan anu dia dekat semua orang. Banyak kali. Tidak kira guru ada dalam kelas atau tiada. Kami siasat. Kenapa Hadif berubah. Setelah soal siasat dengan murid murid lain. Rupanya Hadif diajar dengan perangai macam itu oleh murid lain.

Sekolah agama menumpang sekolah aku pada waktu petang. Jadi budak itu mengajar Hadif macam macam pada waktu belajar sekolah agama. Aku panggil budak itu. Budak itu darjah 3. Namanya Danial. Bila aku soal dia tidak mengaku. Jadi aku serahkan kepada cikgu lelaki. Nama dia cikgu Zaki. Cikgu Zaki walaupun bukan kaunselor tetapi pandai psik0 budak.

Danial mengaku. Puncanya dia tertekan. Danial ini adik beradiknya ramai. 7 orang. Kebanyakkan adik beradiknya pandai, berkelakuan baik dan juga pengawas kecuali dia. Pernah ibunya dulu semasa perjumpaan ibu bapa bercerita yang dia dan suaminya pening dengan perangai Danial.

Sebab nakal dan kurang pandai. Adiknya Diyana baru sahaja dilantik menjadi pengawas sekolah. Dia sangat tertekan dengan perkara tersebut. Dia ingin menjadi pengawas seperti kakak dan abangnya tetapi tidak dilantik. Setelah mengetahui perkara tersebut, Cikgu Zaki nasihat dan berjanji sekiranya dia berubah jadi budak baik, Cikgu Zaki akan lantik dia jadi pengawas.

Cikgu Zaki guru disiplin. Danial nampaknya terkesan dan cuba tunaikan permintaan Cikgu Zaki seperti siapkan kerja sekolah, tidak melawan cakap cikgu dan lain lain lagi. Namun tak sempat kami tengok perubahan lagi lanjut, Danial dan keluarganya telah berpindah ke negeri lain.

Berbalik kepada Hadif, sukarnya hendak ubah perangai perangai negatif yang telah diajar kepada dia. Tetapi kami guru dan juga ibu bapa dia sentiasa ulang tanpa jemu. Walaupun nampak seperti dia tidak faham apa yang kita cakap, perangai perangai pelik dia semakin berkurang. Alhamdulillah. Ibu Hadif Whatsaap dekat aku. Dia kata anaknya kena bvli. Ada lebam lebam di badannya.

Disebabkan Hadif ada masalah pertuturan jadi kes buli susah hendak disi4sat. Tanya rakan sekelas Hadif pun tidak tahu. Kasut Hadif sentiasa hilang. Kata ibunya, sudah tiga kali hilang dan anaknya balik dengan kaki ayam. Sebelum ini kasut Hadif memang tidak pernah hilang atau tertukar sebab kasutnya ada tanda.

Kawannya pun memang maklum dengan kasut Hadif. Ada sekali kasut Hadif hilang. Masa itu masa aku mengajar. Waktu terakhir. Jadi aku dan Shafik pergi mecari kasut Hadif. Rupanya dibuang di dalam tong sampah dekat surau. Jauh kelas dengan surau. Kami guru semua sepakat. Siapa masa terakhir akan pegang kasut Hadif. Maksudnya kasut Hadif tak letak dalam rak kasut lagi tetapi cikgu yang pegang.

Setel pasal kasut sekolah. Pernah sekali aku ternampak Hadif dibuli. Masa itu Hadif berjalan. Ada sekumpulan murid senteng kaki dia. Tergolek Hadif jatuh masuk ke dalam longkang. Sedih aku tengok. Menangis air mata aku. Kemudian aku pergi ke arah Hadif. Sekumpulan murid tersebut berlakon. Berpura pura tolong Hadif. Bila aku tanya Hadif, Hadif tidak menjawab soalan.

Dia bagi jawapan yang tiada kaitan dengan soalan. Aku panggil sekumpulan murid tersebut. Aku marah dan cakap yang aku nampak perbuatan mereka. Aku ugut. Sekiranya buat sekali lagi, aku akan panggil ibu bapa mereka. Selepas itu aku serah dekat Cikgu Zaki. Biar Cikgu Zaki sekolahkan mereka pula. Bayanglah itu kes yang aku dan cikgu nampak. Kes bvli lain terhadap Hadif yang tidak nampak?

Pasti senyap kerana Hadif tidak pandai bertutur. Kalau ada murid lain yang mengadu Hadif kena bvli, barulah kami boleh mengambil tindakan. Hadif sekarang jarang datang ke sekolah. Bila ditanya ibunya, kata ibunya dia tertekan dengan apa yang berlaku sekarang. Seperti aku cerita di atas, perangai negatif dia seperti mer4ba, pukul orang dengan tanpa sebab dan lain lain lagi masih ada.

Kurang daripada dulu. Tetapi masih ada. Terbaru, ada seorang ibu kecoh di whatsaap grup sekolah yang anaknya kena toreh dengan pensil di lengan oleh Hadif. Sikit sahaja calar tetapi diperbesarkan. Tak cukup kecoh di grup sekolah. Mak budak tersebut tidak puas hati, dijaja pula di grup kerja. Kebanyakkan ibu bapa murid aku bekerja di sebuah kilang yang sama.

Bila dijaja di tempat kerja, ibu bapa yang lain turut menambah cerita. Akibatnya ibu Hadif tertekan dengan aduan dan cerita oleh rakan sekerjanya. Ibunya mengambil keputusan untuk tidak sekolahkan anaknya buat sementara waktu. Semasa ibunya bercerita ibunya menangis di hadapan aku. Berat sungguh dugaan ibu yang mempunyai anak isitimewa.

Pelbagai dugaan dan tohmahan yang dihadapi. Aku berharap cerita aku ini dapat mengubah persepsi orang terhadap anak isitimewa. Sekiranya kita tidak dapat menolong janganlah kita mencemuh. – ANNE (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Zainon Zai – Apa yang cikgu anne cerita pasal Hadif, saya mengalaminya. Anak di bvli, beg dibuang dalam longkang, dic3kik, dipkul, diberi makan benda kotor(which until today saya tak tau benda apa). Sedih bila teringat..VAnak saya ADHD.. Setiap kali jumpa doktor saya dah mintak untuk masuk ke PPKI.

Bukan senang ye tanpa surat pengesahan OKU dari doktor. Terpaksa berdepan dengan aliran perdana.. Sampai satu tahap saya hampir buat laporan polis. Cikgu kelas mintak di beri pertimbangan. Saya ibu kepada anak begini apa pilihan yang saya ada?

Teruskan aliran perdana atau anak tidak bersekolah..? Cakap memang senang, saya melaluinya. Ingat PPKI boleh masuk sesuka hati tanpa surat pengesahan OKU dari doktor? Kalau boleh, saya sendiri pon tak nak anak masuk aliran perdana.

Peah Peah – Aku faham. Aku dah lalui semua ini. Cukuplah tak nak kenang lagi. Hanya Allah yang tahu, menangis saja untuk redakan kesedihan dan s4kit hati. Sebab nak fahamkan kanak kanak atau orang dewasa bukan mudah. Yang membvli yang memfitnah, mengutuk mengata.. Memang sedih. Anak istimewa aku dah 21 tahun.

Dia ke sekolah khas pun tak cukup 5 hari seminggu sebabkan benda benda yang macam Hadif lalui. Sekarang dia hanya ada di rumah sepanjang masa. Suami dah tak benarkan dia ke mana mana sebab dia perempuan kalau jadi apa apa susah sebab dia pun tak pandai cakap untuk menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.

Hayatunnisa Safran – Maaflah, bukan semua kanak kanak ADHD layak masuk Pendidikan khas. Anak saya begitulah telah buat ujian, namun tidak qualified. Dia ada tahap tahap tertentu. Saya memang menyedari tingkahlaku anak sedari kecil. Berbagai usaha kami suami isteri lakukan. Anak saya sekarang dah berumur 17 tahun. Lelaki.

Tapi saya fight untuk tidak masuk aliran Perdana, kerana saya tahu kemampuan dia.
Walaupun dapat Surat formal dari JPN dan PPD. Alhamdulilah, yang penting dia boleh urus diri, membaca, menulis, menghafal dengan kemampuan dia dan sokongan dari ahli keluarga. Alirkan ke sesuatu yang dia minat untuk masa depan dia. Jangan biarkan dia lari dari masyarakat.

Syukur dengan cabaran sikit yang diberi Allah ini. Ramai lagi diluar sana yang lebih besar cabaran nya mendidik anak istimewa ini. Saya pun ada ADHD, begitu juga adik saya, rasanya keluarga yang lain pun ada. Cuma tak berani ngaku. Jumpa personal professional ps1kritr1es berbayar baru lah redha. Huhu

Nur Kamilah Ila – Menitik air mata saya bila baca kisah ni. Bagusnya ada cikgu yang prihatin macam ni.. Banyak cara yang cikgu cuba tolong. Terima kasih banyak banyak cikgu. Saya juga ada anak istimewa. Masuk kelas khas dari pra lagi. Tahun depan darjah 2. Kadang bawak dia main kat tempat kanak kanak lain main, sume budak tengok dia pelik.

Bila ada budak start nak ejek dia, saya dari jauh datang dan panggil anak. Terus budak budak takot nak kacau anak saya. Itu baru beberapa minit dan terjadi depan mata saya dan depan orang ramai.. Tolonglah mak mak. Kalau nampak anak lain daripada kanak kanak lain, just cek je ngan doc.

Doc lebih arif. Then, kite boleh tahu kesesuaian kelas anak kte.. Anak masih kecil, boleh betulkan habit yang tak baik tu. Saya doakan mak mak yang ada anak istimewa ni terus cekal, tabah, sabar sementara mereka dan kite ada dekat dunia ni.. Amin

Izz Imani – Salam Cikgu Anne. Saya ingin ucapkan Tahniah kepada cikgu Anne kerana prihatin dengan Hadif. Dari cara Cikgu Anne cerita nampaknya anak murid cikgu lebih sesuai di aliran pendidikan khas.

A. Cikgu Anne telah ambil tindakan yang bagus kerana meminta ibu bapa berjumpa dokter. Hanya doktor saja yg boleh mengesahkan Masalah yang dihadapi dan di manakah sesuai murid berkenaan di tempatkan.

B. Teruskan memberi sokongan kepada ibu bapa supaya kuat dan tabah dengan ujian ini.

C. Teruskan educate murid dan orang orang di sekeliling Hadif supaya tidak membvli. Terang kan kepada mereka keadaan Hadif tidak sama seperti orang lain.

D. Seandainya Hadif layak ke kelas pend khas (jika disarankan doktor)minta ibu nya bertenang dan cari info mengenai pend khas. Bantulah setakat yang mampu kerana tidak semua ibu bapa boleh menerimanya.

E. Di kelas pend khas, guru guru mempunyai teknik dan kaedah yang sesuai bagi murid murid sebegini. Akhir sekali Salam Sayang daru saya. Saya doakan urusan Cikgu, Hadif dan ibu bapanya sentiasa dipermudahkan.

Sumber IIUMC