Terdengr tangisan org, lepas balik hntar jnazah. Hairan tengok nenek ckp sorg2. Rupanya ad yg xleps masuk

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Ini posting kedua daripada saya. Untuk part I, klik link dibawah.

“Hang bau dak apa yg aku bau?”. Bila aku intai2 muka jnazah, terus alihkn pndangan. Saat keranda dibuka, semua trkejut

KISAH 1:

Perkongsian sebenar pengalaman saya menghantar jnazah yang belum diurus disuatu tempat di pedalaman kampung. Selepas makan tengahari kat rumah, saya ada terima panggilan dari pihak hspital untuk menghantar seorang jnazah perempuan ke sebuah kampung (kawasan takkan saya nyatakan). Lokasi lebih kurang 170km dari hspital.

Pihak hspital mintak standby untuk saya terima tawaran ni sebab belum dapat kata putus lagi dari waris waris Allahyarhamah tersebut. Lepas sejam macam tu pihak hspital call saya balik mintak saya sampai kat hospital dalam pukul 4pm. Sebab nak hantaq jnazah ni ke kampung tersebut. Saya pon call pakcik driver van yang selalu dengan saya tu.

Elok saya dengan Pak-L sampai kat hospital, jnazah dah siap tunggu kat ruangan pnyerahan jnazah di bilik myat. Sebelum tu saya tanya waris, ”jnazah dah siap urus ka belum?” Waris jawab, ”belum lagi. Sebab tadi call orang kampung depa nak uruskan kat sana..” saya pon hmm ok la kalau macam tu sambil saya pelawa, ”ada sapa2 nak naik van jnazah sekali dak? Belakang boleh dok 3 orang..”

Waris 3 orang pon naik untuk teman mak depa jalan jauh buat kali yang terakhir. Dalam perjalanan ke sana saya ada la tanya waris yang ada kat belakang, ”kak ada nak stop mana mana dak? Kot nak buang hajat ka apa ka?” Waris cakap ”takpa dik. Jalan ja terus yang penting sampai sebelum gelap.

Nanti gelap payah jalan sempit takot nanti terlepas simpang pulak..” Saya pon, ”ok kak saya mintak pakcik ni bawak deraih sikit ya..” Sampai ja kat kawasan kampung sana dalam pukul 6.15pm macam tu rasa gelap macam dah nak maghrib. Betol la kata waris kalau dah gelap memang payah nak lalu sebab rumah memang pendalaman dengan jalan sempit semua cukup.

Rasa rasa saya dalam 500 meter lagi nak sampai rumah waris kena lintas kebun getah macam pintu gerbang. Dia punya seram tu dah lain macam masa lalu kat situ. Dah la 1 jalan ja situ la jalan masuk situ la jalan keluaq. Dah sampai rumah waris ada la 6 orang kampung yang tunggu kat rumah waris. Saya panggil mintak tolong angkat sebab berat tak lepas nak angkat 2 orang.

Habis selesai urusan tadi saya mintak diri nak balik sebab hari dah makin gelap takot sesat tah mana hala nanti. Masa nak balik tu saya tanya pakcik driver tu, ”tadi masa kita lalu kat kebun getah macam pintu gerbang tu tak rasa lain macam ka?” Elok lepas tanya macam tu ja cermin sebelah driver kena baling bijik getah bunyi macam 10 biji sekali gus..

Pakcik driver terkejut ”Allahuakhbar..” tak lama lepas tu cermin sebelah saya pulak yang kena. Saya cakap kat pakcik driver tu ”sabaq Pak-L jangan laju kat sini.. Bahaya dah la jalan sempit..” banyak kali jugak van kami kena baling bijik getah sampai la habis lalu kawasan kebun getah tu.

Elok nak sampai simpang nak hala pergi jalan besar tu, Pak-L brek mengejut. Dia kata macam ada orang lintas depan van. Lepas pada tu dah sampai jalan besar saya mula rasa semacam bau yang kurang best dalam van masa tu. Saya dok ingat saya sorang ja bau, saya diam ja buat buat macam takdak apa apa la. Sekali Pak-L bersuara,

”hang makan pa tengahari tadi? Padu betoi..” ”bukan saya kentot, benda ni bau dari tadi kot”. Saya tengok muka Pak-L dah lain macam masa tu. Dia suruh saya pasang cd surah yassin kuat kuat. Saya dok ingat tak kena kacau dah rupanya benda tu main lampu kat ruangan belakang. Pak-L tanya, ”jnazah tadi bersih ka kotoq?” Saya jawab ”jnazah tadi kotoq.

Waris mintak nak urus kat rumah..” terus Pak-L diam. Saya jadi rasa kurang senang sebab sekejap sekejap benda tu main lampu. Saya pon toleh belakang saya baca ayat khursi lepas tu saya hembus. Niat dalam hati jangan benda ni ikot sampai rumah sudah. Lepas tu gangguan makin lama makin kurang.

Sampai kat 1 simpang lampu isyarat dekat kawasan bedekatan dengan kawasan rumah saya ada kereta belakang hon panjang taktau sebab apa. Kami yang dalam van ni buat taktau ja sebab dok pikir keta belakang ni kalut kalut nak pergi mana. Elok sampai ja kat rumah saya terus mandi dekat luar rumah.

Sebab petua orang orang lama kata, ”lepas bawak jnazah kotoq, bersih la diri sebelum masuk rumah”. Habis mandi saya bagi salam masuk dalam rumah saya bersiap terus solat. Selesai ja solat saya terdengar suara orang menangis dekat tepi bilik saya. Saya malas nak melayan suara tu saya ke ruang tamu sebab nak sembang sembang dengan nenek.

Tiba tiba saya pelik tengok nenek duduk atas kerusi dekat tepi tingkap sambil sembang sorang sorang. Saya pon tanya, ”ngobrol karo sopo nek?”(sembang dengan sapa nenek). Nenek jawab ”kiye karo kancane siro nang jobo. Areg melebu orak iso lawange wes tutop. Dea ngomong siro orak kae dea melebu. Milu adoh dea ngomong” (ni dengan kawan kamu kat luor.

Dia nak masuk tak boleh sebab pintu dah tutup. Dia cakap kamu tak bagi dia masuk. Ikot dari jauh dia cakap). Allahuakhbar ingatkan benda tu dah tak ikot, rupanya dia ikot sampai rumah. Masa tu jenuh saya pujuk nenek suruh tidor. Tapi sambil saya pujuk tu saya baca surah ar-rahman dengan surah al-mulk..

Lepas nenek dah lelap saya dengar suara orang menangis lagi. Saya keluar rumah sambil pegang penyapu lidi. Saya baca al-fatihah, 3 khul, ayat khursi dengan ”bismillahisalamun’ala sulaiman fill’alamin 7 kali”. Lepas tu saya libas depan pintu luaq rumah. Alhamdulillah gangguan tadi menghilang.

KISAH 2:

Perkongsian kisah seram atas pengalaman sebenar. Benda ni jadi masa saya nak uruskan jnazah disebuah hospital. Lebih kurang jam 8.30pm macam tu saya dapat call daripada partner saya untuk menguruskan sorang jnazah dekat bilik myat disebuah hospital. Partner saya kata dalam pukul 10pm nak kena ada sana dah. Saya kata kat dia ”mungkin aku mai awal sebab aku ada kat masjid ni.

Lepas isyak aku terus lajak p hospital..” Lepas selesai solat isyak terus saya pergi hospital. Saya sampai dalam pukul 9.30pm macam tu. Saya turun dari keta saya tegur bagi salam dekat abang attenden yang jaga bilik myat tu. Lepas tu saya terus masuk bilik myat sebab nak tengok jnazah dah sampai ka belum. Suasana sunyi sepi, yang ada attenden hospital sorang ja kat situ.

Tu pon dia dudok dekat luar bilik myat. Dalam tengah berjalan nak pergi ruang mandi jnazah, tiba tiba berasa seram sejuk dah masa tu. Saya pon bukak la pintu ruang mandi jnazah. Nampak jnazah yang nak urus tu dah sampai. Saya cakap dalam hat, ”tunggu dia sampai la..” Sementara tunggu partner saya sampai saya nak pergi sembang sembang dengan abang attenden tu kat luar.

Bila pergi tengok, dia takdak. Pergi la lepak sorang sorang dekat kerusi ruangan menunggu kat depan tu. Lebih kurang 10minit lepas tu attenden yang saya tegur tadi lalu dengan 3 orang attenden yang lain depan saya sambil tolak sorang jnazah masuk. ”Kawan hang tak sampai lagi ka? Jnazah dah sampai..”

”Aik kat dalam jnazah mana bang?”. Attenden tu terkejut. ”Hang merapu apa ni mana ada jnazah kat dalam..” Saya pon terkelu sat dalam masa yang sama partner saya sampai. Dah siap siap prepare apa semua barang, sebelum nak bagi mandi jnazah partner saya suruh ambik glove sekotak kat ruangan sebelah. Masa saya nak pergi ambik glove tu saya ada dengar peti myat macam ada orang ketuk dari dalam.

Peti yang mana 1 saya tak tau. Terkejut tu jangan cakap lah. Dah la sunyi masa tu. Dah ambik glove sekotak saya lalu depan peti myat tu. Kot mana pon kena lalu jugak. Dan dan tu la dok dengar peti tu bunyi macam ada orang ketuk lagi. Dalam masa bagi mandi jnazah, saya tanya partner saya, ”dalam peti tu ada jnazah ka?

Masa aku nak p ambik glove tadi dengar macam ada orang ketuk dari dalam.” ”hang jangan macam macam. Ni kita dok tengah bagi mandi ni.” Dah siap mandi kafan apa semua waris datang nak tuntut jnazah. 10 minit lepas tu kami kemas kemas barang yang dah guna tadi, sebab nak buang. Dalam masa tengah kemas tu kami tiba tiba dengar macam peti myat tu ada orang main bukak tutup.

Saya pon pergi la tengok takdak apa pon. Dah siap kemas apa semua saya ada rasa benda dok tiup tepi telinga ni. 3 kali jugak rasa angin tepi telinga. Meremang bulu tengkok ni. Lepas kemas tu takdak nak tunggu dah masuk dalam keta terus balik. Dalam dok ondewei balik tu rasa macam ada benda dok ikot.

Elok sampai rumah, saya ambik wudhuk siap siap dekat luar sebelum masuk rumah. Elok ja bukak pintu melangkah masuk nenek tegur, ”kenape tak diajak kawan kamu tu masuk. Sian tengok die sorang kat luor tu.” Allah dia ikot balik rupanya. Saya suruh nenek tidor lepas tu saya buat solat sunat. Alhamdulillah gangguan tadi tu dah takdak dah.. – Pengurus Jenazah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Redrozes nurul – pernah beberapa kali dipanggil buat post m0rtem lepas maghrib atau tengah malam atas faktor politik dalaman. perasaan dia x sama macam buat post m0rtem siang2. balik kerja lalu jalan kampung sunyi2 terasa ada yang teman dalam kereta. sampai rumah anak melalak, anjing2 jiran menyalak2 & macam2. bersyukur dah x kerja f0rensic lagi.

Nor rosli – Serammmmmm.. bukan semua boleh jadi pengurus jenzah.. ni antara frontliner juga musim2 kobid ni.. Moga Allah permudah segala urusan..

Siti nadzirah – To be honest, saya berharap confessor share cerita yang bawa pengajaran dan nasihat kepada orang yang masih hidup. Bukan cerita seram…

Sumber IIUMC