“Xyah solat lah mlm ni. Besok kn boleh solat”. Berubah sgt “nenek” aku nie. Bila tsedar, rupany ny4wa aku jd taruhan.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. “Dik! Dik! Dah sampai ni!” Amir menggosok mata. Terkebil-kebil matanya melihat Pak Aiman dengan senyuman kambingnya. “Dik. Pakcik kena balik cepat, nak ambik mak pulak lepas tu hantar pergi airport.

Pakcik dah keluarkan beg adik. Pakcik letak kat situ.” Pak Leman menunjuk ke arah satu beg bagasi sederhana besar. Amir membuat “thumbs up” sebelum membuka pintu. Sebaik sahaja pintu ditutup, perlahan-lahan kereta Hyundai Starex itu bergerak kehadapan, men1nggalkan dia berdiri situ dengan muka masam. Maknya kena pergi Jakarta selama seminggu untuk urusan bisnes.

Bapaknya pula sebok nak honeymoon dengan bini baru dia. Pengantin baru lah katakan. Nak tak nak, mak Amir terpaksalah meminta tolong nenek dia untuk menjaga Amir selama seminggu, rumah yang paling tak digemarinya itu. Nenek Amir ni garang dan tegas dalam bab agama. Di rumah nenek tak ada TV. Internet jangan harap lah. Sehari suntuk mereka terpaksa mendengar lagu-lagu Melayu lama, bacaan Al Quran dan syarahan di radio.

Sebab tu juga mak Amir hanya membawa Amir balik kampung hanya 6 bulan sekali. Itupun tidur sana semalam saja dan satu malam pun meny3ksa untuk pasangan anak beranak tu. Banyak data habis untuk menghiburkan diri mereka masa di sana. Dengan lemah, Amir menoleh dan ternampak sebuah rumah kampung yang tersergam indah, seperti baru dibina semalam.

Cat coklat di dinding kelihatan baru. Begitu juga cat putih di pintu. Daun pintu dan tingkap kelihatan kukuh dan baru. Rumput kelihatan seperti baru dipotong, cantik macam karpet. ‘Eh! Nanti! Indah?’ Berkerut dahi pemuda tu. Kali terakhir dia datang sini ialah 2 bulan lepas. Masa tu Dinding rumah nenek nampak kotor dan berlapok kerana berpuluh tahun tak dicat.

Masa tu rumput keliling rumah panjang, nenek cakap dia tak larat nak potong sendiri jadi dibiarkan panjang begitu sahaja. ‘Betul ke rumah nenek aku ni? Ke aku salah rumah?’ Amir menggaru kepala kehairanan. Tiba-tiba nenek muncul di muka pintu. “Amir! Bila kau sampai?” tanyanya dengan lantang. “Baru aje nek!”. “Apa kau tercegat lagi kat situ. Mari masuk!”

Nenek Amir melambai dengan lembut. Amir mengeluh berat. Beg bagasi diangkat. Langkah malas diatur ke arahnya. Tersengeh-sengeh warga emas itu dengan kejadiran cucu pertamanya itu. Orangnya kurus, berkulit hitam manis dan kecil molek. Ketinggiannya dalam 1.5m. Nampak kenit apabila berdiri di sebelah Amir yang setinggi 1.76m tu.

“Apa khabar nek? Sihat?” tanya Amir sebaik sahaja menyalam tangan neneknya. “Nenek sihat. Biasalah, s4kit sana s4kit sini” “Errr. Nek. Lawa rumah nenek ni. Siapa cat?”. “Bila minggu lepas mak kau cakap kau tidur sini seminggu, nenek terus mintak tolong orang kampung catkan rumah. Rumput pun diorang potong kan”…”Ohhh…”

Amir pelik. Terangguk-angguk lelaki tu. Setahunya, orang-orang kampung tak heran sangat dengan nenek dia tu. Dua bulan lepas masa hari raya pun cuma tok penghulu je datang. Yang lain tak nampak pun batang hidung. Takpelah, husnuzon. Sebaik sahaja Amir melangkah kaki masuk kedalam rumah, mulutnya melopong. Ada sofa baru. Meja baru. Langsir baru warna biru muda yang cantik.

Dinding ruang tamu pun kelihatan seperti baru dicat putih. Ada gambar pantai indah tergantung di dinding! “Wah. Besarnya TV nek, bila beli?” Amir menunjuk TV flatscreen berjenama Ph1lips. Besarnya kemungkinan 50 inci. “Alah. Masa mak kau cakap kau nak datang, nenek tanya-tanya orang kampung. Diorang yang derma tu semua.”

“Baik betul orang-orang kampung ni ye nek. Lain macam je baiknya ni.” “Kau ni, orang buat baik pun salah ke? Nak harapkan Amir tolong nenek? Datang sini pun tak suka kan?” Pedas sindiran nenek. T4jam menusuk jiw4. Tersengih-sengih lelaki tu. “Dah, apa lagi kau tercegat kat situ. Pergi letak beg kau dalam bilik lepas tu pergi makan. Nenek masak lemak cili padi ayam.”

Terjongket-jongket kening Amir, makanan kegemarannya tu. Lagi-lagi bila perutnya pun dah mula berkeroncong. Dengan pantas dia masuk bilik dan mancampakkan begnya ke atas katil. Kemudian dia berdesut ke dapur. Kerusi ditarik dan punggung pun dihempas. Lauk-pauk yang dah sedia terhidang di atas meja membuat Amir menjilat bibir.

Ada lemak ayam cili api. Sawi tumis oyster sos campur udang dan fishcake. Telur dadar dan air bandung. “Tunggu apa lagi Amir. Makan lah.” Terkejut Amir apabila terdengar suara neneknya. Tiba-tiba aje terduduk depan dia. “Jemput makan nek.” “Jemputtt jemputtt,” balasnya dengan lembut. Tanpa membuang masa, Amir pun mencedok nasi dan lauk.

Dalam khusyuk menjamu selera, hujung matanya perasan neneknya sedang merenungnya dengan t4jam. Bila Amir mendongak, dengan cepat dia tersenyum. “Nenek tak makan sekali?” “Takpelah. Nenek dah makan tadi.” Amir pun sambung makan. Tapi sekali lagi dia perasan neneknya merenung dia macam nak makan. Ah pedulilah. Sedap sangat makanan yang terhidang tu. Berkali-kali dia tambah.

Selepas makan Amir masuk bilik dan merebahkan badan atas katil. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek dan diletakkan ke atas meja tepi. Perutnya begitu senak kerana makan terlampau banyak. Serta merta matanya menjadi kuyu. Tak lama kemudian, dia berlayar ke alam mimpi. Perlahan-lahan Amir membuka kelopak matanya dan mendapati biliknya gelap gelita.

Dia mencapai telefon bimbit dan melihat masa yang terpampang di skrin. 10 setengah malam! Serta merta mata lelaki itu menjadi segar. ‘Huh? Lamanya aku tidur. 8 jam! Kenapa nenek aku tak kejut solat Maghrib?’ Amir bermonolog sendiri. Hairan! Selalunya neneknya akan terpekik macam tarzan kalau Amir atau maknya tidur waktu Maghrib. Ni tidak, senyap je.

Lampu bilik dibuka dan sehelai tuala dicapai dari dalam gerobok. Badannya berlengas, tak sabar nak mandi. Ketiak pun dah masam sangat tu. Rasa nak terkencing sangat pun ye. Satu-satunya tandas dalam rumah tu terletak di belakang dapur. Kalau dia keluar bilik, dia harus belok ke kiri untuk ke dapur. Ruang tamu pula di sebelah kanan dan kalau nak ke tandas, dia terpaksa lalu bilik nenek.

Amir takut kena marah pasal tak solat Maghrib. Tapi apa nak buat, takkan dia nak berkurung je dalam bilik. Bila-bila masa air kencingnya boleh terburai. Nak tak nak, dia terpaksa pergi ke tandas secepat mungkin.Dia membuka pintu dan mula berjalan pantas ke tandas. Tetapi sebaik sahaja dia lalu depan bilik neneknya, Amir ternampak dia duduk depan meja solek dan menyikat rambut.

Rambutnya yang panjang beruban, begerbang menutup bahagian belakang tubuhnya. Perlahan-lahan dia menyikat rambutnya dari atas kepala turun ke bawah. Dari refleksi cermin solek, Amir ternampak neneknya tersenyum lebar sambil menyikat rambutnya. Berkerut dahi Amir. Pelbagai persoalan berlegar-legar di mindanya.

Oleh kerama tak tahan sangat nak terkencing. Dia mula berlari-lari anak menuju ke tandas. “Amirrr..” Amir menoleh ke kanan. Hampir gugur jantung Amir apabila ternampak neneknya berdiri tegak di situ seraya tersenyum. “Jangan lari-lari nak. Nanti jatuh,” sambung orang tua tu dengan lembut. Neneknya memakai baju kelawar berwarna hitam. Rambutnya kemas disimpul kebelakang.

“Bi…bila nenek a…ada kat sini? Ta…tadi kan dalam bilik?”. “Apa kau cakap ni Amir? Dari tadi nenek nenek diri sini. Siapkan makanan.” Amir tidak menjawab. Kelam kabut dia berlari masuk ke dalam tandas dan mengunci pintu. Semasa dia sedang menjirus badannya, dia terdengar suara bunyi orang bercakap. Suara neneknya dengan seorang lelaki.

Dia tak faham apa mereka sedang berbual kerana mereka seperti berbual dalam bahasa Jawa. Tertanya-tanya Amir dalam hati. “Siapa lelaki tu? Dengan pantas dia menyarung baju dan seluar. Apabila dia membuka pintu tandas dan melangkah keluar, dia ternampak neneknya terduduk di meja makan seorang diri. Tiada lelaki pun kelihatan.

“Nek, tadi Amir dengar suara orang lelaki berbual dengan nenek. Siapa tu?” “Lelaki? Mana ada. Jangan-jangan pasal Amir lapar sangat tak, dengar bukan-bukan. Duduk sini cepat. Makan dengan nenek.” Bau lauk lemak cili padi ayam menusuk lubang hidungnya. Tetapi dia hilang selera apabila ternampak neneknya sedang menyeringai di situ.

“Ok…ok nek. Kasi saya solat Maghrib dulu. Nanti saya makan.”. “Tak payah solat lah malam ni. Besok kan boleh solat. Mari sini makan.” Amir tercengang dengan reapons neneknya. “Ok ok. Saya tukar baju dulu. Nanti saya datang.” Tanpa menunggu balasan, Amir berjalan pantas menuju ke bilik. Dia betul-betul pelik. Rasa takut pun ada.

Selalunya nenek dia lah yang paling garang bab-bab solat ni. Ni boleh cakap tak payah solat. Lain macam betul perangai nenek dia tu. Dia juga perasan rumah neneknya sunyi sepi. Selalunya nenek Amir akan membuka kaset (ye, nenek Amir masih pakai kaset) bacaan Al Quran waktu malam-malam begini, bergema satu rumah.

Tetapi di malam tu terlampau sunyi. Malah bunyi cengkerik pun langsung tak kedengaran di luar. Sebaik sahaja Amir masuk kedalam bilik, dia mengunci pintu. Kemudian dia meluru ke meja tepi di mana dia letak telefon bimbitnya. Dia nekad nak repot kat mak dia tentang perangai nenek dia. Tetapi panggilan tak dapat disambung walaupun dia dah menekan kod antarabangsa Ind0nesia diikuti nombor maknya.

Berkali-kali dia cuba tetap sama jugak. Dia cuba call bapak dia. Pun sama juga, tak boleh disambung. Dia call Faizal, kawan baiknya pun sama jugak. Malah, semua orang pun dia tak boleh call. Amir mula rasa geram. Dia membuka aplikasi Watsapp tetapi dia perasan line data pulak tak ada. Dia ‘restart’ telefon bimbitnya tetapi tetap sama juga.

‘Dah kenapa ni? Dulu masa aku datang sini semua ok je’ getus hatinya. Akhirnya dia cuba call customer service Maxis. Tetap sama, tak boleh di sambung! Kalau nak ikutkan hati, mahu sahaja dia mencampak telefon tu keluar tingkap. Geram nak m4mpus. Tuk tuk tuk!..”Amir buat apa tu dalam bilik? Kata nak makan dengan nenek!”

Dengan pantas dia membuka pintu dan ternampak nenek dia berdiri situ dengan muka masam. “Jap ye nek. Saya nak hantar emel jap. Hmmm, nenek takde wifi ke?”. Berkerut dahi orang tua tu. “Waifai? Nenek tak faham? Amir nak tapai ke?”. Dengan pantas Amir menutup mulut menahan ketawa. “Wifi nek. Untuk internet. Ada tak?”. “Entahlah cu. Nanti nenek cari dalam aisbok tu. Mungkin ada sekeping.”

Amir tersenyum. Telatah lucu neneknya sedikit sebanyak meredakan keresahannya. “Sini ikut nenek pergi dapur. Makan,” pelawa orang tua tu lagi. “Amir tak selera sangat lah nek. Nenek makan sorang lah.” Nenek tak suka makan sorang. Temankan nenek makan k.” “Tak…takpelah nek. Amir betul tak selera ni. Amir tengok TV boleh?”. “Ok. Nenek pun tengok sekali dengan Amir.

Kejap lagi cerita kegemaran nenek nak mula” Amir tersengeh-sengeh. Seumur hidupnya tak pernah tengok TV bersama neneknya. Maklumlah, mana ada TV sebelum ni. Sebaik sagaja Amir melabuhkan punggungnya ke atas sofa empuk itu, neneknya juga duduk di sebelahnya. Apabila butang remote control ditekan, filem Ju-On ditayangkan di kaca TV.

“Nek. Boleh tukar cerita lain tak? Tak suka lah cerita ni.” Menyeringai orang tua tu, menampakkan giginya yang kekuningan. “Kenapa Amir? Takut? Hehehe” neneknya mengejek diikuti dengan tawaan mengekek. Tak sedap hati Amir dibuatnya. “Tak takut lah nek. Cuma se…segan.” Amir menjawab dengan perlahan. “Takut cakaplah takut. Hehehe.

Biarlah cerita ni. Seronok. Hehehehe. Lagi-lagi bila hantu tu terbalik badan lepas tu turun tangga. Kalau boleh nenek pun nak buat sama. Hehehe.” Ternaik bulu roma Amir. Bukan sahaja hairan dengan kerenah pelik neneknya, dia dah mula rasa takut. Bam! Bunyi pintu gerobok dapur dihempas kuat membuat Amir terkejut, sehingga dia berdiri dan menoleh ke belakang.

“Bu…bunyi a…pa tu nek?”. “Takde apa-apa lah. Tikus tu. Hehe. Cepat duduk balik. Tengok hantu tu. Hehehe.” Tak lama kemudian, bunyi periuk belanga berlaga. Diikuti dengan sudu besi di letak ke atas pinggan dengan kuat. “Nek. Jangan-jangan ada pencuri tak?” “Hehehe. Siapa lah nak r0mpak rumah miskin macam rumah nenek ni. Hehehe. Duduk sini. Tengok TV!”

Amir tak mengendahkan kata-kata neneknya. Perlahan-lahan dia berjalan ke dapur. Bunyi sudu besi berlaga dengan pinggan jelas kedengaran. Diikuti dengan bunyi batukan seorang lelaki “Amir! Amir! Nak pergi mana tu? Duduk sini tengok TV dengan nenek!” Jeritan neneknya tidak dipedulikan. Perlahan-lahan dia berjalan kearah dapur.

Degupan jantungnya begitu laju, tapi dia tetap memberanikan dirinya. Apabila dia menjengah ke dalam dapur. Terbeliak matanya apabila ternampak seorang lelaki tua sedang menyangkung atas meja. Orang tua itu begitu rakus menyuap makanan ke dalam mulutnya, makanan yang sudah siap dihidang untuk santapan Amir.

Makanan di atas meja disuap dan disuap tanpa henti menggunakan kedua-dua tangannya. Amir nak menjerit tetapi suaranya tersekat di halkum. Baju kemeja putih makhluk itu kelihatan lusuh dan kotor. Kain pelekatnya koyak rabak. Dia sedar akan kehadiran Amir. Dia mendongak. Mukanya yang pucat lesi menghadap Amir.

Walaupun bebola matanya dah tiada, Amir pasti m4khluk tu sedang merenungnya dan di saar itu, suaranya keluar. “Arghhhhh! Nenek! Hantu! Hantu!”. Amir berlari ke kembali ke ruang tamu. Alangkah terperanjatnya dia apabila ternampak neneknya berdiri tegak di atas sofa. “Aku dah cakap! Duduk sini tengok TV dengan aku! Degil mak m4mpus punya cucu!

Padan muka kau!” Neneknya menjerit sekuat hati. Orang tua itu bukan berdiri bahagian tempat duduk, tapi di atas bahagian sandarkan badan. Macam mana orang tua yang berumur 74 boleh mengimbangkan dirinya begitu. Hanya tuhan je yang tahu. “Ya Allah!” Amir menjerit. Macam nak nangis pun ada, lebih-lebih lagi bila neneknya melompat dan berdiri tegak di hadapannya

Tanpa membuang masa, Amir belari ke pintu depan yang dah tertutup rapat tu. Dengan sekuat hati dia menarik pintu tu. Tapi tidak boleh buka. Di saat itu, dia rasa jari-jemari runcing membelai rambutnya. Dia menoleh dan ternampak neneknya berdiri tegak di belakangnya dan lelaki tua itu berada di sebelahnya.

Mereka berdua tersenyum dengan lebar. “Arghhhhhhh!”..Amir berlari masuk kedalam bilik. Dia cuba menutup pintu tetapi ditahan oleh tangan neneknya. “Amirrr. Kenapa buat nenek gini. Hehehe. Tak sayang nenek ke. Hehehehe. Amirrr. Keluar sayang. Hehehe.” Amir mengerahkan kudrat yang berbaki dalam tubuhnya untuk menutup pintu itu.

Tapi ternyata tenaga “nenek” nya itu luar biasa. Akhirnya dia putus asa dan berlari ke arah tingkap. Ditarik sekuat hati daun tingkap itu tetapi tetap tak boleh dibukanya. Amir putus asa, dia berlari ke hujung bilik. Dia duduk di atas lantai dan memeluk lututnya, menangis teresak-esak. Menggeletar seluruh badan.

“Nenek”nya merebahkan badan ke posisi merangkak. Dengan pantas makhluk itu merangkak ke atas gerobok almari bilik Amir. Walaupun kegelapan, Amir boleh ternampak orang tua itu menyangkung di situ dan merenungnya. “Amirrrr. Sayang nenekkk tak? Hehehe. Amirrr. Nenekkk sayang Amirrr. Hehehe.”

Tak lama kemudian, lelaki tua itu muncul di muka pintu. Terapung, perlahan-perlahan makhluk lelaki itu bergerak ke arah Amir. Amir menjerit semahu-mahunya. Basah lencun badanya dengan peluh. Apabila makhluk lelaki tua itu berada berdekatan dengannya, tiba-tiba… “Allahuakhbar! Allahukhbar!”. “Amir. Amir! Bangun nak, bangun…” “Arghhhhhh!”. Amir menjerit sekuat hati.

Sebaik sahaja matanya dibuka, dia ternampak ramai manusia mengelilinginya. Dia cuba bangkit tapi dia dapat rasa banyak tangan memegang tubuhnya, sehingga susah dia nak bergerak. “Lepaskan aku! Lepaskan aku! Aku nak pergi dari sini! Lepaskan akuuu!” Amir menjerit sekuat hati, meronta-ronta mintak di lepaskan.

“Sabar! Sabar Mir. Bawak bertenang. Ni Ustaz Azri ni. Mengucap Amir mengucap.” Kepala Amir berpaling ke arah suara itu, betul tu suara ustaz Azri. Dia duduk bersila di sebelah kiri Amir. Sebelah kanannya ialah Penghulu Wartam. Kepala Amir berpaling ke kanan. Tersenyum dia apabila ternampak wajah maknya. Tetapi bila dia ternampak “nenek” nya di sebelah kiri, dia menjerit lagi.

“Hantu! Hantu! Nenek hantu! Hantu!” Amir panik dan cuba bangun lagi, dia nak lari dari situ. Tetapi semakin kuat dia meronta, semakin kuat tubuhnya dicengkam oleh tangan-tangan yang tak dikenali. “Astaghfirullah Al Azim. Mengucap Amir mengucap! Kau selamat sini! Bertenang! Bertenang!”. Dengan pantas Ustaz Azri meraup muka Amir dengan air bacaan Yasin.

Kemudian dia membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dengan kuat. Serta-merta Amir menjadi lemah. Dia berhenti meronta dan dia terbaring lesu di atas lantai. Matanya tertutup. “Amir. Ni mak Amir. Bukak mata tu sayang. Ni mak ni.” Kelopak mata Amir separa terbuka. Dia ternampak maknya menangis teresak-esak. Spontan air matanya juga mengalir.

“Amir kat mana ni mak?” “Amir. Ustaz Azri ni. Kamu sekarang kat rumah Tok Penghulu. Ustaz akan terangkan semuanya tapi ustaz mintak Amir bertenang. Boleh tak?”. Amir mengangguk lemah. Jantungnya berdegup pantas. Tak sabar nak tahu apa yang terjadi sebenarnya. “Ok. Dengar sini baik-baik. Sebenarnya, Amir bukan kat rumah nenek Amir. Kami jumpa Amir kat rumah b0 moh Rajis kat tepi hutan tu.

Rumah tu dah lama kosong pasal B0 moh Rajis dah lama mennggal…” Terbeliak mata Amir tiba-tiba. Bulu romanya menegak. “Tak faham. Kan Pak Aiman yang hantar saya pergi rumah nenek.” “Tak. Pak Aiman tu ada niat jahat, dia dah puk4u Amir. Jadi bila Amir tengok rumah kosong tu, Amir akan ingat tu rumah nenek Amir.”

Sekarang baru Amir faham kenapa rumah nenek cantik sangat. “Kenapa dia buat gitu? Apa salah saya?” Ustaz Azri memandang Penghulu Wartam dan lelaki separuh umur tu mengangguk “Pak Aiman ada niat jahat. Dia ada buat perjanjian kotor dengan r0h B0 moh Rajis tu. Dia nak gadaikan ny4wa Amir untuk dapatkan nombor ekor.”

Berkerut dahi Amir. Mukanya merah meyala, geram dengan si Pak Aiman tu. “Habis. Macam mana saya boleh ada sini?”. “Nenek kamu ada datang berjumpa Tok. Dia cakap kamu tak sampai-sampai rumah dia. Nenek nak call mak kamu pun tak boleh, pasal mak kamu kat Jakarta dan kami mula rasa bimbang. Kami cuba lah cari satu kampung. Tak jumpa juga. Akhirnya kami buat polis report dan lepas tu kami solat hajat beramai-ramai.

Dipendekkan cerita, salah satu orang kampung ternampak rumah lama si B0 moh Rajis ni menyala tanpa sebab. Besok pagi kami beramai-ramai pergi kesana dan…” “Dan apa Tok?” Amir tak sabar nak tahu jawapannya. “Kami jumpa Amir terbaring di atas lantai dengan hanya memakai seluar dalam. Keliling Amir banyak ulat berengge, cacing dan bngkai-bngkai ayam dan tikus,” sambung Ustaz Azri

Tekak Amir terus menjadi loya. Dia terfikir barangkali lemak cili padi ayam yang dia makan hari pertama tu ayam mentah agaknya. Bluekkkkkk!. Cecair hitam yang berbau busuk macam bangkai terkeluar dari mulut Amir. Dengan pantas orang kampung menutup hidung. Kelam kabut mereka mengambil kain dan surat khabar untuk mengesat muntah Amir yang busuk tu.

15 minit jugalah mereka ambil untuk mereka bersihkan tempat tu. Amir menoleh ke arah nenek. Air mata warga emas tu tak henti-henti mengalir. Habis basah lengan baju digunakan untuk mengesat air matanya. “Nenek, maafkan saya nek.”. “Takpelah cu. Benda dah nak terjadi. Yang penting kau selamat,” jawap nenek Amir

“Mak yang patut mintak maaf dengan kau Amir. Pasal mak kau jadi gini,” sambung mak Amir pula. Berjujuran air matanya membasahi pipi. Amir tersenyum dan memegang tangan maknya “Ala mak. Jangan cakap gitu. Bukan lama pun. Nasib baik 1 hari je Amir kena cvlik. Kesian mak kena balik dari Jakarta cepat-cepat pasal nak cari Amir.”

Di saat itu, mak Amir memandang neneknya. Neneknya memandang Ustaz Azmi. Kemudian Ustaz Azmi memandang Penghulu Wartam. “Amir. Bukan 1 hari kau hilang nak. Dah 2 bulan Amir hilang,” jawap maknya sebelum menangis semahu-mahunya. Tekak Amir semakin lama semakin loya. Tak lama kemudian… Bluekkkkkkkkkkkk!. TAMAT

Reaksi warganet

Ahmad fairuz – Mantap betul penceritaan. Mase baca ingatkan nenek amir dah men1nggal dan ada tinggalkan belaan. Rupanya meleset. Jahat betul ilmu puk4u ni. Apa pon terbaik penulisan kali ni. Puas hati. Marbeles!!

Mohd akram – Jln cerita mcm lebih kurang sama dgn satu cerita kt tv haritu..tp dlm cerita tu nenek dgn atuk dia mmg dh mennggal la tp ada yg ‘menjelma’ balik menyerupai diorg..tajuk nya apa tah x igt..tp cerita penulis ni best jgk la sbb ada plot twist.. igtkan nenek dia dh men1nggal rupanya hidup lg..kipidap.

Sharifah khuzaimah – Hummakkk aihhhh..
Serammm betoll.. Patut laaa pakcik aiman tu cpt2 je nk tgglkn amir.. 2 bulan hilang tu.. Bkn sehari dua..aiishh

Kredit Hafiz aziz