“Kami ok ke, layak x nk jd mak mertua?”. Terpinga2 aku. Aku menangis bila sampai di rumah.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Alkisah harini adalah hari pertemuan aku dengan mereka. Sebenarnya dah banyak kali mereka tanya bf bila nak bawa aku ke rumah.

Selepas beberapa bulan berlalu, mereka msih bertanya dan akhirnya aku pun bersetuju. Bf aku jemput aku, dia pesan nanti sampai sana tolong apa yang patut dan selepas makan pun sama. Kat situ aku dah terasa dah sebenarnya but nevermind. Tibanya disana memang bf aku bawa terus ke dapur, semua orang disana. Tunang kepada abang bf aku pun hadir sekali.

Ibu bapa dia sambut aku dengan mesra. Tapi yang membuatkan aku awkward is aku tak tahu nak buat apa nak tolong apa. Aku duduk kejap aku tanya mak dia nak tolong apa mak dia jawab tak payah, tak apa pergi la duduk ja. Ok aku duduk tapi aku tengok tunang abang dia dok berdiri di dapur tu nak tolong mak dia kat periuk tu.

Aku segan aku tanya lagi nak tolong apaapa tak. Mak dia macam gelak gelak ja. Mak dia banyak interview aku sambil memasak. Aku tanya lagi ada apa nak ditolong tak, baru mak dia suruh susun lauk di meja which is kerja ringan ja. Mak dia tanya pndai masak tak. Dengan slumber dan jujur aku jawab tak pandai. Dia senyum ja sambil cakap anak dia suka makan taw.

Mak dia tak lekang dengan senyuman. Tunang abang dia tu memang aku tak tahu kenapa perasaan aku ke apa dia memang sentiasa cuba ada di sebelah mak bf aku tu walaupun sekadar berdiri. Aku nak tolong tapi diri ramai ramai situ sempit kang berlanggar pulak sudahnya aku duduk ja di meja makan, sesekali aku cuci pinggan sudu yang dah guna.

Mak dia masih interview aku. Pastu mak dia banyak bersembang dengan perempuan tu dan aku pula rasa krik krik. Perempuan tu tak ada langsung bertegur atau cuba nak berkenalan dengan aku. Aku yang mulakan dulu aku tanya dia siapa nama dan tinggal di mana (walaupun aku dah tahu). Time tengah makan, bapa dia pula interview aku.

So far soalan mereka tu tak la soalan pelik pun ok ja dan ramah. Aku jenis yang agak introvert di public. Yang rapat dan kenal aku ja tahu aku ni macam mana termasuklah bf aku. Jadi bila diberi soalan aku jawab sikit sikit. Kadang kadang lebih sikit dan sambung makan. Kira aku bukan peramah nak huraikan jawapan tu dengan lebih panjang macam orang lain. Tapi mereka memang banyak soalan dan letih juga lah aku menjawab semuanya.

Bf aku tu pulak aku tak tahu kenapa dia jadi bisu dari mula aku sampai hingga aku nak balik dia tak ada suara geram je aku. Dia bercakap pun dia sorok, bisik bisik sambil buat isyarat dengan aku tanya aku ok ke tu. Nak balik pun dia boleh pula whatsapp aku padahal aku ni duduk di depan dia ja.

Aku jenis tak makan banyak kalau di rumah orang tapi aku ada tambah lauk, kek dan kuih so ok la kan. Tapi mak dia boleh tanya tak sedap ke? Eh bukan macam tu. Selesai makan aku cuci pinggan aku dan cawan cawan diaorang. Tapi aku ni tak perasan pula ada mangkuk di sinki sebab fikiran aku tengah celaru jadi aku terbiarkan camtu ja.

Lepas tu mak dia suruh abangnya basuh sebab dari tadi abangnya tak ada tolong apa apa, cuma tidur di dalam bilik. Tapi aku terasa la, yang sepatutnya aku la yang basuh kan? Selesai je makan, ayahnya ajak aku ke depan (ruang tamu) dan suruh duduk. Aku merasakan bahwa ayahnya macam lebih faham aku ni jenis macam mana berbanding mak nya.

Aku pun duduk dekat 1 sofa ni, ayah nya duduk di kerusi berhampiran. Lepastu perempuan tu pun datang juga dan duduk di sofa belah sana which is jauh sikit dan mak bf aku pun datang dan nak duduk di sana juga. Aku macam oh okay tak apa la. Mak dia ada buka kotak yang berisi barang barang nya. Agak jauh juga lah jarak kami.

Mak dia melayan perempuan tu dan mungkin ayahnya perasan jadi ayahnya cuba bersembang dengan aku dengan macam macam soalan lagi, untuk tidak membuatkan suasana tu tidak krik krik. Aku tak tahu kenapa perasaan aku nampak yang mak dia melebihkan perempuan tu daripada aku yang baru pertama kali datang ni. Aku cuma nak jadi diri aku ja aku tak nak try hard sangat nak fake, nak cuba tonjol diri ke apa.

Perempuan tu banyak kali dah datang dan aku tengok cara dia memang dah buat rumah tu macam rumah sendiri sementara aku masih lagi kekok dan tak pandai sesuaikan diri. Seolah olah aku tiada peluang nak rapat atau berkenalan mesra dengann mak bf aku tu. Lepas tu bf aku whatsapp aku bertanya nak balik tak dan ye aku reply aku nak.

Sebab hati aku macam tak tenteram, dah mula overthinking, sedih dan nak balik scepatnya. Mak dia pun pura pura terkejut bila nampak kami berdua bangun. Sambil aku salam dia beritahu nak balik, dia cakap jangan serik untuk datang sini lagi ya. Aku macam speechless kejap sambil sengih sengih je. Aku pun hulur tangan juga ke perempuan tu dan respond dia macam gitu gitu ja.

Aku tahu la musim kobid, tapi aku niat nak hormat orang tu je. Nanti aku tak salam orang kata aku ni tak beradab pula. Mak bf aku siap tarik aku lagi nak peluk. Aku ingatkan dia tak sudi. Masa nak ke arah pintu tiba tiba keluar soalan, “kami ok ke, layak tak nak jadi mak mentua?” lagi sekali aku macam terpinga pinga sambil gelak gelak gedik.

Di luar ayahnya yang teman kami hingga ke pagar. Mak nya bergegas ke dapur katanya ada nak bagi sesuatu dan perempuan tu pun hilang ke mana tak tahu. On the way balik tu bf aku banyak kali tanya aku ni ok ke tak sebab dia kata dan nampak aku macam lain. Aku pula sebolehnya sorok reaksi muka aku dan jawab tidak ada apa apa semuanya ok.

Tapi dia tak puas hati, dia tanya lagi. Dan sekali lagi aku jawab aku baik baik ja. Aku pun mulakan soalan, aku tanya dia pasal perempuan tu selalu ke datang ke rumah? Dia jawab tak selalu tapi dah beberapa kali juga la dan dia dengan mak memang rapat. Aku macam oh ermm okey… Korang faham tak perasaan aku macam mana? Huhu.

Dah sampai rumah, bf aku whatsapp lagi tanya semua ok ke. Tapi aku dah mula ignore sikit sikit. Aku terasa malu dengan kekurangan aku dan aku tak tahu aku patut rasa apa. Tak tahu kenapa aku tiba tiba menangis di dapur seperti melepaskan sesak dalam dada ni. Tapi mujur tak ada siapa nampak. Tiba tiba mak aku datang dan pelik, eh sekejapnya dah balik.

Aku jawab ya sekejap je tak perlu la lama lama di rumah orang kan hmm. Mak aku mula la tanya aku semuanya ok ke dan aku pun cerita everything. Lalu mak aku kata dia faham apa yang aku rasa, aku merasakan diri ini sedang bersaing. Siapa lagi rajin siapa lagi pandai bergaul pandai mengambil hati. Pendapat mak aku lagi, sepatutnya perempuan tu tidak perlu dijemput sekali. Aku sendiri pun merasakan benda yang sama.

Sepatutnya mereka menjemput aku sebagai tetamu dan inilah masanya untuk sesi suai kenal sebagai bakal menantu nya bukan tetamu biasa. Tapi apakan daya, kehadiran ku seperti tidak dihargai je dan dilebihkan pada orang lain. Tapi tak apa la benda dah jadi kan. Aku terus berdoa jika keluarga itu sesuai dengan aku maka jodohkan lah dekatkan lah aku dengan bf ku.

Tapi jika sebaliknya aku rela undur diri meng0rbankan perasaan ni. Aku dah mula overthinking dan kecewa sangat sangat dalam masa yang sama aku tak nak kehilangan bf aku. Dia satu satunya lelaki yang faham dan boleh terima aku. Untuk pengetahuan semua, aku mengalami depr3ssion yang teruk akibat tekanan kerja yang melampau dan masalah keluarga.

Beberapa kali aku minta dia untuk tinggalkan aku sebab aku rasa tidak layak dengan dia, dia seorang yang p0sitif dan happy go lucky jadi aku tidak patut mengheret dia ke dalam masalah aku. Namun dia jawab dia tidak akan sesekali tinggalkan aku. Aku jadi lagi sedih bila fikir pasal pertemuan aku dengan keluarga dia tu tadi.

Aku takut sangat kalau lepas kahwin macam macam perkara akan berlaku dan aku tidak kuat, aku dah penat menghadap ujian dunia yang tidak berhenti sampaikan doa aku selalu ada ayat “tidak layak kah aku untuk rasa bahagia”. Sekian luahan aku. – Nad (Bukan nama sebenar) via

Reaksi warganet

Kak ain – Takde masalah apa pun sebenarnya. Sesetengah keluarga, kalau gf tak sama dengan kedudukan tunang. Sebab tunang ni yg dah konfem, dah jumpa keluarga dan dah mesra. Mungkin confessor sedikit kekok terutama di dapur..sebab di dapur cukuplah kita tanya sekali je nak tolong apa…kalau ada ternampak boleh hulur tangan cepat2 bantu, kalau takde duduk aje di meja dan layan mak tu sembang.

Itu sudah mencukupi. Yg kedua..mereka ok.. sebab tu dia tanya ok ke makcik ni layak ke jadi mentua…so humble n jarang orang macam tu. Kita dulu yg harus masuk dlm family itu dengan lapang dada dan p0sitif, sepatutnya.
Cuma tunang abang confessor tu…pelik juga bila dia tak mesra sedangkan dia kakak antara kalian berdua. Mungkin anda cantik sangat. Atau muka tak mesra?

Liniey coway – sis, klu boleh elakkan la rasa negatif start drpd awal lagi, sbb jauh lagi tau perjalanan berumahtangga.. klu boleh biar lah baik2 shj. mana2 terlebih atau terkurang kita anggap kita pun sama.. mcm sis bgtau sis xpandai masak maybe thats y sis susah nak adapt suasana kat dapur.. biasanya klu dh ke dapur xperlu bnyak tanya, nampak apa org lain buat, kita take turn..

nmpak org siang bawang, kita offer lah, meh sy tolong buat pula.. nmpk org tgh mengacau dlm periuk, take turn.. jgn asyik tny nk buat apa.. kdg org segan nk suruh2 tetamu.. jd better lepas ni banykkan belajar masak dan biasakan diri duk dapur.. xpe xpandai sgt, tp effort kena ada.. sama juga mcm berbual, walau kita xkenal, pergi je duk menyendeng..

biasalah nnt awl2 kawen pun kena lah buat muka xmalu sikit, kena ramah dgn sedare mare.. sy pun pemalu dan introvert.. tp insyaAllah klu kita niat baik, yg baik juga dtg.. klu kita dengki kat org, pdhl org lain xde niat xbaik pun kat kita, sudah2 kita sendiri yg rugi..

Syera faz – Bykkan bergaul dengan org tua dari kita..cara nk ambik hati dorang pon lain..be brave..jgn asik tanam dalam fikiran, aku str3ss str3ss str3ss..ada ruang untuk belajar..sy kalau sembang dgn makcik2 smbil makan lagi la byk modal nak bercerita.. kalau rasa masakan dia sedap tu, apa lagi tny la resepi..

pastu dengar ngan penuh minat..org tua2 ni byk petua masakan dia..dari a smpi z komphem dia cita pny..lgpon mak bf u kan ckp dia suka makan..tny la makanan kgemaran dia bla bla bla.mintak resepiiii..kalau tgk rumah dia cantik, puji la rajin acik deko2 ni..ishh byk modal ni kalau sembg ngan mak2…

Nun husna – Teringat pengalaman sendiri masa belum kawin dgn husb, masih bf gf. Husband jenis rapat dengan mak cik2 dia, so dia rajin bawak pergi rumah makcik2 masa kapel dulu & mak cik2 dia okay je. Langsung takde kurang layan pun. Tapi sis ni jenis macam confessor la, introvert and tak riuh rendah macam family suami. Pastu rasa rendah diri sorang2 (padahal orang lain ok je).

Pastu str3ss. Pastu mintak break tiap kali pas balik dari jumpa family, tiap kali mintak break. Str3ss tah kenapa. Alhamdulillah dah kahwin 6 tahun. Masih mengekalkan sifat diri yang introvert & bersembang bila perlu. Dah tak str3ss sebab dah terima diri sendiri memang macam ni and I don’t hate myself because of it.

Mizez zeck – Takyah nak overthinking dikkkk.. Hakak ni haa, biras semuanya pompuan…sbb adik-beradik hasben semuanya lelaki…takde masa aihhh nak bersaing bagai..jadi je diri sendiri..kalo rasa tak pandai masak, blajo le..bukan utk impress org laen pon..tapi utk kegunaan diri sndiri di masa depan..bila dah ramai2 tu, buat koje awk..

x reti memasak, ko tolong la mengemas.. x reti mengemas, ko tolong la menyapu.. apa ada hal..bior org laen yg menilai…awk nak bersaing nak buat apa..kalo jenis perangai fake ni, lama2 kant0i jugakkkk..so xyah nak pening2…arwah mentua akak dulu, mmg kabo awai2, berkenan kt akak sbb cekap di dapur katanya…

so, kalo kmpul ramai2, akak mmg selesa kat dapur… Xkan laaa xde bnda lgsg yg awk reti buat selain overthinking?..Gunakan kelebihan atau kemahiran yg awk ada tu nnt ya..xyah nak jeles2 aihhh dgn tunang abg bf tu..buat biasa2 je sudeyhhhh.

Sumber IIUMC