Dekat US, nk hantar ank ke plyschool. Hairan, kena hadap iv dulu. Ini yg aku rasa, bila diterima.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa tinggal di luar negara.

Maaf jika aku campur bahasa ye dan taktau laa tajuk tu sesuai ke tak. Aku ke negara Uncle Sam pada tahun 2017. Masa itu, Trump masih baru jadi Presiden. Aku ke sana bersama seorang anak kecil kerana suami menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Pada mulanya aku keberatan untuk pergi kerana sentimen Islam0 ph0bia dan perasaan benci Trmp pada mereka yang n0n whites.

Tapi alhamdulillah perjalanan ke sana dan segala urusan di embassy dan airport dipermudahkan. Kami tinggal di sebuah bandar kecil, penduduknya lebih kurang 30,000. Kami tinggal di university town kerana kawasan ini membangun kerana ada universiti di situ. Satu hari suami aku cadangkan untuk hantar anak kami ke playschool.

Dia dapat tahu pun dari kawan kelasnya yang beritahu playschool ni percuma tapi queue nak dapat tempat tu panjang. We decided to try and jika ada rezeki, adalah. Selepas 2 minggu suami terima call mengatakan yang anak kami diterima. Cikgu kelas akan datang ke rumah untuk interview.

Aku pelik bila tahu cikgu nak datang interview as it was our first time hearing that. Cikgunya aku gelar Ms T. Orangnya bercermin mata, berambut pendek dan pakaian agak ranggi. Aku ingatkan dia t0mb0y mula mula tu. Haha. Dia tanya banyak soalan seperti education background, anak ada masalah pembelajaran, ke apa expectations pada anak, etc.

Selepas sesi interview, aku tanya pada Ms T “Why do we have this session?”. Ms T jawab yang this is their procedure and at the same time nak pastikan yang the child membesar dalam suasana yang selamat dan selesa. Seminggu selepas sesi interview kami pun hantar anak kami ke playschool. Playschool ni khas untuk mereka yang kurang berkemampuan or low income family.

Kami memang tak perlu bayar apa apa. Suami aku belajar dengan sch0larship university. Aku plak ambil visa yang tak benarkan untuk bekerja jadi kami di sana adalah golongan kurang berkemampuan. Dalam class anak aku ada 8 orang termasuk anak aku. Kesemua dalam class ni tak bayar apa apa sebab mereka dari low income family.

Ada 3 lelaki dan 5 perempuan. Disebabkan aku takde buat pape kat rumah aku pun jadi volunteer kat kelas anak aku. Inilah serba sedikit kisah anak anak ni. Thomas. Thomas ni tua setahun dari anak aku, usianya 3 tahun. Orangnya tinggi, rambut per4ng, matanya biru dan kerap terjatuh bila jalan. Ayahnya dulu askar based di Afgh4nistan tapi dah berhenti and suff3rs from PTSD.

Mengikut kata Ms T, keadaan ayahnya dulu lagi teruk tapi sekarang dah makin pulih dan perlu bergantung pada ubat. Ibunya bekerja sebagai setiausaha di sebuah gereja. Thomas tak banyak bercakap tapi tak banyak kerenah juga. Kenny. Kenny usianya 3 tahun sebaya Thomas. Seorang yang petah bercakap. Rambut perang mata coklat. Ada abang dan adik lelaki.

Kenny ni aku rasa macam gentleman sebab dia suka tolong kawan kawan dan pujuk kawan bila kawan sedih atau menangis. Mak dan ayah Kenny tak berkahwin. Aku dapat tahu ayahnya pindah ke bandar lain jadi ibunya yang jaga ketiga tiga anaknya. Kenny ni mengingatkan aku kat penyanyi “country” haha. Hari last kami di sana tak dapat jumpa Kenny sebab dia demam.

Sedih sebab anak aku rapat juga dengan Kenny. Kayden. Kayden masa hari pertama sekolah dia menangis sepanjang hari. Kayden ni kalau tengok memang African American tapi rupanya mak dia white, ayahnya yang black. Tapi disebabkan dia tak nampak macam budak mix, aku terkejut masa tahu maknya white.

Dia dijaga oleh atok dan nenek belah maknya. Ayah dan mak Kayden tak berkahwin. Senang cerita, dalam class tu, aku dan parents Thomas je yang berkahwin. Kayden ni memang cerewet bab makan sebab nenek dan atok dia hari hari bagi dia makan chicken nuggets. Fast food kat sana memang murah, Kayden ni muka dia macam Tracy Morgan cast dalam 30 Rock tu.

Caitlyn. Caitlyn ni bagi aku seorang budak perempuan yang comel. Rambut perang, matanya biru kehijauan tapi setiap kali aku tengok dia, mesti ada je cecair dalam hidung. Tapi aku perasan dia kurang join kawan dia main. Yang aku nampak dia selalu gigit kuku. Rupanya Caitlyn ni ada masalah speech. Ada seorang therapist ni namanya Ms Sandy akan datang seminggu sekali dan buat activity dengan dia.

Bila time untuk nap, Caitlyn akan suruh one of the teachers untuk dodoikan dia. Sophia. Sophia is an African American. Aku selalu nampak ayahnya hantar dan jemput dia balik sekolah naik bas. Hubungan dia dengan ayah dia sangat rapat. Sophia ni hari hari fesyen rambut dia berubah. Dia kawan dengan Kayden sebab dari segi skin color, they are the same so they feel more connected, aku rasa.

Dia dan Kayden the only Blacks in the class while anak aku the only Asian in the school. Ibu dan ayah Sophia dah berpisah tapi aku suka tengok hubungan ayah anak perempuan ni. Terra. Terra ni sebaya anak aku. 2 tahun usianya. Kulitnya cerah, rambut kerinting hitam, mata hitam. Dia ikut rupa maknya sebab kakak Terra (sama sekolah, lain class) ikut rupa ayahnya.

Kakak Terra sebiji macam Princess Merida, watak dalam filem Brave by Disney tu, rambutnya ginger. Terra ni tinggal jauh dari sekolah. Ada sekali tu dia tak datang dan cikgunya cakap dorang accident terlanggar rusa. Nasib baik pakai carseats so semua selamat cuma kereta laa teruk siket.

Terra ni ada masanya moody but overall a nice girl. Pernah sekali masa tidur petang aku dengar dia berdengkur, terkejut kejap. Haha. Athena. Athena tua setahun dan sangat petah bercakap. Bila aku tau kisah dia, aku rasa macam nak bawak dia balik Malaysia dan jadikan anak angkat. Athena ni budaknya baik tapi nampak tak terurus.

Rambutnya pendek macam pixie cut tu. Kalau dia moody tu sebab dia tak cukup tidur. Dalam class tu ada lagi seorang cikgu aku panggil Ms C. Ms C ni ada cucu seorang. Dari gaya dia aku tau dia seorang yang pengemas dan pembersih. Pernah sekali aku nampak dia bawak Athena keluar dari class. Rupanya dia pergi mandikan budak tu.

Athena ni anak ketiga tapi adik beradik dia semua berbeza ayah, Kakak sulung dan kedua je share the same father. Athena dan adiknya dorang taktau bi0logic4l father nya. Dalam sijil lahir diletakkan nama current boyfriend mak nya ketika tu. Inilah apa yang Ms C bagitahu aku sebab dia yang pergi rumah Athena untuk sesi interview tu.

Ms C memang tak berkenan dengan mak Athena sebab mak dia selalu bertukar boyfriend. Anak anak tak terurus, kakak sulung Athena dan kakak keduanya diejek di sekolah sebab pakaian lusuh. Ms C cakap pihak sekolah ada report kat Child Pr0tection Services tapi tiada tindakan. Sebenarnya dah hampir 2 tahun aku balik Malaysia tapi rindu dengan anak anak kat playschool ni.

Taktau laa camne dorang deal dengan kobid ni. Sejujurnya selama aku kat sana aku jumpa dengan orang yang baik baik, Alhamdulillah. Cumanya jangan kita ingat Americ4 ni macam apa yang kita tengok kat filem Hollywood tu. Mereka yang hantar anak kat playschool ni kebanyakkannya yang perlu buat 2-3 kerja, trying to live an honest and decent life.

Aku bersyukur to experience this part of Americ4 but I am thankful to be in my own country. Lagi satu, aku mula cakap I love you pada anak aku lepas aku dengar mak Terra cakap masa drop off anak dia. She said “gimme a hug, I’ll see you after work. Love you”. Sejak dari tu aku akan cakap I love you kat anak aku walaupun dia tak respond.

Tapi sekarang she is 4 years old and kadang kadang dia akan cakap I love you mommy, randomly. So to parents and future parents, make sure to always say and remind your children that you love them, okay? Akhir kata, mohon maaf jika ada kesalahan bahasa sebab aku memang dah lama tak mengarang. Terima kasih sudi baca. – Midwest (Bukan nama sebenar).

Reaksi Warganet

Farhah simhah – Saya pernah buat latihan kat tadika, sebab dulu bercita nak jadi cikgu tadika. Suka budak kononnya.. Buat praktikal kat playschool untuk ibu ibu muda yang pregnant bawah umur ni.. Anak anak dorang mulut, patut dicili gitu. Pengalaman dengan bebudak tu buat saya kansel jadi cikgu tadika hahhaha

Dan bila ada anak, saya hantar private, selain tak mahu ambil spot untuk keluarga yang betul memerlukan… Ialah kerajaan punya limited, 9 dollars sehari aje lak tu.. So patut untuk keluarga yang benar benar memerlukan patut apply bandingkan private hampir 50 dollars sehari.

Selalu juga jadi parents pengiring bila playschool ada aktiviti luar.. So far semua parents kerja best best dan tiada sangat cita k0ntr0versi… Tapi boleh pula dorang cita itu ini dengan you, ialah macam sesetengah cerita, bukan patut confidential camtu.

Nadia ali – Seronok baca. Excited juga. Sy selalu dan hampir tiap hari menyatakan “I LOVE U” pada anak2 n husband sebelum pergi kerja or pergi mana yg meninggalkan mereka dirumah. Begitu juga suami. Mcm dah jadi rutin. Dan apa yg sy perasan, disebabkan oleh itu, kalau one of family kami yg s4kit.

anak2 akan hug and said “I LOVE U mama, or papa, or else”. They noticed, that word will calm the people they hug. Kalau sy terlupa nak buat cmtu sebelum tido, anak mesti tanya kenapa mama x cakap apa2 pun? Yelah, kadang kita ni dah penat sgt, baring2 terus tdo..lupa.

Belon bulat – Btul..berbeza budaya..cuma kt xpraktikan..Sebelum tdo.aku selalu suruh anak2 cium n peluk aku..dn secara tak langsung..aku akan salam dn minta maaf klau ada sa4kiti hati mereka..bnda akan terpahat dlm hati mereka.

saling memaafkn klo bt silap.mcm solat juga.ajar dari kecil.biar mereka rsa janggal bila tidak di solat..jgn manjakn dgn games dn video karton..pendapat aku yg xseberapa ini..maaf

Aida haryanti – Sama mcm aku tinggal di mexico dulu..mula2 rasa takut dgn environtment yg islam ph0bi4 ni tapi bila dah lama2 diorg sgt friendly..jiran pun baik sgt..dah setahun blk msia, aku rindu sgt dgn diorg semua..besarkan anak di luar negara mmg sgt bagus wpun aku terima kec4man kdgkala tu..insyaAllah, tak pernah aku lupa agama bangsa dan negara.

Sumber IIUMC