“Anak kau ni xguna tahu tak?”. Mak hy membisu. Mlm tue dgr bunyi kt depan. Xsgka depan mak dia buat mcm tue.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan hi.Kalau tersiar, harap bagi pendapat molek ye. Aku terima seadanya apa yang nak dikomen. Hahaha. Nama aku mai. Aku ada sorang abg, sorang kakak dan tiga orang adik.

Aku nak cerita ni tentang angah aku, abg ipar aku dan mak aku. Angah dah pun berkahwin. Anak dah 5 wei. Mak aku pulak ibu tunggal. Dia duduk sekali dgn angah ni lah memandangkan abg aku kerja luar negara dan adik aku yang lain masih belajar. Yang belajar of course duduk asrama (sblum timbul persoalan).

Mak aku dah start duduk dgn angah ni lama. Dari anak angah no 2 tu lahir lagi. Macam2 masalah dalam family angah ni mak aku dah nampak. Sebabnya suami angah tu kaki mbuk, juddi,ape benda yang terlarang yang org kata jangan amik memang dia amik lah. Mula2 mak aku takde syak pape. Husnuzon je lah kan. Sebabnya abg ipar aku tu bermuka.

Depan org mmg pijak semut tak m4ti. Waktu angah mengandung anak no 3 baru lah mak aku perasan perangai abg ipar aku tu mcm mana. Dia dah berani balik rumah mbuk mauk, ada je tak kena dia bel4sah angah sampai leb4m lah pat4h riuk lah. Angah penah masa mengandung anak ke empat. Disebabkan tak hidangkan makanan saja, dia hemp4snya kepaIa kakak aku dekat dinding.

Tumbok jangan cakaplah. Muka memang dah senget sebelah masa tu. Semua kejadian berlaku bila ada dekat rumah angah saja. Bila depan adik beradik dgn sedara lain, abg ipar aku tu lah lelaki paling romantik baik nak m4ti depan semua orang. Kalah gentleman khuzairi dengan mia 7hari mencintaiku! Utk pengetahuan semua, masa ni abg ipar aku tak bekerja.

Angah yang kerja seorang. Dia makan tanggung ber4k cangkung saja di rumah. Dan yelah, ada dia dekat rumah pun tak membantu tetap jugak mak aku yang uruskan cucu cucu dia. Dia duduk rumah membongkang macam myat hidup. Aku perasan semua masalah dan bergduh ni punca dari duit takcukup. Weh orang tak kerja, tapi nak melayan nfsu h4ramnya tu korek duit bini.

Bini lak nak tanggung keperluan anak makan pakai semua lagi. Lagi nak tanggung benda h4ram kau memang taklah cukup kan? Bila dia mintak duit dr angah, mana lah angah nk galakkan benda macam tu. Jd mula lah dia sep4k ter4jang angah. Kalau korang tertanya macam mana mak aku. Ye, kakak aku kene bel4sah depan mak aku.

Dia bole cakap lagi depan mak aku “anak kau ni takguna tahu tak?!!” Weh mak aku jenis lembut, takberani bersuara. In fact, mak aku takut weh. Sampai mak aku cakap mak takut kalau mak m4rah mak pulak kena bnuh. Sampai mcm tu sekali mak aku fikir. Mak cakap dia fikir cucu je, kesian dekat dorang ni kecik lagi taktahu apa.

Masa ni jangan tanya lah. Dah berjuta kali kami ni empat beradik cakap dengan angah. Fikir diri sendiri, anak2 dgn mak dulu. Orang mcm ni takkan berubah melainkan keajaiban. Dengan mak mertua sendiri boleh b1adap apa lagi nk hormat kau sbgai isteri. Baru 3jam lepas kena bel4sah kawkaw smpai separuh m4ti, dia baik balik dengan laki dia macam takde apa.

Dan esoknya mula balik hari baru macam takda apa berlaku. Takda apa! Memang angah backing suami dia lah. Dia cakap dia kenal suami dia. Dia tahu suami dia tak berniat buat mcm tu. Masa tu aku rasa macam nak cabut skru skru otak dia, kasi ketat ketat biar ada otak tu berfungsi sikit! Aku faham, isteri mana taksayang suami.

Tapi suami macam ni layak ke kau nak sayang? Kalau tak melebih, bg aku laki macam ni dah cukup d4yus dah wei. Mak aku dah taksanggup nak duduk situ. Beribu peluang mak aku bagi mengharapkan menantu dia berubah. Tapi mungkin pintu hidayah buat dia belum lagi ada. Mak aku buat keputusan nak pindah, duduk balik kat kampung. Sorang pun sorang lah janji hati dia tenang dekat sana.

Kami setuju mak duduk dgn angah sebab ada jugak org jagakan mak. Ini lain pulak jadinya. Sebelum pape, Kami 4 beradik lain mmg tak boleh masuk campur hal rumah tangga dia. Kata dia, ni rumah tangga angah. Angah tahu macam mana. Da 7tahun angah kawen. Along dgn yg lain takpayah masuk campur. Kau orang kawen pun tidak mana nak faham org yang dah kawen.

Dalam hati ni memang nak tolong sangat2 angah kami tapi dia sendiri taknak kami tolong memang takboleh buat apa. Dan waktu mak aku pindah balik kampung. Memang angah marah g1le. Satu ayat yang aku takboleh lupa. Kalau mak balik kampung, sape nak jaga anak angah? Itu yang dia pikir weh. Dia takfikir mak aku takut nak duduk dalam rumah dia?

Dia tak fikir mak aku tido tak lena sebab takut jadi apa apa. Dia takfikir mak aku dah tr4uma takbole langsung dengar benda terh3ntak ke org mnjerit ke. Dia tak fikir ke pasal mak dia? Diri sendiri dah jadi mak dah pun. Takkan tak bole nak fikir. Sejak mak aku duduk balik kampung. Angah aku terus senyapkan diri. Ada kenduri family semua takde dia datang.

Bila mak aku nak jumpa cucu pun, dia takbagi jumpa. Sampai hati dia. Mak aku tiap tiap malam menangis rindukan cucu dia weh. Angah aku ni senyap sendiri gitu lah. Kita taktanya dia, dia pun takda tanya kita. Bila kita tanya, dia buat macam takwujud tknak tunjuk muka, bila mesej saja berjawab. Yang lain hampeh.

Kira aku boleh anggap nak putuskan hubungan antara nenek dengan cucu lah jugak. Sampai sekarang mak aku sedih rindu cucu. Aku tahu mak aku sedih fikir pasal anak dia. Dan aku tahu angah aku masih lagi kena pukol dan terumbang ambing. Panjang pulak kan. Jadinya di sini aku nak cakap. Tolong lah, Ingat berkat mak tu penting. Sikit calar hati dia, tengoklah betapa huru hara hidup kita jadinya.

Kita Islam, ada agma. Jangan sekali terjebak dengan benda h4ram. Ada sebab besar kenapa Allah larang kita. Sebabnya dah tentu mudaratkan kita. Kami adikberadik taktahu nak buat apa melainkan doa hari2 untuk bukakan pintu hati angah dan suaminya. Buat angah, fikirlah masak masak. Fikir diri sendiri dengan anakanak.

Balik pada Allah, mohon pada Dia, doa pada Dia. Dia maha mengetahui segalanya. Dan ada reader yang nak bagi pendapat saya amat alu alukan. Terimakasih – alang yang mengharap.

Reaksi warganet

Farah dorme – Yang baca pun sakit hati. Apatah lagi yang tinggal bersama. Lagi lama bersama, lagi stress dan tertekan. Kesan buruk tu pada angah sendiri. Sebelum perkara menjadi lebih parah, impak yg lebih besar terhadap kesihatan angah untuk jangka masa panjang, lebih baik ambil langkah yg terbaik.

Norerama – Keluar dari t0xic marriage sebelum terlambat. Itu ja sis mampu cakap. Mudah-mudahan urusan sentiasa dipermudahkan. Tengok dari perangai suami, memang agak susah dia nak berubah. Apapun buat solat istikharah banyak-banyak mohon petunjuk dari Allah SWT.

Siti hajar – Dear confessor ade dua pilihan. stay n redha je dengan ape yg die buat.die akan berhenti sama bila awak mati kena belasah n die buat pd org lain pulak. kalau awak beruntung merasa la bahagia sebab die mati dulu. kuatkan semangat,ment4l n fizikal keluar dr kehidupan t0ksik. lari jauh2. mmg payah tp kita kena usaha sekuatnya n doa pd tuhan agar semua dipermudahkan

Norizzah baharuddin – Sebaiknya berpisah jika begini sikap suami. Bkn nk memecahbelah rumahtangga org tp boleh fikir logik akal sndiri. Smpai bila nk hidup dgn lelaki begini? Smpai dh terlantar sbb sering jd mngsa? Serik la dgn perbuatan suami yg tiada tanggungjawab. kena yakin Allah temukan dgn yg salah sebelum dia jumpakan dgn yg betul.

Jgn rasa menyesal sbb masih muda, ada zuriat yg akan jd dilema utk berpisah. Klu kluarga puan tahu pasti diorg sdih sgt. dptkn nasihat dr pejabat agama dan bertindak la utk sterusnya. Kita ada hak dan pilihan utk bahagia atau sebaliknya. Smoga dipermudahkn sgala urusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Sumber seleksimedia