“Hang bau dak apa yg aku bau?”. Bila aku intai2 muka jnazah, terus alihkn pndangan. Saat keranda dibuka, semua trkejut

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Perkongsian pengalaman saya untuk dijadikan teladan dah iktibar kepada pembaca. Lepas selesai menunaikan solat jumaat.

Pak-L datang bagitahu kat saya suruh buat keranda sebab ada 1 keranda yang tinggal. Saya pon balik rumah salin baju. Dalam perjalanan nak ke masjid saya selisih dengan Pak-L. Dia panggil suruh saya pergi dekat dia. ”Ni hang nak p mana?”. Saya bagitau, ”nak p buat keranda kat masjid.”. Terus Pak-L cakap,

”Hang buat esok. La ni p pasang kain dekat keranda yang ada. Dah siap hang balik siap siap pukui 3 aku mai rumah. Ada jnazah satgi Cik-Z hang nak bagi mandi”. Terus saya pergi masjid pasang kain dekat keranda. 15 minit lepas selesai pasang kain, saya balik bersiap untuk tugasan yang berikutnya. Lebih kurang 10 minit lepastu Pak-L datang ambik saya dekat rumah.

Masa ondw tu saya tanya Pak-, ”Deraih semacam ja ni. Depa nak pakai tempat mandi ka?”. Pak-L jawab, ”Depa mandi kat rumah. Satgi dah setel hantaq pasang tempat mandi kita p makan sat. Saya pon ok ja sebab jnazah yang nak diurus ni jnazah pompuan. Orang rumah Pak-L yang uruskan. Lebih kurang 15 minit kami sampai sahaja dekat rumah jnazah.

Saya turun van dan bagi salam kat semua yang ada. Bergegas kami buat keja pasang tempat mandi, sebabnya jnazah nak dikebumi pukul 5pm. Masa saya tengah masuk ambik barang barang tempat mandi, saya dengan tak sengaja terpandang jnazah. ”Allahu.. Cantiknya aruwah. Muda muda Allah dah panggil”, cakap saya dekat dalam hati.

Selesai pasang tempat mandi di dapor saya bagitau pada Cik-Z yang tempat mandi dah siap. Saya cakap kat Cik-Z, ”4.30pm satgi kami mai lain.” Pak-L pon bagitau dekat waris benda yang sama. Lepas pada tu kami mintak diri buat sementara waktu. Kami pon bergerak ke kedai makan yang nak dituju. Tak jauh pon lebih kurang 10 minit macam tu.

Sampai kawasan kedai makan Pak-L suruh saya turun dulu sebab Pak-L nak pergi parking van. Berjalan masuk terus saya disambut tuan kedai, ”terlebih hensem pakcik tengok hang harini dik”. Saya jawab ”puji semacam ja ni. Nak buat saya jadi menantu ka?”. Tau tau Pak-L bersuara dari belakang, ”dok dengaq hangpa menyembang bukan boleh kenyang pon.

Jangan tanya, order macam besa”. Tuan kedai gelak ja. Pak-L bersuara, ”Aku bawak hang mai nak makan, bukan suruh hang juai minyak”. Saya gelak sambil cakap, ”masuk kedai tadi terus kena puji, dah alang alang kena la try kot laku ka”. Pak-L renyeh ja tengok saya. Makanan pon sampai. Tuan kedai tanya, ”ni hampa urus jnazah mana?”.

Pak-L jawab, ”jnazah pompuan harini. Bini aku yang urus. Aku jadi driver ja”. Selesai ja makan kami mintak diri nak bayar. Tuan kedai tak mau ambik duit katanya dia belanja. Allahu, segan pulak kami dibuatnya. Ucapan terima kasih tak henti henti sebab tuan kedai berkongsi rezeki dengan kami dihari jumaat yang penuh barakah ni.

Naik ja van Pak-L cakap, ”kita p isi minyak dulu baru kita p cuci tempat mandi”. Saya ok ja. Janji keja selesai. Sesudah isi minyak van terus kami menuju ke rumah jnazah. Sampai ja kami dekat rumah jenazah, Pak-L tiba tiba jadi lantang, ”Hang tengok adab budak zaman sekarang. Punya hilang rasa malu, ada yang mai ziarah pakai baju t-shirt seluaq ketat ketat.

Pakai tudung tapi tunjuk rambut kaler kaler”. Saya jawab lah, ”sabaq Pak-L. Kalau nak marah pon jangan tempik kat saya” Saya turun ja dari van bagi salam saya terdengaq dari dalam rumah Cik-Z panggil saya. Jadi segan saya nak masuk sebab perempuan perempuan yang Pak-L cakap tadi penuh dekat depan pintu masuk. Nasib ada sorang pakcik ni bersuara, ”hangpa buat sesak jengoi ramai ramai depan pintu ni buat pa?

Tak reti segan ka?. Hangpa p dok tempat lain. Bagi orang habis buat keja dulu satgi tengok”. Saya senyum kat pakcik tu sebagai tanda terima kasih. Masuk ja dalam rumah, saya tengok muka Cik-Z berubah sambil bertanya, ”Dalam van ada kain kapan dengan minyak atar lebih dak?”. Saya jawab la ada. Terus Cik-Z suruh saya ambik.

Lepas bagi kain kat Cik-Z, saya dengan Pak-L terus ke dapor nak cuci tempat mandi. Sebab tempat mandi ni kami cuci nak dijadikan pengusung pulak. ”Hang ambik kat aku sarung tangan kat sinki tu”. Saya pon bagi kat Pak-L. Masa cuci tu Pak-L tanya, ”hang bau dak apa yang aku bau?”. Terus saya buat isyarat ”sshhhh” sambil tu saya tengok muka Pak-L yang nak termuntah.

Selalunya lepas guna tempat mandi mesti akan bau ayaq kemeyan dengan ayaq serai wangi. Kali ni bau hannyir kuat sangat. Nak kata ada drah kat tempat mandi ni masa cuci tak nampak pon. Saya pon diamkan diri. Habis selesai cuci tempat mandi, saya lalu sambil pegang barang barang yang nak disimpan dalam van.

Bau yang dekat dapor tadi tu ada kat ruang tamu. Saya pelik sambil cakap dalam hati, ”Allah nak tunjuk apa lagi kat aku ni” Selesai simpan barang dalam van, saya dengan Pak-L angkat pengusung dengan keranda masuk pergi ke ruang tamu. Cik-Z bersuara, ”Siapa siapa nak tengok aruwah boleh masuk”. Ramai yang masuk, sambil tu saya tengok sekeliling.

ramai yang masuk tutup separuh muka dengan tapak tangan. Saya rasa mungkin bau hanyir kuat sangat kot. Saya bau jugak tapi tahan ja. Dalam ramai ramai tu sempat la saya intai intai nak tengok muka aruwah. Terkejutnya saya tengok muka aruwah berubah jadi gelap berjelaga. Saya rasa mushkil terus alih pandangan keatas sambil pikiaq ”Allahuakhbar.

Apa lagi Allah nak tunjuk kat aku ni?”. Cik-Z tanya pada mak aruwah, ”ada sapa sapa nak tengok lagi?” Terus mak aruwah jawab, ”ni kawan kawan dia nak tengok”. Terpandang saya dengan Pak-L sesama sendiri sambil berkerut dahi. Terkejutnya saya dengan Pak-L tengok budak budak yang berpakaian kurang sopan tadi tu kawan kawan aruwah.

Sambil tu saya tengok Cik-Z gelengkan kepala tengok depa. Mohon seribu kemaafan dari saya kerana terpaksa pendekkan cerita sebab taktau nak menceritakan tanpa mendedahkan aib aruwah. Setelah selesai solat jnazah kat rumah, jnazah dimasukkan kat dalam van. Saya tanya pada waris, ”3 orang waris boleh naik van sekali”.

Tapi takda sorang pon yang nak naik sebab bau hanyir tadi makin kuat. Setibanya kami di kawasan perkburan, sesudah turunkan jnazah dari van saya terbau yang kurang menyenangkan dari kubor yang dikorek. Pakcik pakcik yang korek liang terkejut bila bukak je penutup keranda tengok ikatan tali yang pada badan jnazah putus sebab bahagian aurat aruwah semakin mengembang dan berair.

Masa nak turunkan aruwah dalam liang saya perasan takdak sorang pon kawan yang dekat. Saya tengok ramai kawan kawan dok jauh dari aruwah. Saya tengok ada yang termuntah. Takdak sorang pon kawan aruwah yang berani datang dekat. Mungkin sebab tak tahan terlampau berbau sampaikan saya sendiri pon rasa benda yang sama.

Kot mana pon, nak taknak saya kena tahan jugak. Apa yang saya dapat dari pengalaman saya ni. Allah nak tunjukkan bertapa pentingnya menutup aurat bagi kaum wanita sampaikan aruwah dikapankan dengan 8 helai lapisan kain. Ramai macam mana pon kawan yang kita ada takdak sorang pon yang nak tolong kecuali amal ibadah kita sendiri.

Peringatan saya untuk semua kita tak tau keadaan pengakhiran kita nanti macam mana. M4ti tak mengenal usia. Jika kurang menarik jalan cerita yang saya kongsikan ni saya mintak maaf sebab banyak part yang saya terpaksa skip atas sebab taknak mengaibkan.

Semoga apa yang saya sampaikan ni dapat membuka hati para pembaca cenderung lebih kepada menitik beratkan tentang aurat. Marilah kita sama sama doakan kebahagiaan dan segala amal ibadah arwah diterima disisi Allah SWT.. Semoga aruwah ditempatkan dikalangan wanita wanita solehah disyurga Allah.. Aaminnnn.

Semoga memberi pengajaran dan tauladan buat kita semua. Cerita di atas telah di copy-paste dari group lain dengan keizinan penulis asal. Penulis juga meminta agar dirahsiakan identiti beliau. Ada banyak pengalaman seram sepanjang menjadi pengurus jnazah, insyaAllah akan di kongsi pada posting yang lain – Pengurus Jen4zah (Bukan nama sebenar) via

Reaksi Warganet

Efendi ismail – Just berkongsi pengalaman.. 2 hari sebelum mennggal dunia di hspital, nurse mnceritakan si polan yg sedang s4kit ni spt nampak anak2 tahfiz berpakaian putih sedang mengaji dihadapannya dikala tengah mlm…pada esok pagi si polan ni sedekahkan duit utk blnje mkn kpd semua nurse di wad..

itulah akhiran sebelum dijemput ilahi…pda masa urusan jenzah….amat mudah sekali… dimandikan, dik4pan, solat seterusnya dikebum1kan… Alfatihah(dibaca) aruwah hj sulaiman bakar, guru agama bandar tun razak K.L

Anne isl – My FIL memang menguruskan jenzah. solat.. sampai kenduri tahlil. Dia x pernah cite benda2 yg pelik. Cuma satu je one day Dia ckp kat anak2 saya. Hanpa jgn la nak color rambut bagai. Tok wan tgk teruklah jenzah org mcm ni. Dia x cite la tahap teruk tu mcm mana.

Suhana mohd zain – Aruwah ayah saya dulu salah sorang yg menguruskan jenzah n solat jenzah…saya lihat aruwah ayah sgt jaga lisan dr bercerita, dan satu perkara yg aruwah ayah amalkan apabila setiap kali uruskan jenzah, beliau akan solat sunat hadiah (maaf kalau silap)…saya kagum dengan setiap amal beliau lakukan kerana selalu mengingatkan pd ank2 tentang kem4tian.

Ahmad ramloo – bagus apa org2 yg lalai pg tgk member mennggal, nak dikburkan. mana tau bila ziarah m4yat, ziarah kbur, hati dia dijentik. tak patut lah nak jerkah2 org sebab luarannya je. boleh cakap elok2. tu punca yang jauh makin jauh .

Sumber IIUMC via edisimedia