Hairan, baru lps pantang tp “kembang” mcm hamil 3bln. Bengkak peha dan betis. Rupanya ada ssuatu yg dihantar.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca tegar. Aku Mira, ingin berkongsi kisah tentang pengalaman aku sebagai mngsa s1hir atau Ilmu hitam..

Maaf jika coretanku panjang dan tidak menarik, kerana aku tiada bakat dalam penulisan.. Terima kasih juga kepada admin kerana sudi menyiarkan kisahku ini. Suatu ketika aku tidak berapa nak percaya kepada s1hir dan ilmu hitam. Bagi aku, kalau kita buat hal sendiri, tak kacau hidup orang, pasti tak jadi benda buruk buruk tu kan…

Sekali Allah nak uji, barulah kena batang hidung sendiri… Sebelum aku meneruskan kisahku, biarlah aku kenalkan serba sedikit tentang diriku. Nama samaranku, Mira, telah berkahwin dan mempunyai anak anak yang telah meningkat dewasa. Aku dan suami bekerja di tempat asal ibu bapaku. Kisah yang ingin aku kongsikan dengan para pembaca, telah lebih 10 tahun terjadi.

Diringkaskan cerita, walaupun aku rasa aku tidak pernah ganggu hidup orang lain, tiada musuh. Hidupku seharian sibuk dengan kerjaya dan keluarga kecilku. Suamiku juga selalu out station, masa cuti yang kami ada hanya untuk keluarga sahaja. Aku jarang bertandang ke rumah saudara mara, jiran tetangga dan kawan kawan. Hanya masa masa tertentu seperti s4kit demam atau kenduri kendara saja kami berjumpa.

Aku pula bukan jenis yang suka berg0ssip bagai dan cakap lepas. Aku suka buat hal aku sendiri.. Jadi aku rasa tiada sebab untuk aku atau sesiapa saling bermusuhan. Hinggalah pada suatu masa, saat itu aku mengandungkan anakku Ahmad. Masuk bulan ke-4, setiap malam selepas waktu Isyak badanku akan gatal gatal seperti terkena miang buluh…

Gatalnya satu badan hanya Tuhan yang tahu.. Macam macam cara aku buat untuk hilangkan rasa gatal tu. Peliknya masuk pukul 1 atau 2 pagi rasa gatal tu hilang sendiri.. Hal ni aku ceritakan pada suami dan aruwah ibuku. Mereka kata, ni pembawaan budak. Kan watktu itu aku tengah mengandung. Sabar sajalah. Ubat makan ubat sapu semuanya doktor bagi tapi tak berkesan pun..

Tidurku pula selalunya selepas pukul 1 atau 2 pagi. Tiap tiap hari nak bangun Solat subuh dan bersiap ke tempat kerja punyalah s3ksa. Bayangkan setiap hari aku tak cukup tidur dan rehat. Masa tidur yang sedikit tu pun dipenuhi dengan mimpi mimpi yang ng3ri.. Masa ni aku tak terfikir pun aku mula dis1hir. Akhirnya aku selamat melahirkan anakku, Ahmad namanya.

Segala rasa gatal gatal yang aku tanggung sepanjang malam kehamilanku hilang macam dicubit buang. Aku bersyukur sangat sangat. Semasa dalam pantang, makcik, adik aruwah ibuku selalu datang ke rumah ku. Bawa macam macam jenis daun herba untuk buat balut tungku, mandi dan rebus untuk minum. Aku ni, terima saja pemberiannya dengan senang hati.

Sebelum aku bersalin, suami mengambil seorang pembantu rumah untuk menjaga aku dalam pantang. Suami sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membantu aku selama berpantang. Alhamdulilah pembantu rumah aku orang yang baik dan cekap membuat kerja rumah. Berbalik kepada kisah asalku.

Selepas habis berpantang bermula episod aku dengan s1hir atau ilmu hitam.. Hari pertama aku kembali ke tempat kerja, sahabat baikku bertanya aku.. “hang mengandung lagi ke Mira?”, aku jawab.. “hang jangan buat lawak, aku baru habis pantang ni…” Kawan baikku pelik tengok perut aku buncit macam mengandung tiga bulan.

Bukan hanya perut saja buncit, kaki dan betisku juga mulai bengkak. Atas nasihat rakan rakan sekerja, aku buat medical checkup. Keputusan ujian drahku semuanya baik baik saja. Tiada tanda tanda s4kit kr0nik seperti buah pinggang dan sebagainya.. Hinggalah Ahmad, anakku hampir setahun umurnya, aku mula tak boleh berjalan dan berdiri lama lama.

Aku akan rasa s4kit yang amat sangat. Setiap malam aku selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi, dikejar penjahat, ular dan sebagainya. Aku ceritakan masalah aku kepada seorang sahabat yang aku anggap seperti kakak aku. Kak Ain membawa aku berjumpa tokcik, nenek saudaranya. Seorang wanita berusia yang arif dengan ilmu ilmu kebatinan..

Daripada perjumpaan itu, barulah aku tahu, aku telah terkena ilmu hitam daripada orang yang tidak senang hati melihat keharmonian hidup aku sekeluarga. Menurut tok cik, aku terkena s1hir angin.. Alhamdulilah, selepas berubat dengan tokcik, dengan izin Allah bengkak di kaki, betis dan perutku mula surut. Aku mula rasa sihat seperti biasa.

Cuma gangguan waktu tidur masih berterusan. Tokcik menasihatiku supaya baca Al Quran setiap hari, banyakkan solat solat sunat, termasuk Solat hajat. Aku menuruti nasihat tersebut. Aku sangka ujianku berakhir di situ.. Rupa rupanya belum sampai sebulan aku betul betul sihat, sekali lagi aku dihantar ilmu hitam, kali ni dalam bentuk s4ntau pulak..

Ketika di tempat kerja, tiba tiba badan aku terasa panas seperti dibakar. Aku minta kawan sekerjaku menyentuh tanganku untuk memastikan aku berkhayal atau sebaliknya.. Memang betul apa yang aku alami itu.. Kawanku cepat cepat menarik tangannya apabila menyentuh tanganku. Katanya, panas tanganku luar biasa, bukan sebab demam.

Dia menyuruh aku segera berjumpa ustaz di Darul Syifa. Hari tu, aku mengambil cuti separuh hari dan terus berjumpa seorang ustaz berhampiran tempat tinggalku. Ustaz itu memberitahu aku terkena santau. Beliau berusaha merawati aku. Aku dinasihati untuk tidak mengambil makanan seperti daging, ayam, telur dan pulut selama setahun.

Kata ustaz tu, jenis makanan ini biasanya diguna orang untuk memuja ilmu hitam.. Alhamdulilah dengan izin Allah aku selamat daripada s4ntau tersebut. Sebenarnya banyak yang terjadi kepada aku sekeluarga. Kalau aku nak ceritakan semua di ruangan ini, mungkin boleh jadi sebuah novel… Lebih sepuluh tahun aku dis1hir..

Yang aku ceritakan di atas hanya sebahagian kecil saja ilmu hitam yang berlaku kepada aku.. Aku serahkan seluruhnya kepada Allah kerana aku yakin tiada yang dapat membinasakan aku, melainkan dengan izin Allah.. Akhirnya aku tahu siapa yang berhati iblis, sanggup melakukan perkara yang sy1rik hanya kerana s4kit hati kepadaku, ibu bapaku dan suamiku..

Semuanya kerana harta dan duit ringgit. Yang terkenanya aku, kerana aku yang rapat dengannya. Macam mana dia boleh rapat dengan aku.. Aruwah mak dan ayahku merantau jauh dari kampung halaman mereka. Aku dan suamiku ditakdirkan rezeki kami di tempat asal ibu bapaku. Di sini aku tinggal berhampiran makcik. Makcik pula rajin bertandang ke rumahku.

Bagaimana aku tahu, Allah yang Maha Berkuasa membuka segala rahsia. Suatu hari anak kedua aku menjadi saksi, makcik aku, adik aruwah emak meletakkan sesuatu di dalam rumah kami. Kami jumpa di bawah kerusi meja makan, ada sekeping kulit binatang, dilekat gam, pada kulit itu ada macam macam serbuk halus.. Kulit itu dilekatkan pada bahagian bawah kerusi.

Aku bawa kulit itu ke rumah seorang ustaz. Memang sah, benda itu adalah s1hir.. Seterusnya bukti yang terang dan jelas, kawan baikku terjumpa makcik aku itu, di rumah seorang b0 moh. Kawan aku bawa saudaranya ke rumah b0 moh itu untuk berubat. Pada waktu yang sama, makcik aku juga ke tempat yang sama.

Sewaktu kawanku menanti giliran, dia terdengar makcikku menyebut namaku, Mira dan suamiku Naim dan tempat tinggal kami. B0 moh tersebut meminta dia mengambil tanah di kawasan rumah aku. Kawanku yang mendengar terus tergamam. Balik dari rumah b0 moh tersebut, kawanku telefon aku dan meminta aku berhati hati.

Selepas kejadian itu, makcik aku memang ada datang ke kawasan perumahan aku waktu tengah malam.. Mujurlah ada pengawal keselamatan di kawasan perumahan aku tinggal. Belum sempat dia nak ambil tanah di kawasan rumah aku, pengawal tu dah bl0ck dia.. Dengan malu alah dia keluar dari kawasan rumahku. Aku tahu hal ni, kerana pengawal keselamatan tu kawan baik suami aku. Dia yang cerita, siap catat no plate kereta lagi..

Apa tindakan aku selepas mengetahui dalang yang terlibat. Aku buat seperti biasa. cuma apabila makcik datang ke rumah, aku pura pura nak keluar rumah. Aku tak benarkan dia masuk ke rumah aku lagi. Aku juga tidak mengunjungi rumahnya.. Hanya apabila ada kenduri kendara jika dijemput baru aku pergi. Kalau aku jumpa makcik di rumah adik beradik mak, aku tegur dan bersalam macam biasa.

Cuma aku lebih berhati hati. Aku amalkan ayat ayat pendinding. Bagiku apa apa yang dia lakukan biarlah Allah yang uruskan. Bukan urusan aku untuk membalas.. Aku dan suamiku, Alhamdulilah baik baik saja. Selepas bertahun tahun berhadapan Ilmu hitam, Kami sedar tiada yang berkuasa di dunia ni, hanya Allah tempat kita memohon perlindungan..

Reaksi Warganet

Na mlna – Sy sdg mengalaminya & sdg berubat. Ustaz kata niat dia si pelaku ni nk buat sy g1la. Mmg betul pun sy hampir separuh g1la sblm ni. Struggle utk lawan. Tp msih blm tahu siapa pelakunye & teringin sgt nk tahu.

Cuma skrg effect slps berubat yg sy perasan n rasa is susah tidur & bdn sy berangin setiap masa xtentu psl pdhl sy xmkn/minum apa2 yg berangin pun. Skrg ni sy ada trust issue. Tkut nk percaya sape2 n sedang menjauh dari smua huhu

Salmikhalell – “Seterusnya bukti yang terang dan jelas, kawan baikku terjumpa makcik aku itu, di rumah seorang b0 moh.. Kawan aku bawa saudaranya ke rumah b0 moh itu untuk berubat. Pada waktu yang sama, makcik aku juga ke tempat yang sama.” Maknanya b0 moh ni diorang la yg s1hir kan org, pstu dorang jgk ubatkan org.. Kena game dgn b0 moh jek org Melayu ni..

En abah – Pernah kami ber-4 dlm rumah sebaik dibaca ayat kursi, angin mula kencang…. Atap seperti di ketuk2 dan berbunyi seperti atap zink walaupun beratap genting… Hujan sekelompok hanya hadapan rumah 8 pasang mata menyaksikan bagaimana terjadi… Benda s1hir ni…tak payah takut dia cuma khadam suruhan dari tuannya… Kita khalifah mesti kuat, insyaAlllah

Rose ejai – This is so true. Aku dan suamiku, Alhamdulilah baik2 saja.. Selepas bertahun2 berhadapan Ilmu hitam, Kami sedar tiada yang berkuasa di dunia ni, hanya Allah tempat kita memohon perlindungan.. Berusaha untuk berubat. Tapi serahkan semuanya pada ALLAH

Sumber – Mira (Bukan nama sebenar) via IIUMC