“Eg0nya aku”. Diminta sdikit masa sblm mjlis kawin. Tp putuskn hub yg ak minta. Xsngka ini yg dirancang.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Nama aku Nell (bukan nama sebenar). Sekarang usia aku 35 tahun. Aku nak kongsi satu kisah mengenai seorang lelaki, namanya M, yang 5 tahun lebih tua daripada aku.

Semoga kita semua ambil yang jernih dan buang yang keruh jauh-jauh. Ini iktibar buat aku. Kisahnya begini, aku mengenali M semasa kami sama-sama menuntut di universiti. Ketika itu kami sedang melanjutkan pengajian di peringkat Masters. Kami berbeza program, ketika kenal, aku baru semester pertama dan dia semester akhir. Kami berkenalan ketika majlis makan malam pelajar sarjana dan kedoktoran bersama Timb Naib Cansel0r.

Malam itu, kami ditakdirkan duduk di meja yang sama dan M lah yang mula menegur sambil kenalkan diri. Perkenalan yang bermula berkembang dengan pantas hingga mencambah kebahagiaan. M sangat ambil berat segalanya tentang aku. Dia juga sangat baik. Penyayang, suka budak-budak, baby pun senang mesra dengan dia. Dia juga amat sayangkan kucing.

Selain itu, dari sudut agama, dia jaga semua. Kalau kami berjumpa pun biasanya di kedai makan, tempat yang ramai orang. Selain itu M juga rajin masak dan suka kerja-kerja sukarelawan. Aku pula berbeza perangai. Panas baran, eg0 meninggi dan cemburu yang terlalu. Aku biasa-biasa je dengan budak-budak, memasak pun cukup sekadar lulus gred D. Sukarelawan? Takde masa. Dan aku juga sangat suka melawan.

Entah macam mana M boleh sayang kat aku. Aku suka cara dia mendidik aku, penuh hikmah, dan dia sentiasa sabar dengan karenah aku. Selalu je dia yang mintak maaf kalau kami bertengkar dan memang akulah yang suka mulakan semua tu. Sebab aku sangat dahagakan perhatian. Oh ya, sebelum kenal dengan M, kali terkahir aku bercinta dan putus ialah 5 tahun sebelumnya.

Jadi bila dengan M, aku semacam tamak – sentiasa nak kan perhatian dia. Seburuk apa pun perangai aku, dia sabar. Sekali pun tak pernah naikkan suara. Sesekali marah dalam mesej tu biasalah. Kekadang aku lewat kalau janji nak jumpa dengan dia. Setengah jam tu biasa, sejam pun kekadang ada. Tapi paling lambat, 2 1/2 jam. Sebab aku tertidur dan terjaga dari tidur ada 16 missed calls dan 14 mesej dari dia, tapi satu pun xde mesej marah.

Bila aku sampai, dia tak marah pun, aku yang terasa bersalah. Dia cuma jawab, takpe, bukan sengaja, tertidur. Dan sementara tunggu tu dia gi surau, cuci mata kat kedai komputer dan sempat layan game Street Fighter di arked. Begitulah sabarnya M ni sampai tak tahu nak cari mana kekurangan dia. Semakin lama aku semakin rasa rimas sebab M ni jenis terlampau baik.

Macam-macam cara aku buat nak bagi dia marah. Sampai aku tuduh dia ada perempuan lain, dia tak marah pun. Jenis dia, kalau dia nak marah, dia diam. Lepas dia cool, semua balik macam biasa.Nak cool balik pun paling lama, setengah hari. Selalunya 2-3 jam dia ok dah. Aku tak puas hati, aku buat dia cemburu. Depan dia masa tengah makan aku call kawan lelaki aku. Aku tau dia terasa, cuma dia tak tanya apa-apa pun.

Dia makan je smpai abis, pastu dia baca surat khabar online atau main game Hero Wars kat telefon dia. Habis telefon dia cuma tanya, kawan eh. Dia tak tunjuk cemburu atau apa, marah jauh sekali, walaupun aku buat dia macam tunggul kayu. Macam-macam aku buat. Masa ni aku semester akhir dan M agak sibuk dengan bisnes separuh masanya.

Tapi sesibuk mana pun dia tiap hari tak pernah lupa hantar mesej selamat pagi, salam subuh, jangan lupa makan, jangan lambat2 solat, jaga diri, jaga makan, tidur kena cukup dan sesekali dia akan selitkan voice message. Tapi aku masih rasa tak cukup. Aku member0ntak, aku layan group whatsapp sembang, di situ aku kenal kawan-kawan baru. Ada lelaki yang mula video call dengan aku. Aku bukan curang, aku sayangkan M.

Cuma aku terikut-ikut sifat member0ntak aku. Aku rasa puas dapat layan lelaki lain sembang. Aku nak dia marah, cemburu dan dia lebihkan perhatian untuk aku. Tapi dia terlalu baik. Dia tak marah bila aku bagitahu aku selalu sembang ngan kawan lelaki, dia cuma cakap, “abang sentiasa percayakan Nell, berkawanlah, asal cinta tetap satu untuk abang”.

Aku tak tau lah nak cakap macam mana. Tak pernah jumpa lelaki spesis ni. Tapi itulah, eg0 aku. Degil aku. Makin menjadi-jadi. Lepas graduasi, aku dapat tawaran sebagai tutor di sebuah universiti swasta. Minat aku memang ke arah tu. M pula, masih dengan bisnes separuh masanya dan banyak masa lagi dia habiskan dengan kerja-kerja amal sukarelawan.

Lepas dapat gaji pertama, aku ajak M jumpa kat KL. Nak belanja dia. Sekali dia datang bawa sejambak bunga dan sekotak coklat sebagai surprise dan ucapan tahniah sempena dapat kerja. Sambil makan, aku hint dia pasal hubungan kami. Dia faham. Dia kata akan datang jumpa mak ayah aku kenal-kenal dan minta restu. 6 minggu lepas tu, dia tunaikan janjinya dan mak ayah aku pun sedia menerima dia menjadi keluarga aku.

Kemudian hubungan kami menjadi sangat damai, aku sangat teruja nak bernikah. Tapi ada satu perkara yang membuat aku hilang sabar. Dia minta masa setahun setengah. Katanya dia ada plan dan dia taknak bagitau apa sebab takut tak jadi. Dan dia kata juga, dia perlu masa untuk kumpul belanja sebab family aku letak hantaran RM12k.

Aku marah dia, aku suruh dia fokus kerja dan kurangkan aktiviti sukarelawan yang bagi aku tak membantu pun. Dia minta aku sabar, malah dia sedia untuk bernikah dulu dan buat majlis kemudian. Aku jadi marah. Aku tak percaya plan apa dia cakap tu. Malah aku mula ragu kemampuan dia nak kumpul belanja tu sebab bisnes separuh masa dia biasa-biasa je.

Aku mula ragui masa depan dia. Selepas 5 bulan, jawapan dia masih sama, dia ada plan dan dia perlukan setahun setengah. Aku terus mendesak dan beri dia masa sebulan untuk fikir. Bagi aku 12 bulan tu paling lama. Taknak lebih dari tu. Aku tak beri dia pilihan pun. Dalam masa sama perangai melawan, member0ntak aku kembali. Aku kembali aktif di group whatsapp sembang.

Akhirnya aku membuat keputusan paling dungu bersandarkan eg0 yang tertinggi. Aku putuskan hubungan. Aku rapat dengan A. A seorang pegawai dalam sebuah badan beruniform. M tetap masih merayu, mesej tanpa jemu dan memohon agar aku kembali sebab dia sangat cintakan aku. Tapi aku eg0. Aku takkan kutip balik “sampah” yang aku buang.

Itu prinsip aku ketika tu. Aku rimas dengan M. Tak habis-habis merayu. Aku dengan angkuhnya block M di whatsapp dan semua media s0sial aku. Sedikit pun aku tak rasa kesian. A lebih membahagiakan dan masa depannya lebih meyakinkan. Langit tak selalu cerah.Lepas 4 bulan, kant0i A tipu aku. Rupa-rupanya suami orang. Tak payahlah aku detail ceritakan macam mana boleh kant0i.

Tapi memang betul, dan aku semak dengan pegawai lain di tempat dia bertugas, memang dia dah kahwin tapi tak ada anak. Kecewanya aku. Masa ni aku mula menyesal kerana tinggalkan M. Tapi aku eg0. Aku masih salahkan M sebab dia tak berusaha keras. Aku tak suka dia banyak buang masa kat kerja-kerja sukarelawan. M masih ada sesekali call tapi aku tak jawab. Aku jadi benci bila terlintas nama dia di kepala.

Sampai satu hari aku block nombor telefon dia sebab aku taknak dia call aku.Aku tak tahu apa dosa M kat aku, sampai aku benci begitu sekali. Masa terus berlalu. Sepatutnya aku nikah dengan M bulan depan kalau ikut kehendak aku 12 bulan paling lama tu. Tapi.. hmm aku benci lagi dengan dia. Aku benci sebab pada aku, dialah punca aku layan A. Dan aku takkan ditpu oleh A kalau aku masih bersama M.

Nampak tak eg0 aku, aku taknak kata salah aku. Semua salah M. 3 bulan kemudian, ayah beritahu ada orang bertanya tentang aku. Nak dikenal-kenalkan dengan anak dia. Orang senegeri, kenalan kepada sepupu ayah. Sebab ayah bising suruh kahwin, aku setuju berkenalan dengan lelaki tu. Lelaki tu setahun muda dari aku. Penampilan baik, muka pun handsome. Badan tegap.

Tinggi orangnya. Kerja sebagai pegawai kerajaan. Pada mulanya ok, masuk 6 bulan dah mula nampak perangai. Bab agama cuai, solat tak jaga. Garang. Sikit-sikit nak marah. Lambat angkat telefon pun marah. Eh aku kerja kot. Nak ngadap students, exam semua. Dia punya marah siap dengan pakej carutan dan makian. Lama kelamaan makin menjadi-jadi. Tiap 2, 3 hari mesti aku kena m4ki.

Nak pergi mana kena report, dengan siapa, buat apa, semua kena report. Spotcheck suruh send location lah. Kemuncak, dia suruh aku berhenti kerja, jadi suri rumah, katanya gaji dia lebih dari cukup. Aku tak dapat nak tahan lagi, entah berapa bakul aku m4ki. Lepas tu aku block dia kat telefon dan media s0sial. Tak boleh blah dia call ayah aku ngadu kata aku tinggalkan dia sebab aku ada lelaki lain. Dasar jantan tak guna….

Dipendekkan cerita, aku berduka agak lama juga. Adalah dalam 5, 6 bulan juga. Aku mula fikir ni balasan untuk aku atas apa yang aku buat pada M? Aku menangis siang malam minta hati tenang. Aku jadi tr4uma. Pada masa sama aku kembali teringatkan M. Bagaimana keadaan dia agaknya. Ye aku langsung tak ambil peduli sejak aku kenal dengan A si penipu tu.

Satu malam aku bermimpi, M lalu di depan rumah. Terjaga dari tidur, aku menangis. Tiba-tiba aku rasa nak sangat jumpa M. Aku cuba stalk fb dia. Dah takde. IG dia private. Aku cuba call no phone dia guna telefon pejabat, saja nak tengok nombor tu aktif lagi ke tak. Tiada dalam perkhidmatan. Nak call mak dia, aku malu. Aku buntu. Kemudian aku teringat sesuatu.

M pernah cerita tentang seorang kakak angkat dia, Z yang dia dh kenal lebih 15 tahun. Dia pernah bagitahu kak Z kerja kat mana. Berbekalkan maklumat yang masih aku ingat, aku pun go0gle. Dari situ aku dapat nombor telefon pejabatnya. Seminggu juga aku berfikir,perlukah aku call kak Z. Aku nekad akhirnya. Aku cuma nak mintak maaf kat M.

Aku menyesal sangat. Akhirnya call kak Z dan dia setuju untuk jumpa. Aku singkatkan cerita, aku ringkaskan apa yang kak Z bagitahu aku pasal M dan sepanjang 3 jam tu tak henti2 air mata aku tumpah bersama ego aku yang aku junjung selama ni berderai. Tentang plan yang M katakan tu, sebenarnya M memohon tajaan dari sebuah syarikat di UK untuk sambung pengajian di peringkat PhD.

M telah disyorkan oleh penyelianya sewaktu Masters. Sebab itu M taknak bagitahu aku dulu, takut gagal nanti hampa,malu. So dia perlukan masa setahun setengah tu sebab kalau dapat tajaan, dia perlu lapor diri dulu di syarikat berkenaan. Dalam erti kata lain, M sudah dijamin kerja di syarikat berkenaan selepas tamat PhD.

Inilah plan sebenar M yang aku tak pernah nak beri dia masa jelaskan dulu. Kak Z beritahu, M sungguh nak bagitahu aku yang dia berjaya dapat offer tu, itulah yang dia cuba call tapi aku b0 doh, jahat, aku block terus. Plan asal M ialah lapor diri dulu di UK, kemudian sebelum mula pengajian, dia akan nikah dengan aku dan ajak aku duduk sana.

Kenapa dia banyak habiskan masa dengan kerja sukarelawan – sebab itulah yang melatih dia erti syukur, sabar dan selalu berusaha. Sebesar mana masalah kita, ada lagi orang lain yang diuji dengan masalah lebih besar. Jiwanya tak tenang jika melihat orang susah. Barulah aku tau M ada menaja belanja persekolahan 5 orang anak yatim sebuah keluarga yang daif.

Selain belanja pesekolahan,M juga selalu menghulurkan wang kepada ibu tunggal tersebut. Sebulan, adalah RM400 juga kata kak Z. Yang aku sedih sangat ada 2, kak Z kata, sebenarnya masa aku dok desak2 dia suruh nikah cepat tu, M dah ada simpanan RM14k. Tapi dia tetap nak cari tambahan dan dia ada gunakan sedikit simpanan tu untuk kerja-kerja amalnya.Allahu mulianya hati M.

Yang kedua, dia ada kirim kak Z waqafkan quran kat masjidil h4ram atas nama aku semasa kak Z menunaikan umrah. Kata kak Z, M memang akan buat macam ni untuk orang-orang yang dia sayang. Ya Allah.. h1nanya aku dengan perangaiku sedang dia tetap memuliakan aku. Aku juga terharu bila kak Z bagitahu, M menolak bila dia dirisik oleh 2 keluarga.

Kata kak Z, hati M dah m4ti untuk bercinta lagi dan dia nak fokus pada PhD. KEtika aku membuang M untuk bersama 2 orang lelaki, M menolak dua lamaran kerana aku membuatkan hatinya m4ti. Kej4mnya aku. Cukuplah tu je aku kongsikan. Ada lagi tapi terlalu panjang jadinya nanti. Kesimpulannya, janganlah eg0. Ego ni peel ibl1s.

Sebagaimana eg0 ibl1s menjadikannya k4fir dan diusir dari syurga, eg0 inilah yang memacu d3ndam ibl1s memperdayakan Adam dan Hawa hingga keduanya diturunkan ke dunia. Sebaik-baik lelaki telah aku persiakan. Apa lagi yang aku nak cari? Tak mungkin akan ada yang baik seperti M lagi untuk aku. Untuk kalian, jika ada pasangan seperti ini, pasangan yang baik, TOLONGLAH JAGA dan pertahankanlah.

Jika dia bukan jodoh pun, tidak akan tersisa kesalan walau secalit pun. Jangan jadi macam aku, ikutkan eg0 sampai binasa semua. Aku dah insaf. Kisah ni pun dah hampir 4 tahun berlalu. KakZ ada bagi FB baru M dan nombor telefon untuk aku whatsapp sekiranya aku nak hubungi M. 2 bulan lepas jumpa kak Z, aku beranikan diri request friend dengan dia di FB. Dia accept.

Kami masih bertukar khabar sekali sekala. Terima kasih M, untuk semua yang pernah diberi. Walaupun kau sudah lama maafkan aku, aku tetap berhutang untuk meminta maaf dari kau sampai bila-bila. Semoga kau terus sukses dan semoga adalah perempuan terbaik yang akan menjadi suri hidup selama-lamanya untuk kau.

Kepada pembaca, ambillah pengajaran daripada pengalaman aku ni. Bersyukurlah seadanya dan pertahankanlah pasangan anda sebaiknya. Sabar dan selalu berfikiran positif. Cinta itu bukan tentang apa yang kita ucap, bukan juga tentang janji yang kita buat.Tapi tentang sekuat mana kita pertahankan. Wassalam. – Nell (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.
Allah susun atur comey dah. Mujur M tengok perangai awak sebelum kawen. Pesen orang macam u ni mmg xleh berpasangan dengan orang yang terlalu baik sebab u seem dominant, imm4ture and pvshy. Takleh bayang kalau u kawen ngn M, kesian dia nanti asyik kena buli dan mengalah dengan u. Dalam perkahwinan, suami sayang isteri, isteri taat suami.

Wife kena hormat suami (yang beriman la). U nampak macam suka lelaki yang aggrssive, ala2 b4d boy tu. Alahai.. Belum kawen memang la nampak b4d boy tu charming acah2 korea.. Lepas kawen s3ksa dikkk ngn b4d boy ni. Orang lain siang malam minta dalam sujud nak suami sebaik M.. U pula gi buang permata berharga.

Dia deserves yang terbaik untuk dia, dan awak bukan orangnya. I’m not judging u. U pun dah mengaku kesilapan u. But i do hope dia tak balik kepada awak tak sampai hati tengok orang sebaik tu dilayan seburuk tu.. Moga Allah temukan u dengan pasangan yang mampu lentur ego awak dan didik awak sebaiknya. Insha Allah.

Amirul jaafar – Baca kisah tr4gik ini, membuatkan saya teringat dialog Zainuddin kepada Hayati dalam filem hebat ” Film Tenggelamnya Kapal Van D3r W1jck. “Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kek3jaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kek3jamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya”.

Akak walaupun ada Masters, jadi lecturer, ternyata masih tidak menjadikan akak seorang yang bijak dalam membuat keputusan. Yang akak tahu, eg0 akak, dan rasa tak pernah puas terhadap lelaki. Begitulah. Lelaki akhirnya akan juga disalahkan, dan dituduh sebagai tak matang, terlalu baik, dan pelbagai tuduhan b0 doh. Walhal, semuanya sekadar nak menutup diri sendiri yang penuh n4fsu dan haloba.

Wan nordini – Saya cuma nak cakap yang saya ni susah sangat nak berjumpa atau berkenalan dengan mana-mana lelaki bagi tujuan yang serius sebegini — which is no wonder since ramai yang kata saya garang, serius dan tegas memanjang. While in your situation, Cik sepatutnya bersyukur ada lelaki yang baik, yang sudi approach Cik, bersabar.

sayang dan mencintai diri awak kerana diri awak sendiri sedangkan ada ramai lagi wanita seperti saya yang tidak berpeluang untuk di-approach oleh sesiapa. Ya, setiap orang ada eg0 masing-masing. Tapi eg0 tersebut jika terlalu disemai, akan membnuh penyemainya sendiri.

Saya harap, Cik belajarlah dari kisah yang lalu. Saya faham, tak semua orang suka diubah dan saya pun begitu. Tapi mengubah diri ke arah yang jauh lebih baik adalah satu keperluan seiring dengan situasi, pengalaman dan masa yang mengajar kita. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, In Shaa Allah!

Sumber IIUM