5thn bkenalan, pada awalnya checkin, tido skatil tak brsentuhn. Lama2 Aku dan Fit xtahan dan hanyut.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Nama aku Sarah, umur lewat 20-an, baru berkahwin Jan 2019, bekerja di hospital, pelajar dekan tiap tiap sem di universiti, boleh di kategorikan pelajar perempuan yang hot jugak masa study.

Ramai yang datang mengorat dan tak lupa juga ramai yang datang masuk meminang. Tapi aku reject semua sebab pada aku, pelajar se-perfect aku mestilah nak ada boyfriend yang handsome, baik, pandai dan loaded (kalau pakai kereta tu kira loaded la zaman tu). Cukuplah pengenalan untuk diri aku buat masa ni.

Korang kena tahu pada masa aku sedang menulis confession ni aku masih lagi sedang mengumpul kekuatan untuk terus melupakan kisah silam yang cukup hitam sampai sekarang aku dibebani dengan d0sa silam aku. Masa diploma dulu, aku kenal dengan seorang lelaki bernama Fit. Fit ada ciri ciri macam lelaki idaman yang aku state kat atas tadi.

Masa tu aku rasa happy g1ler sebab akhirnya lepas reject semua orang yang datang, aku jumpa Fit lelaki idaman aku. Dia memang kaya, apa aku minta, semua dia akan cuba bagi. Makan itu makan ini. Beg itu beg ini. Kasut itu kasut ini. Jalan situ jalan sini. Plus background history dia pun tak ada yang mencurigakan sebab kawan sekelas aku dlu sama2 sekolah dengan dia.

Dan akulah cinta pertama dia. So dia sangat2 appreciate aku masa tu. Masa berlalu sehinggakan aku terlalu sayang dan cintakan Fit sepenuh hidup aku. Alhamdulillah, pointer aku tak pernah turun, malah makin naik lepas aku kenal dengan dia. Pada aku tak ada masalah untuk aku teruskan hubungan ni. Nak dijadikan cerita, perempuan dan lelaki bila dah keluar berdua.

makan selalu, naik kereta ke sana ke mari, kadang kadang tak balik kolej semata mata nk tengok midnight movie, lepak mamak, overnight di I-City jalan jalan dan tidur di dalam kereta di tempat yang terang. Akhirnya, kami terkandas dan terus ke hotel hotel untuk check in dan tidur bersama. Kononnyaaaaaa kita tidur je, bukan buat apa. Ok la deal la macam tu.

Untuk pertama kali, kedua kali, ketiga kali memang tidur je. Even 1 katil, tapi ke empat kali, kau ingat lelaki dia tak ada nfsu. Dan kau ingat perempuan pun tak ada nfsu? Syaiitan tu sentiasa ada akhirnya kami terl4njur. Lepas daripada episod tu, aku memang menangis sebab pada aku, aku sangat menjaga mahkota diri aku, tapi disebabkan sayang, masing masing tengah angau dan fikiran melayang layang.

sama sama janji takkan tinggalkan satu sama lain dan kawin lepas habis belajar. Maka daripada terl4njur sekali terus menjadi rutin, setiap kali overnight, tak check in memang tak sah. Benda haram memang best orang kata. Masa berganti masa, genap tahun ke 4 bercinta, kami sama-sama sambung pengajian ke ijazah. Masa ni, masing masing dah duduk jauh, sorang di Selangor, sorang di utara.

Kami dah tak kerap jumpa, tapi relationship kami masih sama dan tak goyah. Masuk tahun ke 5 bercinta, long distance relationship ni mula goyah. Fit mula tak reply message, whatsapp, dm aku dia semua s0cial media. Tak angkat call aku dan kalau angkat sekadar nak bagitahu tengah busy ni siapkan project. Dia block aku semua s0cial media kecuali wechat. Haha zaman ni wechat memang tengah In.

Aku buat account wechat ni pun sekadar untuk melepaskan perasaan je. Tapi Fit lupa, dia yang dia ada dalam friendlist wechat aku. Memandangkan berkurun jugak aku tak update apa2 status di wechat. Pada waktu aku tergerak hati nak buka wechat tu la aku dapat tahu dia kini sedang syok bercinta dengan seorang model muslimah yang mekapnya tebal 10 inci.

Macam mana aku tahu? Orang yang pernah pakai wechat mungkin akan faham apa aku explain ni. Di wechat kita akan nampak komen orang kita kawan sahaja di status orang lain. Jadi si model muslimah ni pernah add aku beberapa bulan yang lalu. Masa tu tergerak hati nak approve walaupun sebenarnya wechat ni aku akan approve kawan2 yang kenal je.

So dekat situ aku baca semua komen2 mereka berdua, love love, rindu dan cinta bagai. Aku memang jatuh terduduk, aku menangis sehabis baik, aku call Fit berkali kali tapi dia tak angkat, aku message dia memandangkan whatsapp aku dah di bl0ck. Aku tanya dia, siapa Diana? Maybe sebab dia cuak aku dah tahu tembelang dia dah pecah, dia reply message aku cakap,

“Model untuk final project dia.” Aku rasa tak payah la aku cerita lebih detail pasal tu, sebab aku masih lagi belum dapat maafkan diorang dan kalau terkenang memang aku akan nangis even sekarang aku dah kawin. 2 tahun aku bermain tarik tali dengan Fit akhirnya rezeki aku bangun tahajud dan istikharah bertahun2, aku dapat offer bekerja dia sebuah hspital swasta di selatan sebelum aku tamat pengajian.

Aku nekad untuk move on lepas aku bekerja dan busy kan diri dengan aktiviti lain di selatan nanti. 5 bulan aku bekerja, dah tiada pujuk rayu aku lagi buat Fit sebab dah 2 tahun aku bersabar dengan perangai dia yang jadikan aku tempat untuk melepaskan nfsu je. Fit mula perasan aku jauhkan diri daripada dia. Masa ni aku dalam proses berkenalan dengan seorang lelaki yang langsung bukan lelaki idaman aku.

Zack (tak handsome, tak kaya, tak pandai sangat, baik tu aku tak tahu lagi sebab aku baru kenal dia sebulan) which is husband aku sekarang. Bila Fit nampak aku mula menjauh, dia datang ke rumah sewa aku semata mata untuk stalk kegiatan aku sehari harian sebab aku dah takcari dia. Malangnya aku tak buat apa pun, aku belajar dari kesilapan, aku tak keluar dengan lelaki malam malam.

aku duduk rumah lepas habis waktu kerja. Balik kerja pun jalan kaki 30 minit dari hospital, masak sendiri di rumah dan duduk dalam bilik sambil whatsapp dengan Zack yang baru aku nak kenal tu. Satu malam tu aku demam dan tak larat nak masak, Zack datang rumah dan ajak aku keluar makan.

Balik dari makan malam terus aku balik rumah lebih kurang pukul 11.30pm jugak la sebab aku keluar pun dah lewat dalam pukul 10 macam tu. Fit datang suprisekan kami. Dia tuduh aku cur4ng, dia kata aku pergi check in dengan Zack, sebab tu malam baru balik. Aku memang frust, aku punya susah nak move on daripada dia, aku dah move on dia boleh datang balik.

Zack agak terkejut dengan statement yang Fit keluarkan, dia minta aku settle elok elok sebab dia nak balik dan taknak masuk campur. Maka bergaduhlah aku dengan Fit dekat depan rumah. Fit ugvt aku kalau aku keep continue lagi relationship dengan Zack, dia akan bagi gambar gambar sksi aku dekat Zack. Dia rampas phone aku, dia kasi iphone dia supaya dia boleh detect location aku sentiasa di mana mana.

Lepas balik kerja dia tahu jalan mana yang aku ikut untuk jalan kaki ikut untuk kerumah. Kalau aku melencong ke mana mana dia akan call aku tanya buat apa ke sana. Hidup aku dalam keadaan tertekan dan hampir rasa nak bnuh diri. Akhirnya aku call Zack menggunkan phone office dan minta dia datang ke hspital aku pada waktu aku shift malam.

Aku berterus terang dengan dia dan minta dia tinggalkan aku kalau dia tak boleh nak terima aku. Zack sangat gentleman, dia call Fit untuk jumpa dan settlekan isu ni. Sebelum kami berjumpa Fit ugvt aku, kalau aku pilih Zack, dia akan tunjukkan video ni (video kami di hotel). Menggigil lutut aku dan aku terus menangis.

Kenapa aku dikurniakan akal seb0 doh tu waktu tu. Aku kumpul kekuatan dan aku tetap memilih Zack dan nak keluar daripada masalah ni. Fit bengang dengan jawapan yang dia dengar, dia keluarkan phone dia dan nak tunjukkan video kami. Tapi awal awal lagi Zack bagitahu, kalau itu video korang di hotel, gambar sksi, gambar tak senonoh dia taknak tengok.

lepas kawin dengan aku nanti dia boleh tengok sendiri puas puas. Akhirnya aku berkawin dengan Zack selepas 2 tahun bercinta. Sebulan pertama perkahwinan, setiap kali solat jemaah aku akan minta maaf pada dia atas d0sa silam yang pernah aku buat dulu. Tapi suami aku selalu marah bila aku ingat memory tu lagi, aku bersyukur dikurniakan suami yang sekarang.

Terima aku tanpa mengira kisah silam aku yang penuh m4ksiat, tak pernah ungkit 1 pun kisah silam aku daripada bercinta smpai sekarang, even nama Fit pun dia kalau boleh taknak sebut sebab dia taknak aku teringat lagi. Walaupun Fit tu nama anak buah dia, dia akan cakap, “anak kak long yang no 2 tu.”.

Lepas nikah baru aku tahu suami aku yang dulu aku judge dia teruk perangai sebab dia seorang per0kok tegar dan serabai tu aku rasa dia culas dalam solat rupanya dia tak macam tu. Banyak surah-surah dalam Al Quran dia hafal dan tasmik aku malam malam, sharing 1 hari 3 hadis. Aku selalu bersyukur dengan rezeki suami aku sekarang.

Adik adik di luar sana, ingatlah, jangan sesekali kita hampiri ziina. Kita memang yakin kita boleh kawal nfsu kita sebab kita belajar agama daripada kecik, solat 5 waktu tak tinggal, mengaji tiap tiap malam, usrah setiap kali jumaat, tapi syaiitan tu ada di mana mana. Sekali dia jentik hati kita dengan “m4ksiat tu sedap, tak cuba tak tahu.”

Masa tu, ilmu agama di dada dah melayang entah ke mana. Sampai sekarang aku masih dihantui rasa bersalah dengan suami aku. Aku dihantui dengan kisah silam buruk aku. 2 bulan pertama pernikahan, aku masih lagi di uji dengan Fit. Hampir tiap tiap malam aku mimpi aku ber4smara di atas katil dengan Fit di hotel hotel yang pernah kami check in.

Aku tak tahu kenapa aku sampai sekarang masih di uji dengan ujian mimpi buruk tu. Sampaikan apa yang pernah aku buat dengan Fit di hotel hotel tu, aku masih tak boleh lupa sebab dia keep playing dalam mimpi aku. Walaupun aku tak pernah langsung teringat pada dia sedetik pun lepas aku bernikah. Husband aku memang tak tahu struggle aku sehingga ke hari ni nak melenyapkan semua memory tu.

Masa aku pregnant ni, lagi kerap mimpi aku dan Fit di ulang ulang. Aku sumpah aku tak cukup kuat untuk semua ujian ni. Aku banyak jugak berdoa supaya Allah lenyapkan memori buruk tu dalam hidup aku. Dan setiap kali itulah, aku bangun tido aku rasa bersyukur ada husband macam Zack di sebelah aku. – Sarah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Ellma syaffina – Apabila dianugerahkan suami spt Zack, itu tandanya Allah sayang pada tt..Tanda kekuasaanNya utk menyelamatkan tt brgelumang dgn m4ksiat bersama Fit. Suami nak tt dekat dgn Allah. Solat Taubat Nasuha.. Percayala Allah Maha Pengampun. Allah syg tt. Inshaa Allah sedikit demi sedikit, akan beransur hilang kenangan silam tu.

Amiera abdullah – Jgn hmpiri z1na ni mula2 dah boleh set dlm kpala knp nk overnite? Knp nk biar keluar mlm2? Nampk elok ke pmpuan kluar mlm. Sbb tu seboleh nya balik sebelum senja. Lps pd tu mmg set4n lg bisik ala awal lg. Set dlm kpla blm kahwin siang je pmpuan blh keluar. Nmpak kolot kn tp tulah caranya nk jg diri dr bahaya penjahat dan z1na.

Syg diri sndri dlu sblm org lain. Doa harga diri kau cuma utk suami yg sah tu je yg ak amal sbb doa tu senj4ta. Skrg dh kwn bgga g1le dpt jg diri igt sng ke. Nk kata ak kolot pi mmpuih. Cara pnjagaan diri ak kolot tp pnampilan ak lbih kurang pajura kau ap tau hahahah.

Nur atiqa – Sy doakan supaya rumah tangga akak sentiasa dberkahi Allah..Semoga akak tetap tabah dan dberi kekuatan utk lupakan masa lalu akak..Sy nk ckp lbih pun sapa sy nk mghukum baik buruk org..Tu ujian yg Allah bagi utk akak..Mnusia buat silap, siapa kita nk mghukum, kang x pasal2 Allah bgi ujian yg mcm tu juga kat kita..Nauzubillah..Semoga trus istiqomah dan hdup bahagia bersama suami dan ank tercinta..Aminn..

Halijah siti – Alhamdulillah confesser sedar dan bertaubat. Ambil pengajaran adik2 drpd kisah Sarah ni. Dia dah lalui maka jadikan pengajaran. Sarah bertuah sebab Allah berkenan beri dia rezeki suami yang baik mungkin sebab amalan Sarah atau doa2 drpd insan keramatnya.

Tolong lah kakak atau adik perempuan, JANGAN SESEKALI KELUAR MALAM hatta dgn kawan2 perempuan. Jadikan itu suatu larangan. Apatah lagi keluar berdua dgn lelaki, yg ni tak kisah siang atau malam.. Ada hikmah aruwah mak saya dulu bagitau, perempuan pantang keluar malam, mak kata nampak macam perempuan takde maruah. Rupanya mak nak didik kami meninggikan maruah.

Sumber IIUMC via kisah rakyat