“Dari mana aku datg?”. Mak ajak buat IC, aku perasan mak mcm sorok2 isi borang, nmpak satu ayat tu buat aku mula syak.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.Salam semua. Seperti yang tertera di atas, aku nak cerita keperitan aku menjadi anak angkat. Aku tau ramai orang yang akan cakap ”wei mak pak hang dah amik hang jadi anak angkat pon dah cukup baik la”.

Aku memang sangat sangat sangat bersyukur sebab parent aku dah amik aku as their adopted child dan parent aku pun bukan jenis kaki pukol. Diorang sama je dengan other parent. Tapi kau tak tahu apa yang aku rasa dan kau tak pernah kenal aku yang sbetulnya. So, please keep reading. Aku ada 2 adik perempuan dan 1 adik lelaki.

Ya, aku yang sulung. Orang kata, jadi anak sulung ni tanggungjawab dia berat. Aku admit yang statement tu memang sangat betul. Menjaga adik – adik ni satu tugas yang tak asing bagi aku. Nampak mudah tapi tak sebenarnya. Tugas ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Dan quite susah bagi aku sebab aku ni jenis yang cepat naik hangin tapi cepat jugak surut angin kemarahan aku tu .

Perangai adik aku, tak payah cakap la semua keras kepala. Dia je yang nak menang. Biasalah, budak–budak kan. Beza umur aku dengan umur adik–adik aku boleh tahan jauh. So senang cerita… sebelum adik aku wujud, aku memang dah puas rasa kasih sayang parent aku. Mesti korang tertanya – tanya kan apa yang peritnya? Keperitan tu bermula waktu aku umur 12 tahun.

12 tahun, umur yang… sangat muda bagi aku. Terlalu muda untuk tahu perkara yang sebenar. Aku ingat lagi, 14 october lah hari yang… paling aku bencii dalam hidup aku walaupun hari tu jugak aku lahir dekat dunia. Waktu tu tak silap aku, aku pergi utc sebab nak buat ic dengan mak dan adik perempuan aku yang first and second.

So sebelum nak buat ic, mestilah kena amik 1 kertas yang kita kena pilih nak buat apa. I mean like nak buat surat beranak ke, ic baru ke or something thingy berserta dengan nombor yang menunjukkan bila turn kita. Time mak aku amik kertas tu, aku perasan satu ayat. ”Angkat”. Tapi time tu takdelah syak wasangka lagi sebab u know lah aku budak mentah lagi.

Then bila aku nak tengok kertas apa yang mak aku amik tu… mak aku mengelak. Haa dari situ timbul syak wasangka. Tapi aku tak tau perkara sebenar lagi time mak aku pegang kertas tu. Aku rasa curious g1ler time tu. Then after semua dah setel, mak aku ajak pergi tandas. Aku pun ikut kan aje sebab tak nak jadi anak derh4ka.

Lepas dah sampai dekat tandas tu, mak aku suh aku pegangkan handbag dia jap. And then aku tertoleh dekat poket handbag mak aku yang tak berzip dan ada kertas yang sebijik g1ler time first – first mak aku amik tu. Aku dengan rasa curious yang dipendam tadi pun apalagi kan capai la kertas tu then bukak ”PENDAFTARAN KAD PENGENALAN BAGI ANAK ANGKAT”.

Tajuk dia kemain tertera lagi siap caps lock, sebijik yang macam aku retype tu. Kalau kau jadi aku, apa yang kau rasa?serious la hati aku hancur g1la time tu. Hati anak mana yang tak hancur bila dia dapat tahu dia bukan anak yang dikandung oleh mak dia sendiri kan?

Bila aku dengar bunyi flush dari cabin toilet yang mak aku masuk tu, terus aku simpan kertas tu dalam handbag mak aku balik. Start dari haritu aku dah jarang cakap dengan mak aku and family aku. Aku dari seorang yang banyak cakap, banyak tanya tiba – tiba je jadi seorang yang kurang bergaul. Bila aku pandang mak aku, aku tak tau nak descibe macam mana.

Dia macam satu perasaan marah yang digabungkan dengan perasaan kecewa dan dend4m. Aku rasa down g1la. Dan sejak hari tu jugak, aku suka menangis seorang diri dan jadi seorang yang sangat sangat sangat s3nsitive. Lagi – lagi kalau orang tanya pasal family. Dan aku pernah teringat yang ada sorang cousin aku ni pernah mengaku yang dia tu kakak aku time aku darjah 3.

Tapi aku tak percaya sangat. Bila aku mengadu dekat mak pak aku, mak pak aku cakap yang dia cemburukan aku sebab hidup aku tak semewah dia. And cousin aku tak pernah cerita apa – apa dah lepastu. Macam aku cakap tadi, aku suka menangis seorang diri and almost everyday. Dan persoalan yang selalu ada dekat otak aku ”dari mana aku datang?

Longkang ke? ke tong sampah?. Siapa mak bapak kandung aku? ”dan aku kadang – kadang selalu menyirap dengan mak aku sebab time tu aku rasa dia tipu aku. Kenapa tak jujur je kan? Budak mentah tetap budak mentah, aku rasa kalau mak aku jujur sekalipun belum tentu yang aku akan terima kenyataan tu. Hari berganti hari dan tahun berganti tahun.

Aku sedikit demi sedikit cuba mematangkan diri dan aku cuba menggangap bahawa jadi “anak angkat” bukan sesuatu yang teruk atau h1na. Jujur, kadang – kadang aku rasa macam dah tak nak hidup. Sebab bila kau ada kisah silam yang teruk, kisah silam tu juga yang orang akan ungkit .

Tak payah amik contoh jauh, adik – adik angkat aku bila bergaduh dengan aku, dia akan ungkit asal usul aku. ”kau tu anak angkat dalam rumah ni, tak payah gebang sangat nak atur – atur hidup aku”. “kau pergi balik ah rumah kau tu, tak payah menyemak kat sini” cuba kau cakap, sapa je yang tak terasa hati bila ADIK KAU SENDIRI yang cakap macam tu.

Adik angkat yang kau dah anggap macam drah daging kau sendiri. Kadang – kadang aku pelikk dengan manusia zaman sekarang ni especially budak – budak sekolah, dah elok ada parent kandung, adik beradik kandung, sibuk nak cari adik beradik angkat or family angkat. Bersyukur lah wei, bila kau ada dekat tempat aku, kau akan rasa bertapa beruntungnya ada family yang memang d4rah daging kau sendiri.

Berbalik pada cousin aku tadi, aku mula – mula memang tak percaya langsung. But sometimes i need to open my mind. Tak silap aku time hari raya, aku ada selfie dengan dia and aku post dekat soc1al med1a pastu ramai yang tegur muka kiteorang sama. And i was like…. dia betul ke kakak kandung aku? seriously?! then hubungan aku dengan mak aku kembali rapat sebab mak aku dah jujur.

And macam aku cakap, she didnt tell the truth sebab mak aku tak nak bagi aku kecewa. Mak mana je sanggup anak dia tau yang anak dia tu bukan yang dikandung 9 bulan 9 hari kan? Sometimes memang aku rasa mak aku akan pilih kasih sebab apa yang aku buat semua salah, anak – anak kandung dia je betul .

But maybe, memang ada kesilapan yang aku buat tanpa aku sedar dan aku syak mak aku nak latih aku jadi orang yg bertanggungjawab bila buat salah. And guess what? rupanya mak kandung aku adalah makcik aku sendiri. Mak aku amik aku as her adopted child sebab time tu mak aku m4ndul and nak sangat anak. Lepas mak aku dah pelihara aku selama 4 tahun, mak aku dikurniakan anak.

Macam mana orang m4ndul boleh dapat anak? semuanya kuasa Tuhan. Dan mak aku jugak cakap yang aku ni pembawa rezeki dalam keluarga aku. Glad to hear that and i am so glad to know that mak kandung aku adalah drah daging mak angkat aku sendiri. Betul lah apa yang disebutkan dalam Al – Quran tu.

Allah memang maha adil dan Allah juga yang mengetahui segalanya. Seperit apa pun hidup kau, pasti ada indahnya. Sekarang, aku dah berjaya terima takdir aku. Aku tahu aku mampu terima takdir aku sebagai ”seorang adopted child”. Kalau aku tak mampu, kenapa Allah bagi dugaan ni, kan? jadi, if u r adopted children, dont be too sad and jangan nak persoalkan kenapa hidup kau macam tu.

Allah know everythings. Mesti ada hikmah disebalik dugaan tu. Lastly, semoga Allah merahmati kehidupanmu and assalamualaikum
– A fifteen years old teen. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Sumber keluargabahagia