Dilema ank bila ibu kuat “mgongkong”. Bila disiasat, alasan mak sbb surat khabar. Skrg aku sedar tindkn ibu.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamulaikum semua. Bila baca tajuk mesti korang tau maksud tak sporting kan? Ye mak aku langsung tak sporting pada benda-benda yang dia tak boleh tolerate.

By the way, aku Piya anak sulung. Umur dah masuk 30 tahun. Sudah berumahtangga dan mempunyai 3 cahaya mata. Dua perempuan dan seorang lelaki. Yang aku nak kongsi ni tetang mak aku. Mak aku ni seorang yang agak mengawal semua pergerakan anak-anaknya. Ok aku start dengan beberapa incid3nt yang aku kira frust kenapa mak aku tak macam mak kawan-kawan aku ye.

So siapa mak aku ni sebenarnya. Mak aku surirumah yang berpendidikan. Tapi tak pandai bawak kereta. Masa aku dalam umur 6 tahun, aku dah mula nak main dengan kawan-kawan kat luar rumah. Masa tu tak lah teruk macam kes-kes sekarang ni. It’s common orang main-main kat luar. Tapi mak aku dia tak benarkan aku keluar kecuali ke sekolah tadika. Tu pun dia hantar ambik aku.

Siap bawak adik-adik lagi. Jalan kaki tau. Tapi dekat jelah dari rumah aku. Sampailah satu hari aku member0ntak menangis-nangis nak main kat luar. End up mak aku bawa aku ke taman permainan. Bermula lah episode aku dan adik-adik dapat main kat taman dengan ditemani mak aku. Sampai jadi bahan ejekan kawan-kawan sebab hari-hari mak aku ikut duduk kat taman.

Aku tak peduli asal dapat main. Jarak taman permainan dan rumah aku cuma 50 meter je. Senang kata taman tu betul-betul depan rumah aku. Ok, masa cuti sekolah semua orang nak bercuti balik kampung rumah nenek kan. So sepupu-sepupu aku pun buat plan nak bercuti kat rumah nenek aku. Memang bestlah, meriah sebab ramai kan.

Tapi malangnya, mak aku tak pernah bagi aku nak bercuti sekolah kat rumah nenek. Aku ingat lagi pakcik aku, abang mak datang nak ambik aku adik beradik bawak balik kampung. Bapak aku dah bagi green light. Suka sangat hati aku masa tu. Tapi mak aku, langsung tak izinkan. End up abang mak aku yang agak kecewa balik je bawak anak-anak dia yang beria ikut nak jemput kitaorang.

Macam tu juga masa dah masuk sekolah menengah, mak aku tak pernah izinkan aku nak kerumah kawan untuk study group. Kalau nak study group, kawan-kawan aku kena datang rumah. Sehinggalah satu hari masa cuti sem (universiti), aku terdetik nak k0rek rahsia pasal masalah mak aku yang semua tak boleh ni. For all the questions, mak aku jawab, sebab dia suka baca ‘surat khabar’.

Dalam tu hampir setiap hari ada berita pasal ped0ph1l1a. Mak aku par4noid sangan dengan isu tu. Maka mak aku buat kajian pasal isu ped0 ni. Kajian ualss. Mak aku cakap, kebanyakan kes adalah berlaku dari orang yang kita kenal. So sebab tu mak aku tak nak anak-anak baik lelaki atau perempuan tak ada depan mata dia.

Mak aku kata, dia sanggup sediakan ruang-ruang belajar bila aku dan adik-adik mula nak study dalam group. Mak aku ingat lagi ada sorang kawan aku tak nak datang rumah aku dengan alasan asyik dia je datang rumah aku. Apa mak aku buat masa tu, mak aku call kawan aku cakap esok mak aku nak masak laksa. So kawan aku ni favorite dia laksa.

Jadi esoknya dia datang sebab laksa tu. Hehehehe. Mak aku pancing setiap kawan-kawan aku dengan makanan kegemaran diaorang. Patutlah mak suka interview kawan-kawan aku. Siap pada buku catatan tau pasal birthday kawan-kawan aku, warna kegemaran, makanan kegemaran, snack kegemaran. Actually bila mak aku tunjuk buku tu aku nangis dan nampak bukan senarai kawan-kawan aku je ada dalam tu.

Semua kawan-kawan adik-adik aku pun ada dalam tu. Kalau kami bercuti satu family, mesti ada buah tangan untuk kawan-kawan aku. Walaupun cuma sekadar keychain. Sebab tu sampai sekarang kawan-kawan aku akan visit mak aku walaupun aku tinggal di luar daerah. And ada satu hari kat rumah makcik aku, abang sepupu aku ajak kitaorang main sorok-sorok.

Dia bawak aku sorok dalam bilik dia kat bahagian atas rumah. Tak sempat nak mula main mak aku dah sampai tempat nak menyorok tu. Mak aku kata main benda lain. Mak aku tak suka main sorok-sorok ni. Siap cakap, nanti hantu sorokkan kita. Aku biasalah nak argue siap cakap, mana ada hantu kat dunia ni. Hehehehe. B0 doh je jawapankan.

Tapi bila ingat moment tu aku memang seram. Yelah, kenapa abg sepupu aku ni nak menyorok dengan aku kan. Bukan boleh ke pilih tempat masing-masing. Sesungguhnya Allah telah selamatkan aku dengan sikap tak sporting mak aku. Dan mengikut kata mak aku, tahap par4n0id mak aku ni, sampai pakcik-pakcik aku pun mak aku tak percaya.

Biar dia gaduh dengan semua orang asal anak-anak mak selamat. Hari ni, aku pun mula faham perasaan mak aku bila aku ada dua anak perempuan. Nampaknya sikap par4n0id mak aku ter waris kat aku pula. Tapi manageable sebab banyak info-info berkenaan isu ni dikongsikan di internet. Zaman dulu tak ada. Mak aku cipta teknik dia sendiri je nak elak ped0.

Ya Allah kesian mak. Dan aku rasa sebab sikap mak aku yang par4n0id tu, semua nak-anak mak aku jadi bestfriend dia. Sampai sekarang lah semua nak kongsi dan tanya pendapat kat mak aku walaupun semua dah kahwin. Oklah tu jelah aku nak kongsi and Piya sayang mak. You are my best friend forever. – Piya (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nurul azah – Mak ni naluri keibuannya tinggi memikirkan banyak perkara kecil2 yg munhkin anak dan ayahnya tak kaji… Kalau diberitahu sebab begitu begini pun masih sukar nak faham dan terima… Mula rasa ini tak boleh itu tak boleh… Sedih tak puas hati… Waktu tu… Tapi, asbab sikap berhati-hati itu, itulah tanda kasih tak terhingga pada anak…

Suatu hari anak faham… Bukan nak buruk sangka pada pak sedara masa anak ni kecil, bila besar risau dgn teman lelaki pula, tapi kenapa ada kes2 yang s4kit nak disebut ni wujud… Jadi… Bersyukurlah dgn kongkongan itu yang dah menyelamatkan diri… Bila dah berlaku yg tak diingini… Menangis tiada guna…

Allah, lindungi kami dan anak2 zuriat keturunan kami dari kejahatan diri dan orang sekelilingnya… Berikan ketenangan dan hidayah agar kami sedar dan mudah menurut jalan2 yang Kau redhai dan berikan kebaikan dari segala perkara dijauhkan daripada perkara buruk dan dukacita.. Amin.

Miz atam – Bagus komen2 dalam ni, sehati sejiwa semuanya! Tiada persengketaan seperti post yang lain. Itulah pentingnya kita hidup kena bersatu padu, saling memahami dan bertolak ansur.. Tumpang letak komen kejap confessor dalam ini sebab saya kena jaga ‘pingat kesetiaan’ saya dalam page ini, risau dibubarkan klak.

Joeye joanes – Sy pun tak kisah bergaduh dengan semua orang. Asal bakal anak2 sy selamat. Dgn so called keluarga sendiri pun tak boleh percaya. Once benda tu dah jadi (molest4tion dalam kalangan keluarga, kawan) benda tu confirm menghantui keluarga mngsa. Apatah lg isu ni masih tab0o dlm masyarakat kita.

Good job mak awak. Walaupun nampak mengongkong, tp mak awak cuba ambil hati kawan awak dan teman awak pegi main sebagai balasan. Ini dah cukup baik. Bukan nak mengongkong semata2.

Athein kyana – mak ayah aku la tu yang kawal ketat berbanding mak ayah kawan2 lain. Siap kena ejek anak manja. Kadang bergaduh juga la kenapa tak boleh buat macam kawan lain. Tapi satu je mak ayah aku selalu cakap “Kalau jadi apa2 dekat akak, ibu ayah la yang paling akan menangis”.

Tapi lama2 diorang pun bagi kebebasan sikit demi sikit, cuma nya dia akan selalu pesan “Ibu ayah dah didik akak, akak dekat luar sana kena selalu ingat ayah ibu kalau nak buat apa2”.

Nabilah zaki – Hehe sama dengan arwah mak saya. Anak2 perempuan tak dibenarkan pergi lawatan even camping kat sekolah pun. Sebab mak cakap, kalau camping, mandi kat tandas. Macam2 hal boleh jadi. Cikgu bukan ramai sangat, nak pantau tiap masa.

Dan hasil didikan sebegitu, saya pun sama, sangat par4n0id nak lepaskan anak2 ikut orang lain walaupun sekejap. Biarlah semua depan mata saya. Penat ke, rumah bersepah ke, biar diorang depan mata. Jangan kita yang menangis nanti.

Sumber IIUM