Usia cecah 29thn, baru diberitahu. Ibu ayah minta rahsiakan. Jika tak, aku mgkin terima akibatnya

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau sudi siarkan. Straight to the point, aku perempuan, umur 29 tahun. Aku tengah sedih. Kepala aku tengah berserabut.

Hati aku berkecamuk. Fikiran aku tak tahu nak hadam kan macam mana. Selama ni aku hanya membaca confession anak anak lain. Tapi hari ini. Hari aku! Tahun depan, 2021, insya allah aku akan bernikah. Tapi hari ini aku baru tahu. Aku anak luar nikah. Ibu babah baru bagitahu. Selama 29 tahun mereka berdua rahsia kan.

Bila aku nak lengkapkan borang permohonan nikah, babah dan ibu terangkan keadaan aku. Abah terangkan babah tak boleh jadi wali dan kena mohon untuk wali hakim. Patut la selama ni bila aku tanya ibu tentang surat nikah mereka, ibu akan mengelak dan aku tidak pernah melihat surat nikah mereka.

Aku teringin nak tahu tarikh nikah mereka kerana ingin meraikan ulangtahun perkahwinan babah ibu. Berbalik kepada cerita… Aku terkedu. Perlahan lahan air mata mengalir. Hati aku hancur. Babah dan ibu pun turut menangis memohon ampun atas kesilapan mereka berdua dan menjadikan status aku begini.

Sambil mendengar penjelasan babah dan ibu, aku menerawang memikirkan kebaikan mereka berdua. Aku anak sulung, dan aku rasa babah dan ibu sangat memanjakan aku daripada adik beradik yang lain. Aku tak rasa kurang pun dengan layanan babah dan ibu sebab mereka tidak pernah pilih kasih dengan anak anak mereka.

Bila memikirkan, aku tak sangka sebenarnya aku anak luar nikah. Hati aku remuk tapi aku sejukkan segera dengan mengingatkan kebaikan dan ihsan mereka padaku. Selesai memberikan penjelasan, babah dan ibu meminta maaf dengan mencium tangan ku, memelukku erat. Aku sedih sangat. Tak tergambar s4kit nya. Babah dan ibu meminta aku merahsiakan daripada sesiapa waima bakal suami dan keluarga mertuaku.

Kerana mereka telah merujuk kepada pejabat agama dan pegawai menasihati biarkan ia menjadi rahsia dan tidak perlu diketahui oleh sesiapa. Pegawai tersebut mengatakan jika orang tahu, aku akan menerima akibat nya. Jadi babah dan ibu meminta untuk aku merahsiakan daripada sesiapa. Adik beradik ku juga tidak mengetahui perkara ini.

Saudara mara pun tidak tahu. Mereka memaklumkan bahawa aku tak bersalah dan tidak perlu menerima akibat daripada orang sekeliling atas status ku itu. Babah mengatakan walau apa pun yang berlaku, aku tetap anak nya. Dia meminta aku tidak berjauh hati atau membawa diri. Dia meminta aku tidak rasa rendah diri dengan adik beradik. Dia meminta aku sentiasa pulang ke kampung walaupun sudah bersuami.

Dia meminta aku jadi seperti biasa. Kerana aku tetap anak nya. Tapi aku. Aku hanya mampu menangis. Setiap kali solat, aku menangis sepanjang solat. Aku rasa aku j1jik dan tak layak ada kat dunia ini. Aku persoalkan kenapa aku diuji tapi aku pujuk hati. Sebab aku mampu. Tapi hati aku tak kuat. Sumpah aku tak kuat.

Babah cakap mereka rahsiakan daripada aku semenjak aku sekolah menengah lagi untuk memberitahu hal sebenar. Tapi babah khuatir akan menjejaskan pelajaran dan em0siku. Ketika aku melanjutkan pelajaran, babah risau aku akan lari dari rumah kerana dah besar dan mampu untuk pergi ke mana mana.

Dan hari ini, babah dan ibu terpaksa juga dedahkan kerana percaya aku akan bersikap matang dan mampu kawal em0si ku serta aku perlu tahu untuk menyelesaikan permohonan nikahku. Setiap kali buka website untuk mengisi borang online. Di ruangan maklumat wali, aku akan terhenti. Aku mengharapkan yang aku boleh meletakkan nama babah sebagai wali.

Tapi hanya mampu memilih wali hakim. Dari aku bersedia untuk bernikah, aku membayangkan babah yang akan mewalikan aku sendiri. Tapi ia hanyalah angan angan. Ibu cakap nanti aku akan ke mhkamah untuk memohon wali hakim. Aku tak tahu apa pula yang bakal ku hadapi. Aku kesian dengan bakal suamiku kerana mendapat isteri berstatus anak luar nikah.

Aku tak tahu dengan siapa harus aku meluah. Tiada siapa. Ia aib babah dan ibu. Aku nak tunjuk dengan ibu babah aku seorang yang kuat dan sudah memaafkan mereka berdua. Aku nak berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Ada sesiapa yang mengalami nasib yang sama? Boleh bantu aku untuk ubat hati ini? Maaf jika penulisan ku caca marba sebab sambil aku menaip, sambil itu juga aku menangis. – Bunga layu (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Ummi kalsum hassain – Salam Sis… moga2 sis tenang dan sabar hadapi peritnya sebuah kenyataan…. sy tau bukan senang menerima hakikat ni…apatah lagi sy x berada di tempat sis. Sis tau, kenalan sy ramai yg mak ayah merahsiakan status mereka… malah tanpa rasa berd0sa menikahkan anak mereka dgn berwalikan wali yang tidak sah.

Sis tau akibat perkahwinan tu, keturunan seterusnya. anak2 cucu2 perempuan? Bukan sorang dua sis… bnyk berkisahkn pernikahan seperti ni. Ayahbonda sis sangat bertanggungjawab. Malah sy yakin mereka faham tentang agama. Alhamdullilah sis… Insyaallah keturunan sis akan terjaga.

Mereka x sorok kemungkaran hanya kerana malu.. Kisah dan d0sa lalu biarlah menjadi urusan ayahbonda. Bagi sy mereka itu baik. Sanggup kumpul kekuatan untuk berterus terang. Which is, sy yakin bukan mudah. Moga Allah dindungi sis dan seluruh keluarga sis. Insyaallah.

Myra salleh – Bersyukur jela..sekurangnya dorang dah jaga awak elok2 hingga besar dan tahu menjaga maruah diri, tak ulang kesilapan dorang. Banyak je kat dunia ni anak2 lain ada ibu bapa kandung, menjadi anak yg sah taraf tapi tak dapat didikan dan kasih sayang selayaknya. Dis3ksa m3ntal fizikal. Dihadapkan setiap hari dengan senario yg tak sesuai utk perkembangan seorang anak.

Dalam hidup ni, kita kena tengok kehadapan, tengok kebelakang sekali sekala tu boleh utk ambil pengajaran. So, proceed with your marriage and live your life. Buat macam biasa dan tak ada perbezaan. What important is, future husband you respect you for who you are. That’s matter.

Lura zuna – Kemarin ada aku baca confession pasal anak sulung yang nak putus hubungan dengan mak bapa dia sebab tak dilayan adil dari kecil. And now, pasal anak sulung yang ditatang dengan penuh kasih sayang tapi rasa hidupnya malang kerana d0sa parents masa lalu. Hmmm….tak tau apa kaitan dalam dua kes tapi personally bagi saya kamu kena wake up and enough is enough.

Just face the truth. Kalau khuatir bakal suami dan mertua hairan kenapa ayah sendiri tak menjadi wali semasa nikah, then you should tell them the truth. Lebih baik tau sekarang dari kemudian hari. Cepat atau lambat, kamu akan hadap juga. So lebih baik memilih risik0 yang boleh dijangka. Soal samada mereka dapat terima atau tidak, itu di luar kuasa kita.

Hati itu milik Allah. Berdoalah pada Allah untuk lembutkan hati mereka. Semoga saja keluarga mertua bukan jenis keluarga penghukum. Saya dah hadap dua kes macam ni di kalangan anak2 kawan saya. Dua2 pun alami gangguan em0si juga pada mulanya. Tapi Alhamdulillah semuanya berakhir baik bila parents sendiri bertindak menjelaskan keadaan kepada bakal besan.

Jangan s3ksa diri dengan pemikiran dan perasaan sendiri. Jangan pikul beban yang tak sepatutnya kamu pikul. Kamu bertuah. Anak sulung yang disayang. Saya percaya tunang kamu pun orang baik2 yang sanggup terima kamu seadanya. You go, girl.

Btw, kalau kamu memilih utk sembunyikan, rasanya banyak ja alasan boleh dipikirkan. Contohnya bapa tak pandai baca, bapa tak solat, bapa tak yakin nak jadi imam dan macam2 alasan lagi.

Nur atira – Dik bersyukurlah. Alhamdulillah ibu bapa awak sgt menyayangi awak dan menerima awak seadanya. Nasib awak masih terbela berbanding anak2 luar nikah kt luar sana. Bagi sy berterus terang dengan ahli keluarga mertua dan juga bakal suami. Mohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan. Ingat dik harga syurga tidaklah murah. Anggap ujian ini sebagai didikan hidup.

Kalau bakal suami dan mertua terima dengan rela hati dan ikhlas menerima seadanya alhamdulillah. Jika tidak tak apa dik Allah swt tahu apa yg terbaik utk awak. Awak xj1jik. Kalau j1jik mak awak dh lama abaikan awak. Semoga ujian ini lebih buat awak lebih kuat dn juga utk keluarga awak. Ingat dik pengakhiran hidup tu lebih penting. Ada masa kita sentiasa bertaubat agar sentiasa dipermudahkan urusan.

Percayalah jika ada pilihan tentu ibu dan dan bapa awak juga menginginkan sedemikian sbgaimana adik2 awk yg lain. Hbgn d4rah ni tetap tak kan terputus terutama mak awak. Sebab tu mak awak menikahi ayh awak. Rasa syg tu lebih utk mengasihi mu anak.ingat jgn jadikan kesalahan ibu bapamu sbgai hukuman ke ats dirimu. Ganding tangan sama2. Allah swt sebaik perancang

Sumber IIUMC