“Tabung kawin kita”. Mcm2 kerja aku buat nk halalkn hubgn nie. Tp lepas dpt call pagi tue buat aku terkedu. Rasa mcm ditumbuk2.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua, thanks admin approve confession ni. Nama aku Airis Syifaa (bukan nama sebenar of course). Pagi td (22 August 2018) iaitu pagi hari Raya Aidiladha aku terdengar khutbah pasal k0rban & ujian.

Dalam khutbah tu disebutkan kesusahan & nikmat juga ujian, cuma cara kita hadapi ujian tu yg Allah akan nilai. Khutbah tu buat aku sedar selama aku hidup ni, mcm-mcm ujian Allah dah turunkan kt aku and mcm-mcm jugak yg aku k0rbankan utk kesenangan orang lain. Tp apa yg aku nk ceritakan harini, pasal salah satu ujian yg aku lalui dgn sorg lelaki yg aku namakan Ali (aku namakan dia dgn nama orang yg dia tak suka).

Awal perkenalan ktorg, Ali diberi ujian yg cukup besar iaitu s4kit yg setakat ni belum ada penawarnya, yg affect appearance dia and disebabkan tu Ali selalu rasa ins3cure, and selalu suruh aku janji utk langsung jgn tinggalkan dia. Aku pun sama-sama lalui ujian tu sbb aku dah janji dgn dia yg aku takkan tinggalkan dia walau apa pun keadaan.

Kami pun sama-sama janji untuk harung susah untuk sama-sama rasa nikmat kesenangan satu hari nnt. Tp lagi sekali Ali diuji bila Allah berikan dia kesenangan lepas 7 tahun harung jerit perih. Ali lupa janji dia lepas dia jumpa Hana, officemate dia lepas beberapa bulan Ali dapat kerja tetap dan tinggalkan aku mcm tu je. Aku buat coretan ni utk Ali baca, kalau Allah gerakkan hati dia utk baca.

Kalau tak, anggaplah semua ni sbg salah satu cerita yg boleh dijadikan iktibar utk semua. Bismillah.. Ali.. saya lah orang paling bahagia atas dunia ni bila awk kata awk dapat kerja (even kerja contract). “rezeki orang nak kawin awal”, kawan-kawan Uni awk kata. Sejak tu diri ni jd lebih semangat, lebih sungguh-sungguh utk sama-sama kumpul duit untuk ‘tabung kawin kita’.

Awk sendiri taktahu kewujudan tabung tu. Saya jadi dropship, saya try jual itu ini, saya try mcm-mcm. Saya banyakkan sedekah, pd kengkawan, pada makcik cleaner, pada kawan-kawan yg baru lepas bersalin, semuanya disedekahkan atas nama awk. Alhamdulillah ada juga peluang sorang kenalan saya bawa nama awk sampai depan Kaabah utk didoakan kat sana.

Kebetulan dgn izin Allah, pagi awk kata ada interview untuk serap jd permanent staff tu, saya tgh bermusafir. Sepanjang jalan, means sepanjang seharian awk hadap interview tu saya bacakan surah Yaasin and diniatkan atas nama awk. Sepanjang jalan dari mula sampailah sampai destinasi. Turun je bas, awk kata awk diterima jd permanent staff. Saya nangis sungguh-sungguh.

Bagitahu ibu saya, bagitahu family saya awk dah dapat kerja tetap. Happynya saya time tu. Tapi rupa-rupanya semua tu permulaan untuk satu ujian yg lebih besar … Ali, makin lama awk kerja, makin awk takde masa untuk contact saya. Sedihnya saya bila saya start digantung tak bertali, dibiarkan terpinga-pinga, hari-hari terfikir apa salah saya. Awk menghilang tiba-tiba.

Call tak berangkat, whatsapp dibalas seciput-seciput. Tp saya still lg tak putus asa, saya still cuba usaha cari duit sampingan utk ‘tabung kawin kita’. Kengkadang saya cuba kerja part time di café, saya try kerja itu ini. Saya cuba sibukkan diri utk sembunyikan rasa sedih & cuba lg utk jd yg terbaik utk family kita yg akan dtg. Ada masa saya down, saya penat, saya nangis sorang-sorang.

Saya try cari awk, apa yg saya dapat cumalah voicemail & kemarahan dari awk katakan saya terlalu meng0ngkong. Saya buntu, saya cuma mampu mengadu pd Allah untuk minta disenangkan semua urusan awk sbb saya fikir awk serabut dgn kerja sampai termarah saya. Rupa-rupanya… Ali, ingat tak lagi janji awk? “kalau result awk dekan sem 6 nnt, saya bg hadiah paaaaling awk tunggu-tunggu.

Kita one step ahead ya. insyaAllah by this year kita kawin”. Sayalah orang paling happy bila dgr perkataan kawin. Iyalah, siapa tak suka kan bila apa yg kita tggu selama ni jd kenyataan. Bersungguh saya study, bersungguh saya focus dalam kelas, bersungguh saya buat assignment. Kengkadang subuh baru tidur, kengkadang sehari 2-3 jam je tidur.

24th May 2018, saya tidur pukul 5.30 pagi sbb buat assignment, saya dikejutkan dgn satu call dari number yg sy tak kenal pukul 6.20 pagi. Rupanya tu number Hana. Hana terangkan pd saya cerita dari awal awk kenal dia, sampai awk keluar berdua ke sana sini, sampai awak jumpa ibu ayahnya, dan akhir sekali dia minta saya move on and doakan saya jumpa lelaki yg lagi baik dari awk untuk saya.

Remuk hati saya, mcm ditumbuk-tumbuk. Tp sy tak mampu buat apa-apa. Saya cuba kawal perasaan saya walaupun dalam hati rasa mcm nk mel3tup, mulut rasa nk marah, tapi yg terkeluar cuma, “Takpelah. Saya tak kisah.” Apa yg jd pd saya lepas Hana call tu, biarlah Allah sj yg tahu. Kengkadang saya terluah perasaan sedih-sedih di Insta, sbb sy sunyi.

Tp saya taktahu apa yg berlaku disebalik semua tu, saya taktahu yg Hana dah lama follow saya & Allah tak gerakkan hati saya utk follow back Insta Hana. Saya taktahu yg Hana tgk setiap instastory saya yg sedih-sedih pasal awk tp dalam masa yg sama dia upload dia happy-happy keluar dgn awk sampai keluar negeri, makan sana sini, berjalan sana sini dgn awk.

Saya taktahu semua tu sampailah Hana call saya tu. Apa yg saya tahu cuma awk sibuk kerja, sibuk part time, sibuk cari duit. Saya taktahu semua tu Ali… Ali, sayalah orang paling sedih bila dapat tahu awk kena warded sbb s4kit awk, saya buntu cari jalan utk sampai ke hspital tempat awk warded sbb jauh beratus km dari kolej saya.

Alhamdulillah Allah hantar sorg hamba yg sudi tumpangkan saya ke sana. Saya terhuyung-hayang sorang diri menumpang kereta orang dgn sisa RM30 yg ada utk minggu tu, merentas beratus km dgn barang-barang keperluan awk. Saya biarkan perut saya kosong dari pagi sampailah awk ada depan mata saya. Kakak awk pun minta saya jagakan awk.

Tp saya tak tahu di sebalik tu sebenarnya Hana ada. Saya taktahu Hana dtg ke awk dgn senang naik kereta sendiri ke hspital jenguk awk. Saya taktahu Hana jumpa ibu abah awk sekali lepas saya balik dari hspital. Saya taktahu semua tu… Duhai Ali, bila mana awk minta maaf pd saya sbb awk dah terberi harapan pd ibu ayah Hana untuk awk kawini anak bongsunya sebelum dorg tutup mata.

saya terbayang muka ibu abah saya. Ibu abah yg dh anggap awk mcm anak sendiri. Ibu abah yg dah setuju utk tak minta apa-apa hantaran & cuma minta mas kawin lepas saya pujuk demi menyenangkan awk. Ibu abah yg dah mula survey package catering & dewan yg murah utk menyenangkan awk. Ibu abah yg sanggup drive merentas 2 negeri utk lawat awk di hspital di sebalik sembunyinya Hana di sebalik langsir hospital.

Ibu abah yg terkedu, terdiam, tak terkata apa-apa bila awk biarkan Hana blok ibu sy di whatsapp bila mana ibu cuba nasihati awk. Ibu abah yg terkilan sbb cara awak pulangkan anak sulung perempuan dorg tak sama mcm cara awk baik-baik minta izin masa mula kita berkawan. Ibu abah yg dah berm4tian cuba utk tak s4kiti anaknya, awk senang-senang buat begini.

Ya Ali, saya tahu saya h1na. Saya tak sebaik Hana yg awk kata dah buktikan yg dia boleh jd yg terbaik & better dari orang lain. Tak apa Ali.. saya terima semua ni dgn ikhlas & saya anggap semua ni ujian dari Dia. Maafkan saya sbb tak mampu nk nak tunjukkan semuanya & buktikan semua perkara yg saya dah buat sepanjang 7 tahun yg lepas untuk kesenangan awk harini.

Maafkan jarak yg pisahkan kita, maafkan salah & khilaf saya & juga family saya. Ingatlah Ali kalau satu hari nanti awk rasa apa yg saya rasa skrg ni, awk ingatlah semula. Pernah ada sorang perempuan yg berm4tian berk0rban segalanya utk awk. Pernah ada air mata, peluh keringat, d4rah yg jatuh mengalir sbb awk .

Pernah ada orang yg ramai mendoakan awk demi kesenangan urusan awk dari hari ke hari. Tapi sayang, awk tak nampak semua tu and semua peng0rbanan tu takde nilai pun depan mata awk. Terima kasih pernah jadikan saya perempuan paling bahagia sepanjang 7 tahun lepas, dan terima kasih juga utk semuanya yg dh berlaku.

Saya cerita semua ni bukan sbb nk mengungkit, tp sbb dah lama pendam dalam hati sampai tak tertanggung. Saya tak mampu bercerita pd orang sbb saya taknak dicop sbg perempuan yg men4gih simpati. Tp tak apa Ali… Moga Allah nilai setiap sesuatu yg terjadi, sbb cuma Allah yg Maha Mengetahui segalanya.

Terima kasih, Ali. Tak apa.. saya boleh kutip sisa-sisa hati yg hancur ni, sendiri. Saya cuba bina hidup baru bukan dgn orang baru, tapi dgn matlamat hidup yg baru, InsyaAllah.. Semoga awk bahagia dgn Hana 🙂 Yang ikhlas, – Airis Syifaa

Reaksi warganet

Ainiez ibrahim – airis.. sy pernah berada d tempat awk 1 ketika dlu.. tp ade seorg sahabat yg tarik sy dr hanyut dlm alam kesedihan.. 1-1 nya ayat yg paling memberi kesan yg sahabat sy bg.. “jgn menangis dlm ketawa org lain”.. bersyukurlah.. Allah da buang org yg salah,yg x layak pn berada d samping awak.. yg x berhak dpt doa2 ikhlas awk.. yg x layak pijak2 hati awk..

airis.. bnde ni mmg berat,. s4kitnya x tertanggung.. tp pecaya lah.. time will heal everything dear.. awk kene kuat.. menangis lah.. tp jgn meratap terlalu lama… awk kene bangkit.. u deserve better than him syg.. i know u can do it.. stay positive.. kami yg membaca confession awk sentiase doakan yg baik2 utk awk.. moga awk dpt pengganti yg lbh layak.

Ain alias – Airis Syifaa, I was walking in your shoes a year ago. Bila mana kita ikhlas mendoakan, berusaha untuk kejayaan orang lain, tapi dia memilih orang lain. Prcayalh, bukan awak yang kurang, cuma sesuatu yang lebih baik sudah Allah sediakan. Kita boleh jadi sepositif mungkin, tapi air mata keluar juga teringatkan apa kurangnya diri sendiri.

Tapi percaya lah Airis, gunakan peluang yang ada untuk dekat dengan Tuhan, minta macam pada dia. Dia lah yang Maha Kaya, Dia lah yang Maha Memberi. Saya fikir saya salah berdoa. Nope, setiap bisik dari lubuk hati paling dalam pun Allah SWT mendengar sampai saya jumpa bakal suami saya sekarang. Satu persatu ciri2 yang saya pernah minta dalam doa saya Tuhan jawab dan beri pada masa yang tepat. Change, be better.

It’s not your fault to love him so much. You do the right things. It’s just Allah wants you to be with someone better. Someone that you never thought of having. Move on sibukkan diri dan perlahan ubat luka, biar ambil masa asalkan luka sembuh dari dalam. Biar Airis Syifaa tumbuh, tumbuh sebagai orang yang baru. I hope my words help. I just want everyone who are kind, sincere and have courage to be happy in this world.

Zakiah hassan – Dear confessor..i know this sounds really mean but sy rasa awak terlalu bersungguh beriya bersusah payah demi lelaki yg bukan suami awak pun..lelaki yg x ada ikatan sah langsung dengan awak..sy betul2 x faham kenapa gadis2 nak merendahkan maruah serendah2nya demi seorang lelaki..

instead of awak berdoa beriye2 untuk lelaki yg belum tentu jodoh awak,apa kata awak doa utk ibu bapa awak,ahli keluarga awak.. mungkin awak meletakkan cinta manusia lebih dari cinta hakiki awak..dan Allah tarik balik Ali untuk sedarkan awak..hidup dalam dunia ni bukan semata2 kerana lelaki..niat nak belajar sungguh2 kerana si Ali tu dah sah2 lah salah..

kan ke lebih elok belajar sungguh2 sbb nk kerja elok2 nak bantu dan bangga kan parents..dgn seikhlas hati,percaya lah cakap saya,kalau si Ali n Hana baca confession awak ni,dah sah2 dorg gelakkan awak tau..sbb u looks so stup1d in their eyes..what should u do?..don’t bother about them anymore.. belajar rajin2 niat nak banggakan mak ayah.. berjaya dalam hidup awak..

jangan duk terhegeh2 lagi kejar cinta lelaki yg bukan suami awak..awak duk berk0rban segalanya demi Ali..pernah ke awak buat perkara yg sama untuk mak ayah awak?..jangan jadi b0 doh k0rbankan segala2nya bersusah payah untuk orang yg bukan ada ikatan sah dengan awak..take this as lessons.

Sumber IIUM