“Sofea..milik aku. Aku dh lama jaga dia”. Patutla Sofea mgadu lelaki bwajah hitam sering ikut dia. Rupanya nie yg Ray lakukn.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Assalamualaikum wbt. Saya, Hani..selama ini silent reader..tapi, kali ini memberanikan diri untuk bercerita mengenai kehidupan sahabat baik saya, Sofea yang bertahun s4kit kerana d3ndam manusia.

Kisah ini adalah benar berlaku dan telah mendapat kebenaran dari beliau untuk dinukilkan di sini. Tapi, sebelum itu..saya mohon maaf sekiranya penulisan saya tidak sebaik penulis yang lain. Sis cuba ok.. Dalam penceritaan ini, saya akan bahasakan diri sebagai “Aku” untuk memudahkan penceritaan. Kisah hidup Sofea ini dah berlaku hampir 25 tahun yang lalu, tapi masih segar dalam lipatan ingatan aku dan Sofea sendiri.

Baik..kita mulakan kisah hidup Sofea, bahagian pertama.. Sofea..secantik namanya.. begitu la cantik orangnya. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, Sofea merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Yang sulung, Abg Long..dan, kakak Sofea bernama Kak Yati. Sofea dari kecil anak yang cerdik dan cantik, putih mulus kulitnya..sehinggalah Sofea menginjak remaja..beliau menjadi kegilaan ramai remaja lelaki.

Tak kira la ke mana pun beliau pergi, pasti ada yang berkenan dan cuba memikat. Tapi, apa yang aku lihat..Sofea hanya layan sebagai sahabat sahaja. Aku pernah bertanya pada Sofea, “Kenapa kau anggap sebagai kawan aje? Ramai kot yang terg1la-g1lakan kau” aku berseloroh sambil tersenyum. Sofea, gadis tinggi lampai dan lemah-lembut hanya tersenyum manis.

lalu menjawab “Kita baru 15 tahun Hani, aku belum terfikir nak ada boyfriend ke, serious relationship ke.. aku nak jadi macam Kak Yati, belajar rajin-rajin sampai dapat masuk universiti. Ko pun kena ikut aku masuk uni tau! Jangan hilang fokus! Study”. Iya, itulah sahabat baikku, bukan sahaja cantik, malah pandai pula.

Kadang aku cemburu tengok Sofea yang sentiasa fokus dengan targetnya, tak pernah terfikir nak couple-couple pun walaupun berderet lelaki sanggup sujud di kaki dia. Dan, Sofea..tidak pernah pula sombong dengan kecantikan yang dimiliki..solat sentiasa terjaga sebab mak ayah Sofea orang yang tegas. Dia bukan gadis liar.

Walaupun sesekali ajak aku teman dia bila ada budak lelaki ajak pegi minum atau nak belanja makan. Suatu hari, Ila..rakan sekelas kami yang duduk di meja belakang Sofea meminta tolong..”Sofea, aku nak minta tolong kau boleh tak?”. “Tolong apa?” Sofea bertanya semula. “Erm…aku ni tak berapa pandai la nak bercakap dengan budak lelaki..

aku nak minta tolong kau bagitau kat sorang budak lelaki ni yang aku belum bersedia nak couple-couple ni..boleh eh, tolong jadi orang tengah aku?”, rayu Ila. Aku dan Sofea bila terdengar permintaan Ila tu, hampir nak tergelak..memang kami ni rata-rata tak pandai bercakap dengan budak lelaki sebab kami sekolah semua perempuan.

Mana-mana peminat Sofea ni datang dari sekolah-sekolah berdekatan atau di kejiranan beliau. “Hmm..ok la..aku tolong cakapkan.. nanti kau kena belanja aku makan la kalau gitu” Sofea membalas dengan gurauan. Sofea memang sentiasa ceria orangnya..mungkin sebab itu ramai suka berkawan dengan beliau. “Ok, nanti aku bagi nombor telefon rumah kau pada dia, aku suruh dia cakap sendiri dengan kau.

thanks Sofea..kau memang penyelamat aku”, ujar Ila sambil berlalu keluar kelas. Disebabkan 25 tahun lepas remaja zaman tu takde telefon bimbit atau apa pun media sosial, maka telefon rumah la yang biasanya jadi penghubung. Dan, telefon rumah Sofea memang setiap hari berdering dengan panggilan-panggilan peminat Sofea. Tapi, Sofea dijaga rapi oleh kedua orang tuanya & Abg Long.

Setiap panggilan yang masuk, akan ditapis dulu siapa orangnya dan dari mana. Kadang peminat Sofea ni pandai juga minta tolong adik, kakak atau kawan mereka untuk telefon kan Sofea sebab takut dengan Abg Long Sofea. Tapi, pada malam tu, Sofea sendiri yang menjawab telefon. Ternyata, orang yang membuat panggilan ialah kawan lelaki Ila yang Ila beritahu pagi tadi.

“Hello, assalamualaikum..boleh saya bercakap dengan Sofea?”. “Waalaikumussalam, ya..saya Sofea….siapa di sana?”. “Saya…Ray…kawan Ila…”. Maka, bermulalah perkenalan mereka melalui telefon semenjak pada malam itu. Walaupun Sofea cuma ingin maklumkan pada Ray yang dia hanya orang tengah antara Ray dan Ila, tapi Ray masih berkeras ingin mengenali Sofea dengan lebih dekat.

Mungkin Ray juga sudah terpikat dengan suara Sofea yang manja dan lemah-lembut itu. Sofea pula agak kagum dengan keberanian Ray bercakap sendiri dengan Abg Long setiap kali telefon ke rumah, walaupun Abg Long selalu soal-si4sat Ray. Disebabkan Ray kellihatan sebagai seorang yang “gentlem4n”, Sofea akhirnya bersetuju untuk bersemuka dengan Ray.

“Hani, aku takut la nak beritahu Ila yang aku akan jumpa Ray hujung minggu ni, nanti Ila kata apa pula kat aku”, Sofea meluahkan kebimbangan dia pada aku..bimbang Ila pandang serong pada dia sebab jadi macam “per4mpas” pula walaupun Ila yang reject Ray mula-mula dulu. Bila mana aku terangkan pada Ila situasi Sofea dan Ray..

Ila hanya ketawa riang sahaja dan berkata “Sofea, aku rasa kau lebih sesuai dengan Ray, sebab orangnya putih, tinggi lampai, sepadan dengan kau, sama cantik..sama padan..”. Maka, bermula lah perhubungan Sofea dengan Ray dengan lebih rapat lagi. Seingat aku..Ray la orang pertama yang berjaya menakluki hati Sofea.

Sebelum ini, ada je lelaki yang sampai menangis-nangis ditolak cintanya oleh Sofea..yang jadi stalker tunggu depan pagar rumah setiap hari pun ada..yang sanggup suruh pemandu bas sekolah drop dia dekat dengan sekolah kami supaya dapat tengok Sofea pun ada..macam-macam ragam..aku sebagai sahabat baik Sofea dapat menyaksikan betapa Sofea memang menjadi rebutan ramai jejaka.

Tapi, Ray akhirnya yang dipilih Sofea.. Ray…seorang lelaki sebaya kami yang sangat tampan..tinggi dan sasa orangnya..putih kulitnya..betul kata Ila, sama cantik, sama padan dengan Sofea. Sofea kelihatan amat bahagia dengan Ray..Ray pula sangat bangga dapat memiliki gadis seperti Sofea yang menjadi idaman ramai lelaki. Tapi, pada suatu hari..

Sofea bersuara pada aku “Hani…aku rasa aku nak kawan biasa aje la dengan Ray tu..” Aku sedikit terkejut sebab aku rasakan mereka pasangan yang ideal. “Nape pula kau ni Sofea, dah setahun lebih kau bercouple dengan dia, tak kan nak putus tetiba pula?” tanya aku keliru. Ya, tahun itu 1995, kami nak ambil SPM..dan, Sofea yang aku kenali memang jenis yang fokus pada pelajaran dan ada wawasan.

“Aku cuma rasa aku dah hilang fokus la..aku nak fokus pada study..tahun ni kita nak SPM..aku nk masuk uni macam kakak aku”, ujar Sofea. Betul sangkaan aku, Sofea memang fokus pada target dia untuk dapat keputusan cemerlang supaya dapat melangkah ke menara gading. Dia memang tak suka kalau ada yang ganggu fokus dia. “So…aku nak beritahu Ray supaya kita berkawan dulu..

aku nak masuk uni..nak dapat kerja elok dan balas jasa mak ayah aku dulu..baru aku nak fikir tentang relationship.” “Hmm..terpulang pada kau, Sofea..tapi, Ray tu baik dan setia.. aku rasa dia sanggup aje tunggu kau sampai bila-bila”. Akhirnya, Sofea memberanikan diri untuk memutuskan hubungan dengan Ray…Ray..pada masa itu, sangatlah kecewa..sebab dia memang sangat serius dengan Sofea.

Tapi, Sofea berkeras untuk berkawan biasa sahaja sebab dia ada cita-cita yang perlu digapai…aku masih ingat lagi Ray beritahu pada Sofea.. “Awak…milik saya…” Beberapa bulan selepas itu..kami berhempas-pulas study untuk SPM. Kadang kami akan ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Sofea memang seorang yang sangat rajin dan pandai.

Dan, seperti biasa..ke mana sahaja dia pergi.. ada sahaja yang cuba mendekati. Tapi, Sofea tetap fokus pada targetnya.. Tapi, satu yang aku selalu perasan..tiap kali aku keluar dengan Sofea, pasti aku ternampak kelibat Ray..tapi, Ray tidak mendekati..hanya dari jauh memerhati Sofea.. aku pernah beritahu Sofea perkara ini..dan, Sofea ada maklumkan pada aku yang Ray memang seorang yang “0ver-prol0tectiive”.

Tapi, aku masih rasa curiga sebab pandangan Ray seakan…berd3ndam.. Fast forward…. akhirnya segala usaha, perit jerih kami study untuk SPM berhasil apabila masing-masing mendapat keputusan yang cemerlang & akhirnya kami dapat panggilan ke sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanahair untuk menjalani pengajian Matrikulasi.

Sofea dan aku amat teruja sebab kami dapat tempat yang sama. Semasa menghitung hari membuat persiapan untuk ke sana, Sofea menelefon aku “Hani, Ray nak jumpa aku la..kau rasa aku perlu pergi tak?”.. ”Hmm.. aku rasa kau pergi je la jumpa Ray lagipun kau nak pergi jauh..ke utara..dia pula di selatan”, kataku..”Ok la..

aku pergi jumpa dia sekejap aje la”, ujar Sofea. Maka ,pertemuan Sofea dan Ray berlaku pada hujung minggu itu di tepi pantai..”Saya nak hadiahkan awak ni..” Ray bersuara sambil menghulurkan kotak kecil berwarna merah. Kotak itu disambut Sofea dengan senyuman manis dan dibuka..ternyata sebentuk cincin emas dihadiahkan oleh Ray untuk bekas kekasih hatinya..

Sofea hanya terdiam..”Awak pakai cincin ni sampai bila-bila ya…walau apa pun yang berlaku antara kita…pada saya, awak tetap milik saya..” Ray berkata sambil Sofea masih berdiam diri. Sofea mengaku pada aku yang dia tak sampai hati untuk menolak pemberian Ray kerana dia tak mahu melukakan hati Ray lagi. Jadi, Sofea terima sahaja sebentuk cincin emas itu sebagai tanda persahabatan.

Tapi…di situ la bermulanya mimpi ng3ri Sofea selama 13 tahun lamanya… Tiada siapa pernah menyangka yang hidup Sofea akan kucar-kacir semenjak itu. Even aku yang selalu bersama Sofea dari sekolah hingga masuk universiti, tak pernah menyangka cincin itu la penyebabnya. Apa yang aku perasan..Sofea yang dulu tidak pernah minat dengan mana-mana lelaki..

mudah terpikat pada lelaki berimej “b4d b0y” pula..Malah, dia pula yang menjadi mngsa ditinggalkan lelaki di universiti. Bukan tiada yang berminat, tapi setiap kali perhubungan menjadi rapat, akan ada sahaja sesuatu yang menghalang yang akhirnya membuatkan Sofea sangat kecewa. Belum pernah lagi aku nampak Sofea menangis kerana lelaki.

Tapi, apabila teman lelaki Sofea di universiti tinggalkan Sofea, Sofea meraung di bahu aku…sesuatu yang pelik pada aku. Dan, ada juga yang lain cuba mendekati…tapi, Sofea pula jadi garang semacam sampai dihalau-halaunya jejaka tersebut..perwatakan Sofea makin hari makin pelik, berlainan daripada Sofea yang manja dan lemah-lembut yang aku kenali selama ini.

Lebih mengharukan apabila wajah Sofea yang putih mulus mula ditumbuhi jeraw4t yang amat buruk..sehinggakan dia sendiri menangis apabila melihat wajah dia di cermin. “Hani.. kenapa dengan aku ni?Kenapa muka aku jadi macam ni?” Sofea mengadu pada aku sambil menangis teresak-esak. Aku mengaku yang aku sendiri ng3ri tengok wajah Sofea yang bertukar hodoh dalam sekelip mata.

jerawt yang penuh tumbuh di muka Sofea hanya berlaku dalam satu malam sahaja. Sebelum tidur, tiada apa pada wajah..tapi, keesokan pagi..penuh dengan jerwt yang bernanah. “Jom. kita pergi jumpa pakar kulit” ajakku sebab terlalu kasihan pada Sofea. Sepanjang pengajian kami di universiti, keadaan wajah Sofea adakalanya elok dan normal..

tapi, adakalanya menjadi semakin teruk yang membuatkan Sofea jadi kemrungan dan mula bercakap seorang diri. Suatu hari aku ingin ke bilik Sofea..aku tahu Sofea berseorangan waktu itu sebab rakan sebilik beliau ada kuliah pada waktu itu. Tapi dari luar bilik.. aku dengar seperti dua orang yang sedang berbual. “Kau siapa selalu datang kat aku?” kedengaran suara Sofea dari luar.

“Aku..sayang kau..” suara Sofea juga..tapi, intonasi yang berbeza. Aku amat kaget waktu itu, lantas terus membuka pintu..Sofea memang jarang mengunci pintu bilik dia. Ternyata hanya Sofea di dalam bilik itu. “Kau bercakap dengan siapa Sofea?” aku bertanya pada Sofea dalam keadaan panik. Sofea yang sedang duduk di atas katil hanya tersenyum “Aku cakap kat telefon la..”

sambil tunjuk telefon bimbit pemberian ayah beliau dan sambil tersenyum Sofea cakap “Ray….dia call aku tadi..” Sumpah waktu itu senyuman Sofea amat menggerunkan..dengan wajah yang menggerutu dan rambut yang kusut-masai..aku tahu..aku bukan berdepan dengan Sofea yang sebenar. “Dah..dah..kau pergi mandi sekarang..kita keluar makan”, ajakku untuk meredakan perasaan sendiri.

Sofea akur dan berlalu ke tandas sambil tersenyum sinis pada aku..seram bila diingat kejadian itu. Semenjak hari itu, aku sentiasa memerhatikan gerak-geri Sofea..dan, baru aku tahu yang Ray memang sering menghubungi Sofea. Dari mana Ray dapat nombor telefon Sofea, aku tak pasti. Tapi, yang nyata..Ray memang tidak pernah melepaskan Sofea sepenuhnya…

Untuk pengetahuan semua, pend3ritaan yang dilalui oleh Sofea ini berlarutan sehingga 13 tahun lamanya. Maka, saya akan cuba untuk meringkaskan cerita sebaik mungkin. Dan, untuk pengetahuan semua juga, selama 13 tahun itu juga lah pelbagai usaha telah dilakukan oleh ayah dan ibu Sofea, Pak Mail dan Mak Mah untuk memulihkan keadaan Sofea.

Namun, mungkin pada masa itu, Allah masih belum izinkan untuk bertemu penawarnya. Dipendekkan cerita, akhirnya Sofea berjaya menamatkan pengajian di universiti walau dalam keadaan beliau begitu. Disahkan mengalami depr3si dan d3lusi oleh pakar perubatan moden juga. Namun, beliau cekal orangnya dan bersungguh-sungguh untuk melawan apa pun s4kitnya.

Sofea pernah juga dipulau rakan sekuliah kerana sikap pelik beliau yang kadang-kala bercakap seorang diri, suka berpakaian serba hitam dan yang paling menakutkan, Sofea boleh nampak makhluk-makhluk gh4ib yang berkeliaran. Dan, dia pernah beritahu aku yang ada seorang lelaki berwajah hitam selalu mengikutinya.

Disebabkan perkara ini semakin serius, Pak Mail dan Mak Mah tidak putus-putus berusaha membawa Sofea berubat secara perubatan Islam. Pelbagai kaedah dilalui, ada yang kata Sofea didampingi sal4ka keturunan,ada yang kata Sofea menegur makhluk gh4ib dan kemudian makhluk itu mengikuti Sofea ke mana sahaja.

Dan, pelbagai cara penyembuhan telah dilakukan, mandi air masjid 7 kolah, mandi air terjun, mandi air daun bidara, dan bermacam kaedah dan perawat dijumpai. Namun, keadaan Sofea masih seperti itu, kadang lebih p4rah bila beliau mulai s4kit selepas berubat. Kadang usai menjalani rawatan, selepas Asar, Sofea akan diser4ng dengan kes4kitan seperti jarum-jarum halus menccuk-ccuk dari ubun-ubun rambut sehingga ke hujung kaki.

S4kit ini akan berlarutan dari pukul 5 petang dan hanya akan berhenti tepat pukul 12 malam. Setiap kali diser4ng, Mak Mah setia berada di sisi Sofea sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan harapan agar pend3ritaan Sofea segera dihilangkan. Kadang mengalir air mata seorang ibu melihat pend3ritaan yang terpaksa dilalui oleh anak kesayangannya ini.

Sofea pula semakin kuat beribadat. Dia sedar, tiada siapa yang boleh membantunya selain Allah. Dan, dia sendiri perlu kuat untuk melawan. Satu lagi perkara yang ketara dialami Sofea ialah jodoh beliau seakan amat berat. Bukan tiada yang berkenan, tapi semuanya tidak menjadi. Sama ada yang masuk meminang hari ini, tapi esoknya maklum untuk batalkan atau Sofea sendiri yang memutuskannya.

Sehinggalah pada suatu hari, Pak Mail, ayah Sofea, bertemu dengan seorang ustaz di daerah Temerloh, Pahang. Ustaz Salleh namanya. Setelah meneliti keadaan Sofea, Ustaz Salleh kemudian berkata “Sofea ini terkena sil1hir pelal4lau…”. Mungkin ada di antara pembaca yang belum tahu apa S1hir Pelalau ini. S1hir pelalau ini, merupakan s1hir penghalang.

Bagi yang terkena s1hir pelalau perkahwinan, jodoh akan menjadi berat. Kadang tiada wujud perasaan pun pada pasangan. Atau pun hubungan menjadi berantakan sehingga terputus di tengah jalan. Atau pun pasangan akan terlihat wajah kita menjadi bengis dan menakutkan atau sebaliknya. Pendek kata, s1hir ini akan menghalang jodoh dengan cara yang tidak baik (segalanya atas izin Allah jua).

Dan, pes4kit juga akan berkelakuan aneh disebabkan j1n dari s1hir tersebut. Maka, aku yakin itulah yang dialami oleh Sofea selama ini. Tapi, persoalannya siapa yang meny1hir Sofea?… Suatu hari, aku memberanikan diri bertanya Sofea. “Kau ada syak Ray tak?”. Sofea terdiam dan memandangku tajam, lantas berkata “Kenapa pula dia nak buat aku?

Dia baik-baik sahaja dengan aku selama ini”. Sambil jarinya bermain-main cincin pemberian Ray dahulu. “Kau masih pakai cincin tu?” tanyaku. “Aku sayang sangat cincin ni” sambil Sofea tersenyum dengan pandangan yang menakutkan. Untuk pengetahuan semua, Mak Mah pernah maklumkan pada aku yang semasa Sofea masih di universiti.

setiap kali cuti semester, Ray pasti menghubungi Sofea. Ray sendiri akan datang ke rumah Sofea untuk berjumpa Sofea dan keluarga. Mak Mah sendiri amat menyenangi budi pekerti Ray. Tapi, kedatangan Ray hanya dianggap sebagai sahabat lama oleh Sofea, masih tiada perasaan istimewa di hati Sofea buat Ray. Mungkin disebabkan itu, Ray semakin berdndam pada Sofea.

Tapi, pada masa itu, ia hanyalah sp3kulasi di kalangan aku dan ahli keluarga Sofea, sebab tiada bukti kukuh yang mengatakan ini semua atas perbuatan Ray. Sehingga suatu hari, kehadiran seorang lelaki di dalam hidup Sofea, yang bernama Zaki. Zaki, insan sederhana yang bekerja satu tempat dengan Sofea. Seorang yang pendiam dan suka memerhati. Zaki sudah lama memerhati dan cuba untuk mendekati Sofea.

Suatu hari Zaki memberanikan diri menegur Sofea. “Assalamualaikum, Cik Sofea. Kenapa selalu duduk di office sehingga malam hari?” Ya, Sofea memang suka menyibukkan diri dengan kerja-kerja di pejabat, kadang-kala sehingga lewat malam. Rupanya, selama ini, Zaki juga sengaja bekerja sehingga lewat malam semata-mata untuk menemani Sofea walaupun dari kejauhan.

Pada Zaki, Sofea merupakan seorang wanita yang penuh msteri. Perkenalan itu kemudiannya membuahkan bibit-bibit cinta di hati Zaki. Namun Sofea bukan mudah untuk dimiliki. Berbagai onak dan duri dilalui oleh Zaki kerana Sofea akan berubah-ubah personaliti. Pernah Zaki dimarahi Sofea dan diberi am4ran jangan cuba untuk mendekati.

Tapi, Zaki..anak muda yang mahir dalam seni silat gayong m4krifat, tidak pernah berputus asa. Suatu hari, Zaki menyuarakan hasrat untuk mengubati Sofea. Melalui telefon, Zaki menghubungi Sofea, “Malam ini saya akan datang ke rumah awak. Saya nak minta izin dari mak ayah awak untuk cuba ubati s4kit awak”. Kehadiran Zaki disambut baik oleh Pak Mail dan Mak Mah.

Pada waktu ini Abg Long dan Kak Yati masing-masing telah berkeluarga dan tinggal di daerah lain. Atas permintaan Mak Mah, aku juga hadir pada hari itu untuk menemani Sofea. Sofea pula mula berkelakuan pelik…hanya duduk bersila di lantai di biliknya. “Sejak maghrib tadi Sofea tak keluar dari bilik. Puas kami pujuk, dia tetap duduk bersila tak berganjak pun”, ujar Mak Mah.

Zaki tahu kehadirannya tidak disenangi “seseorang” atau “sesuatu”. Setelah meminta izin dari keluarga Sofea, Zaki diiringi oleh Pak Mail, Mak Mah dan aku sendiri memasuki kamar bilik Sofea. Gelagat Sofea seakan memang menanti suatu pertarungan. Zaki, tiba-tiba membuka langkah persilatan dan berpusing mengelilingi Sofea. Sofea pula memandang Zaki dengan wajah yang sangat bengis.

Tiba-tiba Zaki berhenti dan menudingkan jari telunjuknya kepada Sofea, lantas bersuara “Kau siapa?!”. Sofea yang pada masa itu sedang bersila, seolah-olah cuba bangkit untuk menerk4m Zaki, namun pergerakannya seakan terikat. Kemudian, tiba-tiba Sofea bersuara..tapi, bukan suara Sofea yang sebenar. Suara garau dan bengis datang dari Sofea mengejutkan kami semua.

“Sofea milik aku!”, tengking Sofea pada Zaki. Zaki masih tidak berganjak dari posisi pencak silatnya. Sesungguhnya, inilah kali pertama kami semua melihat Sofea bertukar watak ,wajah dan suara. Keadaan amat tegang dan menyer4mkan. Tangan Sofea mula bergerak seakan bersilat juga, kadang seperti tarian Jawa. Dengan jari-jemari seakan ingin mencengk4m leher Zaki, sekali lagi makhluk itu bersuara dan berdengus

“Sofea…milik aku! Tak ada siapa pun boleh ambil dia dari aku!”. “Aku dah lama jaga dia! Aku sayang dia! Sesiapa yang cuba r4mpas dia dari aku, akan aku h4ncurkan!”. “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku perintahkan kau keluar dari badan Sofea! Dia bukan milik kau atau sesiapa pun!”, Zaki cuba berlawan dengan makhluk yang sedang menakluki Sofea.

“KAU…kalau kau kahwin dengan Sofea, aku akan porak-perandakan rumahtangga kau!” Sofea mendengus lagi. Mak Mah mula menangis dan merayu pada makhluk itu “Siapa kau sebenarnya? Tolonglah bebaskan anakku, Sofea”. “Aku lah, RAYYY! Kenapa Sofea tinggalkan aku?! Kenapa?!” jerit makhluk itu. Ray? SubhanAllah..betullah sangkaan kami selama ini.

Kali ini, tanpa membuang masa, Zaki mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Aku tak berapa pasti ayat apa yang dibaca, tapi kedengaran seperti ayat-ayat dari Kitab Manzil. Sungguh hebat aku melihat pergerakan Zaki dan hafazannya. Sofea pula seakan merangkak seperti di dalam filem Ju-On. Kadang dia akan menjerit kes4kitan, kadang dia akan menangis pula.

Melihat keadaan Sofea yang semakin lemah seakan “diikat” dengan bacaan ayat suci Al-Quran, lantas Zaki meminta sebiji telur ayam daripada Mak Mah. “Makcik, bantu saya. Makcik ambil sebiji telur ayam dan alinkan dari ubun kepala,sehingga ke hujung jari kaki Sofea”. Masa ini, aku dan Mak Mah memberanikan diri memegang badan Sofea.

Dengan diiringi alunan bacaan Surah Yaasin oleh Zaki, perlahan-lahan Mak Mak dibantu oleh Pak Mail mengalinkan telur tersebut di badan Sofea berulang kali. Proses ini amatlah lama dan panjang sehingga Sofea semakin lemah dan pengsan. Setelah keadaan semakin reda, kami semua melepaskan pegangan pada badan Sofea. Memang berjurai peluh kami semua.

Zaki juga kelihatan keletihan dan bersandar di dinding bilik. “Hani, kau tolong buangkan cincin di jari Sofea”, tiba-tiba Zaki bersuara. Perlahan-lahan aku melurutkan cincin belah rotan pemberian Ray dari jari manis Sofea. “Sebenarnya, Ray telah menghantar sihir melalui cincin ini. Selagi Sofea memakainya, selagi itu makhluk itu akan mendampingi Sofea.

Ray akan tahu segala gerak-geri Sofea melalui j1n durj4na itu”, ujar Zaki. Patutlah selama ini Sofea mengadu lelaki berwajah hitam sering mengikut dia ke mana sahaja. Rupanya itulah j1n pendamping dari cincin Ray. “Saya akan musn4hkan cincin ini esok, telur ayam itu pula perlu dibakar”, sambung Zaki lagi.

Pak Mail kemudian mengiringi Zaki untuk membakar telur itu di dalam unggun api di luar rumah. Kedengaran bunyi seakan letup4n kecil tatkala telur itu dicampak ke dalam unggun. Kemudian, keadaan malam itu hening tapi tenteram seolah telah diangkat batu yang besar dari bahu kami. Sesungguhnya inilah pengalaman yang aku tak akan lupakan seumur hidup.

Setelah kejadian itu, Sofea mengambil masa beberapa minggu untuk benar-benar pulih jasmani dan rohani. Namun, kami semua amat bersyukur kerana Sofea akhirnya bebas dari cengkaman jin dari sihir itu. Perhubungan Sofea dan Zaki akhirnya diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Sungguh indah rencana Allah SWT. Walaupun permulaannya, hidup Sofea penuh ujian, dihadirkan pula seorang yang menjadi perawat, penyelamat dan imam untuk Sofea.

Semoga kebahagiaan ini kekal menjadi milikmu, sahabatku. Mengenai Ray, seingat aku, beliau kemudiannya berhijrah ke negeri lain dan tiada khabar berita semenjak itu. Semoga beliau juga insaf dan bertaubat. Buat pembaca semua, ambillah kisah Sofea sebagai iktibar dan peringatan buat kita semua. Janganlah kita menyimpan dendam kesumat dan melakukan kez4liman terhadap insan lain melalui amalan-amalan khur4fat dan sy1rik.

Dan, sentiasalah berpegang teguh kepada Allah SWT. Usahlah kita berputus asa sekiranya ditimpa pelbagai ujian dan rintangan. Dan, percayalah aj4l, m4ut, rezeki dan jodoh semua telah ditentukanNya. Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih lagi Penyayang. Terima kasih semua kerana sudi membaca kisah Sofea. Semoga bertemu lagi dalam penceritaan yang lain pula, insyaAllah. Sekian, tamat.Hani Olivia

Reaksi warganet

Nurul iman – saya penah kena kak. Masa tingkatan satu. Dengan budak lelaki tingkatan 3. Berkenan punya pasal sampai sanggup guna ilmu hitam. Saya boleh tahu masa umur 21. Tu pun pergi berubat

Harris aiman – Saya yg lelaki ni pun tk nak berkapel kapel mase sekolah,sebagai remaja saya nak fokus ke pelajaran jugak. Tapi saya agak kawan akak kena sihir ngan Ray

Lokman aikil – fuhhh…lain mcm dia punya level..budak lagi kot..isau lak rasa, budk umur mcm nie dah boleh pikir level2 mak mak..harap semua dipermudhkn dan mohon dijauhi orang mcm nie…

Sumber:fiksyenshasha