Ank kecil mrengek je mlm tu. Sgguh aku xfikir bkn2 waktu tue. Rupanya kt katil tu suami dh buat ssuatu masa 6bulan ak xde.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Assalamualaikum. Maafkan aku jika terlalu panjang luahan untuk kali ini. Isteri yang diuji! Yaa …isteri yang diuji itu aku dan aku pasti ramai lagi isteri2 lain yang senasib dengan aku di luar sana.

Cuma cara mencari jalan penyelesaian antara kita mungkin tidak sama. Ada yang mampu bertahan dan sebaliknya. Untuk aku, aku sendiri tak pasti, masih di sini aku untuk apa ? sabar atau cuma satu keb0 dohan? Itu lah yg sering bermain difikiran aku sehingga ke saat ini…disaat menaip luahan hati aku untuk kesekian kalinya ini. Terlalu sukar untuk aku jelaskan.

Selepas melahirkan anak kedua kami aku berpantang di rumah mak abah hampir 6bulan. Terlalu lama tempohnya bagi aku…mungkin terlalu singkat bagi suami. Rumah kami apartment yg memerlukan aku turun naik tangga dan disebabkan itu mak minta aku berehat di kampung sehingga betul2 sembuh memandangkan aku perlu mengurusan urusan hantar dan jemput anak sulung kami pulang sekolah ketika itu.

Mak risau jika aku terlalu lasak turun naik tangga dengan aktiviti yang menjadi rutin aku bila pulang ke rumah kami nanti. Di kampung aku dijaga mak sebaik mungkin.. terima kasih mak…jasa yang tak mampu aku balas sehingga ke akhir hayat. (Crying) Suami cuma pulang selepas sebulan usia anak kedua kami untuk menjenguk aku dan untuk urusan majlis aqiqah serta cukur jambul anak kami.

Layanan masih seperti selalu. Air muka dia yang nampak jernih membuatkan aku senang dengan perubahan dari suami selepas episod k4ntoi yang pernah aku hadap dulu. Selepas itu suami tidak pulang lagi mnjenguk dengan alasan sibuk kerja. Banyak kursus yang dia nak kena attend baik dlm atau luar negara. Maka dalam masa 5 bulan berjauhan itu, kami cuma berhubung melalui wasap chat or v1deo call sahaja.

Aku lalui hari2 tanpa rasa sangsi dan berfikir yang bukan2 tentang suami..kerana bagi aku…fikir yang baik2 maka yg datang juga akan baik2. Ternyata aku silap untuk ini. Semasa di kampung suami tanggung segala perbelanjaan aku dan anak2. Soal nafkah memang dia xpernah culas. Malah adakala dia kirimkan juga duit belanja untuk mak abah aku di kampung.

Genap 6 bulan di kampung, suami pulang untuk menjemput kami pulang ke rumah. Menitis air mata mak abah lepaskan aku dan anak2 balik kerumah kami. Kami berpelokkan seolah2 aku tak akan pulang lagi kerumah mereka ( crying again). Sebelum pulang kerumah kami, suami bawa aku dan anak2 bercuti di sebuah tempat sejuk sebagai reward utk aku dan anak2.

Memandangkan lama sangat kami di kampung terasa lama sudah kami tak holiday seperti selalu. Suami melayan aku dan anak2 sangat baik. Dan aku akui…dia memang seorang suami dan ayah yang baik,cuma habit dia yg buruk satu tu je dia tak mampu kawal. Dan habit yang satu itu lah telah membnuh rasa cinta aku pada dia. Selepas hampir seminggu bercuti, kami pulang ke rumah.

Rumah yang terlalu aku rindu. Rindu bilik kami, rindu dapur, rindu ruang aku merempit juga (aku suka menjahit) dan ada satu bilik khas untuk hobi aku itu. Setelah 4/5jam menempuh perjalanan maka sampailah kami ke destinasi. Masuk saja dalam rumah kami, ada kejutan dari suami untuk aku perabot rumah bertambah, bilik tidur kami dihias kemas dan rumah sangat bersih dijaga suami.

Dan dia memang seorang yang pembersih. Aku lalui hidup seperti biasa. Cuma anak kecil kami merengek sentiasa bila tidur dalam bilik kami, di katil kami. Sungguh aku tidak terfikir yang bukan2 waktu itu. Malah suami juga berjaya melakonkan watak nya dengan sempurna. Disebabkan anak kecil kami selalu menangis bila waktu malam aku cuba buat solat hajat dan mohon doa agar ditunjukkan apa yang tidak kena dengan bayi kami.

Dan disebabkan bayi kami sering menangis juga lah suami minta tidur dibilik berasingan dengan alasan tidurnya terganggu untuk bangun bekerja keesokkan harinya..dan aku akur tentang itu. Sehinggalah satu hari, ada seseorang add aku di fb. Seseorang yang aku tak kenal, dan tak pernah bersua. Sejenis aku, aku tak akan approve friend request dr orang sembarangan.

Dan begitu lah yang terjadi. So aku ignore kan sahaja si polan itu. Sebulan selepas itu, aku terima pesanan ringkas di wasap. Untuk kepastian, aku cuma reply bertanya ” siapa?” Rupanya dr seorang perempuan yg muda manis sopan dr penelitian aku pada gambar di dp profile akaun wasapnya. Tujuan beliau hanya ingin berkawan. Ouh.. lupa aku nk jelaskan…mesti korang tertanya dr mana dia dpt contact nombor aku ka..

aku ada bisnes online, so nombor tu memang ada di wall fb aku. Maka berbalas pesan lah kami melalui wasap tanpa ada rasa curiga dr aku, memandangkan dia juga menunjuk minat dengan barang jualan aku. Sehinggalah satu hari aku bercerita dengan suami tentang si polan tu. Entah kenapa suami kelihatan gugup dan meminta aku blok perempuan tu di fb dan wasap.

Suami cerita yang perempuan tu adalah anak buah dia di tempat kerja yg selalu cuba menarik perhatian dia. Bila dijelaskan begitu, maka faham lah aku yg perempuan tu adalah scndal suami walaupon dia cuba berb0hong utk melepaskan diri. Aku menangis depan suami minta dia berterus terang dan seperti selalu, tak ada yg buruk tentang dia..masih tetap berb0hong dan dia bagitahu aku perempuan tu yg terg1le2 kan dia.

Per4ng dingin kami agak lama kali ini, ini kerana aku sudah cukup kecewa dengan apa yg dilakukan pada aku. Tapi bila melihat anak sulung kami seolah2 sedar akan sikap kami yang tidak mesra dan katanya dia tidak seronok bila lihat kami tidak seperti selalu. Aku sudah hilang kemanjaan…sudah hilang kelembutan,sudah hilang gurau senda segala2nya hilang untuk kali ini.

Tapi demi anak, aku rendahkan ego aku dan cuba buat seperti tiada apa2. Biarlah aku s4kit,asal anak2 gembira. Bila dengar anak2 bergelak ketawa bersama bapa mereka.. ia buat aku rasa s4kit itu sedikit terubat…demi mu anak2. Berbulan juga hubungan dingin zahir b4tin terabai dan aku masih bersabar bila dia masih juga tidur berasingan biarpun b4yi kami sudah tidak menangis lg di malam hari.

Dan aku nampak dia lebih selesa tidur sendiri di bilik tetamu. Bila aku bertanya masih alasan sama diguna pakai biarpun jelas di hari cuti pon masih juga dia tidur di bilik tetamu. Sehinggalah satu hari. Aku terima pesanan dr nombor yang tidak aku kenali. Rupanya itu pesanan dari perempuan sama yang nombornya aku blok dulu. Kali ini lebih serius cara nya.

Kali ini aku juga lebih serius berbalas pesan. Segala kata2 c4ci m4ki aku berkati2 aku lepaskan. Marah dengan c4ci m4ki dr aku, permpuan murahan yang tak berm4ruah itu cuba pr0vok aku dengan menghantar gambar2 dia dengan suami aku. Berselfi di dalam kereta kami, menonton wayang bersama semasa aku berpantang di kampung dan paling tak diterima akal aku ketika itu ialah….

gambar resit h0tel tertera nama suami aku. Ketika itu memang buat aku betul2 terduduk, lemah seolah2 ny4wa terpisah dari j4sad. Terasa pijar dimuka mengeletar tangan dan ketika itu aku hanya mampu menangis. Terasa seolah2 aku m4ti seketika. Dan perempuan itu masih lagi menghantar segala bukti kecurrangan suami aku.

Gambar terakhir yang buat aku rasa nak tik4m diri sendiri adalah, gambar mereka di bilik tidur kami…di katil peribadi kami…dirumah kami…allah….terus aku foward semua bukti itu ke wasap suami dan bertalu2 meseg mohon ampun maaf dari dia yang aku terima. Aku tak tahu saat itu aku dimana….terasa ingin lari jauh2 tapi aku tersepit…tak sampai hati meninggalkan anak yg masih kecil…

masih menyusu…yang aku mampu hanya menangis dan berkurung di dalam bilik. Berhari2 hadap tekanan perasaan seorang diri tanpa mampu meluahkan pada sesiapa pon.Suami masih memujuk dan mohon diberi peluang lagi. Aku hanyut entah kemana2. Tak sangka sejauh itu kecurrangan suami. Rupanya mereka telah bersama dr tahun 2014 lg ketika aku pulang kerumah mak abah dan failkan kes untuk bercerrai….

kenapa dia tak lepaskan aku dulu jika ini pengakhirannya. Bertitik dari hari itu aku nekad,tak sanggup lagi untuk tinggal di rumah kami. Aku bawa anak2 pindah ke rumah lain. Dan aku izinkan suami berkahwin dengan perempuan tu. Memandangkan perempuan murahan tu merayu2 mohon diberikan peluang untuk menjadi isteri kedua, aku minta suami bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan.

Dengan syarat,lepaskan aku dan izinkan aku pergi bersama anak2. Suami mencari rumah lain untuk aku dan anak2. Di rumah ini aku lebih tenang.Biarpun tak sehebat rumah lama…disana setiap hari aku mampu mendengar laungan azan dan mengikuti kuliah saban hari sambil memasak dan menguruskan rumahtangga. Tapi kini itu semua tinggal kenangan. Semuanya hanya tinggal air mata dan kes4kitan.

Aku bina kekuatan diri di rumah baru. Hanya ALLAH tempat mengadu. Aku tak bercerita dengan sesiapa pun dalam family aku tentang apa yang terjadi kecuali seseorang yg paling aku percaya dan mampu memberi nasihat yang baik2 untuk aku. Mak abah tak perlu tahu tentang semua ini. Cukup lah mereka pernah membenci suami aku dulu. Dan bila diberi peluang lagi..diterima mak abah aku..

rupanya dia tak pernah belajar dari kesilapan dl. Aku juga tak mahu mak abah susah hati memikirkan tentang aku dan suami. Alahmdulillah..Allah hadirkan seorang manusia yg paling dekat dengan aku untuk berkongsi segala duka. Berkurang sedikit rasa s4kit itu. Selebihnya hanya Allah tempat bercerita dan mengadu.

Kurang sikit rasa s4kit yang terbeban dihati aku. Suami akhirnya tak mahu berkahwin dengan perempuan murahan itu. disebabkan itulah perempuan tu cuba pr0vok aku dengan harapan dapat musn4hkan ikatan kami suami isteri agar mudah bagi dia untuk dapatkan suami aku…dan suami juga masih mengharapkan aku berikan peluang terakhir untuknya.

Dia mahu bertaubat dan cuba berubah demi rumahtangga kami. Adakala aku rasakan seolah semuanya sudah terlambat..hati aku sudah hancor dan aku sendiri tak tahu kemana perginya. Tapi setelah berfikir secara matang aku decide utk berikan suami peluang terakhir. S4kit memang s4kit, kalau pemikiran aku singkat sudah pasti kisah kami menjadi v1ral terpampang gambar kami dan anak2 di med1a sos1al. Tapi itu bukan cara aku.

Dia juga manusia biasa yang banyak c4cat ceIa. Begitu juga aku. Aku ambil langkah utk kembali pada ALLAH. Setiap yang berlaku di atas izinya. Ini bahagian aku dan suami dalam hidup berumah tangga. Demi kesempurnaan hidup anak2 aku k0rbankan perasaan sendiri. Aku masih sayangkan suami dan rumahtangga kami. Sesungguhnya 8tahun ikatan yg aku pilih ini bukan sekadar suka2.

Besar impian aku dalam kehidupan berumahtangga saat aku putuskan untuk bergelar seorang isteri dulu. Memang aku kecewa bila insan yang aku percaya sanggup mengkhi4nati aku yg setia ini. Tapi biarlah ALLAH yang menilai semuanya. Tiada daya bagi aku sebagai manusia untuk menghukom. Aku bermuhasabah diri…dan aku pilih untuk memaafkan segala kesilapan suami pada aku dan anak2. Kami masih tinggal bersama di rumah sewa baru.

Rumah lama sudah selamat terjual berserta dengan isi di dalamnya sekali. Aku nk mulakan hidup baru bersama suami..biarpun hakikatnya..sehingga ke hari ini hubungan antara kami masih dingin. Sesekali datang semula kes4kitan itu…tapi cepat2 aku halau dengan tahajud adakalanya hanya berteleku di sejadah sudah cukup buat aku tenang.

Meluahkan semua rasa padaNYA. Aku percaya, sesungguhnya di setiap ujian yg DIA berikan itu tak pernah ada yg sia2. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Doakan semoga aku dapat balik suami yang aku kenal di awal pertunangan kami dulu. Buat si peny0ndol, jika kamu terbaca ini aku doakan kau juga bertaubat dan kembali pada ALLAH.

Setiap tangisan dan rayuan kamu pada aku dan suami bukan tiada belas dr kami…anggaplah itu semua balasan atas apa yang sudah kau lakukan pada aku. Didunia sudah dibalas…diakhirat nanti kau tunggu saja lah. Buat suami2 di luar sana, jaga lah hubungan dengan isteri. Jika ada kekurangan dia..sila bawa berbincang bukan pergi meluah dekat perempuan lain.

Pergaulan tanpa batasan tidak menjaga iktilat akan menjerumuskan kalian dengan d0sa yang akan memsnahkan hati banyak orang. Usah biarkan n4fsu mengawal diri kalian.. ingat lah azab allah itu sangat pedih. Rasa seronok yang kalian nikmati itu hanyalah tipu daya sya1tan untuk menyesatkan kita semua. Maaf jika coretan ini terlalu panjang. Maaf juga jika luahan aku ini membuat teman2 beremosi.

Aku sekadar berkongsi pengalaman hidup aku untuk dijadikan iktibar utk kalian di luar sana. Mohon doakan aku terus kuat berjuang demi rumahtangga yg hampir roboh ini. Perlu masa yang agak panjang untuk dibaik pulih kembali.Aku isteri yang diuji. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Sumber seleksimedia