“Salahkah aku lindungi isteri”. Istri xsah taraf, dituduhnya mata duitan. Ak tpaksa jauhkn diri dari mak.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum admin. Mohon share cerita saya untuk saya dapatkan pandangan dari warga IIUM Confession. Seumur hidup saya, saya dibesarkan dari keluarga yang mak dan ayah bercerrai.

Saya dibesarkan oleh ayah saya. Sejak dari umur 2 tahun, saya tak pernah tengok muka mak kandung saya. Ayah saya tak pernah cerita siapa mak saya dan punca mereka bercerrai. Alasannya, ayah tak nak cerita perkara buruk tentang mak saya. Takut saya hilang hormat dan sebagainya. Tak dinafikan saya menjadi anak kesayangan ayah saya kalau nak dibandingkan dengan adik-beradik lain.

Sewaktu umur saya 27 tahun, saya ditemukan kembali bersama mak saya. Alhamdulillah, mak saya terima saya dengan baik. Sewaktu itu, baru saya tahu cerita sebenar pencerraian ayah saya. Tapi ini dari sebelah pihak. Dari situ diceritakan nenek merupakan punca mereka bercerrai. Nenek tak suka pada mak sebab mak tak bekerja (ini apa yang mak cerita). Nenek kerap marah mak.

Sampai satu masa, mak tak tahan, mak marah nenek. Ayah dapat tahu, ayah marah mak dan mereka bercerrai. Bila saya balik jumpa ayah, saya tanya dengan ayah. Ayah tak setuju dengan jawapan mak. Tapi masih tak cerita perkara sebenar. Ayah tidak mahu saya hilang hormat pada mak. Saya terima jawapan dua-dua pihak. Selepas bertunang, saya dan bakal isteri (sekarang dah sah isteri) membuat persiapan untuk berkahwin.

Pada awalnya, hubungan kami direstui oleh ayah dan mak. Sebab bakal isteri pakai tudung labuh dan cantik. Baru habis belajar dan tengah cari kerja masa tu. Nak dijadikan cerita, rupanya, status bakal isteri saya anak tidak sah taraf. Bagi saya, perkara ini bukan perkara yang besar. Bakal isteri tidak bersalah, yang salah mak dan ayah dia.

Memang ada tips untuk memilih isteri (dari sudut agama). Agama, Rupa, Keturunan, Harta. Pada pendapat saya, alangkah baiknya keluarga saya kalau saya mensucikan semula keturunan isteri saya dengan perkahwinan yang sah. Tapi malangnya ayah saya menentang dengan keras. Dia marah sebab saya berkeras untuk kahwin dengan bakal isteri.

Waktu ni, bakal isteri dah mengalah dan niat untuk pulang semula cincin tunang. Saya buntu. Saya mengambil langkah untuk bercerita dengan mak saya. Mak saya sokong saya untuk teruskan perkahwinan dengan bakal isteri. Mak saya telefon bakal isteri dan br4inwash sampai dia setuju untuk kahwin dengan saya. Alhamdulillah.

Ayah saya dapat tahu, marah dengan saya dan merajuk (tak angkat telefon dan tak balas whatsapp). Pujuk punya pujuk, akhirnya ayah pun bersetuju. Alhamdulillah. Selepas berkahwin, isteri duduk di rumah ayah. Sementara waktu sebelum saya dapat rumah. Alhamdulillah, isteri disahkan mengandung (bunting pelamin). Datanglah rezeki saya dapat menyewa rumah di kawasan tempat saya bekerja.

Isteri ikut bersama. Dia tak bekerja. Gaji saya cukup untuk tampung keperluan kami berdua. Isteri ada satu perangai, dia tak boleh tengok habuk. Habis dia panjat kerusi, meja nak cuci habuk. Masa anak dalam kandungan 2 bulan, isteri panjat mangkuk tandas nak cuci habuk dekat tandas. Tergelincir dan jatuh. Isteri mengalami kegguran. Allahuakbar.

Isteri jadi mer0yan. Malam-malam bangun nak buka pintu rumah (jam 2-3 pagi). Katanya anak kami datang. Nasib la saya tidur peluk dia. Sedar la bila dia nak bangun. Saya tarik balik suruh dia tidur. Bila ayah saya tau cerita isteri kegguran, ayah saya tenang dan bagi tahu untuk banyakkan bersabar. Mak saya sebaliknya. Habis dimarahnya isteri kerana tak pandai jaga kandungan.

Saya setuju juga dengan mak sebab isteri gatal sangat nak buat kerja-kerja susah. Bagi tahu pada saya, saya akan buat. Degil. Alasan sebab tak nak susahkan saya. Sebab saya dah bekerja di siang hari. Selepas kejadian hampir 2 tahun, isteri tak mengandung. Mak sering kali tanya dengan isteri bila nak mengandung. Isteri selalu str3ss dengan soalan mak.

Bila pergi jumpa doktor, dua-dua tidak bermasalah. Cuma belum rezeki. 2 tahun selepas tu, isteri saya mengandung semula. Ayah dan mak kembali gembira. Selalu pesan pada saya. Suruh isteri duduk dan jangan buat kerja-kerja lasak. Okay. Nak jadikan cerita, isteri alahan teruk. Memang dia tak boleh buat kerja. Melepet je dekat katil.

Saya belikan dia makanan pagi, tengah hari dan malam. Bila kandungan dah berusia 5 bulan baru alahan dia kurang. Waktu ni dah boleh buat kerja rumah sikit-sikit. Masa ni, mak sering kali video call isteri. Tapi isteri jarang-jarang angkat sebab tak reti nak berbual dengan orang tua. Biasanya kalau saya ada dirumah baru dia angkat.

Sampai kandungan berusia 7 bulan, saya patah bahu sebab main rugby. Allahuakbar. Dugaan. Isteri kena uruskan diri sendiri dan saya. Beli barang rumah, hantar saya ke hspital, bersihkan rumah dan lain-lain. Dengan keadaan perut dah besar, memang satu kesukaran. Satu hari, mak saya wasapp dengan isteri. Masa ni isteri tengah keluar beli barang dapur. Borak-borak biasa.

Tiba-tiba mak cakap dengan isteri yang biasanya isteri ni sayang suami sebab suami berduit (tak pasti sama ada dia tujukan kepada isteri atau tidak). Dalam keadaan em0si tidak stabil, isteri terasa dan balas wassapp dan tanya mak saya macam tu ke dengan ayah saya? Mak saya menafikan dengan menyatakan mak saya berbeza. Wassapp tu berhenti disitu sebab isteri saya terasa dengan mak saya.

Isteri saya balik dan bercerita dengan saya. Saya cakap, mak saya bergurau dengan isteri. Tapi isteri saya masih terasa hati. Saya faham keadaan tersebut. Saya yang tak beri isteri bekerja sebab nak isteri sentiada bersama dengan saya. Selepas kejadian tersebut, mak saya kerap hubungi saya (macam ins3cure hilang saya). Isteri perasan tapi saya suruh buat biasa.

Ada satu pagi, saya dekat dalam tandas. Tengah buang air besar sambil main game. Mak saya video call. Sejujurnya, saya tak boleh nak angkat (tengah ook ook kot). So saya biarkan. Ingat nak call balik. Tapi lupa. Typical lelaki normal. Esoknya, mak saya wasapp dengan saya. Kenapa tak angkat call dia. Saya ambil jalan mudah, saya cakap saya demam. Terus dia marah isteri saya (dalam wasapp saya).

Kenapa isteri saya tak boleh bagi tau dia?Dalam keadaan marah tu, terluah segala isi hati mak saya. Isteri saya cuma mata duitan. Nak barang-barang mahal. Tak boleh hidup susah. Dan paling saya tak boleh terima, mak saya menyesal sebab tak ikut cakap ayah saya. Sebab keturunan isteri saya bukan dari keturunan yang baik. Saya tersentap dan terus membalas wasapp mak saya.

Siapa pon keturunan isteri saya, bukan hak siapa-siapa untuk h1na. Saya hidup dengan dia, saya lebih kenal siapa isteri saya. Kami pernah hidup dengan duit poket RM50 untuk seminggu sebelum gaji. Isteri saya tidak pernah merungut. Sebelum akhiri wasapp, saya mohon maaf dengan mak saya dan saya minta untuk menjauhkan diri dari mak saya.

Alhamdulillah, anak saya selamat dilahirkan dengan comel. Perempuan. Mak saya wasapp saya, sampai hati tak bagi tahu dia. Saya tak balas. Saya belum bersedia. Saya harap mak saya sedar dulu kesalahan dia dengan isteri saya. Walaupon saya anak mak, mak tu syurga saya, tapi, boleh ke saya ikut sahaja apa yang mak kata? Walaupun apa yang dikata tidak betul? Biarkan sahaja perasaan isteri terabai asalkan perasaan mak diutamakan?

Bila orang kata mak ada satu, isteri boleh cari lain, memang isteri ni mainan ke? Boleh pakai, buang macam tu je? Saya tak setuju. Bila saya go0gle dan cari dekat youtube, ramai alim ulama bagi tahu suruh bersabar dan jaga mak. Saya buntu. Salah ke saya untuk lindungi isteri saya? Mohon pandangan warga IIUM Confession semua. – Roy (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nur humaira – Kamu suami yang baik, abaikan apa orng kata pasal isteri tak kerja, tugas kamu mengenai nafkah melainkan kalau kamu s4kit ke apa, jgn takut sngt mengenai rezeki. Dari segi mempertahankan isteri apa tuan buat tu betul, cumanya, walaupun tuan tngh marah, sepatutnya balas ws mak mengenai cucu tu walaupun tak nak bagi jumpa. Tak semestinya bila kamu balas ws, isteri kamu tak dilindungi.

Memang ada pemikiran terutama zaman skrng, isteri kena kerja, tak kerja tak guna, isteri mata duitan malas kerja, tak nak susah payah dan lain2. Saya percaya itu tak betul. Ada gak perempuan pandang rendah isteri tak kerja, salah tu. Takde masalah mengenai tak kerja, jangan dengar kata2 orng.

Try amik insurans kalau mampu nanti. Tahniah kerana menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab. Saya berharap perkahwinan tuan bahagia sampai syurga dan suami isteri bersabar sangat atas ujian mak tuan.

Farah rifhan – Lindungi isteri dan anak tapi dlm masa sama, jgn lukakan hati mak. Mak cakap mcmana pun, hormati dia, boleh terus terang ngan dia tapi berhemah la. Betul la mak terasa hati x bagitau isteri beranak tu, mmg salah confessor. Sepatutnya salah mcmana pun mak, jgn belakangkan mak ayah. Apa-apa pun, mak tetap mak, kena hormat dia.

Apa yg paling penting, awak kena sentiasa support em0si isteri awak bila kena attack ngan mak. Jauhkan diri bila perlu tapi jgn abaikan, jgn putuskan hubungan. Awak kena minta maaf ngan mak awak tu bila dia terasa hati. Awak kena ingat, mak awak syurga awak, isteri awak syurga anak awak. Dua2 penting.

Syakinah sabudin – Tahniah confessor. Lindungi n jaga perasaan isteri. Berganda yang dia akan buat untuk anda. Saya sendiri rasa yg suami saya selalu lindungi n jaga perasaan saya bila bersama keluarga dia. Syukur sgt. Tapi as a wife, jgn sesekali lagakan or jadi batu api antara suami dengan ibubapa/adik beradik dia. Terus suruh dia berbuat baik. Dlm situasi confessor, saya tak tahu isteri anda mcm mana, tp x perlu tersa hati terlalu lama.

Maafkan ibu mertua, minta suami layan ibu mertua seperti biasa. Dia tetap ibu yg melahirkan suami anda sekarang. Beralahlah dengan orang tua tapi tanamkan dalam diri, kelak aku jadi mertua, kebahagian rumah tangga anak cucu seharusnya jd keutamaan, dan jgn ikuti sifat buruk itu.

Sumber IIUM