Kami pergi 13 org, smpai sana jd 14. Bila pulg tinggl 12. Patutla jam 3pagi, meriah dgr bdk2 bmain di kwsn tasik. Rupanya nk smbut “k0rban” prtama.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua….kita throwback ke tahun 1996. Masih di hutan keningau, kali ni adalah kejadian yang sangat meninggalkan kesan pada saya sebab saya terlibat sekali dalam 0perasi menyelamat.

Masa tengah menaip ni, malam jumaat 26/11/20.. menaip sambil bulu tengkuk naik semua. Umpama flash back. Lets get started…. Seperti yang anda semua tahu, saya bekerja di sebuah kilang papan yang amat luas. Saya pun tak boleh agak berapa luas. Sebab untuk perumahan pekerja saja atau rumah kongsi untuk pekerja ada 2 lokasi. Semua berjauhan. Yang saya tinggal tu banyak lot. Yang lagi satu tu terpisah jauh dan tak sampai 10 lot rumah.

Lokasi yang kedua ni memang betul betul berhampiran hutan yang sangat tebal. Tepatnya atas kawasan berbukit sikit. Bawahnya tu ada satu tasik semulajadi. Saya tak pernah cuba pun menghampiri tasik tersebut. Agak seram di kelilingi hutan tebal di kiri kanannya. Kalau joging pagi ahad off day kerja pun saya akan elak waima nak jalan-jalan hampir tasik tu. Dari jauh warna airnya hitam pekat. Tanda lumpur dasarnya.

Yang peliknya keliling tasik tu bersih. Padahal tiada sesiapa yang datang bersihkan. Ia bagaikan tersisih tiada yang berani dekat. Masa tu seminggu sebelum raya k0rban. Semua berjalan seperti biasa hinggalah terjadi tragedi yang memakan k0rban. Budak yang jadi k0rban tu berumur 10 tahun, budak lelaki. Dia bercuti ikut datuk dan neneknya ke tempat aku kerja dan tinggal tu. Aku mana perhati sangat kalau pun ada orang asing masuk melawat.

Sibuk dengan dunia kerja saja. Aku agak workah0lic orangnya. Hari ahad off memang membuta saja dari pagi sampai petang, kalau abang tak kejut naik tingkat atas ke bilikku memang takkan bangun. Jadinya, budak tadi parentsnya di bandar KK, bekerja. Biasalah budak budak, jumpa cepat semua jadi kawan. Padahal baru jumpa 10minit dah jadi geng yang umur sebaya….yang lebih baya pun jadi kawan dia …

Macam biasa, ahad hari aku off. Entah kenapa hari tu mata tak nak tidur pula. Dah pukul 11 pagi pun tak nak pejam baring atas katil. Dulu dulu bukan macam sekarang, henpon pun yang jenama ATUR tu. Nak tengok youtube memang taklah. Terpaksa baca novel.Sampailah ke petang tengah baca novel tu, Karl datang ke bilikku. Terus masuk duduk katil. Yang Luli pun ikut masuk duduk lantai hadap aku. Aku pandang.

” eh ko tau ke? ” Karl bersuara dulu. ” manalah aku tau, ko belum cerita” aku baca novel semula. ” gini, tu kat bawah heboh. Budak budak yang pegi tasik terbiar tu, kurang sorang” Luli bercerita. Aku pandang dia lama. Tutup buku. Duduk hadap mereka berdua. Sunyi sekejap. ” kurang???” Garu kepalaku yang tak gatal. Mereka angguk. ” berapa ramai yang pegi sana? Berani pula…kita yang dewasa ni pun tak pernah ke sana” aku bersuara.

” hah tu la pasal!” Karl beralih turun duduk ke lantai. Aku ikut turun. ” mula mula yang pegi 13 orang termasuk budak dari bandar tu…. sekali balik budak tu dah hilang. Diorang dah cari. Tapi tak jumpa sekeliling tasik tu” Karl sambung cerita. ” tu kat bawah 12 budak budak tu kena interview oleh parents dan datuk nenek budak budak tu” Luli pula bcerita. Aku mendengar minat. Hmmmm…satu lagi m1steri.

Kami bertiga keluar. Pandang dari atas saja. Boleh nampak dan dengar suara mereka di tanya macam macam soalan. Yang peliknya, aku perhatikan mereka semua bagaikan berada di dunia asing. Hanya mampu pandang sekeliling tapi tidak respon. Entah sebab panik atau apa. Akhirnya datuk budak yang hilang tu umumkan masa tu juga, minta bantuan untuk cari cucunya yang hilang.

Aku bertiga ikut serta. Berbondong bondonglah hampir seratus orang ke tasik tersebut. Belum pun jejak kaki ke kawasan tasik bulu romaku dah tegak. Kepala rasa kembang. Sampai saja, kami berpecah cuba cari kawasan sekeliling tasik tersebut. Hutan tebal. Ada juga yang berenang dan menyelam ke dalam tasik. Aku, Karl dan Luli cari kawasan hutan. Agak sukar juga sebab dah hampir magrib.

Pukul 5.30 petang, sekejap lagi akan gelap. Akhirnya kami patah balik ke tasik. Bagai ada pesta di sekeliling tasik. Semua resah. Hasil carian sekeliling hutan tasik tiada hasil. Sekarang semua fokus pada tasik. Perasaanku kuat berkata. Budak ni dalam tasik. Masalahnya dah bertukar ganti orang selam ke dasar tak jumpa apa apa. ” rasanya kat mana ya? ” Luli bisik. Aku tunjuk tengah tasik. Keadaan mulai gelap.

Jam 6 petang. Sampailah ke Isyak masih belum ada hasil. Nenek pada cucu yang hilang mula meraung minta kami cari lagi. Mengucap panjang aku. Sedih tengok macam tu. Tak lama kemudian parents budak tadi sampai. Mereka bergegas datang bila di beritahu apa yang berlaku. Semakin p4rah keadaan bila ibunya pula meraung. Aduh!!! Akhirnya semua yang berada dalam tasik naik ke tebing.

Sejuk dan penat. Suasana cerah dengan lampu suluh dan lampu gasolin. P0lis pun mula datang dengan land rovernya. Arahkan 3 org polis menyelam pula. Hampir sejam tiada hasil juga. Air terlalu gelap, berlumpur kata p0lis yang menyelam. Silap langkah memang seolah olah kena sedut oleh lumpur. Lain lagi dahan dahan kering dan balak dalam tasik.

Entah macam mana, mungkin sebab habis ikhtiar, imam surau kami minta semua diam. Dia laungkan azan jam 9.30 malam. Semakin kembang rasa kepalaku. Tak semena mena bulu tengkuk berdiri. Luli dan Karl berbisik diorang pun rasa sama. Perlahan pak imam tu buka selipar, berjalan ke tebing tasik, perlahan turunkan kaki sebelah kanannya. Mulut kumat kamit. Kami perhati penuh minat. Tiba tiba tengah tasik berbuih. Pak imam bagaikan tidak peduli.

Polis yang tadi duduk ikut bangun bila tengok tasik berbuih. Tidak lama kemudian naiklah secara perlahan lahan tubuh budak yang hilang!!!! Aku mengucap panjang. Pantas bapa budak tu terjun ambil m4yat anaknya. Suasana tu tidak dapat ku gambarkan. Sebagai manusia melihat keadaan begitu sangat menyedihkan. Jatuhlah air mata lelaki kami. Aku ni degil orangnya, berpegang pada kata kata aruwah ayah… lelaki jangan mudah keluarkan air mata.

Tapi melihat keadaan itu tumpah jua. Selepas selesai semua, polis minta m4yat budak tu di bawa untuk bed4h s1asat. Maka naiklah datuk nenek dan parents tu ke atas land rover polis bersama m4yat yang telah kaku. Selesai semua kami pulang tinggalkan tasik yang telah ambil k0rban pertama. Rupanya, seminggu sebelum kejadian, kawan yang tinggal di hostel lokasi kedua atas bukit berhampiran tasik tadi ada terbangun jam 3 pagi.

Ingat nak ke tandas, tapi terdengar suara ramai kanak kanak di tasik tadi. Dia kejutkan isterinya untuk dengar dan tengok sekali. Memang tak ada apa apa tapi suara kanak kanak memenuhi tasik tersebut. Suara yang sungguh meriah bagaikan ada kenduri. Rupanya nak sambut k0rban pertama. Seminggu selepas aruwah budak bandar yang m4ti lemas di kebum1kan, barulah kumpulan 12 orang budak sebaya buka mulut untuk bersuara.

Selama seminggu mereka bagaikan tr4uma. Makan minum tak tentu. Jadi murung. Dalam diam aku ikut perkembangan 4 orang budak tersebut yang kebetulannya adik pada kawan-kawan rapatku. Selepas plan baik ajak lepak di bilik tidurku, aku belikan jajan untuk umpan ceritakan apa yang berlaku. Seperti biasa ahad hari cuti. Sengaja tak nak joging hari ni.

Dah plan dengan 4 orang kawan rapatku untuk bawa adik adik mereka untuk lepak di bilikku jam 10 pagi. Tepat jam 10 pagi, Ebit ketuk daun pintu minta kebenaran masuk, buka pintu masuklah 10 orang termasuk Karl dan Luli ke bilikku. Ebit ni antara close friend. Seminggu ni bingung dia tengok adik lelaki dan perempuan dia tak banyak cakap. Brkurung dalam bilik saja di kebanyakan masa.

Kawan yang lagi 3 orang tu tak berapa rapat kenal biasa saja di tempat kerja. Lepas semua berkumpul, aku keluarkan semua jajan. Minuman gas, keropok dan gula-gula. Kalau adik Ebit diorang dah biasa denganku. Sebab kadang aku lepak bilik mereka sampai tengah malam borak-borak. Yang lagi 3 orang budak tu segan sedikit. Aku paksa abang mereka suakan keropok dan semua apa yang ada.

Bilik jadi meriah. Ebit sengih bila tengok adiknya kunyak keropok penuh selera. ”ko tau tak? Ni hari ni baru nampak dia selera makan… sedap tak? Sini bagi abang sikit” Ebit cubit sedikit keropok di tangan adiknya. Semua sibuk makan. Aku perhati budak 4 orang ni. ” sedap tak? ” aku bertanya. Semua angguk. ” ok abang sebnarnya ada tujuan untuk apa panggil kamu semua ke sini….

jangan takut…kalau adik-adik rasa tak nak cerita abang tak paksa” aku mula masuk jarum. Last semua tengok abang masing-masing. Semua yang datang ni budak lelaki.
” macam ni, abang Fozan ni cuma nak tanya apa sebenarnya yang berlaku. Dia bukan nak apa. Sebab seminggu ni kami semua pun buntu tengok keadaan kamu semua. Kita tak perlukan 12 orang, cukuplah kamu berempat yang cerita apa sebenarnya yang berlaku…

kita mulakan dengan adik boleh? ” panjang lebar Ebit buka mukadimah. Dia sentuh bahu adiknya. Adiknya brenti minum. Letak gelas.
” mula mula tu……” adik ebit berhenti bicara pandang sekeliling. Aku angguk. ” budak tu nak ikut kami berjalan dekat tasik tu. Sebenarnya kami bukan nak ke sana. Kami cuma nak ke perumahan yang atas bukit tu. Nak bermain kat sana. Asalnya saya larang.

Tapi yang lain suruh saya benarkan dia ikut sebab kesian dekat dia” adik Ebit berhenti lagi. Semua mata pandang dia. ” dia memang tak banyak cakap. Tapi dia rapat sikit dengan Ikmal.” Jarinya tunjuk Ikmal yang berada di sebelah abangnya yang berada di sebelah Luli. ” tengah kami bermain tu, tiba tiba budak tu ajak kami ke tasik. Mulanya saya takut sikit sebab mak ayah larang ke situ.

Tapi yang lain tiba-tiba setuju nak ke tasik tu” Adik Ebit semangat bercerita. ” jap jap….bagaimana dia tau ada tasik kat situ? ” aku p****g cerita. ” abang ni….macam tak tau pula, lalu tasik tu la jalan pintas ke perumahan sebelah sana.” Adik Ebit segera menjawab. Oh ertinya semua melalui jalan pintas yang mana wajib melihat tasik terbiar tersebut. ” last saya ikut la suara ramai, semua setuju.

Tapi saya dah bagitau awal, kat tasik nanti jangan ada yang pandai pandai merayap ke mana-mana. Jadi bila kami sampai sana, semua bermain. Tapi…..” adik Ebit berhenti sekejap. Pandang Ikmal. ” tapi masa nak balik tu, kami kira dulu semua. Tengah kami kira semuanya jadi 14. Kami pening sekejap, mana datang lagi 1? Kami kira 3 kali….tetap 14 orang. Sebab mula rasa takut dan pelik, kami keluar ke jalan besar.

Bila sampai jalan besar, kira lagi 2 kali, jadi 12 pula!!!” Ikmal pula bercerita. ” ya lepas tu kami mula perasan budak bandar tu dah takda bila kira kali ke tiga. Kami takut tak tau nak buat apa. Jadi kami baliklah bagitau mak ayah masing-masing.” Adik Ebit pula bercerita. ” ada apa-apa yang pelik tak masa kamu semua ada di tasik tu? ” aku bertanya lagi. Karl, Luli dan semua abang masing-masing mula bersila.

Semua pandang Ikmal dan adik Ebit. ”ada….ada sekali tu budak tu jerit pada kami, dia cakap ada banyak kawan baru dia dalam hutan.. sambil jari tunjuk ke hutan. Kami tak nampak sesiapa pun masa tu. Tu yang ajak semua balik. Sebelum balik kira dulu” adik Ebit bercerita muka serius. ”lepas tu….” Ebit mahu bertanya lanjut, segera ku tepuk pehanya. Dia tak jadi bertanya lanjut.

Aku isyarat mata minta dia jangan bertanya apa-apa dulu. Sebab adiknya tengah teguk air cola tu bagai haus sangat hehehe. Ebit sengih. Yang lain sambung kunyah segala jajan yang masih bersisa. Kacang tanah, keropok, gula-gula ada banyak lagi. ”kamu tak rasa takut ke masa budak tu cakap ada ramai kawan baru tunjuk hutan?” Ebit bertanya pada Ikmal.

”takut juga, sebab itu saya bagitau semua kita balik. Sebab kami rasa lain sangat masa tu. Rasa tak nak balik. Rasa seronok kat tempat tu. Tapi saya jadi takut bila budak tu sebut ada ramai kawan baru” Ikmal bercerita dengan ekspresi muka takut. Oh begitu jalan ceritanya. Kali ni semua santai saja sebab pertemuan ini hanya bertujuan untuk korek apa yang berlaku sebenarnya.

” jadi, masa ibu bapa kamu…datuk budak tu tanya apa yang berlaku, kenapa kamu semua nampak bingung? Ebit bukan masa tu bapa kamu ada tanya adik kamu ni kan? Tapi dia tak cakap apa-apa?” Aku bertanya 2 orang sekaligus adik dan abang sekali. ” ya ada, masa tu kami rasa takut sangat. Sampai tak boleh cakap apa-apa. Mulut kami bagai terkunci” adik Ebit bersuara. Semua 4 budak berkata serentak ” betul betul…” kami terdiam. Bilik jadi sunyi sepi.

” jadi kalau tak bole bercakap, bagaimana atok budak tu tau dia ikut kamu semua? ” Luli bertanya. ” tahulah sebab sebelum jalan ikut kami tu, dia bagitau nenek dia….tu yang kami balik atuk dia cari…” adik Ebit menyampuk. Oh…begitu. Last aku bagitau semua dalam bilik mengenai kawan yang tinggal di sana, yang suami isteri dengar suara kanak-kanak ramai dari tasik jam 3 pagi. Semua tengok aku bagai nak telan masa cerita. Ebit, Luli dan Karl tepuk dahi.

” Laaaaa kenapa tak bagitau awal-awal….” Luli bersuara kesal. ” nak bagitau bagaimana. Abang tu pun cerita aku kes tu lepas kejadian budak tu lemas. ” ku sandarkan belakang pada katil. Setelah habiskan semua jajan, semua minta diri. Kecuali Karl dan Luli yang kekal di bilikku. Kemaskan semua sampah. ” harap lepas ni tak ada lagilah sesiapa ke sana…maksudku tasik tu” Luli bersuara. Sandar di sebelahku.

Aku angguk saja. Karl bersandar pada dinding bertentangan kami. ” ko nak tau Jan? Masa aku dengan Karl masuk hutan tu mencari, kami bersama…masa tu ko sendiri kan? Kami tak nampak ko masa tu….aku dengan Karl rasa pelik sangat. Hutan tu bagai tarik perasaan ajak makin kedalam. Nasib baik masa tu Karl tarik lengan aku patah balik. Rasa khayal sekejap” Luli cerita.

Silanya di kemaskan. ” ya betul, aku tengok Luli laju pula melangkah macamlah tahu ke mana arah nak tuju. Aku jadi takut bila panggil dia tiada respon. Tu yang tarik lengan dia, lepas tarik tu dia bagai orang bangun tidur!” Karl pula bercerita.”rasanya, macam tulah caranya budak tu lemas dalam tasik. Dia pun tak sedar dah masuk dalam tasik” suaraku perlahan. Karl dan Luli angguk.

Sebulan lepas kejadian tu, sebuah lori balak pula terjunam ke tengah tasik terbiar. Kami yang tengah bekerja terkejut bila ada pekerja berlari masuk dalam kilang beritahu ada lori terjunam masuk tasik. Semua tinggalkan tempat kerja. Sempatlah berpeluh untuk ke tasik tu. Jam tunjuk jam 3 petang. Abang yang pandu lori dan kelindannya duduk di tebing tasik basah kuyup. Manager datang dengan kereta 4×4 nya.

Dia geleng kepala cakap bahasa Cina dengan assistantnya. Tangan bagai helikopter tunjuk atas bawah. Kami tak faham mampu tengok saja. Bila Manager tanya apa yang berlaku? Driver tu cakap, dia dengan pembantunya nampak jelas, jalan tu lurus saja jadi ikutlah jalan tu. Alih-alih sedar dah dalam tasik dengan lori yang sarat balak. Kelam kabut mereka keluar selamatkan diri.

Selepas kejadian tu kawasan tasik di tutup sekelilingnya dengan zink. 4 penjuru. Letak sekali batu simen tepi jalan arah ke tasik ada tulisan merah bahasa Cina. Entah apa tulisan tu tak faham. Sejak tu untuk aktiviti joging aku tukar haluan lain. Tidak lagi melalui jalan pintas tasik terbiar yang di pagar zink.

Lori balak pun tidak lagi melalui jalan tersebut. Takut kejadian berulang. Sekianlah akhir kisah tasik terbiar. Sampailah aku berhijrah, tidak lagi melalui jalan ke tasik…..tinggal sepi..- Fozan Hadi

Reaksi warganet

Azrina mohd – “Hutan tu bagai ajak tarik perasaan masuk ke dalam” .. the thing yg aku pernah rasa dulu tp x tau nak describe mcm mana kat org.. tgk hutan mcm memanggil2 je.. but otak yg waras seolah bgtau ‘kalo ko masuk hutan ni, blm tentu ko kluar blk’.. sbg jln selamat, aku jauhkn diri drpd hutan wpun setakat lalu tepi hutan dgn keta.. kalo lalu pun, make sure aku x keseorangan.

Mas lynn – Dulu pernah baca yang bomba tu jumpa “kain batik” dalam tasik.. skang citer ni pulak.. betul org cakap.. kalau tasik.. mmg kena hati2.. sbb kemungkinan ada penunggu..

Klasik dekho – Terbaik cerita.kisah BENAR.bukan rekaan semata.dan bukan kisah cinta.cerita seram mcm ni best.penulisan sentiasa kemas

Sumber fiksyenshasha