“Knp pilih lelaki mcm tu”.Terus aku nafikan, depan aku dia yg tbaik. Tp satu2 tanda, tunjuk sbaliknya.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan hai semua. Berdebar rasa nak post confessions, tahu akan ada kec4man dan sememangnya ada yang sentiasa baik hati dengan pandangan yang murni.

Apa-apapun saya sedia menerima pandangan semua. Baiklah.. Saya Bunga. Masalah terbesar saya adalah diri sendiri. Kenapa saya katakan diri sendiri? Sebab saya tak tahu buat keputusan. Saya sudah bertunang. Tunang saya seorang pegawai beruniform. Luarannya dia lelaki yang baik. Dalaman? In shaa Allah baik.

Detik perkenalan kami tidaklah begitu indah. Pada awalnya, saya tidaklah mempunyai perasaan terhadap tunang. Tapi dia sangat bersungguh-sungguh untuk memiliki saya. Setelah berbulan-bulan akhirnya saya membuka hati untuk menerima tunang. Berbanding saya dan tunang, tahap pendidikan kami boleh dikatakan jauh.

Dia hanya lulusan SPM manakala saya mempunyai Master. Maaf sekiranya saya terlihat riak, tapi saya merupakan seorang graduan terbaik. Boleh dikatakan saya seorang pelajar cemerlang. Sebab utama saya memberitahu perkara ini kerana inilah salah satu sebab utama ibu dan bapa saya melarang hubungan kami pada awalnya. Kerana takut kami tidak sehaluan.

Saya yakinkan ibu dan bapa saya bahawa itu tidak menjadi masalah. Bermula pen3ntangan pertama. Saya husnuzon kerana sebab yang diberikan oleh ibu bapa bukanlah sesuatu yang besar. Setelah ramai yang mengetahui tentang hubungan kami (kawan-kawan dan kenalan) secara tiba2 banyak cerita buruk yang saya dengar daripada mulut kawan-kawan yang lebih dahulu mengenali tunang.

Ada kawan saya yang menjauhkan diri kerana tidak mahu saya bersama tunang. Ada juga beberapa yang memberi nasihat bahawa tunang dahulu seorang yang tidak baik. Saya terus cuba husnuzon kerana tunang amat baik dengan saya. Selama setahun saya menguji tunang, dia seorang yang sangat sabar dengan perangai saya.

Hal ini berlaku ketika di awal perkenalan kami. Saya ada solat tahajud dan solat hajat malah tidak putus berdoa untuk tunjukkan mana yang terbaik, tapi saya tidak dapat apa-apa tanda baik atau buruk jadi saya teruskan saja hubungan kami dan akhirnya kami bertunang.

Cabaran terbesar saya apabila saya akhirnya dapat tahu semua perkara buruk yang disampaikan kepada saya mengenai tunang adalah benar belaka. Saya dapat tahu, tunang seorang yang pl4yboy. Saya dapat tahu tunang seorang yang suka bertukar pasangan. Saya dapat tahu tunang pernah ke kelab mlm dan minum ar4k.

Tunang juga pernah buat s3x bebas. Saya dapat tahu tunang juga suka main judi online. Saya masa ini tersungkur dan terduduk. Saya berterus terang dengan tunang, dia mengakuinya dan berkata itu semua kisah silamnya, ketika dan sepanjang bersama saya dia tidak pernah lakukan semua itu lagi.

Saya tahu dan percaya ketika dia bersama saya dia tidak melakukan itu semua, kerana kami sentiasa bersama. Telefon bimbit dia saya selalu check, saya ada web wh4tsapp (application yang membolehkan saya boleh melihat conversation wh4tsappnya pada bila-bila masa) saya ada password semua social media tunang.

Saya tahu ketika dengan saya, tunang tidak melakukan itu lagi. Tapi, sebagai seorang perempuan, saya sangat-sangat terkesan dengan semua ini. Saya menjaga diri selama ini, ramai yang datang untuk mencuba saya tolak ssecara baik. Saya tahu, pembaca akan kata, ahh itu semua kisah silamnya. Iya, itu kisah silamnya tapi saya baru tahu semua ini dan ini sangat baru bagi saya.

Patutlah ada yang cakap dengan saya “kenapa Bunga pilih lelaki macam tu? Bunga boleh pilih yang jauh lebih baik”. Tapi kata-kata ini datang dari seorang lelaki yang juga ingin mencuba saya, mestilah saya ragu-ragu untuk percaya. Masalah sekarang, saya sangat takut jika tunang melakukan perkara yang dia pernah lakukan sebelum ini.

Pernah ex tunang kata dengan saya “Baguslah kalau tunang dah berubah, tapi tak takut kalau perangai buaya dia balik semula? Saya sangat kenal tunang awak”. Perkataan itu seperti terngiang2 dalam kepala saya. Kenapa personaliti tunang amat berbeza bila dengan saya?

Tunang baik dan sangat sabar dengan saya. Itu yang saya nilai. Dan saya bukan jenis yang mudah tertipu. Saya sangat tahu menilai tingkah laku orang sekeliling saya. Sekarang saya menjadi seorang yang sangat ins3cure, saya seperti mahu menyi4sat semua tingkah laku tunang. Even last seen di wh4tsapp pun menjadi masalah besar bagi kami.

Saya tidak mempercayainya kerana tunang kerap online di nombornya yang satu lagi (nombor khas untuk kerjanya sahaja) menurut dia itu hanya untuk kerja sahaja. Tapi saya tetap tak percaya! Saya tak tahu macam mana nak mempercayai tunang semula. Saya takut sangat takut saya tertipu dengan tunang, saya takut mempersuamikan seorang yang salah.

Sebab saya tahu, perempuan yang paling malang adalah dia yang tersalah pilih suami. Saya bukannya mahu dia perfect, tapi saya takut saya terluka selepas kahwin. Apa yang patut saya lakukan? – Bunga yang tak mekar (Bukan nama sebenar

Reaksi warganet

Nurul afifu – Macam ni la dik.. kalau tak mudah nak percaya bakal suami, pikiaq banyak kali la noh.. pernikahan tanpa kepercayaan ni sangat mudah goyah & sangat rapuh.. orang yang dah lama nikah, tiba2 kena tipu pon boleh bercerrai-berrai, nikan pulak adik yang tak nikah lagi tapi dah ada masalah kepercayaan.. kepercayaan ni senang nak dapat (ada sesetengah susah nak percaya orang), tapi paling susah nak jaga..

sekali hancur, punah semua. Istikharah lah dik.. Allah sebaik2 penjaga… Bab rumah tangga & perangai pasangan ni, kita tak tau masa depan dik.. sekarang ya baik.. lepas nikah baru nampak segala baik buruk.. Bak kata ayah akak, selagi tak duduk sebumbung, tak tidoq sebantai, selagi tu kita tak kenai luaq dalam pasangan kita. Masih belum terlambat, tanya Allah, mintak Allah bantu & tunjukkan jalan..

Semoga segala urusan adik dipermudahkan.. Ingat satu ja, putus tunang tak seteruk percerraian.. percerraian lagi besar kesannya dari putus tunang.. tapi, percerraian jugak tak seteruk hidup dengan pasangan yang boleh sebabkan kita ke ner4ka, lebih baik bercerrai dari ada dalam rumahtangga yang buat kita sentiasa berd0sa.

Farah asikin – Baca dia penah buat s3x bebas tu pun dah boleh jadi alasan untuk berpisah.. Jangan nampak terdesak nak kawin, tanpa ambil peduli kisah silam dia.. Kita nak cari imam dan bapa yang baik untuk zuriat kita. Bukan cinta semata2. Lelaki bila dah kawin lain perangainya, lagi2 kalau jenis liar mcm ni.. Walaupun dah berubah, tapi 5 tahun, 10 tahun akan datang betul ke dia takkan ulang lagi kisah silam dia tu?

Dengan confessor sendiri dah paranoid, boleh ke rasa tenang dan bahagia lepas kawin nanti? Sayangi diri, lepas kawin nanti takde sape nak masuk campur dengan urusan rumahtangga kita, ada masalah pandai2lah selesaikan sendiri. Fikirlah baik2 confessor, semoga confessor dapat buat keputusan yang terbaik untuk masa depan confessor.

Raudhah yusof – Jika sebelum kahwin dh rse ins3cure cmna kalau lpas kawen??? .. Larat x kita sentiasa check hp dia.. Hidup kita pon x tenang..bg sy, apa yg cik thu dri kawan2 adalah petunjuk.. Dgr ckp mak ayah.. Mak ayah ni Allah bg satu Rasa yg diorang tahu laki tu terbaik untuk anak dia atau tak.. Jangan sebab kebaikan dia pd cik.. Cik kesian pd tunang… Tlg fikirkn masa depan anak2.. Kahwin kalau blh skli seumur hidup..

Org kata jodoh ketentuan.. Bg sy.. Kita ad pilihan utk tentukn siapa yg akan hidup dengan kita.. Bgn mlm solat tahajud.. Mngadu pd Allah.. Allah dgr doa hamba2nya yg diz4limi. Solat aspek yg plg penting utk jafikan suami.. Jika pencipta dia mampu utk tngglkn.. X mustahil hamba pencipta pon dia akan tinggal kn.. Keputusan ditgn cik.

Ain sakinah – Tidak ada nasib malang untuk sesiapa pun kat dunia ini. Wanita tak bersalah jika tak tau sikap sebenar bakal suami tapi kalau tau sikap sebenar sebelum kahwin dan diteruskan juga dengan harapan lepas kahwin akan berubah, itu adalah separuh bersalah + kepercayaan pun akan menjadi semakin tipis.

Tapi kalau lepas kahwin baru tau, dah diusahakan untuk ubah sikap suami yg tak betul tu tapi suami duk macam tuuuu jugak, kalau isteri tu masih duk tunggu jugak, memang isteri tu bersalah dan cari malang sendiri… Islam tentukan perkahwinan untuk bahagia suami dan bahagia isteri. Ada tanggungjawab masing2 yg tersendiri.

Tapi jika sebelum kahwin kepercayaan da makin hilang,curiga datang membuak2 macamna kebahagiaan & keredhaan dalam rumah tangga tu nak ada..? Jika tunang betul2 da berubah, buat banyak2 istiharah,solat hajat..sungguh2 minta dgn Allah. kadang petujuk datang dari orng2 sekeliling, xsemestinya dapat dalam mimpi.

Perkahwinan ni sangat rumit, sangat sakit jika dapat tahu pasangan buat hal, nak redho je dengan perangai pasangan..?Kalau nak redho, jangan sampai jadi b0dho dan ani4ya diri sendiri…wallahu a’lam.

Sumber IIUM