“Ibu..kakak penat”. Aku dijadikn “ibu kedua” kpd adik2ku. Semua kerja rumh disuruhnya. Bila diluah dikatanya mgungkit.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Saya anak sulung kepada empat beradik. Keluarga saya memanggil saya sebagai kakak. Adik-adik saya semuanya lelaki. Masing-masing sudah besar dan mampu menguruskan diri sendiri, kecuali yang paling bongsu yang masih sekolah menengah.

Sejak kecil, saya diajar untuk menguruskan rumah serta adik-adik yang lain. Sampaikan sehingga balik raya di kampung, saya jarang dapat bermain dengan tenang bersama sepupu kerana saya perlu membantu ibu membuat kerja. Jika tidak, ibu akan memarahi saya di hadapan sepupu dan mengugut saya untuk mencubit saya. Kadang-kadang, saya akan tiba-tiba dicubit semasa bermain oleh ibu.

Boleh dikatakan saya perlu menjadi ibu kedua untuk meringankan beban saya. Masa kecil, tentulah saya cemburu dengan sepupu perempuan yang lain yang selalu dimanjakan oleh ibu mereka. Semasa bersekolah, saya tidak ada ramai kawan disebabkan saya seorang yang pendiam. Ada kawan tapi tak ramai, kawan yang rapat pun boleh dikira.

Saya sering dibulii sejak sekolah rendah. Ia bukanlah bulii yang teruk tetapi sekarang jika saya fikir balik, saya boleh katakan yang saya dibulii. Saya tak pernah ceritakan hal itu kepada sesiapa. Selepas habis UPSR, saya dilarang menyertai lawatan kerana saya perlu menolong ibu di rumah. Itu yang abah kata. Abah pun sama. Selalukan biasakan adik-adik untuk mengejek saya.

Kakak tak cantik, kakak busuk. Sehingga saya sekolah menengah, saya dipulaukan oleh ramai orang, Ibu selalu kata saya tak cantik, tak ada yang nak berkawan dengan saya. Saya mula dapat bilik sendiri ketika saya di tingkatan 4, itupun kerana saya berkeras memerlukan bilik sendiri. Hasilnya, saya sering berkurung dalam bilik dan bersendiri.

Saya cuma keluar untuk membuat kerja rumah dan menguruskan adik-adik. Ibu marah dan mengatakan saya mengada-mengada untuk ada bilik sendiri. Saya dah lali. Sekiranya saya tidak mengendahkan ibu atau melawan kata, ibu akan panggil saya anak derh4ka. Saya tidak boleh keluar rumah berjumpa kawan. Boleh dikatakan sepanjang saya sekolah menengah, tiga kali saja saya dapat keluar, itupun saya perlu balik sebelum Asar.

Semasa saya sekolah, ibu langsung tidak membenarkan saya mempunyai telefon sendiri. Alasan ibu, saya tidak perlu. Sedangkan adik saya yang di asrama, ibu berikan dia telefon sendiri semasa dia tingkatan 3. Saya ingat lagi, ibu pernah meletakkan password di telefonnya disebabkan saya selalu diam-diam menggunakan telefonnya untuk berhubung dengan kawan selepas habis SPM.

Ibu marah sangat setiap kali saya sentuh telefonnya. Perkataan “kakak tak layak” selalu ibu kata. Saya pun dah lali sangat. Selepas habis sekolah, saya tidak dibenarkan mencari kerja. Alasan ibu dan abah, saya masih ditanggung oleh mereka dan mereka masih boleh mendapatkan apa saja untuk saya. Tetapi sebenarnya saya perlu berada di rumah untuk membuat kerja rumah. Saya sering cemburu dengan kawan-kawan saya serta sepupu saya.

Dihadiahkan makeup dan apa sahaja. Sedangkan saya cuma diberikan makeup yang dah lama expired yang ibu punya. Itupun, yang tinggal cuma saki baki. Saya cuma dibelikan telefon sendiri sebab saya akan sambung belajar seminggu lagi. Itupun, malam-malam, ibu akan tiba-tiba masuk bilik saya untuk mengambil telefon tersebut dan ditukarkan dengan telefon lama adik, kerana bagi ibu, kakak tak layak nak guna telefon baru.

Kalau keluar berjalan-jalan atau pergi ke kenduri, ibu akan diam-diam memarahi saya sebabkan saya ketawa atau senyum. Kata ibu, saya tak cantik untuk senyum di depan orang ramai. Saya pernah luahkan semuanya dalam diari semasa saya sekolah rendah, tetapi ibu jumpa dan baca. Ibu sangat marah kerana dalam diari itu, saya banyak tulis “ibu tak sayangkan kakak”.

Sehingga hari ini, ibu akan mengungkit tentang diari itu. Kalau saya nak berpakaian mengikut trend, ibulah orang yang akan paling marahkan saya. Ibu pernah memanggil saya murahan hanya kerana saya tuck-in baju saya semasa memakai skirt. Masa itu saya masih sekolah. Boleh kira juga berapa kali saya meminta ibu atau abah belikan kasut atau seluar sukan.

Saya terlalu takut untuk meminta. Sekarang saya berumur 20 tahun dan masih belajar. Saya kenal dengan bekas teman lelaki semasa umur 18 tahun di kampus. Ibu sangat tak suka dan sering suruh saya untuk putus. Selang beberapa bulan, kami pun putus. Hujung tahun lepas, saya mula kenal dengan teman lelaki yang sekarang, juga dari kampus yang sama.

Saya merahsiakan hal ini dari ibu selama beberapa bulan, sebelum ‘k4ntoi’. Ibu marah dan kata yang saya terlalu gatal untuk bercinta. Dan sering harapkan kami putus. Teman lelaki saya tahu hal sebenar, dan dia sering memujuk saya untuk tak ambil hati tentang ibu. Sekarang saya belajar dari rumah, saya sering bergaduh dengan ibu, Disebabkan ibu selalu marah saya tidak menjaga adik-adik dan hanya belajar.

Sedangkan adik-adik saya sudah besar. Seorang berumur 19, seorang berumur 18 dan seorang lagi tingkatan 1. Ibu terlalu menjaga mereka sampaikan baju kotor mereka pun ibu yang basuhkan, tempat tidur mereka pun ibu yang kemaskan Sedangkan baju saya, saya basuh sendiri, tempat tidur saya pun saya kemas setiap pagi.

Setiap kali masa makan bersama, saya kerap disuruh bangun untuk mengambil apa-apa di dapur, bangun untuk buatkan air, bangun untuk ambil tisu, bangun untuk ambil pinggan tambahan. Sampaikan kadang-kadang, saya tak sempat untuk makan bersama. Bila saya minta adik-adik pula untuk bangun, ibu akan melenting dan menyuruh mereka duduk dan makan. Kata ibu, “ibu suruh kakak, kakaklah buat”.

Bila adik-adik selesai makan, ibu hanya akan menyuruh mereka tinggalkan pinggan mangkuk mereka di dalam sinki untuk saya basuh. Saya tolong masak, saya kemas meja, saya juga yang basuh pinggan mangkuk semua orang. Kalau saya merungut, ibu akan melenting dari ruang tamu dan mengatakan saya sangat berkira terhadap keluarga dan hanya mementingkan kawan-kawan saya.

Setiap kali ibu dan ayah bergaduh, pasti nama saya akan terkait dan saya akan dituduh cuba menjadi punca pertengkaran. Ibu selalu menyindir saya dengan mengatakan saya cukup besar untuk keluar dari rumah dan kurangkan beban ibu dan abah. Kata ibu, saya perlu keluar dari rumah dan duduk di rumah lain. Saya sedih, adakah saya ni bukan anak ibu? Ibu benci sangat ke dengan saya?

Mujurlah adik-adik saya sangat baik dengan saya. Selalu menolong saya untuk membuat kerja rumah sekiranya saya menyuruh mereka, dan selalu menyokong saya sekiranya ibu saya mengutuk saya di belakang. Sampaikan setiap kali saya keluar berjumpa teman lelaki, adik-adik saya tidak pernah memberitahu ibu. Kata mereka, saya sudah besar untuk membuat keputusan sendiri.

Saya juga satu-satunya tempat mereka berkongsi sedih kerana bagi saya, mereka lebih selesa berkongsi dengan saya. Sampaikan nak keluar kemana-mana, mereka akan memberitahu saya, baru ibu, Ibu tak suka hal ini. Ibu selalu menyindir saya yang saya ingin menjadi ibu mereka. Saya ada merujuk kaunselor di kampus, dan mereka meminta saya untuk pergi ke bahagian ps1ki4tri di hspital.

Tetapi saya sampai sekarang tidak pergi. Saya takut sekiranya betul saya tertekan, ibu akan kata saya kurang iman dan tidak percaya pada Allah. Saya pernah memberikan hint kepada ibu tentang masalah saya, tetapi ibu akan membidas dan kata, “Kakak dapat macam-macam, kakaklah yang paling banyak ibu belanjakan, kenapa kakak nak str3ss?.

Kakak bukannya kerja, ibu dah bagi kakak semua benda kakak nak” dan mula mengungkit tentang setiap benda yang ibu beri. Saya tau, saya tak perlu semua itu. Saya cuma nakkan ibu untuk faham saya dan cuba untuk mendengar. Ibu, kakak penat. Kakak sayang ibu tapi kakak penat. Kakak anak ibu juga, tapi ibu selalu lupa yang kakak anak ibu. – Kakak (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Sunita noor – Semoga Allah permudahkan urusan awak tuan tanah..belajar lah setinggi yang boleh..gapai kejayaan dan jika perlu usahalah sehingga terbang ke langit biru. Carilah pekerjaan yang sesuai..dan keluar dari situ..hidup dan dapatkan pengalaman, keyakinan diri anda semula. Bina harga diri..anda ada adik-adik yang sangat menyokong. Cari kebahagiaan sendiri..

tentang ibu dan ayah kalau selalu dizikir anak d3rhaka. belum tentu neraka tempat kamu. Jangan sedih..teruskan kehidupan. Jangan biarkan perlakuan ibu merosakkan diri kamu. Malangnya ibu kamu kerana “mnganiayai” anak sendiri. Semoga suatu hari, Allah hadirkan rasa kesedaran dalam hati ibu dan ayah. Jalan terus..jangan toleh ke belakang lagi.

Nurul asyikin – Percayalah..didikan ibu adik tu akan menjadikan adik seorang suri /isteri /ibu yg rajin. Mungkin sekarang adik xnmpak, tp anak yg selalu tolong kerja rumah ni lebih matang dan bijak. Sy masih x faham kenapa mak ayah adik suka merendahkan adik. Mungkin mak ayah adik xboleh memewahkan adik, tp sy pasti keperluan asas semuanya lengkap.

Anak sulong selalu akan rasa xdapat apa yg dikehendaki. Tau kenapa? Sbb mak ayah xfaham keperluan sehingga mereka ada pengalaman dgn anak2 seterusnya. Adik pi ye ps1ki4tri tu. Xperlu beritahu kat mak jika itu xselesa dan mengundang kec4man. Tu aib adik, jaga dan simpan. Hnya buka kpd org yg adik selesa.
Mak ayah kena hormati.

Walaupun kadang2 mereka x sempurna. Generasi mereka xdiajar meluahkan dan menunjukkan sayang. Trust me, diorang sayang adik. Sentiasa berfikiran p0sitif dan kuat. Anak sulong memang kena pandai berdikari.

Siti nur – Dear tt, sy pon anak sulung. Dari broken family. Dan berkahwin pula dgn suami yg juga anak sulung. Apa sy boleh cakap, memang kena banyak bersabar. Sabar xmudah tapi kita ada Allah untuk mengadu. Dan awk beruntung ada adik2 lelaki yg caring dan faham perasaan awk. Sy dulu pon member0ntak jgk kenapa semua benda anak sulung yg nk kena buat. Nak2 adik lelaki sy dirajakan.

Memang macam tulah adat melayu. Anak perempuan kena buat keje rumah. Anak lelaki goyang kaki. Tapi bila dah kahwin ni, sy pula dikurniakan anak sulung perempuan. Terdetik dalam hati sy, sy xnak layan anak sulung sy ni sama mcm adat melayu lain. Anak lelaki ke anak perempuan masing2 kena diberi tanggungjawab. Dan sekarang, sy duduk jauh dari keluarga sy. Baik mak atau ayah sy merindui kehadiran sy dan cucu mereka.

Tiap kali balik je mesti dapat layanan yg istimewa. Lama kelamaan perasaan xpuas hati masa kecik tu hilang. Sy pula yg jadi rindu dekat dorang. Tapi dalam confession awk ni, sy sangat bersimpati. Sy doakan urusan awk segera dipermudahkan urusan. Jaga diri baik2, jaga solat. In shaa Allah, better life will come to you after hardship. Hugs.

Izzaty chan – Entah lah dik. Akak pun macamtu sebenarnya. Akak anak sulung. Akak paling banyak melawan. Sebab akak paling tak tahan ditindas sampaikan kasut sekolah adik adik pun akak kena basuh. Salah adik adik, akak kena blame. Akak lah paling nakal katanya. Akak dah merasa sampaikan ma akak buang baju sekolah beg semua kat semak – atas alasan tak cuci kasut adik adik Ok.

Sebab anak sulung perempuan WAJiB buat semua tu walau adik adik akak ada lelaki, ada perempuan. Akak cakap kat diri, nak keluar cepat cepat dari rumah. Akak belajar sampai diploma je dik. Akak balik pun jarang, sebab tempat study dekat dengan rumah. Dan parents tak bagi belajar jauh jauh. Apa akak buat, akak lagi jarang balik lepas dah kerja. Akak berani sound satu satu apa yang salah.

Ya memang di cop akak macam macam. Tapi buat tak tau je. Nampak diorang dah slow down sikit sikit. Dah kawin beranak pinak, akak selalu jugak balik. Kecuali PkPB ni. Sekarang akak ada je perli perli akak kena macamni macamtu. Diorang diam je lah kena telan je la apa diorang buat. Sekarang, akak lah anak yang boleh kata dekat. Akak masak masa balik weekend, bawak cucu cucu balik.

Akak let go je perasaan sakit jiwa tu sikit demi sikit. Akak dah nak 30 dan masa akak dengan parents akak tak lama. Akak cuba bahagiakan diorang pula. Akak bagi duit, belikan skincare & belikan emas. Nampak parents akak makin ok. Takpe time will ease the pain dik. Akak harap awak kuat. Kalau stress, awak DM akak ok.Big hug

Sumber IIUM