Di copnya sy xbuat kerja. Mereka suruh blajar rajin2, tp bila dpt naik pentas, xdtg pun tgok. Alasn mereka mmg xbo terima.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi, saya perempuan, 14 tahun dan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Ayah saya bekerja sendiri dan mak saya seorang nurse di hspital semi government.

Saya sulung, adik lelaki 13 tahun, adik perempuan 11 tahun, adik perempuan lagi 7 tahun dan last adik lelaki 4 tahun. Saya rasa rimas duduk rumah, saya tak ada bilik sendiri, tak ada privacy langsung. Saya ada 3 kawan baik tapi sorang pindah tinggal la 2 orang, tahun lepas sekelas tapi tahun ni diaorang masuk kelas lain, tinggal la saya sorang.

Bila kawan bertiga ni mesti ada sorang yang tersisih, saya la tu. Jadi rasa tak best nak pergi sekolah kalau tak ada kawan, tapi dalam masa yang sama saya tak suka duduk rumah. Saya kena sidai baju, sapu sampah. Kalau time sekolah, saya yang kena iron baju adik perempuan saya yang 7 tahun tu, saya jugak yang kena susun buku sekolah dia ikut jadual.

Adik lelaki 13 tahun, sekolah ke tak sekolah ke sama je kerja dia duduk rumah main phone hadap laptop satu kerja pun tak pernah buat. Adik perempuan 11 tahun dia tolong angkat baju je, adik perempuan 7 tahun pula kena tukar lapik kaki depan bilik air. Saya ada masalah susah nak tidur malam, memang susah sangat.

Setiap kali nak tidur mesti rasa sesak nafas sebab asyik fikir pasal m4ti, tak nak fikir pun mesti terfikir juga. Kalau nak tidur awal pukul 11 sekali pun, pukul 5 pagi tu belum tentu dah tidur, memang ngantuk macam mana sekali pun tak boleh tidur.

Jadi lepas subuh memang sambung tidur balik, bila bangun lambat mak terus marah kata, “bangun lambat, mandi, keluar bilik time makan je, satu kerja pun tak buat”. Selalu la macam tu bangun lambat je terus cop tak buat kerja padahal adik lelaki tu pun tidur lambat sebab main phone, bangun lambat juga tapi tak pernah pun dia kena marah.

Bila saya kata kat dia pasal benda ni nanti mesti dia marah balik, “kenapa nak bezakan hang dengan dia, hang tu perempuan”. Jadi faham la kat sini, dia kata sebab adik saya tu lelaki, sebab tu dia tak kena buat kerja rumah. Memang nangis teruk time ni, tak sangka mak sendiri fikir macam ni.

Saya selalu kena marah sebab selalu duduk dalam bilik main phone je kerja katanya. Saya memang tak suka keluar bilik, setiap kali keluar, mesti kena suruh buat kerja lain yang tak sepatutnya saya buat pun. Kalau ikutkan adik lelaki tu kena isi air dalam botol jeeee, kira kerja paling senang la tu.

satu kerja tu je dia kena buat tapi dia buat sekali tu je la waktu mak suruh tu then sampai sekarang tak pernah buat kerja langsung. Dia paling self1sh, paling degil, memang dengan mak ayah sendiri pun kurang ajar apa tah lagi dengan orang lain. Mak suruh potong kuku dia yang panjang tu pun sampai nak kena jerit jerit, banyak kali suruh tapi sampai sekarang tak pernah nampak lagi la dia potong kuku.

Tapi untung la dia, perangai macam tu pun mak ayah still manjakan dia. Sama la macam adik lelaki last tu, dia buat salah, orang lain yang kena marah, memang paling manja la. 4 tahun minum susu lagi, bila berak orang yang kena basuhkan ha saya la orang tu. Sedih betul hidup ada masalah family ni, kadang sampai satu tahap memang fedup g1la.

Tak rasa nak bnuh diri, tapi rasa nak tekap bantal kat adik sendiri, memang tak tahan time tu tapi alhamdulillah tak pernah la nak buat dia cam tiba tiba terfikir je tapi tak pe la. Adik lelaki saya tu sepatutnya dia kena duduk rumah penjaga tapi sebab dia tak nak, mak ayah pun ikut je la cakap dia, siapa yang kena ikut siapa sebenarnya

Jadi setiap kali mak ayah kerja saya la yang kena jaga dia, dengan tak boleh tidur, tak cukup tidur then kena bangun awal pula sebab nak kena buat breakfast kat dia, nak mandikan dia lagi. Str3ss memang str3ss tapi apa boleh buat kan. Memang manja terlebih sangat la sampai menyusahkan orang.

Mak ayah memang akan bayar kat penjaga tu walaupun adik saya tu tak pergi pun kat rumah dia. Apa guna bayar kalau tak pergi kan, tapi bila cakap macam tu kat mak, mak akan cakap, “kesian kat dia”, “kesian kat dia” sebab penjaga tu garang.

Tapi tu la mak kesian kat dia tapi tak kesian kat saya, kalau macam tu baik bayar duit tu kat saya je kan. Ini nak tambah saje, mak ayah selalu suruh belajar rajin rajin, kita pun belajar la elok elok. Tapi bila dah dapat naik pentas, mak ayah tak pegi pun.

Orang lain semua pergi tangkap gambar semua dengan family, kita ni duduk rumah sebab mak ayah tak pergi. Kadang rasa macam, dalam setahun tu tak kan tak boleh mintak cuti sehari je nak pergi tengok anak sendiri naik pentas. Kadang tu mak cuti tapi tak pergi pun majlis tu, mak bagi alasan sebab tak nak bawa adik.

Padahal boleh je hantar kat penjaga sekejap, tapi tu la still bagi alasan yang sama “kesian kat dia” tapi tak kesian kat saya, huhu. Memang setiap hari akan nangis sebab benda yang sama, stress sangat sangat sangat tapi tu la tak ada siapa kisah, hehe. Rasa puas sebab dapat luah, selama ni pendam sorang sorang je. Terima kasih kalau ada yang baca sampai habis, saya appreciate. – Anonymous (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Azaq k – Dik, smoga sntiasa dalam lindungan Allah. Smoga adik dpt straight A’s dlm semua subjek. Boleh kerja bagus2. smoga perjalanan hidup adik dimudahkan. Allah takkan uji kalau hambanya tak mampu. Trust me. Satu hari nnt adik akan trase manisnyer hikmah di sebalik ujian tu. Mmg bosan takde best friend.

Try buat connection yg baru dengan kawan2 yang baru. Jgn jadi pendiam sebab takde kawan baik. Cuba berkawan dengan semua orang. Nnt lame2 adik akan rase ok lah tu. Smoga Allah bukak pintu hati ibu n ayah adik utk lebih hrgai adik yer. Salam sayang..

Liniey coway – kesian awk dik.. awk mcm ada anx1ety sbb fikir pasal m4ti.. akk doakan nnt bila awk dh besar, Allah akan berikan kebahagiaan dan kesenangan dgn asbab adik sabar dengan dugaan masa kecil ni. Ramai anak-anak yg alami perkara mcm adik lalui, tp adik percayalah, semua ini satu fasa dan satu hari akan berakhir.

kalau adik sedih,marah,penat, rasa terpinggir, adik tanam dan doa dlm hati minta Allah bagi lah kebahagiaan bila dah besar nnt.. suatu hari nnt bila Allah dh makbulkan, adik akan rasa bersyukur sgt. dalam hidup ni, ujian Allah akan sentiasa ada. Dan ikut kemampuan kita..

Bila kita sabar, ada ganjaran yg Allah akan bagi di dunia dan akhirat. Akk doakan adik jadi orang yg penyabar dan jadi anak yg bijak serta solehah. Dipermudahkan urusan di masa hadapan.. be strong adik.

Didi adilah – Entahlah dik, harap awak keep strong. Cari tempat untuk luahkan. Diari pun boleh. Sebagai anak, tak banyak kita boleh solve cuma dari pihak kita. Bila luah kat parents kadang kena gelak, kadang kena marah balik, kadang2 dikata tak bersyukur. Entah. Bila ditegur, kata ibubapa lain tak buat macam diorang buat, tak pernah diterima, eg0 macam diorang je yang betul. Payah.

Solution terbaik akak rasa adalah, belajar sungguh2 dan cuba apply asrama. Don’t put too much expectation on your family. Kalau dah memang macam tu mmg susah nak berubah. Bila kurang expectation ni Kita pun tak rasa hampa sangat. Selama ni duk mengharap kat anak sulung je, biar diorang rasa hilang satu tulang belakang bila awak takde kat rumah.

Parents please la belajar menghargai, bagilah coklat ke, belanja baju baru ke hadiah murah2 pun takpe asalkan anak terasa dihargai. Sudahlah tak dihargai, kena pilih kasih pulak. Risau pulak pasal masalah tak boleh tidur tu. Kadang2 bila luah kat parents masalah macamni dikatanya sebab selalu sangat tengok phone. Semua s4kit salah phone. Padahal masa tak boleh tido tu terkebil2 tengok syiling.

Try la baca buku sejarah ke. Kalau rasa teruk sangat smpai mengganggu hidup cuba jumpa doktor. Takpe, put your trust in Allah and future. Belajar jauh2 and one day gain your own money. Jgn berharap pada orang lain untuk kebahagiaan kita. And in future if you become parents, don’t do this to your children.

Sumber IIUM