“Bukn m4ti pun”. Kami miskin, rumah tumpg tanah nenek. Disindr dan dipulau. Tp bila bawa kereta sporty, smuanya brubah

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tujuan menulis ini sekadar mencurahkan isi hati dan bukanlah aku mengeluh tentang perjalanan hidup yang sememangnya aku rasa Allah dah tentukan yang terbaik untuk setiap umatNya.

Kisah aku ini mungkin klise dan biasa berlaku pada semua orang. Kalau kalian nak share versi aku akan baca satu persatu nanti. Aku anak perempuan sulong dibesarkan dalam keluarga yang bahagia, mak, abah dan adik. Walaupun kami miskin pada masa aku membesar, aku tidak pernah mengeluh kerana aku tahu kemiskinan itulah mengajar aku kuat dan berjaya seperti hari ini.

Aku bangga mempunyai mak yang sangat kuat dan dialah juga kekuatan aku untuk buatkan dia bahagia dan tersenyum seperti hari ini. Dia bangga ada aku sebagai anak sulongnya dan akulah kepala keluarga semasa 11 tahun abah str0k. Mak aku berkahwin dengan lelaki bukan kesukaan nenek dan datuk aku. Abah aku adalah anak yatim piatu yang dibesarkan oleh abangnya mempunyai lebih 10 anak.

Pendidikan setakat darjah tiga, dia bekerja sebagai buruh kasar di kilang simen. Kasar sangat kerja abah aku n sebab sampai rambut pun keras kena simen. Cuma abah aku hensem la bak kata orang kampong. Mak aku pula buta huruf tidak pernah jejak kaki ke sekolah dan bekerja kilang sehingga aku habis belajar. Tapi dia punya garang mengalahkan cikgu.

Dia nak bakar buku-buku aku bila cikgu komplen aku tak buat kerja rumah. Sumpah aku takut buku kena terbakar, apa nak tunjuk kalau cikgu tanya. Kemiskinan ini tidak pernah membakar jiw4 aku untuk membenci sesiapa tetapi sikap pilih kasih keluarga mak membuat aku memendam beribu parut dan luka.

Kata-kata h1naan kepada abah aku yang menumpang hidup di tanah nenek, sindiran-sindiran yang melukakan hati orang tua aku sangat terkesan pada diri aku. Di sekangkang kera tanah nenek itu, ada beberapa rumah adik beradik emak yang sama-sama menjalani kehidupan. Beza membeza tentang kepandaian, kebijakan dan kerajinan menjadi asam garam sepanjang aku membesar.

Aku ada ramai sepupu perempuan di mana semuanya lebih kurang sebaya dan ada juga yang sebaya. Mereka ini tidak pernah menganggap aku sebagai ahli keluarga sebaliknya aku seperti tidak wujud walaupun membesar depan mata. Aku dua beradik selalu diasingkan dalam apa-apa keadaan sejak dulu hingga kini.

Tak kisahlah, bukan m4ti pun kan itulah ayat memujuk hati. Hahaha. Setiap kali bulan puasa, masakan yang nenek masak akan silih berganti ke rumah anak-anak kesayangannya kecuali rumah aku. Aku melihat dengan pandangan kosong walapun aku tahu hati mak aku menangis. Mak kata nanti dia gaji, kita akan makan sedap-sedap dan jangan sesekali meminta-minta dengan mereka.

Biar makan nasi dan air garam sekalipun, jangan meminta walau seulas bawang pun kata mak. Tak m4ti pun kan kalau tak dapat bubur lambuk nenek tu. Hari assyura, aku boleh beratur kat masjid la, kalau rajin beratur boleh dapat dua bungkus tau. Setiap kali akhir tahun di mana ada penyampaian hadiah kecemerlangan akademik.

Nenek akan memberitahu mak yang dia mahu ke sekolah melihat cucu-cucunya ambil hadiah sambil menyebut nama-nama mereka tanpa nama aku adik beradik. Sedangkan aku dan adik sejak darjah satu hingga darjah enam, tidak pernah berada di bawah top three. Nenek pernah sindir adik aku yang ulang alik ke sekolah ada kelas tambahan supaya tidak perlu belajar sebab nanti akan kerja kacau simen sama seperti kerja abah aku.

Kata-kata ini tidak mungkin orang h1na seperti kami ini dilupakan. Tapi tak m4ti pun la kalau kena sindir…. bukan kena petir. Dengan hidup serba kekurangan, tidak semua kita mampu buat sebab duit itu memang menjadi penentu keputusan apa yang lebih rasional mengikut keadaan. Aku dan adik memang agak bijak sejak dari kecil.

Sehinggakan ada orang kampong tanya mak aku, apa dia bagi aku makan adik beradik boleh bijak. Hahaha… kalau dia tanya aku, confirm aku jawab kami makan kamus jer makcik. Adik aku pernah menjadi pelajar terbaik di sekolah dan itu anugerah tertinggi pada masa itu. Dia ambil hadiah itu tanpa mak dan abah aku sebab kedua-duanya perlu bekerja dan jika tidak datang kerja, elaun akan dipotong.

Kecewa hatinya sebab mak dan abah aku tidak berdiri sama-sama dengannya di pentas. Adik aku campakkan piala itu setibanya dirumah dan menanggis semahunya. Pilu hati semua…. baik mak, abah dan aku. Semasa aku pulang selepas mengambil result PMR, nenek bertanya berapa A yang aku dapat. Aku katakan aku akan beritahu dia selepas aku beritahu mak dan abah aku yang masih belum balik kerja.

Aku rasa dia tidak perlu tahu pun berapa aku dapat sebab aku bukanlah penting dalam hidup dia. Dia mencebik bila mak cakap aku dapat 5A dan 3B, katanya bukanlah pandai sangat sebab cucunya yang sebaya aku dapat 7A dan 1B. Tak m4ti pun la tak dapat 7A tu. Dengan result yang agak baik, aku ada impian untuk sambung ke sekolah teknik tetapi pada masa yang sama adik aku perlu masuk ke sekolah berasrama.

Maka aku koyakkan borang yang aku ambil itu dengan deraian air mata. Duitlah masalah utama pada ketika itu. Aku katakan pada adik jangan dia sia-siakan peluang sebab aku telah berk0rban untuk dia. Alhamdulillah, aku berjaya juga ambil bidang kesukaan aku kejuruteraan di university walaupun aku sekolah harian. Sungguh Allah maha mendengar apa yang kita mahukan.

Semasa mendapat keputusan SPM lebih mengharukan bila nenek dengan suara yang kuat mengatakan cucunya lebih pandai sebab mendapat pangkat 1 dengan 14 agregate sedangkan aku cuma pangkat 1 dengan 11 agregate. Mujurlah jiran yang dengar menerangkan pada nenek, yang lebih kecil aggregate lebih baik. Penat sebenarnya hidup dengan manusia yang macam ini.

Agregate pun tak tahu binatang apa, lagi nak banding-bandingkan aku. Masa ini aku sudah mula member0ntak tetapi mak selalu ingatkan jangan sesekali aku bersikap kurang ajar dengan nenek. Sungguh tidak seronok hidup dengan ahli keluarga yang saling bersaing menunjukkan siapa lebih pandai, siapa lebih hebat dan siapa yang akan ketinggalan.

Tiada langsung sikap saling membantu dan menyokong dalam persekitaran aku. Dengan memulaukan keluarga aku, mereka semua seolah-olah tidak suka kami bangkit dari kesusahan. Ada sahaja kata-kata neg4tif ditalakkan di telinga. Makcik pakcik aku yang anak-anak kesayangan nenek bukanlah kaya raya atau bijak pandai tetapi menjadi d0sa kalau kami adik beradik menjadi lebih pandai daripada anak-anak mereka.

Sedar diri tentang semua kekurangan yang ada disekeliling, aku terus melangkah tanpa menoleh lagi. Aku abaikan semua mereka sejak itu. Jika ada kenduri kendara, aku pandai-pandai bawak diri. Jika nampak mereka ok, maka aku layankan berbual, membantu dan sebagainya. Jika tidak ok, aku akan angkat kaki lebih awal dan mak akan faham kenapa aku begitu.

Aku tidak kisah dan tidak pernah ambil peduli lagi tentang mereka. Aku bahagia mengamalkan cara ini sebab aku tidak perlu s4kit hati atau berd3ndam. Sesekali melihat nenek gelak ketawa bergurau dengan cucu yang lain, aku tertanya kenapa aku tak pernah dapat moment macam itu. Arghhh tak m4ti pun kan kalau tak dapat… pujuk hati lagi.

Syukur, walaupun dikelilingi ahli keluarga yang t0ksik begini, aku selalu dikurniakan Allah kawan-kawan yang baik. Aku memang akan mempunyai klik yang kuat dari pelbagai kumpulan kawan sama ada sekolah rendah, menengah, university dan tempat kerja. Dengan sertai NGO juga aku punyai ramai kawan dari setiap negeri dan Negara lain.

Pendek kata kalau aku bercuti mana-mana dalam Malaysia ini, insyaAllah ada sahaja kawan yang akan ajak jumpa. Dunia kawan memang membahagiakan aku kerana ada antara mereka yang sangat baik mengalahkan d4rah daging sendiri.BAllah panjatkan usia nenek aku untuk melihat kesemua cucunya membesar, baik yang dia sayang atau yang dia menyampah.

Aku cucu pertama dia yang dapat perkerjaan yang baik dan mampu pakai kereta selepas tiga bulan bekerja. Ada juga cucu-cucu dia yang lebih tua dari aku tetapi kebanyakannya tidak belajar tinggi dan ada yang belajar peringkat diploma pun kerja di cashier pasaraya. Tapi nenek aku bangga jer dengan diaorang semua, pandai cari duit katanya.

Kereta aku yang agak sporty itu menjadi sejarah sebab tiada seorang pun anak-anak nenek yang pakai kereta dan akulah keturunan pertama dia yang beli kereta. Loan ajer pun tapi Alhamdulillah mampu la jugak kan. Setiap kali gaji, mak aku akan paksa aku angkut nenek sekali bila kami nak pergi makan tempat best-best.

Dan nenek aku suka yang amat bila aku bawa dia berjalan dan belanja makan. Nama aku, nama kedai itu akan menjadi sebut-sebutan dalm tempoh sebulan sebelum gaji akan datang. Entah kenapa aku happy jugak bila tengok nenek aku macam tu. Aku tidak pernah berd3ndam dengan dia dan kadang kala macam nak berterima kasih pun ada sebab perbezaan yang dia berikan itu menjadi titik positif pada aku adik beradik.

Mak aku selalu cakap, biar orang buat kita, kita jangan buat orang. Cuma anak-anak dan cucu-cucu nenek aku masih mewarisi sikap yang sama. Selepas aku mampu sedikit, aku sudah pun pindah jauh dari tanah nenek dan aku biarkan rumah mak aku di sana untuk anak cucu nenek aku yang kurang berkemampuan.

Mak masih tinggal dengan aku walaupun aku sudah berkahwin. Abah aku sudah pergi sebelum sempat merasa semua kesenangan ini. Terkilan juga aku namun Allah lebih sayangkan dia. Aku sudah membawa mak menunaikan umrah beberapa tahun lepas. Ke mana-mana aku berjalan jauh atau dekat mak akan ada sekali melainkan berkaitan kerja.

Satu jer doa aku mohon dari korang, doakan aku dapat jaga mak aku lebih lama lagi. Korang jangan pernah terluka walau apapun dugaan sebab BINTANG YANG PALING BERSINAR ITU ADA DI MALAM PALING GELAP! – Mawar Terpinggir (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Dina ryoko – Alhamdullillah, tahniah confessor dan terima kasih berkongsi kisah begini. Finally something positive came out after tonnes of negative stories. Pertama kali baca, saya sudah ada perasaan bahawa kisah kita ada persamaan semasa kecil. Bila kita miskin, pandai pun orang tak pandang berbanding mereka yang kaya.

Biasa dah diperli kita bakal mewarisi pekerjaan ibu bapa, kita bodoh sebab score sekian banyak A (padahal kita score lebih baik daripada saudara kita), but in the end parents saya kata mereka hanya mampu bagi pendidikan pada kami adik beradik.

Dengan pendidikan yg diberikan dan rezeki dari Allah, kami beradik sampai juga membawa harapan ibu bapa utk melihat kami ke menara gading dan seterusnya meneruskan kehidupan sendiri dgn pendapatan sendiri.

Farid laila – Ye nenek tu jahat.nak je aku m4ki.tp bila fikir2 balik, jahat2 dia, bg jugak korg menumpang tanah dia ..i mean, i have seen worst, jgn kan nak menumpang tanah, balik jejak kaki lun dih4ramkan kalau nenek tak suka…

dia mgkin berdndam sbb abah awak bukan menantu pilihan tp sbnrnya dia syg mak awak tu…tp ye lah, sakit di anak tirikan oleh darah dgg sndiri..tp mak awak did a good job didik awak berdua.

Cik ros – Macam kisah family aku masa kecil la. Paling miskin. Saudara pun tak mengaku. Dah besar baru tahu ramai yg bersaudara.
Kadang2 kenduri pun ada jiran tak jemput sbb kami miskin dan ramai adik beradik. Org kg pun ada tak benarkan anak mereka berkawan dgn kami. Sbb miskin. Hari raya kami sekadar nak pergi minta maaf je.

Jiran tak bg pun duit raya tp dekat kwn yg pergi sekali dgn kami dpt duit raya. Lepas tu dia canang 1 kampung kata kami lapar sgt. Padahal tak mkn sgt pun kuih rumah dia.
Sbb miskin banyak juga halangan dan masalah nak ke sekolah. Sek rendah jalan kaki saja 1km. Sek menengah basikal kerap rosak. Jarak 8km. Duit belanja tak ada. Duit yuran tak bayar. Mujur rezeki sy murah.

Sejak sek rendah sntiasa dpt bantuan persekolahan dan biasiswa hingga sek menengah. Walaupn kerap skip sekolah tp selalu top 3. Adik beradik kami satu2nya family yg pecah tradisi kampung dpt ke universiti. Sejak tu org kg buka mata. Org yg kerap dih1na atau anak yg kerap diskr1minasi, jika dia bersabar dgn ujian Allah mmg akan berjaya dan berdikari. Tu yg slalu berlaku.

Sumber IIUM