2thn aku jd ibu tunggal, hy sehari peruntukn masa utk mnangis spuasnya. Ini yg aku lakukn pd ramai yg btanya.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Bismillahirohmanirrohim.. Assalamualaikum sahabat dunia akhirat. Aku kenalkan diri sebagai Nur Ain. Berumur 30 tahun.

Mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 tahun 9 bulan. Seorang pemegang ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana. Tapi sudah lama mennggalkan dunia makan gaji dan sekarang dalam proses mengembangkan rangkaian perniagaan sendiri. Based on tajuk. Tips bangkit selepas bercerrai.

Saya ibu tunggal? Ya, pasti. Kalau tak saya takkan dapat share tips ini dengan kalian. Saya merupakan followers KRT (Kisah rumah tangga) dan tangisan seorang wanita di fb. Banyak, terlalu banyak kisah wanita ditnggalkan. Lebih menyedihkan dengan alasan yang tidak munasabah. Tapi jangan disoal kenapa aku yang terima ujian ini, kenapa aku yang dipilih.

Percayalah bahawa ketika Allah swt menemukan kita dengan orang yang salah, lalu hati kita dis4kiti, percayalah bahawa Allah swt hanya ingin melihat sejauh mana dasar percaya dan kenyakinan kita kepada DIA. Percaya atau tidak, selama 2 tahun saya menjadi ibu tunggal saya hanya memperuntukkn masa satu hari untuk saya menangis semahu2nya.

Selepas itu, saya menjalani kehidupan seperti biasa. Disini saya kongsikan beberapa tips yang saya gunakan untuk saya bangkit selepas dicerraikan, untuk saya melawan sgala perasaan yang mungkin akan memud4ratkan saya dan anak.

A) Hari pertama selepas balik dari mhkmah syariah. Saya mengurung diri di dalam bilik. Saya spend masa untuk saya menangis tanpa pertanyaan yang bertubi2 dari sesiapa sahaja termasuk keluarga saya. Saya offkan hp, saya bawa roti dan air bawa masuk bilik.

Saya minta keluarga saya jagakan anak saya. Saya ingin memberi ruang kepada diri saya untuk meluahkan segala rasa dan merancang apa yang perlu saya lakukan esok hri ketika saya membuka mata. Malam tu saya tido awal.

B) Masuk hari kedua saya ambil kertas dan pen. Saya tulis sebanyak mungkin apa yang saya perlu lakukan. Memandangkan saya tak bekerja dalam satu tempoh yang lama sebelum ini, jadi agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan nak2 bila saya kembali tinggal dengan ibu bapa saya dipekan kecil.

Agak sukar sebenarnya. Saya ketepikan soal kerja makan gaji sebab benda take time. Saya fikir anak dan saya perlu makan, walaupun ayah saya pencen pensyarah tapi saya tidak boleh mengambil kesempatan pada mak dan abah saya.

Jadi, satu2nya jalan yang saya ada ketika itu adalah berniaga. Maka, saya mencari perniagaan yang bersesuaian dengan jiw4 saya. Syukur kerana sekarang saya kira saya sebagai usahawan yang berjaya kerana dalam masa 2 tahun saya sudah mampu menggaji orang, menyewa lot kedai dan sebagainya.

C) Untuk bangkit dari pencerraian dan mewujudkan satu semangat dalam diri adalah dengan mengingatkan diri kepada punca kenapa kita bercerrai. Jujur saya katakan bahawa saya direzekikan dengan suami yang baik tapi bukan mertua dan ipar yang baik. Bukan aib mereka yang hendak saya highlightkan disini tapi untuk bangkit wajib mengambil setiap rasa s4kit hati yang kita terima.

Sebolehnya ketepikan soal kebaikan. Sebagai contoh, dulu suami aku baik, selalu tolong aku dan bla bla bla. Kenapa saya kata ketepikan, kerana ia akan jadik batu penghalang paling besar sebab bila kita teringatkan kenangan kita akan sedih dan akhirnya sedar tak sedar kita sedang meratapi sesuatu dan susah untuk bangkit.

Jadi walau ada 1000 pekara baik sekalipun, ketepi sebentar. Fokus pada 1 pekara yang meny4kitkan supya kita ada satu semangat utk membuktikan sesuatu. Betapa ramai wanita yang dicerraikan ternyata mereka lebih berjaya. Jangan dilihat pada mereka yang gagal mewujudkan sesuatu yang berfaedah kepada diri sendiri. Lihatlah kepda orang yang berjaya untuk kita menjadi orang yang berjaya.

D) Kecilkan sgla masalah yang ada. Ada pepatah mengatakan, jangan besarkan masalah yang kecil tapi kecilkan masalah yang besar. Bukan mudah untuk kita lalui ujian pencerraian ini. Ujian ini meruntun jiw4 setiap wanita. Walau kita diz4limi tapi tetap dipersalahkan.

Jadi, apa sahaja h1naan, c4cian dan segala benda yang meny4kitkan cuba kumpulkan di satu ruang didalam akal fikiran dan cuba bina peta minda untuk kita menyelesaikan satu2 masalah dengan cara yang bijak dan berhemah. Minta tolong dengan mak ayah jika masih ada untuk mendoakan kita tanpa henti.

Doa mereka dan doa anak yang masih kecil sangat mustajab. Saya setiap hari minta mak abah dan anak saya untuk mendoakan saya walau saya tahu mak dan abah memang akan doakan saya dan anak tpi merendah dirilah dan merayu dengan mereka.

D) Perkara paling penting dari segala point diatas adalah ketetapan hati kita pada Allah swt.. Untuk bangkit dan mampu melompat setinggi langit, perlu ada izin dari Tuan Rumah Yakni Allah swt.. Perbanyakkan baca quran, solat sunnat dan banyakkan zikrullah..

Jangan rasa puas dengan amal ibadat kita. Lakukan sehingga kita rasa malu yang teramat sangat dengan jumlah bekalan yang kita ada untuk dibawa mengadap Allah swt. Saya lakukan segala tips di atas. Syukur sehingga hari ini saya dan anak saya masih diberikan rezeki dari Allah swt.

Tak pernah tak makan + dapat selesai semua komitmen setiap bulan dan dapat reward sesuatu untuk anak dan mak abah. Bahkan kehidupan saya lebih baik dari sebelum ini. Bila ada kawan2 yang bertanya kepada saya. Macam mana saya mampu manage em0si sendiri selama ini.

Saya jawab, saya selalu setkan dalam diri saya bahawa segala apa yang kita ada adalah milik Allah swt termasuk bekas suami. Dia adalah milik Allah swt dan Allah swt berhak mengambil kembali dengan cara apa sekalipun, bercerrai m4ti atau hidup. Itu semua hak Allah swt.. Ada masanya kita berfikir tapi jangan keterlaluan.

Kita yang memegang tittle ibu tunggal ini harus banyak yang buruk yang kita akan hadapi dari kebaikan. Tapi niatkan segalanya kerana Allah swt, insyaAllah akan dipermudahkan. Jika hari ini kita sudah berjaya asbab kita mengingati setiap keburukan yang kita terima dahulu. Jadi bila sudah senang ambillah kembali kebaikan yang kita ketepikan tadi untuk mudah kita memaafkan.

Bersyukurlah bahawa kita dicerraikan kerana sekurang2nya satu doa terhapus dari dalam kita iaitu d0sa seorang isteri kepada suami. Jangan rasa down, listkan setiap kebaikan dari pencerraian ini agar hati kita mudah untuk redha. Semua benda adalah ditangan kita. Baik j4hat, bahagia sengs4ra.

Hakikatnya kita yang pilih. Jika selepas bercerrai kita memilih untuk meratapi, kita akan meratapi. Tapi jika kita pilih untuk bangkit, maka tidak ada satu pun yang boleh menghalang kita untuk bangkit kecuali Allah swt. Sampai disini sahaja penulisan saya. Semoga segalanya bermanfaat. Ibu Tunggal, – Nur Ain (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Zie suzie – Suami bukan milik mutlak kita. Sebagai seorg isteri kita kena ready gitu. Kalu tak berpisah hidup kita akan bercerrai mati. Paling penting sayangi diri anda. Masa kahwin simpan la sikit untuk diri.

Enjoy your life, find your happiness. Mungkin masa bercerrai tu kita nampak salah org je tp jgn lupa kita pun manusia. Next time klu ada jodoh lagi ubahla sendiri. Gitu. Single mom with 2 kid

Pineapple sunshine – Jika hari ini kita sudah berjaya asbab kita mengingati setiap keburukan yang kita terima dahulu, jadi bila sudah senang ambillah kembali kebaikan yang kita ketepikan tadi untuk mudah kita memaafkan. Bekas suami yg baik… Tapi keluarga mentua yang kurang baik… Mahu saja dikata punca percerraian kerana kejahatan orang lain, jadi…

Mereka yang ada anak atau saudara yg bercerrai… Fikir ada x salah aku yg menjadi punca perpisahan mereka… Jangan ingat biar aku sahaja bahagia org tu jangan… Dunia ni ada karma.. Allah Maha Tahu, bahkan setiap apa yg berlaku adalah dlm pengetahuan dan sudah tertulis, beriman dgn qada n qadar…

Bahawa apa yang berlaku kini dan akan dtg adalah dlm aturanNya… Sebagai hamba taubat dan memaafkan adalah pingat yang cantik.. Rezeki anak adalah amanah dan anugerah… Walau ibu ayah berpisah anak perlu dibesarkan dgn p0sitif tanpa stigma ngatif ibu dan ayah bercerrai, bahkan jika boleh hubungan anak dgn keluarga ex dapat terus dijaga…

Andai si ayahnya abaikan nafkah anak, yakin rezeki ada dan Allah sebaik pemberi dgn diri kita juga suka bersedekah.. Wanita mudah masuk syurga jika taat pada suami… Dan mudah masuk ner4ka jika derh4ka… Allah mahu yg terbaik buat hambaNya dan pasti tiap kesabaran ada ganjararan di syurga. Bagi yg diluar sana jangan pandang serong pada janda.. zaman sekarang wanita lebih banyak peluang untuk berjaya berkat doa dan kebaikan..

Juga buat lelaki yang menduda, mungkin mereka juga memendam rasa.. ex juga mesti kuat untuk membina hidup baru tanpa anak n isteri dulu, mungkin ada pengganti yg lebih baik.. mungkin juga jika ada jodoh boleh bersatu kembali… Suami isteri ni ikatannya luar biasa dan bercerrai memang sangat menyedihkan.

Masyitah – Dah jadi trend pula aku tengok mertua yang anak dia lelaki ni buat perangai. Kau ingat kau besar sangat ke buat anak lelaki kau ceraikan anak perempuan orang lain. Yang ni siap ada cucu. Takpe lah, nanti Allah balas. Jangan nak tunggu sampai herot petot muka kau baru kau nak merangkak minta maaf dengan orang yang kau aniaya. Kau tak besar, Allah Maha Besar.

Sumber IIUM