Suami seorg askar. Tahun ke5, aku dah xsggup. Aku pukl, acu psau pd suami bl pmintaan aku ditolak.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Nama aku Maya. Seorang ibu dan mempunyai anak lelaki berumur 3 tahun.

Pernikahan aku menginjak masuk 5 tahun bersama suami yang merupakan seorang anggota Tentera. Aku bernikah seawal usia 25 tahun, perkenalan bersama suami yang singkat selama 6 bulan tanpa berfikir panjang dan membuat keputusan untuk berkahwin. Masa kami berkenalan, aku tidak tahu suami sudah mempunyai pilihan keluarga.

Suami tidak jujur. Oleh kerana aku hadir dalam hidup suami, suami memilih aku dan memutuskan pertunangan dengan wanita pilihan keluarga. Pada ketika itu, aku tahu budaya keluarga, lifestyle, cara pemikiran aku dan suami jauh berbeza tapi aku nekad meneruskan perkahwinan sebab aku rasa aku boleh menyesuaikan diri walhal kami tidak sekufu.

6 bulan pertama kahwin semua indah. Masuk bulan ketujuh, aku sudah mula tawar hati pada suami. Mungkin pada aku, ada atau tiada suami keadaan tetap sama. Tak dinafikan, sebagai isteri seorang tentera aku banyak berdikari dan sering ditinggalkan berbulan. Ini tidak menjadi isu kerana aku sedia maklum tugas tentera.

Cuma suami kurang peduli, kurang consent hal aku dan anak. Aku juga ditinggal waktu pantang menguruskan anak sendiri dalam keadaan aku bersalin czer. Hampir juga terfikir untuk bnuh anak aku sendiri waktu aku berpantang sebab tidak berhenti nangis.

Luka czer belum sembuh, jaga anak seorang diri, aku jadi tertekan. Oleh kerana aku berkerja dan komitmen aku sebagai seorang Pengarah Syarikat menuntut aku lebih kerap outstation dan kerap balik lewat malam. Aku sibuk. Suami aku tidak endah, tidak peduli, tidak ambil tahu diri aku.

Aku sambung belajar course apa dia tak tahu. Aku dapat straight A exam pun dia tidak tahu. Jarang bertanya hal aku. Jarang komunikasi. Jarang tidur sekatil. Urusan Semua aku uruskan sendiri hantar anak ke pengasuh, beli barang keperluan dapur, pergi ke klinik dan lain lain.

Nafkah duit, ada potongan untuk isteri tentera sebanyak RM500 dan duit itu aku gunakan untuk beli barang keperluan anak. Sejujurnya, perbelanjaan anak ketika itu tinggi. Mungkin kerana gaji aku besar berbanding suami, suami tidak menghulur duit lebih kepada aku.

Itu bukan isu besar, kerana aku mampu menyara makan pakai aku dengan gaji sendiri. Masuk tahun keempat, aku mula sedar aku kemurungan. Aku di diagn0se D3pr3ssion dan Anx1ety Dis0rder. Berapa kali percubaan untuk bnuh diri tapi hingga hari ini aku masih hidup.

Aku terlalu kuat berkerja, keadaan suami yang ambil tidak endah hal aku dan sejarah lampau aku yang dahulu buat aku d3pression. Terlalu banyak beban yang aku tanggung. Ya, aku pernah hampir dirgol masa aku tingkatan 2. Aku pernah dir4ba oleh pakcik aku sendiri ketika aku darjah 4. Hal ini aku tidak pernah bercerita dengan suami, sebab kami mempunyai masalah dari segi komunikasi.

Suami lebih banyak menghukum dari mendengar. Mungkin disebabkan pendidikan kami berbeza. Aku pelajar master, suami pula SPM membuatkan kami berfikir tidak selari. Jadi segala masalah di pejabat, rutin harian aku simpan sendiri. Kami hanya bercakap bila berkaitan dengan hal anak sahaja. Tiada pillow talk, tiada cuddle, tiada gurau senda suami isteri.

Yang hanya suami tahu, dapat layanan tiap minggu tanpa peduli perasaan aku. Aku rasa hubungan semakin hambar. Aku rasa beban aku pikul berat. Aku rasa aku menyara diri aku sendiri tanpa ada suami disisi. Jadi apa fungsi seorang suami? Keadaan aku makin hari makin teruk sehingga aku memohon cerrai.

Ya, suami aku menolak permintaan tersebut. Aku pukl suami, aku acu pisau pada suami aku sendiri. Aku jadi separuh giila kerana permintaan aku ditolak. Tiap hari aku fikir ingin bnuh suami aku sendiri. Sehingga aku jumpa psk1tari untuk mendapatkan rawatan.

Akhirnya, suami bersetuju untuk mencerraikan aku. Tiada wanita yang inginkan pencerraian, tetapi jika perkahwinan itu memakan diri, tidak membawa kebahagiaan, jalan terbaik adalah berpisah. Aku impikan keluarga yang bahagia, apabila aku keluar terlihat pasangan suami isteri main dengan anak.

Aku terdetik kenapa hidup aku tidak seperti itu. Kenapa aku dengan suami tidak sehaluan?Adakah perkahwinan kami ini tidak mendapat restu keluarga atau kerana eg0 kami berdua mengatasi segalanya. Jalan kehidupan kadangkala tidak seiringan dengan apa yang kita idamkan.

Kadangkala, untuk jiwa kita menjadi kuat, ia perlu diuji. Terkadang ujian itu akan buatkan hati kita hancur. Tapi dari hati yang hancur tu kita akan menjadi lebih baik. Doakan aku terus kuat. Doakan aku sembuh dari s4kit. – Maya (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Hani marissa – Sekufu.. kalau masing2 tak ngam tak serasi pun tak boleh jgk,, ada aku kenal sseorang laki bini dua2 sekufu kerjaya hebat, tak btahan lama last bercerrai jgk, sekufu bukn di ukur dari segi pendidikan or taraf kerjaya harta benda tp dari segi pemahaman dlm pernikahan itu sendiri, saling mpunyai sifat syg kasih yg tinggi pd pasangan, serasi, sama2 ada membantu saat susah senang.

sekufu masing2 nak tunjuk siapa lg hebat takut lama masing2 ade eg0 yg kuat, apa guna ada suami kalau semua isteri uruskan sendiri,, ppuan yg pandai berdikari jgn ajar laki hidup bersenang2,, semua nak buat sendiri,, susah kemudian hari, ajar dia susah sama2 dgn kita mengemudi rumahtangga.

Zara nawawi – Ni bukan masalah keje suami awak sebagai “tentera”.. ini adalah masalah atitude suami awak sendiri.. mesti ada something wrong pada dia.. n cuma kenal 6bulan before kawen.. bg saya bermadu dgn negara jauh lebih baik.. Saya pun bermadu dgn negara n level education saya n suami pun byk beza tapi itu semua xpenting sbb kite pasangan yg mlengkapi ape kekurangan pasangan kita..

kalau nak ckp pasal lifestyle suami sya lahir n mbesar ditengah bandat Kl, sye pulak lahir n mbesar diceruk kampung.. kami sgt2 berbeza dr banyak sudut.. sye juga selalu ditinggaljan berbulan2 lamanya n beranak pun nurse n doc sambut tnpa suami.. mgkin dia bukan jodoh sis n semoga sis bertemu kebahagian sis.

Norhidayah aziz – Lack of communication..bkn sbb taraf pendidikan..sy sndri ad degree ( suri rumah), suami spm + tentera jgk..sama pangkt dgn suami tt.. isteri tentera mmg always alone uruskn segala bnde..ape y sy buat sy akn pkse suami sama2 buat kerja rumah, buat aktvt dgn ank2, pkse dia dengar ape sy buat dgn ank2 seharian…

klau sy penat sy ckp dkt dia, ape ank2 buat, ape ank2 mkn..org perempuan jgn mengharapkn sgt org lelaki utk mulakan segala perbualan tmbh2 suami isteri, klau jns suami xpndai nk berborak xpe, kte ni isteri kena pndai tackle dia utk berborak dgn Kita.. lama2 bnde tu akn jd kebiasaan..

kerja ke, taraf pendidikan ke xkn jd halangan klau ad communication y betul..two way communication.. mne suami kurang, isteri topupkn, mne isteri kurang suami topupkn.. bukan sekadar kewangan je, hubungan suami isteri, ment4l suami isteri..semua hal kne take point.. ape2 semoga tt dipermudahkan segala urusan.

Hana khairi – Saya isteri bukan tentera pun selalu kena tinggal. Tapi parents dekat. Sebenarnya kalau Jadi suami isteri pjj ni kena banyak sabar. Lagi pulak kalau gaji Laki kecik Dari kita. Jangan tengok sangat kehidupan orang lain dan minta pandangan orang lain yang tak senasib memang buruk padahnya. Cari orang yang senasib untuk Minta pandangan dari segi pengurusan masa, pengurusan jiwa dsb.

Normal sekarang ni perempuan lebih tinggi pendidikan dari lelaki. Tapi itu bukan bererti lelaki kena dengar semua Kata isteri walaupun pangkat kita boss di tempat kerja. Sayapun boss juga kat tempat kerja. Tapi saya suka kongsi dengan dia. Saya rajin wasaap dia walaupun dia bz. Lama-lama dia Akan reply juga walaupun lambat.

Kitakan girlfriend dia mestila rajin wasaap boyfriend kita. Takkan Nak wasaap dengan orang lain pulak. Hihi. Takpela sis kalau sis dah fikir Nak move on. Apa pun keputusan di tangan puan. Rumahtangga kita, kita yang tentukan. Jangan lupa solat istikharah ye.

Sumber IIUMC