“Sbb cinta aku relakan”. Duit byk tp perangai kalah gelandangn. Tahap nk ajak tetamu dtg rmh pun aku malu.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalammualaikum pada pembaca semua. Sebenarnya selama ni saya pun cuma jadi pembaca je. Ye lah orang laki kan, segan nak komen atau kongsi masalah.

Selalu juga baca semua cerita kat page ni terutama bila babitkan cabaran-cabaran dalam rumahtangga. Kalau kisah-kisah cinta saya jarang lah akan baca habis. Saya ni lelaki biasa je, berumur lingkungan akhir 30an dan dah pun berkahwin hampir 9 tahun. Anak sulung pun dah sekolah rendah..

Isteri saya dulu pernah bekerja tapi dia kemudian ambil keputusan untuk jadi surirumah sepenuh masa selepas lahirnya anak kedua kami lebih kurang 6 tahun lepas. (Memang saya berterima kasih sangat-sangat pada dia yang jaga anak-anak kami). Kehidupan kami bolehlah dikategorikan mewah walaupun hanya saya seorang yang bekerja.

Disebabkan rezeki anak-anak, bahagia si isteri dan doa ibu bapa saya, Alhamdulillah memang saya boleh dikatakan berjaya dalam kerjaya saya. Bekerja sebagai pengurus kanan di sebuah syarikat antarabangsa, jadi macam tajuk kat atas tu, umur 30an tapi gaji memang sangat memuaskan. Malah bonus dan kenaikan pun sentiasa dapat.

Limpah rahmat rezeki Allah. Saya memang bersyukur. Cumanya, saya dah lama rasa tertekan, memendam rasa dan dah jadi panas bar4n terhadap satu masalah antara saya dengan isteri yang dah berlaku sejak kami mula berumahtangga lagi. Tertekan dengan sikap isteri saya yang mana dia ni agak pengotor dan pemalas (Dia seorang yang lemah lembut, perwatakan menarik dan pandai jaga hati keluarga).

Saya memang dah tahu sejak sebelum kahwin lagi sebenarnya. Sebab bila pertama kali bertandang ke rumah keluarga mertua saya, dapur berselerak, pinggan tak berbasuh dan tandas sangat kotor. Kedua-dua mertua bekerja sebagai kakitangan kerajaan tetapi rumah memang sangat kotor.

Isteri kalau dalam facebook memang cantik dan bergaya. Semua orang suka. Tapi pada saya hipokrit. Kehidupan social media yang luaran je nampak best. Sebelum kahwin lagi isteri selalu cakap dia rasa segan dan malu bila tengok rumah mak saya. Rumah biasa tapi bersih.

Tapi dah nama pun cinta, saya dulu fikir mungkin dengan nasihat, tunjuk ajar dan bagi contoh bagaimana saya dibesarkan dan dididik oleh keluarga saya, saya jangka dia akan berubah. Sembang je konon malu, tapi takde tindakan pun. Dah 9 tahun, dah berbuih mulut nasihat, bergaduh sebab kebersihan ni dah jadi acara mingguan.

Tapi perangai tetap sama tak berubah. Sampai saya malas dah nak nasihat, saya hanya menjerit dan marah. Perangai malas tu saya tak kisah. Saya faham sebab mungkin penat layan anak. Tapi biarlah ada sikap pembersih. Panggil orang cuci rumah ke, atau gajikan pembantu rumah pun dia pulak suruh saya yang cari dan pastikan yang tua bangka.

Saya boleh sediakan duit. Dia cuma perlu call atau urus carikan. Google ke, atau guna lah khidmat siapa pun. Tapi itupun dia tak buat. End up saya juga yang panggil pencuci datang rumah. Senang cerita, dia cuma biar je rumah jadi sarang sampah dan kotor. Solat pun jadi tak tentu hala.

Sebagai suami saya malu dan rasa bersalah sebab gagal didik isteri. Nak mengadu kat keluarga rasa malu. Tak tahu nak minta nasihat siapa. Mak ayah saya sebenarnya saya dapat rasa dia mesti tahu serba sikit perangai isteri saya, tapi mak saya ni mertua yang lemah lembut dan hanya berkias je dengan saya sekali sekala. Malu sangat.

Duduk rumah mewah, kawasan perumahan mewah. Tapi nak jemput orang masuk rumah pun malu. Dapur berkerak. Bilik air kalau tak saya yang basuh memang berkeladak dan kotor sangat-sangat. Harijadi anak saya mesti buat kat restoren atau club house. Tak pernah panggil orang datang bertandang ke rumah kami.

Padahal saudara mara selalu je perli. Teringin nak ke rumah kami. Kawasan gated dalam KL memang nampak cantik dan mewah. Staff selalu tanya bila Raya boss tak buat open house ke. Teringin sangat malah saya ni suka rumah cantik dan bersih. Duit ada tapi perangai kalah kan gelandangan. Kehidupan kami orang luar tengok nampak cantik tapi kat dalam.. hmm…

Saya risau anak-anak pun membesar akan jadi pengotor. Tanda-tanda dah ada. Ni lah kehidupan balik tabir yang orang tak nampak. Str3ss dan memalukan. Tak tahu nak buat macam mana dah. Macam-macam cara saya dah buat. – Suami Str3ss Tapi Sayangkan Anak-Anak (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Eita arif – Mmg mcmni ke? sy tanye je .. sy ada juga kenalan ppuan yg mmg lemah lembut, dlm gbr cantik je .. suara pun alahaii .. mmg menggoda .. tp xpandai kemas umah,masak bole tp xbersihkan dapo yg selerak .. dr xkawen smpai anak 5.. xphm juge .. xkn la cuci pinggan pun xbole kan? Blk pd cite encik ni silap nya mcm encik ckp la ..

perkara pertama encik da nmpk kelemahan tp encik butakan mata sbb kecantikan dia jd encik kena terima lah buruk nya.. byk2 doa ye encik.. hati manusia ni Allah yg pegang .. Allah mampu blk kan hati manusia ni.mn lah tau…. permaisuri bg izin kawen dgn bibik ehhh… permaisuri sedar dr tdo yg pnjg & kilatkan istana encik tu.

Ahmad ramloo – bang, sy pernah dgr ceramah, tempat yang kotor, malaikat taknak masuk. lagi selalu gaduh bertekak, sy4itan pulak duduk join sekaki jd batu api. kalau malaikat tak masuk, sy4itan buat port lepak, mcm mana nak dapat rahmatNYA tu? manusia ni tak ada yg sempurna. lebih kat sana, kurang kat sini. kita ketua keluarga, kita jangan berhenti berusaha bentuk anak bini, penuh hemah, slow2 pun takpa.

jgn lupa berdoa selalu . cadangan aku 1st, jdkan gotong royong bersihkan rumah sama2 1family sebagai aktiviti mingguan. mula2 ambil masa lamalah sbb rumah dah berkerak kan? dah bersih nanti, kemas, vakum, mop, bersihkan habuk, toilet, dapur tu, 3jam pun tak sampai dah siap semua. 2nd, kau p lah upah org gaji. sebab kau pun berkemampuan.

Alyanie rosli – Doa lah byk2 tuan insya Allah. Perempuan/isteri ni dicipta dari tulang rusuk lelaki yg bengkok dimana sifatnya tak pernah betul. Jadi..jgnlah jemu memberi nasihat pada dia. Janganlah guna em0si bila dgn isteri ni walaupun kdg2 mmg teremosi jugak..cubalah kawal.. kalau sygkan rumhtgga..tegurlah selagi mampu, tak pun Tuan sendiri tunjuk contoh dan bantu dia..

xblh hari2 pun, kalau cuti..ajaklah isteri dan anak2 gotong2 royong rumah. Setakat guna mulut kdg xjalan Tuan..kena buat depan dia.. supaya dia nampak effort Tuan. Sbb ini yg Abah sy buat dalam mendidik sy dan adik beradik dulu. Abah juga peg kerajaan..setiap kali cuti mesti abah akan ajak kami adik beradik cuci rumah..setiap org dh ada tugasan. Setiap kali cuti..

lg2 cuti sekolah..itulah yg kami buat sampailah dh besar. Kalau Tuan rasa isteri tuan xblh buat apa Tuan minta, Tuan didik lah anak2..ajar mereka..insya allah lama kelamaan isteri akan sendiri rasa malu dgn anak2. Sy doakan semoga keluarga Tuan bahagia selalu.

Atikah jamaludin – Duit bnyk kan…berkepuk kan…ada masa lapang hujung minggu buat la gotong royong sama2 satu family…sorang tolong cuci tandas, sorang tolong kemas dapur. Haa…kan dah kemas. Seminggu sekali jadikan sbg acara wajib. Netizn sibuk mengajar carikan pesaing la, madu la, what the h3ll? Tak selesaikan masalah pon.

Satu bahtera pun tt tak mampu handle apatah lg 2 atau lebih?? Pernah dgr ceramah ustaz ebit liew tak? Suami, kalau kat luar rumah, kalau pun awak bos, kat rumah, cakap baik2 dgn isteri, bukan tengking2, bukan marah2. Didik dgn kasih syg. Lepas dah habis semua ikhtiar, doa sepenuh hati moga Allah bukak hati isteri. Apa lah guna duit berkepuk2 tapi bab yg simple pon dah bergaduh.

Sumber IIUM