“Akak dh xde sape, kt mane akak nk pegi”. Kakak prnah ckp hidup ni xkan selamanya sedih tp knp hidup dia smpai akhir pun sedih.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Saya nak cerita pasal bekas biras saya (saya panggil kakak), kenapa bekas sebab saya dah bercerrai dengan adik ipar dia.

Biras saya ni isteri kepada bekas abang ipar saya la kan. Kenapa saya nak cerita pasal dia sebab saya rindukan dia dan nak bagi pengajaran untuk suami – suami dekat luar sana untuk menghargai perempuan yang sayang kan kamu. Dalam hidup saya sampai saat ini kalau di tanya siapa orang paling baik yang pernah saya kenal, saya akan jawab ialah kakak ni.

Kenapa? Sebab dia memang baik sebaik yang tak menipu, dia sayang saya setulus hati, saya dapat rasakan itu. Tapi semua tu tak lama, saya rindukan dia. Terkadang saya menangis bila teringat nasib hidup dia. Saya menikah dengan bekas suami, masa saya muda lagi umur saya masa tu 18 tahun. Suami saya ketika berumur 25 tahun, tak lama pun kami bercinta 6 bulan saja terus kami bernikah.

Ya, saya tau awal sangat. Saya tak mat4ng, saya tak tau apa – apa pun tentang ilmu berumahtangga ni. Apa yang saya tau masa tu eg0 nak selalu bersama suami saya. Lepas menikah saya tinggal dengan mak mertua dan keluarga abang ipar dan biras saya ni. Dekat sana semua berkumpul disebabkan suami saya ni belum ada rumah. Di sanalah saya melihat dan dapat bandingkan manusia antara macam set4n dan manusia macam malaik4t.

Biras saya ni dah berkahwin lebih dari 10 tahun, dah ada anak 4 orang, semuanya lelaki. Rumah mertua ni jauh dari bandar, di kebun dan masuk hutan, hari – hari tengok monyet ada la. Jadi selama pernikahan itulah kakak ipar saya ni hidup dengan mak mertua. Mak mertua saya cerewet tapi kakak ni punya penyabar saya tak pandai ikut. Dia akan bangun pukuI 5 pagi masak untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Kemudian teruskan lagi dengan kemas rumah, bagi makan ayam, itik sapu luar, siapkan barang sekolah anak dia semua. Mak mertua tak ada di rumah, dia ada kedai, jadi dari pagi sampai ke petang baru balik. Biras ada anak kecik masa tu umur 2 tahun. Semua tu dia buat sendiri. Mungkin tu semua biasa la bagi ibu – ibu semua tapi bagi saya luar biasa.

Masa tu saya mengandung, jadi tak dapat buat apa – apa untuk tolong biras, dan saya memang tak pandai apa – apa pun bab rumahtangga ni. Saya selalu datang dekat dia cakap kak ajar saya masak dan cakap apa yang perlu saya tolong ya. Dia selalu cakap dengan saya jangan buat kerja, sebab kandungan tu masih muda. Dia suruh saya duduk ja temankan dia berbual sambil dia buat kerja.

Hari – hari saya kat sana selalu dengan dia sebab saya pun tidak bekerja. Hari – hari dia akan masakkan yang sihat – sihat untuk saya dan kandungan saya, dia banyak cerita pasal perkara yang positif je. Saya tak tau pun masalah hidup dia sebab dia selalu cerita dan kongsi semua yang baik – baik saja. Dia cerita tentang kebahagiaan dia dengan suami dia, dengan keluarga di rumah ni.

Tapi sebulan ja saya dah dapat tau semua tu tak sama, saya dapat tau ada manusia macam set4n juga dalam rumah ni. Siapa? Suami dia. Ya abang ipar tu balik rumah seminggu 2 kali ja sebab tempat kerja dengan rumah jauh, jarang la dia balik. Sebenarnya keluarga mereka ni berduit, kenapa tak sewa orang gaji untuk urus rumah, last saya dapat tau dari suami saya bahawa setiap kali ada orang gaji.

tak kisah tu tua ke muda semua hampir kena r0goI dengan abang ipar. Ada juga yang memang ada hati nak meny0ndoI dengan abang ipar. Boleh pula tengah hari masa kakak di rumah dia orang boleh buat perkara terkutuk dalam bilik. Lepas kakak nampak terus dia keluar, dia diam ja. Nasib masa tu suami saya balik, teruslah gad0h la dia orang adik beradik ni.

Yang teruknya lagi lepas tu kakak tu pula yang kena beIas4h dengan laki dia sebab laki dia cakap kakak tu yang pegi mengadu. Tapi kakak ni terus beIa laki dia depan mak mertua, mak mertua pun sayang kakak ipar ni. Kakak ni cakap, ” jangan la buat suami dia marah lagi, tak ada apa yang terjadi,” mak mertua pun diam ja.

Lama – lama saya dapat tengok la tabiat laki dia tiap kali balik rumah just nak ‘bersama’ ja, kadang balik dalam keadaan m4buk kakak tu akan kena beIas4h dengan dia. Saya nampak dan jerit bila nampak abang ipar beIas4h kakak, nasib saya tak kena beIasah dengan dia juga. Kadang mereka dalam bilik berkunci, saya tak dapat tolong. Hanya dapat dengar kakak tu menjerit kena tamp4r.

Memang tak ada jiran dekat – dekat kami sebab ni rumah dekat kebun. Saya call suami saya untuk balik, dia balik tapi disebabkan jauh macam 1 jam juga perjalanan dia, waktu tu pun dah reda perg4duhan mereka. Selalu kakak keluar dah merah – merah ja muka. Masa suami saya sampai kakak tu tak pun cakap laki dia yang buat . Dia cakap jatuh la, apa la, macam tu je dia cakap dengan keluarga mertua.

Saya yang nampak semua tu, pernah sampai saya call p0lis tapi sama juga jawapan dia. Lagipun zaman dulu tak ada lagi telefon pintar yang boleh rakam – rakam ni. Hanya ada phone nokia yang screen warna kuning tu ja. Memang la semua keluarga mertua tau perangai laki dia tu, tapi kakak tu pun terlalu sayang laki dia sampai sanggup diani4ya dan beIa laki dia tu.

Saya juga dapat tau yang kakak dah tak ada sesiapa, mak ayah pun dah tak ada, dia hidup sendiri. Diorang kahwin pun waktu tu kakak muda lagi, masa umur 16. Kakak tu cantik, cantik luar dan dalam, walaupun dia tak pandai nak make up bergaya bagai. Selalu saya tanya dia kak kenapa bertahan dengan hidup macam ni, hidup kat kebun, kerja siang malam urus rumah, tak pernah pegang duit sesen pun.

Sebab mak mertua yang akan sediakan semua, mak mertua ada kedai jadi dia akan bawa lauk pauk dari kedai hari – hari ke rumah untuk masak. Baju semua tu dia dapat dari mak mertua je laki dia tak pernah bagi dia apa – apa. Tambah pula laki yang ringan tangan ni. Dah la selalu m4bok di luar sana dan kaki perempuan. Kakak tu jawab, kalau dia keluar dari rumah ni ke mana la dia nak pergi?

Dari kahwin dia tak pernah hidup di luar kebun ni, tak ada kawan dan keluarga lain. Dan dia tak pernah pergi sekolah. 40 minggu saya mengandung duduk di sana banyak suka duka saya rasakan. Sampai la saya bersalin anak perempuan, kakak ni seronok sangat – sangat sebab anak dia semua lelaki. Saya memang tak pandai pun jaga anak, dialah yang jaga saya masa pant4ng dan baby saya.

Semuanya dia yang buat dengan senyum. Tak pernah nampak dia merungut. Pernah saya ternampak dia menangis sambil berus lantai tepi rumah, masa tu hujan. Ya dia nangis kat bawah hujan biar orang tak nampak tapi saya tau dia sedang menangis. Terus saya peIuk dia dan ikut nangis. Dia terus bawa saya masuk dan nasihatkan saya jangan la bersedih, hidup ni tak akan selamanya sedih kita mesti sabar.

Saya dah rasa dia macam kakak saya sendiri walau saya tak punya kakak. Saya sayang dia sangat – sangat. Anak saya pun sayang sangat kat dia, sebab perkataan pertama yang anak panggil adalah panggiIan untuk maklong dia tu. Sampai umur anak saya 6 bulan husband saya dapat kerja luar negara. Terp4ksa la kami pindah dari rumah tu. Sedih saya nak tinggalkan kakak.

Tapi dia kuatkan saya untuk berdikari dan jadi isteri yang baik. Ada masa balik tengok dia, dan dia siap buat lawak lagi, kalau kakak rindu kakak ke sana. Saya tau tu takkan terjadi sebab laki dia tak pernah bagi dia pergi ke mana-mana. Sampai luar negara saya selalu call kakak tu kami berbual – bual, kadang 2 hari sekali, paling lama seminggu sekali.

Sampai saya dah mula sibuk kerja kadang sebulan sekali baru saya dapat call dia. Macam biasa dia selalu cakap dia baik – baik saja. Dia selalu cakap yang baik – baik ja. Setahun lebih lepas tu, last saya ada call dia cakap dia rasa pening, saya cakap pergi check la kak, dia cakap tak apa la mungkin sebab makan banyak tadi sempat juga dia nak buat lawak cakap macam tu.

Baru saya nak cakap lagi saya dengar phone tu jatuh saya panggil – panggil dah tak ada jawapan. Saya terus call mak mertua sebab kat rumah tu tak ada orang selain kakak dan anak dia umur 3 atau 4 taun macam tu masa tu. Saya panik kalau dekat memang saya terus pergi tengok dia, mak mertua terus balik dan dapat khabar mereka dah kat hspitaI.

Kakak pengsan tadi dan apa yang buat saya terk3jut, selepas 3 hari doktor cek kakak hid4p banyak peny4kit, k0mpIikasi. Banyak la peny4kit dia yang disebutkan dan yang paling teruk ialah dia dijangkiti H1V. Betul saya nak pengsan bila dengar berita tu. Saya terus nak balik jumpa dia tapi saya ada lagi kerja. Selepas 3 hari saya selesaikan kerja saya terus saya book flight.

Tapi malam tu saya dapat call lagi yang kakak dah pergi, pergi untuk selamanya. Saya meraung. Kenapa kakak tak tunggu saya dulu, kenapa kakak tak nak jumpa kami dulu. Saya tak dapat tidur sampai ke penerbangan saya. Sampai je di depan jenaz4h aruw4h, saya terus meraung. Saya nampak abang ipar kat sana terus saya m4ki hamun dia, ni semua kerana dia, dia yang bagi semua peny4kit ni, dia yang siksa hidup kakak.

Kakak pernah cakap hidup ni tak akan selamanya sedih tapi kenapa hidup dia sampai akhir hayatnya pun sedih. Kenapa orang baik seperti dia harus pergi secepat itu. Saya nampak mak mertua saya pun menangis tak henti – henti. Macam mana dengan anak – anak dia? Ya Allah mereka masih kecil – kecil lagi kesiannya. Laki dia hanya mampu diam tertunduk. Mungkin dia menyesal tapi dah terlambat.

Sekarang dia pun dapat tau yang dia juga dah kena peny4kit tu. Dia pun tak lama lagi mungkin akan pergi tapi dia tak akan jumpa kakak, sebab kakak dah ada di syurga, dia ke ner4ka! Saya kembali bekerja dengan membawa kesedihan sampai saat ni. Ketika saya menulis ni pun saya menangis teringat kakak. Setahun sekali kami balik kampung masa raya, saya nampak abang tu dah banyak berubah.

Dia bantu parent dia urus kedai, mertua kat rumah jaga cucu ditemankan orang gaji yang tak akan kena r0 goI abang lagi sebab abang tak balik rumah lagi, dia tinggal di kedai. Dia cakap tak sanggup balik tengok rumah ingat sebab ingat aruw4h isteri dia. 2 tahun lepas tu saya dapat dengar dari mak mertua, abang ada hati dengan orang gaji kedai tu.

Mak mertua tak setuju sebab abang tu kan s4kit, jangan g1Ia bagi peny4kit dengan orang. Tapi perempuan tu terg1Ia – g1Ia dengan abang. Dah pernah kena usir dengan mak mertua dari kedai tu tapi abang tu belikan rumah kemudian mereka tinggal sama. Lagi terk3jut dengar pempuan tu mengandung dan sudah bersalin. Saya ada la beberapa kali jumpa mereka, saya nampak abang tu sayang sangat dengan bini baru dia ni dan anak dia tapi saya benci sebab kenapa dia tak buat tu dulu dengan kakak.

Saya s4kit hati lihat kemesraan mereka. Tapi mak mertua saya cakap pempuan tu tak betul. Sebab pempuan tu tak kena peny4kit tu dan anak dia sihat – sihat ja, sedangkan abang dah p0sitive. Mak cakap itu bukan anak abang dan abang tau. Abang mungkin tak pernah pun tidur dengan pempuan tu. Entahlah saya tak nak tau dah. Sem4kin buat saya s4kit hati.

Sekarang umur saya dah 32 tahun, saya pun dah cerrai dengan husband saya 10 tahun lepas. Kalau nak cerita lagi pasal kenapa saya cerrai lagi panjang. Pengajaran untuk suami di luar sana, sayangiIah isteri anda selagi masih bersama ni. Jangan menyesal setelah dia pergi. Penyesalan tu memang selalu ada di akhir cerita. Tak ada guna. Thanks admin. Sorry terIampau panjang.

Komen Warganet

Ameeda Emmet Ameeda – Sedihnya, dah la yatim piatu, laki buat macam tu lagi, m4ti pun sebab s4kit.. Tapi mungkin Allah sayangkan akak tu, tu sebab Allah jemput dia dulu.. Alfatihah.

Noorilzam Ahmad – Tu la, jarang ada wanita sehebat ini. Sungguh mulia hati dia sebab tu Allah sayang. Taat pada suami walau tak bertempat sampai suami tu jadi set4n.. Semoga aku pun jadi wanita sehebat ini walaupun tiap kali g4duh aku akan b0xing suami aku.

Nor Liza mohd Ari – Aku gigih baca tulisan ko ni, syukur aku masih paham. Sangat terkesan kerana biras ko tu pergi dalam keadaan macam tu. Tak sempat mengecapi bahagia dapat HlV dari suami pu4ka. Semoga Allah Iimpahkan rahmat buat arw4h biras.

Ahmad ilham – Rugi la sape yang MALAS baca.. Sangat menyentuh hati kisah ni walaupun ayat tunggang Ianggang sikit.. Yang penting isi tu ada. Dah macam drama melayu pun ade.. Takziah kat akak tu. Sedih pengakhiran hidup dia. Tapi di akhir4t yang abadi InsyaAllah dia berbahagia..

Sumber mediaciteheboh