Smpai jer kt kmpg, sy nmpk ank duduk sorg2 dpn pintu smbil pegg botol susu brisi air kopi. Bl dgr jwpn mertua, ak terus balik.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Admin tolong siar luahan tumpangan ni ye.. Niat saya hanya nak meluah je. Hari tu suami saya cuti, dia nak bawa kitorang balik kampung tapi saya terp4ksa balik kampung 5 hari lepas suami balik sebab cuti saya lambat approve.

Jadi suami nak bawa anak kami dulu, umur setahun lebih. Nak dijadikan cerita, petang tu saya sampai kampung, memang rumah riuh rendah mungkin adik beradik, ipar – ipar yang lain pun ada balik juga. Kedengaran suara budak – budak dalam rumah tu. Bising bermain. Diorang tak perasaan saya dah sampai.

Bila saya masuk je rumah, saya nampak anak saya di sudut pintu. Dia duduk sorang – sorang dengan mata merah baru lepas menangis. Pampers pun dah penuh, seluar pun dah basah. Duduk je dia kat situ dengan botol susu yang berisi air kopi. Hingus pun dah sampai pipi.

Hairan saya macam mana anak saya jadi macam ni.? Anak saya menangis terus datang peIuk saya dan saya boleh rasa peIukan itu menandakan dia betul – betul perlukan perhatian. Sambil menangis teresak – esak. Hampir mengalir air mata saya. Saya bawa anak saya masuk dalam ruang tamu, lagi terk3jut saya tengok semua ahli family ada kat situ.

Diorang rupanya tengah tengok tv, husband pun ada kat situ dengan cucu – cucu yang lain tengah bermain dengan mak ayah mentua tapi anak saya disisihkan ke? Nampak saya je semua terk3jut, terutamanya suami saya. Saya tanya kenapa biarkan anak ni sorang – sorang dekat sana, kenapa bagi minum air kopi?

Dah tak ade susu ke? Saya bagi pandangan taj4m pada husband saya. Boleh dia bermain dengan anak – anak buah dia yang lain sementara anak sendiri tak urus. Mak mentua pula bersuara, “anak kau tu yang tak nak main dengan kami. Suruh mandi pun tak nak.” Allah terk3jut saya. budak ni tak sampai 2 tahun pun, nak suruh mandi sendiri ke apa.

Tukar pampers sendiri ke apa. Saya jeling je, saya betul – betul s4kit hati. Saya bawa anak saya ke tempat mandi dan buka pakaian dia. Allah, celah dah merah smpai saya sentuh pun dia nangis. Entah dah berapa hari pampers dan baju dia. Bau pun dah tau macam tak pernah tukar. Saya bawa anak ke kIinik.

Saya tak fikir nak teruskan niat nak berkumpul dekat sana. Lepas ke kIinik saya mesej husband, “saya otw balik, awak habiskanlah masa dengan keluarga awak” Saya terus drive balik. Betul – betul kecewa dengan apa yang saya nampak. Saya bukan demand nak dorang layan anak saya macam raja tapi sekurang – kurangnya janganlah sampai macam tu, layan la sama rata semua cucu.

Kalau rasa tak boleh tak sayang sorang cucu tu, tak payah la beriya sangat nak jumpa nak bawa tinggal bersama. Terutamanya suami kalau ikutkan hati tak nak lagi jumpa dia. Sampai hati dia buat anak sendiri macam tu. Maaflah kalau korang rasa ni terlebih em0sional.

Komen Warganet

Nurul iman – Cerita ni mengingatkan pada kawan aku,kawan aku cerita..bila bersama family bekas suami dia,anak2 suami dia abaikan.. suami dia lebih suka layan anak-anak buah dia..anak2 kakak dia.. seolah-olah anak buah tu..anak kandung dia.. Sbb kawan aku ni..bukan menantu pilihan orang tua dia..jd anak2 pun jd mangsa lah sekali..

Tp diorang dah berpisah…anak yg tua dah umur 11 tahun dah..2 org anak semua kawan aku jaga.. Dan dah bernikah baru.. Alhamdulilah.. family baru n..terima mereka seadanya..ayah tiri diaorang pun..sayang lebih Dr ayah kandung.. Aku pun tak tahu mana kawan aku sekarang.. Harap2 dia bahagia…

Firdaus hashim – Sedih bila dengar luahan ibu macam nii. Di mata kasar org akan nampak ibu@isteri tu semacam tak beradab, tetapi sebenarnya naluri seorang ibu tak boleh dipandang ringgan wahai kaum bapa@suami semua, sebabnya ibu tu yg menggandungkan dan susah/sakit melahirkan anak tu.

Sebab itulah dia berasa kecewa bila org yg dia harap boleh menjaga dan melindungi anak dibiarkan begitu. Banyak sebab lelaki macam nii. Sepengalaman sy melihat suami mcm nii, sebabnya dari awal isteri tu mengandung dia tak ambil kisah dari check up dan sebagainya. Sifat kasih syg utk melindungi tu kurang.

Cuba bayangkan banyak perkara kita buat bersama2, baik yg susah atau senang insyallah sifat syg tu mesti ada. Ramai suami2 yg ambil ringgan tanggungjawab anak niii, bila anak kurang ajar salahkan anak, wal hal kasih-sayang tak tunjuk dari awal lagi. Sy berasa malu tengok suami2 macam niii.

Allyzana andrew – Xtau nak komen apa.. tbayangkan perassan anak tu, sebab sebaya dgn ank sy ni.. huhu.. kalau tgok ank mkn dgn comot pun dah rimas.. sampai hati bapa buat bgtu…. kalau sy mmg dah btukar hati jadi batu.. xnak laki tu smula.. kalau kesian kan ank x da bapa, crta lbh krg sma je.. ada bpa mcm x da bapa…

Agak2nya, apa sambungan kisah akk ni ye.. sbb bawak ank ke klinik trus otw balik rmh smdri.. mcm mn lah c suami tu.. jiwa kacau x?? Kalau sis baca komen ni,, tegas kan lah hati mu demi ank yg terabai.. mcm x boleh trma plak kalau sy tempat akk ni.. geramm .. .. dalam 5 hari tu anak dulu ke kg, agak2 nya ada makn x!??

Fattah kaiyu – Mmg cil4ke ko punya suami dan ahli keluarga suami ko. Aku bkn ckp besar la… Aku adik beradik kerap berantakkn bergaduh. Tp kalu aku hntr anak2 atau lawat mak aku kebetulan adik beradik yg lain ada kat umah tu diaorg tk pyah diarah atau mintk tolong.

Kalu diaorg tngok anak2 aku tk mandi, tak tukar pampers penuh, tk mkn, tk susu diaorg sndiri yg buatkn. Dulu aku ingat adik beradik aku teruk rupanya lg teruk cil4ke jahanam suami dan adik beradik ipar dan mak ayah mertua ko tu.

Nurul shasha – Kesiannya anak… Kalau belah mentua ak, anak ak tggl dgn dorg sekali ada ipar duai, mesti dorg jaga elok anak ak… Xde pilih kasih… Bg makan, minum, mandi n tidokan sekali… Siap main gurau2 sekali dgn anak…

Alhamdulillah rezeki dpt family mentua dan ipar2 yg sygkan cucu n anak sedara… Klu anak tggl dgn laki plak, anak mesti terurus n didahulukan… Xpenah lak ak tgk terabai anak ak

Nurul ameira – Kalo jd kt aku bnde tu mmg time tu jugak aku hamuk kt laki aku.. sbb aku kalo bab anak ni mmg xbole tolerate sikit.. mmg wujud ye pilih kasih ni.. kalo ank aku yg ade kt situasi ni mmg idak dah lah aku nk abdikan diri aku kumpul2 ngn kuarga die dah.. emosi pulak aku membaca nya.. air kopi di bagi nye.. eeeiiiii geram!!

sumber johordaily