“Kucing hitam tu lariannya brbunyi tapak kaki manusia”. Jam 12mlm je budk akn nangis, Msteri kelibat kucing hitam tjwb.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua.. Benda yang aku nak share ni dah lama berlaku masa tu aku bekerja di sebuah kilang pembalakan di keningau sabah pada tahun 1995. Dah lama kisah ni, cuma tak pernah terfikir nak publish kat mana-mana.

Masa tu aku kerja sebagai kerani, tinggal rumah kongsi dua tingkat. Untuk pekerja bujang semua duduk tingkat atas. Tapi jiran aku bilik sebelah belakang baru bersalin. Dia terpaksa duduk atas sebab semua bilik bawah dah penuh. Nak di jadikan cerita masa anak sulung dia baru lahir dlm seminggu macam tu tiap malam asyik nangis tak henti-henti sampai la azan subuh. Aku yg berada di bilik depan ni pun jadi rimas.

Dah la aku ni jenis pantang dengar sebarang bunyi terus tak boleh tidur jadi bila dengar suara bayi menangis tengah malam memang terus automatik butang biji mata terbangun duduk garu kepala. Dalam hati menggerutu adoi m4tilah macam ni…besok nak keje. Besoknya akibat dah tak tahan asyik dengar anak jiranku menangis tengah malam aku tanya kenapa anak asyik nangis.

Dia pun susah nak cakap…laki bini jadi tak boleh tidur sebab pujuk bagi tidur tapi tak boleh. Yang tak tahan asal tepat jam 12 tengah malam mesti mula nangis. Rupanya masa tengah borak tu ada seorang pakcik ni ikut dengar dan menyampuk minta jaga tengah malam ni kat luar bilik. Aku ni pandang pakcik tu semacam…yg jiran aku ni pandang pakcik tu penuh tanda tanya.

Pakcik tu cakap buat je apa dia suruh…nnt sebelum jam 12 tengah malam dia minta jiran aku tu berjaga kat luar pintu bilik dia. Jiran aku tu angguk je. Aku ni terdiam terus tak berani cakap apa. Perbualan kami di tamatkan begitu sahaja sebab loceng tamat kerja dah berbunyi. Malam tu jiran aku tu betul-betul berjaga sebelum tengah malam.

Esoknya sebelum tamat masa rehat makan pagi jiran aku panggil aku dengan pakcik tu. Aku dah tak ingat kes dia di minta berjaga malam tu. ” korang tau tak apa aku nampak semalam? ” jiranku bertanya. Aku dengan pakcik tu berdiri tegak depan dia cekak pinggang ingin tahu. ” mana tau…ko cerita la…” aku jawab ringkas. ” masa tu sebelum jam 12… lagi 10 minit sebelum pukul 12 aku dah duduk tunggu kat luar….

kan lampu kita dah kena off…generator lampu dah kena off….dalam samar-samar tu aku nampak kucing hitam” jiranku berhenti bercerita seketika. Aku yg dari cekak pinggang jd peluk tubuh dah. Pakcik tu angguk saja. ”mula-mula kucing hitam tu muncul depan aku anak aku terus nangis dari dalam bilik… bila tengok pintu bilik lepas tu tengok tempat kucing tu berada depan aku dah hilang…tengok belakang eh dah ada kat belakang pandang aku tak berkedip mata!!!”

Bersungguh sungguh jiranku bercerita. Raut wajahnya risau. Aku ni bukan tak percaya. Cuma bukan pertama kali nampak benda-benda halus ni. Kami yg mulanya hanya bertiga bercerita menjadi semakin ramai pula yang berkumpul. Rupanya bukan hanya aku yang terganggu sebab tangisan anak jiranku ni. Hampir semua jiran yang terdekat pun sama terganggu. Tiba-tiba muncullah cadangan dari salah seorang yang senior dari kami.

”tak apa. Malam kita berjaga semua. Kamu ambik 2 batang dahan daun kelor.” Senior kami arahkan pada jiranku. Untuk apa daun kelor tu aku pun tak tau. Akhirnya kami sepakat malam ni kami akan berjaga. Hampir 30 org semuanya. Keadaan malam itu macam biasa. Sejuk berkabus. Maklumlah kilang ni dalam area hutan tebal. Start jam 11 malam kalau bercakap atau berbual dengan kawan asap atau wap akan keluar dari mulut.

Tepat jam 10.30 malam generator di m4tikan. Maka gelap gelitalah suasana. Masa tu bekalan elektrik syarikat hanya bekalkan dari jam 5 petang ke pukul 10.30 malam.
Aku yang dah mengantuk pun terpaksa dengar lagu dari walkman. Nanti tertidur terus kalau tak buat apa-apa. Tepat jam 12 tengah malam aku terdengar jiranku bertempik DIA DAH DATANG!!! Tepat pada masa yang sama anaknya menangis kuat…

terdengar jiranku kejar sesuatu. Bunyi orang berlari bagaikan sepuluh orang. Aku terdengar derap kaki benda yang di kejar dan derap kaki jiranku berlari laju berkejaran ke arah depan pintu bilikku. Dalam gelap aku terkejut bangun buka pintu dan ternampak dari jauh seekor kucing hitam berlari laju sambil kelibat jiranku mengejar dari belakang.

Mulutnya tak berhenti jerit ITU DIA ITU DIA sambil tuding ke arah kucing hitam. Aku dalam masa yang sama keliru. Sebab kucing tu lariannya berbunyi tapak kaki manusia! Ah sudah keluhku dalam hati. Ini bukan kucing biasa. Segera tanganku capai pengecas bateri yang berada di dinding dekat pintu… baling tepat ke arah kucing hitam. Alamak…. pengecasku berderai hancur kena lantai padahal tepat kena kucing hitam td.

Bagaikan lutsinar. Terasa angin kuat menerpa aku yang berdiri di tengah antara aku kucing dan jiranku. Sekelip mata kucing hitam sudah berpindah ke belakangku. Laju sungguh. Aku ikut mengejar. Orang ramai dah ramai yang tunggu di bawah tangga dengan lampu suluh dan dahan daun kelor di tangan masing-masing. Laju g1la kucing tu lari menuruni tangga bila melihat ia telah di kepung.

Orang di bawah membaling parang dan dahan daun kelor ke arah kucing tersebut. Makin kuat derapan kaki manusia berlari turun tangga padahal kucing yang berlari turun. Suana hiruk pikuk. Semua parang yang di baling melekat di anak tangga dahan kelor bertaburan. Sah kucing hitam itu lutsinar! Terang terang kucing tu terkena balingan parang tadi di depan mataku.

Semua berlari kejar kucing ke arah pondok generator. Aku ikut serta. Tapi yang buat kami terkejut sebelum kami sampai ke belakang pondok generator keluar pakcik yang bertugas jaga malam dengan mata terpisat pisat sambil bertanya ”apa yang korang kecoh malam malam ni?” semua kami terdiam. Korang rasa ke mana kucing tu?

Kenapa orang yang bertugas jaga malam bole tak tidur 1 kampung hiruk pikuk dan selamba keluar dari belakang generator dan bertanya bagaikan tiada apa-apa yang berlaku? Wallahualam… yang pasti sejak malam itu gangguan anak jiran aku tu dah berhenti. Agaknya kucing tu dah takut kena kejar lagi. Oh ya soal dahan daun kelor tu…menurut kata orang tua-tua makhluk halus takut dengan dahan daun kelor…

wallahualam bissawab. Selama aku bekerja 7 tahun di sana banyak perkara m1stik yang aku alami. Sebaik selesai aksi kejar mengejar kucing hitam 1 kampung tu, esoknya heboh tempat kerja. Aku buat kerja macam biasa. Makcik-makcik di tempat kerjaku jadi wartawan tak berbayar cerita semua dengan pihak pengurusan syarikat. Jelas sekali pak guard malam tu la yang jadi mngsa. Tapi, memang menimbulkan keraguan kelakuannya. Selamba bagaikan tiada apa yang berlaku.

”bos, buang la pak guard tu…kami tahu dia yang punya angkara jadi kucing semalam” bersungguh sungguh makcik tu bercerita. Supervisor Cina asal KL tu tergelak saja. Dah agak dah..aku pun yang tengah menulis ikut ketawa besar. Semua yang lain ikut ketawa. ”tak bolehlah begitu makcik, kita nak buang kerja kena ada sebab dan bukti. Ini bukan wayang magic orang jadi kucing hitam” supervisorku menjelaskan.

Kebetulan anak lelaki pak guard tersebut bekerja di departmentku. Kesian pula, sebab itu dia cuti kerja. Malu agaknya. Dia info dengan rakannya tadi, unpaid leave. Sejak malam itu, bagaikan misi balas dndam, setiap malam semua dapur di rumah kongsi kami akan di selongkar. Segala periuk nasi, lauk akan bertaburan sebaik dapur di buka awal pagi. Bagaikan ikut giliran, bermula dari dapur kakak iparku.

Lepas tu jiran sebelah dan seterusnya. Dapur bagaikan di selongkar permpak. Nasi.dan sisa lauk akan bertaburan di setiap sudut. Nak tuduh tak boleh. Nak di jadikan cerita, di tengah tengah hebohnya semua dapur kena selongkar tiap malam, isteri salah seorang pekerja hamil, tapi suaminya bukan bekerja di departmentku, bahagian lain. Perut isterinya dah masuk 8 bulan, agak besar sebab isteri beliau memang agak berisi orangnya.

Tiba-tiba satu hari isterinya mengadu s4kit perut yang teramat sangat. Bukan s4kit nak melahirkan katanya tapi s4kit sangat. Terpaksa suaminya bergegas panggil bidan yang berada di luar kawasan kilang. Aku yang sibuk bekerja sepanjang hari ada juga terdengar cerita pekerja yang balik rehat minum petang. Bermula s4kit perut dari tengahari dengar ceritanya. Aku tak berapa ambil pusing. Fikir ok la tu ada bidan yang datang.

Semua balik kerja jam 5 petang, hari tu aku kena OT sampai jam 7 malam….sabah ni, jam 6 petang pun dah gelap, apa lagi la jam 7 malam. Tinggallah aku sorang sorang dalam pejabat. Lampu luar kilang sengaja aku tegah matikan. Tengah khusyuk buat rekod data untuk hari ni, terdengar pintu kena ketuk. Mula- mula perlahan saja. Spontan aku angkat kepala tengok pintu. Di sebabkan di luar cerah, aku tak perlu keluar pun untuk tengok siapa di sebalik pintu.

Cermin besar menjadi tingkap. Memang bole nampak sesiapa atau apa yang berada di luar. Lama kelamaan bunyi ketukan menjadi semakin kuat bagaikan hendak pecah pintu di buatnya. Aku jadi marah, bukan takut….jadi geram kalau ada sesiapa yang mahu bergurau kasar begitu. Intai tingkap, pandang luar pintu, lantai takde sesiapa. Automatik badanku jadi keras. Bulu roma berdiri tiba tiba. Ketukan berhenti.

Tangan kananku sapu tengkuk yang berasa seram. Ah tak boleh jadi. Segera ku kemaskan meja kerjaku. M4tikan air cond, lampu…tutup pintu. Berjalan ke arah suis di tiang untuk matikan semua lampu dalam kilang. Nasib baik ada lampu jalan. Bunyi cengkerik saja yang menemani. Guard ni jam 8 malam baru masuk kerja. Sepanjang jalan balik jalan kaki ke hostel, badan rasa ringan sangat.

Jalan pun dah macam lari anak. Entah sebab takut ke apa hahahaha. Sampai hostel sempat ternampak ramai orang berkumpul di rumah orang hamil yang s4kit tu. Dengan hati yang penuh tanda tanya ku hayun langkah kaki ke sana. Dari jauh Ternampak Luli. Dia lambai aku. Balas balik. Berdiri agak jauh dari kerumunan orang. Semua bertumpu di lot hostel wanita hamil yang s4kit.

”kenapa Li? Belum setel lagi? Kan bidan dah ada?” Aku bertanya perlahan. ”entahlah….dari tengahari tadi macam tu saja keadaannya. Tak berubah. Bidan pun dah naik pening tak tau sebab apa” Luli menjawab. Luli ni kawan yang agak rapat denganku. Sedang kami berborak, sorang pakcik yang ku kenali menghampiri.
” kenapa tu? ” pakcik tu bertanya. Harum sabun mandi. Sah pakcik ni baru lepas mandi.

”entahlah bang. Saya pun dengar cerita saja. Tu pun tak jelas.”Ku jawab ringkas. Pakcik tu gosok2 janggutnya. Memandang rumah orang yang s4kit tu penuh fokus. Kami bertiga terdiam. Aneh tiba tiba perangai pakcik tu. Aku pandang Luli bagai isyarat dah kenapa pakcik ni? Luli angkat bahu. Pakcik tu sekejap mencangkung pandang bawah kolong yang gelap, sekejap berdiri tegak. Sekejap mencangkung semula.

” jom…kita pi tengok apa yang patut….” pakcik tu bersuara tiba tiba. ”alaaaa bang saya belum mandi ni, baru balik….” ”takpe la….bukan badan kamu bau peluh sangat pun…jom” pakcik tu menarik tangan kiriku. Spontan tanganku menarik tangan Luli…dia terkejut. Kedatangan kami di beri laluan. Pakcik nilah yang beri nasihat cari dahan kelor dalam cerita Kucing Hitam tu. Semua hormat dia.

Aku pun mungkin sedikit di hormati sebab ada kedudukan sedikit di tempat kerja. Berdirilah kami di depan pintu bilik. Suami pes4kit panggil kami masuk. Masuklah kami bertiga…duduk. Selepas pakcik tu bertanya serba sedikit, bidan tu jawab dah lama jadi bidan tak pernah kena macam ni. Aku dan Luli berpandangan. Kesian suami pesakit. Tergambar resah di wajahnya. Tiba-tiba pakcik tu bangun, mencuit bahuku isyarat ikut bangun.

Segera ku genggam tangan Luli tarik bangun. Dia terkejut sentap tangannya. ”ikutlah” bisikku. Dia angguk. Kami berjalan menuruni tangga. Pergi agak jauh berjalan mengelilingi hostel. Sekarang kedudukan kami bertentangan dengan pes4kit tadi. Agak jauh juga, dalam 100 meter. Pakcik tadi diam saja. Terus masuk bawah kolong dan mencangkung. Aku dan Luli turut serta masuk. Gelap. Entah apa yang di kumat kamit.

Luli berada di sebelahku mencangkung. Cuba melihat. ”takde apa pun pakcik?” Luli bersuara. Tiba-tiba pakcik tu tepuk belakangku dan Luli. Entah bagaimana pandangan kami menjadi sedikit cerah serta merta. Apa yang kelihatan di bawah kolong lot hostel si pesakit mengejutkan kami. Rupanya tepukan di belakang kami tadi telah membuka hijab kami berdua.

Terasa tangan kanan Luli bergetar memegang kejap bahuku. Toleh seketika. Muka Luli pucat tak berd4rah. Berpeluh. Aku pandang pakcik tu pula, masih terkumat kamit. Pandang ke hadapan. Walau jauh masih jelas kepala itu menunggu di bawah kolong. Menjelir lidah menadah ke arah atas, bagai menunggu drah menitis.

Tiba tiba ia berpaling memandang kami. Ah nampak buruk, tapi iras wajah itu masih boleh di cam. Sah itu dia!!! Pakcik cuit lututku isyarat tangan ajak keluar. Kepala hodoh itu kembali tadahkan kepala. Tidak pedulikan kami. Tubuh badannya tiada…hanya kepala yang terapung. Aku tidak dapat menggambarkan perasaan itu.

Takut ada, seram ada, berani pun ada…berani tu pun sebab ada 2 orang teman…kalau tiada mungkin aku dah pengsan di situ hehehe…. Pantas sungguh pakcik tu berjalan. Kami berdua usaha mengejar. Sambil berjalan otakku berfikir…eh ini jalan ke rumah pak guard….rumah kecilnya terletak di dalam kebun, masih di dalam kawasan kilang tapi agak tersorok. Suasana gelap.

Nasib baik bulan penuh. Jalan agak cerah. Dari jauh nampak pondok pak guard. Terang lampu. Pakcik beri salam, kebetulan, pak guard ni beragama Islam. Sebaik pintu di buka, tanpa basa basi segera pakcik masuk ke dalam pondok tendang bilik belakang yang agak tersorok. Aku terkejut. Nampak kurang ajar. Keadaan menjadi sedikit kecoh.

Anak lelakinya cuba menarik pakcik keluar, aku dengan Luli terkejut bila berdiri di muka pintu. Anak pak guard pun tiba tiba berhenti menarik pakcik. ”inilah ayah kamu. Kejadian tempohari yang semua orang kejar kucing hitam, kejadian sekarang yang setiap dapur kena selongkar dan yang sekarang semua kerja dia” pakcik berhujah panjang.

Anak pak guard terdiam kaku masih memandang benda yang berada dalam bilik ayahnya. Luli ku lihat semakin tak keruan. Isteri pak guard menutup mulut sebaik melihat pemandangan yang sama. Aku? Sejak terbuka hijab ni bagaikan kena kejutan elektrik. Malam ni full with surprise. Di atas katil di dalam bilik terletak tubuh pak guard tanpa kepala.

Pakcik suruh anak pak guard keluar. Hanya kami bertiga. Pakcik minta kain batik. Isteri pak guard beri. ”jom angkat alihkan” pakcik beri arahan. Ah sudah!!! Siapa nak pegang????. ”jangan takut dia tengah sibuk bawah kolong tu” bagaikan faham apa dalam kepala kami. Aku tunjuk kaki…pandang Luli. Dia angguk. Aku kat pinggang pakcik kat bahu.

Kami pusingkan saja kedudukan tubuh pak guard. Sekarang kedudukan kepala berada di arah kaki tadi. Pakcik tutup kemas badan pak guard dengan kain batik. Arahkan kami berdua keluar. Kunci bilik dengan kemas semula. ”Apa pun yang akan berlaku malam ini, atau dengar sebarang bunyi di dalam bilik tadi jangan buat apa apa” isteri dan anak pak guard angguk lemah.

”saya minta maaf bagi pihak ayah saya sebab telah menyusahkan semua pihak” anak pak guard bercakap dengan suara perlahan. Tunduk memandang lantai. ”tak apalah. Kita ni manusia, kadang tersesat. Kalau iman tak kuat inilah jadinya” pakcik tepuk bahu anak pak guard. Setelah bersalaman kami bertiga menuruni tangga. Berjalan semula ke arah hostel. Pakcik tiba tiba berhenti, masuk ke dalam semak, terdengar mematahkan sesuatu.

Aku dengan Luli tercongok pandang kiri kanan depan belakang. Jangan pakcik lari tinggalkan kami sudah la…pakcik keluar bersama ranting daun limau purut. Agak panjang juga, dalam 1 kaki. Kami menurut lagi pakcik berjalan pantas. Sebaik sampai di lokasi kami mencangkung di bawah kolong tadi, pakcik baling dengan kuat ranting limau td tepat ke arah bawah lot hostel pes4kit.

Tiba tiba tidak terdengar lagi erangan pes4kit. Terdengar oleh kami semua cakap alhamdulillah dah berhenti s4kit. Kami bertiga keluar. Aku minta diri untuk balik. Sedang kami berpaling, pakcik tepuk semula belakang kami. Aku dan Luli terkejut. Pakcik senyum. Aku tahu kenapa dia tepuk. Mesti kunci balik hijab kami. Aku balik ke bilik hostelku. Masih terbayang wajah hodoh tadi.

Tak sangka. Mandi, makan . Akibat terlalu penat agaknya. Sebaik baring di katil terus tertidur. Lupa semuanya. Esoknya belum sempat aku bangun Luli dah ketuk bilikku dengan kuat. Sejuk pagi mengalahkan air cond. Kacau nikmat tidurku. Tidak tahan dengar pintu di ketuk bertalu talu aku bangun. ”ko dah kenapa? Ni matahari belum keluar la Li!!!” Aku bertanya sebaik buka pintu.

” ko mesti belum tahu kan? Pak guard tu dah takde….” Luli bersuara. ”takde? Takde hilang pi mana? ” suaraku bertanya minat. ”dia dah mennggal….pakcik tu cakap kepala dia tak boleh masuk ke badan dia semula sebab kita tukarkan arah semalam” mesti pakcik tu yang beritahu Luli ni. Ku garu dahi yang tak gatal. Selesai pengebmian pak guard, 2 hari kemudian anak aruwah pak guard dan isterinya pindah keluar.

Anaknya berhenti. Sebelum berhenti sempat juga jumpa aku dalam pejabat. Serah surat berhenti dan minta maaf. Itulah pertemuanku yang terakhir dengannya. Akhirnya selesai semua masalah kucing hitam, dapur kena selongkar…bagaikan suis lampu kena off. Sekian terima kasih…

Reaksi warganet

Khadijah jamali – Kg sy dulu pun kecoh pasal pnngal ni..dri kg sebelah…dia ad ngitip mak sy juga masa mak sy kdng adik bngsu mujur ad dngar kucing bnderam dia marah brgduh last2 ayah halau…tp xbgthu sbb apa esok pg nmpak titisan d4rah hitam pekat tuu menjejeh…

sjak dri tuu kecoh ad yg trnmpak dia trsngkut dkat ranting pokok limau purut nmpak full versi…dekat pokok rmbutan dia terconggok cari mngsa.

Ziya rose – Dahhh agakkk,mesti ada kaitan dengan pak guard tuuu cerita menarikkk sangat.

Zaki sidek – best citer ni.. Tp pestime dgr penggal dari org llki.. Biasanye ppuan je..

Sumber fiksyenshasha