Jika diberi pilihan antara isteri dan adik. Saya akan pilih adik kandung.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Selama 30 tahun kenal adik bongsu, saya akui dia agak pemalas. Tapi saya sebagai abang kena Iindungi adik saya. Baru – baru ini, adik saya mengadu kerana terasa isteri saya tidak pernah mengajaknya makan sekali.

Malah katanya, isteri saya selalu buat muka padanya di belakang saya… Salam. Mohon admin tidak reply mesej ni sebab saya pinjam FB kawan saya. Siapa suruh tidak di logout?! Terima kasih sebab sudi kongsi cerita saya. Saya ingin minta pandangan semua. Macam mana nak buat isteri saya berbaik dengan adik perempuan saya yang menumpang di rumah kami.

Sudah 5 tahun dia duduk bersama – sama. Macam mana juga nak buat isteri saya tidak berkira dengan keluarga saya. Saya perkenalkan diri sebagai M. telah berumahtangga dan mempunyai 4 orang cahaya mata yang comel. Saya pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja di sektor awam. Adik saya berumur 30 tahun.

Pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja di sektor awam dengan skim gaji lebih tinggi dari saya. Masih bujang dan merupakan anak bongsu daripada 5 adik beradik. Sebagai abang yang sudah kenal dia selama 30 tahun, adik saya adalah seorang yang baik, walaupun kerap member0ntak dan meIawan kata. Isteri saya juga merupakan pemegang ijazah sarjana muda tetapi bekerja di sektor swasta sebagai staf sokongan.

Adik saya, dari kecil memang agak pemalas. Perkara tersebut berlanjutan sampai umurnya 30 tahun. Saya sedar, dia tidak pernah membantu isteri saya di rumah. Hanya memerap di dalam bilik dan makan apabila dijemput. Saya terima kemalasan dia sebagai satu kelemahan dia di antara banyak kelebihan yang dia ada.

Saya juga mengaku dan faham, kerjanya yang penuh tekanan (atas jawatannya yang tinggi) menyebabkan dia memerlukan waktu untuk menggembirakan diri sendiri. Boleh jadi dengan menonton cerita yang dia sukai sepanjang berada di rumah. Isteri saya pula terlebih rajin. Saya tak pernah makan di luar (kecuali apabila isteri tak sempat masak).

Boleh d1katakan, kerja rumah 150% dia buat hatta kutip tuala di lantai pun dia tak pernah merungut. Anak – anak pun dia uruskan 90% kot sebab saya sibuk dengan kerja. Baru – baru ini, adik saya yang nombor tiga mengadu tentang luahan hati adik bongsu saya. Adik bongsu saya terasa isteri saya tidak pernah mengajaknya makan sekali.

Benar, dia jarang ajak adik saya makan bersama. Dia akan minta saya ajakkan. Adik bongsu saya juga mengadu, isteri saya selalu buat muka padanya di belakang saya. Tak pernah bersapa dengannya. Tak senyum. Sekejap baik, sekejap tak baik. Saya simpati dengan adik saya.

Sudahlah hidup jauh dari ibu bapa, isteri saya layan dia begitu pula. Isteri saya buat adik saya seolah – olah orang asing dalam rumah saya sendiri. Awal sikap adik saya, isteri saya ada juga meluah pada saya sampai lah satu ketika, saya beritahu isteri saya yang jika diberi pilihan adik dan dia, saya akan memilih adik saya.

Sejak itu, saya tengok isteri saya sem4kin berubah. Dia tak banyak cakap. Tak pernah nak luah apa – apa. Tak pernah merungut apa – apa. Kalau adik saya tak basuh pinggan pun dia senyap. Saya gembira tapi saya rasa macam lain macam pula. Dulu, kalau balik kampung rumah mak saya. Isteri saya akan bersihkan satu rumah tapi sekarang, dia dah jadi macam tetamu pula.

hanya buat hal yang perlu saja. Tapi, isteri saya masih tak berkira duit dengan ibu ayah saya. Kalau berbelanja, dia akan guna duit dia (sebab dia tahu, gaji saya tak cukup walaupun gaji saya 2x ganda daripada dia). Gaji adik saya pun selalu tak cukup walaupun duduk free di rumah saya. Begitu juga kalau ada majlis di rumah adik beradik lain.

Dulu, isteri saya boleh d1katakan harapan untuk membantu semua orang buat kerja tapi saya perasan, isteri saya sekarang lebih senang menjadikan diri sebagai tetamu. Buat kerja yang berkait dengannya saja. Macam mana saya nak nasihatkan isteri saya supaya berubah? Tidak berkira dengan keluarga saya? Tidak melayan teruk adik saya? Sebagai abang, saya perlu meIindungi adik saya.

Komen Warganet

Surianti rahman – Sis seorg kakak sulung,ada adik perempuan dibawah.. Semasa sekolah semua keje rumah sis yg buat krn mak bekerja Dan seorg ibu tunggal.. tetapi kita sebagai kakak sulung ada tggungjawab didik adik2 sendiri. Pernah dulu sis ketuk adik dgn senduk krn pemalas sgt ketika dia masih sekolah menengah..

Skrg Alhamdulilah dia rajin menguruskan rumah walaupun sudah berkahwin.. jika kita tidak mendidik dari awal jadilah begitu umur 30 tahun pun pemalas.. ni bukan pemalas sikit,ni pemalas teruk,mkn sendiri pun pinggan pun xnk basuh.

Siti zubaidah – Mampak si.abang nk membela si adik sangat, umo 30 masih pemalas, pinggan sendiri pun x reti cuci, hehhh makan pun nk ber jemput.. Helooo bro, bini ko tu kerja, anak 4, nk melayan ko lagi, pas tu ko suruh layan adik ko bak puteri..

Haihhh suami apa ko ni, x kesian bini ke. Mmg patut pun dia jadi berubah sikap bila balik kg ko, sebab ko dh bagi kata dua kat dia, bini baik, rajin ko, ko buat macam tu. Mmg silap beso lah… Kalau aku…. Memang aku dah..

Rizal Rodzuan – Ko fikir balik la, apsal adik perempuan ko umur 30 masih single sampai sekarang. Pasal perangai buruk mcm ni la. Sepatutnya bukan tugas abang dah tapi tugas suami adik ko untuk jaga dia. Tapi sapa nak perempuan perangai buruk mcm ni? Pemalas, pentingkan diri sendiri, suka pergunakan org lain dan sebagainya?

Ko jangan letak diri sebagai abang tapi sebagai bakal suami tengok bakal bini macam ni. Patut adik ko dah berdikari, dok luar, ubah perangai buruk, baru ada laki nak. Ni ko salahkan bini ko plak sedangkan kalau ko tengok, buruk si0t perangai adik ko dengan perangai ko sekali, kesian kat bini ko dapat laki macam ni dan adik ipar macam tu.

Cik Puan Comel – Korang adik beradik ni keturunan raja mana? Makan siap berhidang berpanggil bagai ni?? Adik kau tu acah-acah permaisuri ke macam mana? Oiiii anak raja pun tau masuk dapor lah masak! Sp3sis tau menc3kik je kalau aku jadi bini kau memang adik kau aku c3kik.

Ingat kak ipar org gaji ke dasar perempuan tak tahu adab. Tak menolong satu hal, nak suruh orang beradab kat dia, sedangkan dia sendiri tak ade adab. Kalau aku la, heiii aku sep4k je kena cerai pun puas hati.

Hanif Dila – Encik kesian dengan adik encik yang jauh dari ibu bapa tapi encik tak kesian dengan wife encik yang t1nggalkan ibu bapa dia, kawan – kawan dia semata mengikut encik setelah dia bernikah dengan encik. Dia bernikah dengan encik dengan harapan encik akan meIindungi dia, tapi sayang seribu kali sayang. Encik lebih memilih untuk meIindungi adik encik berbanding isteri encik yang telah serah 200% hidupnya untuk encik.

Sesungguhnya tugas suami adalah meIindungi isteri bukan membuIi isteri secara mentaI dan fizikaI. Adik encik berkemampuan, suruh adik encik pindah dari rumah encik, bukan isteri encik yang kena berubah tapi encik yang kena berubah. Sungguh saya amat bersimpati dengan isteri encik kerana dapat suami seperti encik!

Lai Uchila – otak mana? otak mana? fikirlah isteri tu bkn khadam,bukan tukang gaji,dah balik rumah,dia sorang yg kemas smua kerja di rumah, dah tahu adik tu mls knp tak tegur, memilih isteri atau adik msti lah adik kandung ,mmglah adik tetap adik,tp klu perangai adik tu jenis pemalas.

tak reti ke tegur utk kebaikan,umur dah 30tahun tak reti nk buat kerja rumah smpai ke tua lah mcm tu,kena ingat kerja rumah ni tak senang tahu,isteri penat kerja,penat jaga anak,penat kerja rumah,penat jaga hati org sekeliling.

fikir2 lah klu bgtu je perangai pemalas nk buat kerja rmh pun mls,xde org nak kahwin dgn adik engko yg pemalas,ni bkn komen negatif,tp nasihat,klu selama2 mcm tu, kesian lah isteri,sbb isteri awak tu dah stress dan mkm hati..bsyukur lah ada isteri masih bertahan dan penyabar,kesian lah dgn isteri awak.

Helsa davina – Tak da slh klau nk membela adik..tpi mesti tgok juga ke adaan mcm mna..apa ko ingat bini ko nk kwin dgn ko..semata mata minta jdi mcm org gaji ke?? Masih baik awak jmpa bini yg penyabar..klau ko cerrai dgn dia..blm tentu org baru tu. Penyabar mcm dia tau..lagi pun bini ko kn ada krja. Ko cerrai kn dia pn dia tak kisah..

dia bertahan dgn ko smpi skrg pn semata sbb ank tau..yg prlu dinesihat kn tu adik ko bukan bini ko..biar dia tau adap..apa kmu dua beradik ko ingat bini ko tu pembantu ke..buduh. Nsib baik ko tk kwin dgn aku.klau ko kwin dgn aku..dgn kuali sekali terebang kat ko org bedua.

Sumber seleski media