Dah cuba nak bnuh diri. Kaklong baru 12 thn. Makin pelik perangainya. Sy smpai xkenal anak sy lagi

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Saya adalah seorang ibu kepada 6 anak. Yang paling kecil 2 tahun dan paling besar 12 tahun. Memandangkan anak anak saya semua rapat rapat, maka boleh faham sendiri la kan str3ss dia camane nak handle 6 ketul ni.

Memang str3ss tapi saya gagahi jua demi sayang pada anak anak. Saya adalah ibu yang berkorban kerjayanya untuk menjaga anak anak secara sepenuh masa di rumah. Dah 9 tahun tidak bekerja. Buat bisnes sambil sambil tapi fokus utama adalah keluarga. Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah berkenaan anak sulung saya yang saya panggil kaklong.

Walaupun umurnya baru 12 tahun, tapi dia sangat cepat matang. Pemikirannya sama seperti remaja yang dah berumur 16 tahun. Maksud matang di sini adalah matang dari segi percakapan dan keinginan. Kaklong pandai berkata kata. Kalau dia tidak puas hati dia akan berterus terang bertanya. Jadi jenuh juga saya sebagai ibunya kena terangkan kenapa, bagaimana dan akibatnya.

Contoh kenapa dia kena buat kerja rumah dan tak boleh duduk relax dan tidur saja? Kenapa kawan dia boleh warnakan rambut tapi tidak dia? Haa soalan yang macam tu la. Kaklong juga mempunyai keinginan macam remaja yang lain. Nak berfesyen, memiliki hp, berkawan dengan lelaki, minat kpop, 24 jam berinternet tanpa disuruh buat kerja rumah atau ikut jadual dll.

Tapi sebagai ibu, saya limitkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Handphone, boyfriend, full access to internet (maximum sehari 2 jam sahaja, itupun dah banyak sangat bagi saya). Kalau nak keluar dengan kawan kawan, saya benarkan tapi saya akan ikut sekali hantar dia sampai jumpa kawan kawan dan saya tunggu dia berjalan jalan dengan kawan dia di mall sambil saya window shopping dengan ayahnya.

Lepas tu kami akan balik sama sama. Saya bukan apa, cuma nak kenal siapa kawan kawan dia. Kalau tak berkenan, saya akan bagitau dan nasihatkan dia untuk pilih kawan yang betul. So far baru 2 kali je pun saya bagi dia keluar dengan kawan kawan sebab nak bagi dia pengalaman saja. Sebelum PKP, pergi balik tuisyen saya akan hantar dan ambil. Tapi rupanya rupanya dalam diam sempat pula dia berboyfriend.

Tapi saya tak bagitau dia yang saya tau. Saya cuma nasihatkan dia secara halus tanpa dia sedar yang saya tau. Lama lama dia putus dengan lelaki tersebut. Dari segi agama saya memang sangat tegas. Saya hantar dia ke sekolah tahfiz tapi bukanlah yang berasrama penuh. Hari hari dia balik. Solat, mengaji, hafazan dan homework saya pantau. Bab kerja rumah pula memang saya latih dia dan adik adiknya untuk buat kerja rumah mengikut kesesuaian umur.

Yang besar kena basuh pinggan, buang sampah, mandikan adik adik, kemas ruang tamu dan meja makan dan cuci bilik air. Yang kecil tolong kakak, susun kasut, bawa kain kotor ke mesin basuh dan kemas mainan. Saya latih supaya semua bekerjasama bantu mama. Saya ada sediakan jadual untuk anak anak. Ada waktu solat jemaah, makan jemaah, buat kerja rumah, buat homework, berinternet, main atau tidur.

Jadual yang taklah begitu pack tapi masa terisi dengan perkara yang berfaedah. Nampak macam tiada masalah kan?. Tapi dipendekkan cerita sebenarnya kaklong mengalami d3ppression dan str3ss yang sangat teruk. Baru 12 tahun. Bila ditanya, katanya dia telah memendam perasaan semenjak 3 tahun yang lepas. Dia rasa str3ss sangat dengan semua orang sekelilingnya.

Kawan kawan, cikgu, adik adik, ayah dan yang paling teruk str3ss dengan saya. Kawan kawan – semua benci dia. Cikgu – semua asyik nak cari salahnya dan percaya cakap kawan kawan yang bencikannya. Adik adik – semua asyik nak menyusahkannya, merosakkan barang barangnya dan buatkan dia kena marah selalu dengan saya. Dia benci jadi anak sulung sedangkan saya tak pernah bezakan anak sulung dan yang lain.

Ayah – katanya ayahnya asyik perli perli cakap dia malas, melawan cakap mama, tau nak tidur saja dan berinternet. Mama (saya lah tu) – 24 jam asyik nak cari salah dia saja. Semua kebaikan yang dilakukan tidak nampak. Katanya saya terlalu mengongkong, semua dia nak buat tak boleh. Ini semua apa yang dia rasa. Sebenarnya itu cuma perasaannya saja. Kami semua layan dia ok saja.

Saya sendiri telah berjumpa cikgunya secara sukarela dan berbincang tentang kaklong. Cikgunya kata dia berperangai agak pelik disekolah. Bergaduh dengan kawan sana sini dan pernah tulis di kertas untuk membnuh dirinya. Saya perasan dia jadi begini semenjak dia meningkat remaja, sejak baligh. Ya betul, lebih kurang 3 tahun lepas.

Saya fikir mungkin ia adalah perubahan h0rmon dari alam kanak kanak ke alam remaja. Saya banyak bagi nasihat padanya dalam versi perbualan santai. Tapi dari hari ke sehari, perangainya semakin teruk. Saya sampai dah tak kenal anak saya sendiri. Hari hari ada je perangai dia buat yang betul betul buat saya hilang sabar. Dirumah cari pasal dengan adik adik dan ibubapa.

Di sekolah bergaduh dengan kawan kawan. Sejak sebulan yang lepas dia banyak kali mengelar lengannya. Tapi bukanlah pergelangan tangan. Toreh lengan dan tunjukkan pada saya. Saya rasa dia bukan nak bnuh diri tapi nak bagitau saya yang dia marah dan nak tarik perhatian saya dan orang sekeliling. Tapi banyak kali juga dia kata nak bnuh diri tapi takut.

Dia selalu tanya kenapa Allah tak amik ny4wa dia. Kami cuba ikhtiar. Ayahnya ada hantar dia untuk berubat dengan beberapa orang ustaz. Kami juga ada hantarnya untuk berjumpa dengan kaunselor private. Saya hari hari motivate dan bagi nasihat, saya limitkan kegunaan internetnya sebab saya rasa internet adalah antara sebab dia jadi str3ss, tapi perangainya tetap sama.

Dia masih kemurungan teruk dan str3ss. Malah dia makin marah dan tak keruan bila saya sekat penggunaan internetnya. Untuk makluman, dia guna internet untuk tengok kpop idolnya saja. Utube la kebanyakannya. Sekarang, sejak dia mengelr lengannya dan asyik cakap pasal mti, saya pula yang mengalami kemurungan dan str3ss yang sangat teruk.

Saya takut sangat sangat memikirkan yang anak saya akan mti depan mata saya sebab saya tak dapat bantu dia. Tapi setiap kali saya cuba slow talk, motivate dan bagitau nak bantu dia, perbualan itu menjadi tegang sebab dia terus menerus cakap yang semua benci dia dan dia benci semua orang, Dia tak nak hidup dengan manusia termasuk saya.

Dan akhirnya saya terus lari tak nak bercakap dengan dia lagi. Sebab saya tak nampak solusi bagi masalah dia, saya tak rasa dia nak berjuang bersama sama saya untuk pulihkan dirinya. Saya rasa str3ss sangat sangat dan menangis sepanjang malam memikirkan dia. Saya jadi terlalu fokus padanya sampai abaikan anak anak yang lain.

Saya tak boleh senyum lagi. Setiap kali suami saya peluk saya, saya akan menangis sebab depan anak anak saya memendam perasaan yang amat sangat. Bila suami cuba tenangkan saya, saya terus menangis semahu mahunya sampai teresak esak. Saya rasa tak kuat nak harungi dugaan dari kaklong ni. Dia menolak mentah mentah semua usaha saya untuk bantunya.

Katanya dia tak nak ada orang disekelilingnya dan dia cuma nak internet saja sebab dengan internet dia boleh happy bila dapat tengok muka kpop idolnya. Kaunselor private ada bagitau saya dia mengalami obs3ssion dengan kpop idolnya sampai dia tak dapat bezakan mana realiti dan mana fantasi.

Sebab tu dia benci sangat dengan kami sekeliling dia ni sebab kami realiti tapi kpop idol tu hanya fantasi dia yang berjaya buatkan dia bahagia. Saya pun tak taulah nak setuju atau tak dengan kata kata kaunselor ni. Tapi saya dah stop dari bawanya jumpa kaunselor ini sebab faktor kewangan. Minggu lepas saya cuba untuk bawanya jumpa doktor di klinik kesihatan dengan membawa ujian dass.

Saya juga buat ujian dass. Hasilnya kami sama sama mengalami d3ppression dan str3ss yang sangat teruk. So saya hantar kedua dua borang. Pertama sebab saya sendiri rasa saya perlu dirawat dahulu untuk saya bantu rawat anak saya. Kedua, saya mahu tanya pada yang pakar bagaimana cara untuk saya handle anak yang mengalami masalah sebegini.

Saya sendiri tak tahu, tak sabar dan tak kuat untuk handlenya. Mungkin pakar boleh bagi cadangan yang betul untuk saya. Di klinik kesihatan doktor cadangkan saya dan kaklong untuk jumpa pakar psk1atri tapi di hspital yang berbeza sebab kaklong kena jumpa dengan pakar ps1kitri kanank kanak dan saya dewasa.

Tapi biasalah, bila dengan hspital kerajaan, terpaksalah menunggu. Temujanjinya lagi 2 minggu. Tapi saya menulis ni sebab rasa terlalu tertekan dan nak minta motivasi dan nasihat dari kawan kawan diluar sana sebelum temujanji kami lagi 2 minggu. Saya sendiri dah rasa terlalu lemah nak hadapi masalah kaklong.

Kadang kadang rasa tak nak tengok muka dia lagi sebab marah dengan perbuatannya yang seperti orang tiada iman. Kadang kadang rasa terlalu kasihan dengannya sampai saya menangis teruk sebab kasihan dan tak tau cara untuk bantu kaklong. Saya buntu. – Ibu kaklong (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Hamidah A. Hamid – Saya tak rasa anak puan 0bses dengan kpop. Saya rasa dia str3ss sebab banyak kerje kena buat dan adik adik yang masih kecil asik kacau privacy dia.. Maybe puan boleh try bagi ‘me-time’ untuk dia. Cakap dekat dia, hari ni dia ada satu hari untuk diri sendiri.

Boleh tengok kpop, boleh relax, tido, tak payah buat kerje rumah.. Tapi lagi 6 hari macam biasa. Kena tolong tolong jugak dekat rumah. Just untuk satu hari tu je biar dia buat hal sendiri. Adik adik pun janga kacau dia. Kalau puan tak kacau tapi adik adik kacau, no point jugak..

Ni just cadangan, lain orang lain cara.
Saya dulu dulu mak ayah dan nenek bagi freedom untuk buat apa saya nak. Adik adik pun tak kacau sangat. Dorg wat hal sendiri so saya tak payah juga dorang walaupun umur kami selang setahun je. P/s: Saya belum kawen or ada anak. Jadi yang saya tulis ni cuma cadangan. Buukan pengalaman jaga anak or ank sedara ke apa.

Nazlee Yahaya – Saya mengalami keadaan yang hampir sama. Anak saya pula minatnya ke barat, bukan Korea. Apa yang saya cuba buat, cuba fahami minatnya, cuba kenal siapa idolanya. Berbual tentang perkara Yang diminatinya. Cuba beri ruang dan faham bila emosinya tak stabil (terutama bila dia marah).

Cuba melihat kelebihannya, cuba kurangkan mengkrtiknya (sangat susah sebab ibu sentiasa nak betulkan anaknya). Cuba menerimanya seadanya….. Tak kata berjaya 100% tapi sekarang semakin baik berbanding dulu. Sekurang kurangnyanya sudah lama juga dia tak sebut nak bnuh diri.

Puan maafkan diri puan, tanam Dalam diri puan sayangkannya dan takkan berputus asa dengannya. InsyaAllah dengan doa tak putus, keadaan akan bertambah baik.

Aliza Saim – Salah satu sebab yang buat dia str3ss, ialah adik dia ramai. Penat nak kene layan adik adik yang ramai tau. Dia pon nak ada masa dia sendiri, ruang dia sendiri. Sentiasa jadi pendengar masalah dia… Anak sulong aku, umur 11 tahun penah bangun tido nangis sebab dia mimpi aku beranak lagi.

Dia kata dia penat sebab selalu kene tolong aku… Selepas tu aku cuba macam macam cara nak settle masalah aku. Memang follow rapat dengan anak aku. Kekadang rasa down jugak sebab susah sebenarnye nak paham kerenah manusia ni. Sekarang ni aku cuba cara aruwah ayah aku. Sentiasa bercakap dengan anak. Maksudnye, komunikasi setiap hari. Ada masalah arini, settle arini.

Cynna Toxa – Kaklong umur sebaya dengan anak sulung saya. Kami praktikkan hampir sama dengan cara puan. Malah, karektor mereka berdua hampir sama. Dah ada boyfriend. Cumanya kami dedahkan dia dengan situasi atau berita semasa. Dan Alhamdulillah, dia consult saya hampir semua perkara setakat ini.

Saya praktikkan, bila marah atau tegur kaklong tidak di depan adik adiknyanya (yang ni memang susah time PKP). Setiap kerajinannya setiap usahanya setiap pencapaiannya, saya hargai dengan pelukan dan rewards yang lain (walau hanya sekeping kitkat, itu dah memadai untuk kaklong yang hantu chocolate).

Ya, memang kami tekankan pencapaian akademik sebagai asas batu loncatan untuk berjaya. Tapi jika kaklong dapat markah yang tidak memberangsangkan, tidaklah saya marah marah dia. Kami sama duduk tengok mana silap sampai dapat markah rendah. Dan kami berdua tulis nota/surat pada setiap dari kami sekeluarga bila tak puas hati dan setiap birthday.

Malah hadiah birthday masing masing pun kami akan bincangkan pro dan cond, patut dapat atau tidak. Ya, umur sebegini sangat fragile. Jika suami puan memeluk puan kerana puan sedih, peluk lah anak puan. Beliau sangat perlukan pelukan tanpa kata kata atau syarat. Teruskan yang puan sayangkannya unconditional.

Amalkan big family hugs. Every day each time after solat berjemaah. Saya harap ini dapat membantu. ‘Ikan tak pernah berasa masin semasa di laut tetapi jadi ikan masin bila di darat’. Marilah kita jadikan anak anak kita insan yang kental em0si dan fizikal dari faktor faktor luaran sana.

Nur Sumayyah – Allahuakbar. Sedihnya. Kenapa anak2 sekarang boleh berfikiran sqmpai macam ni. Mungkinkah kerana dunia mereka hanya didalam umah.. Dulu, masa zaman kanak kanak, kita banyak meneroka dunia luar. Sekarang nak lepas anak anak macam zaman kita dulu, risau dengan jnayah yang makin meningkat membabitkan anak..

So,mereka menanggap internet, adalah dunia mereka.. Maaf puan, saya tak tau nak bagi apa apa cadangan atau pendapat. Saya juga punya anak anak seangkatan umur anak puan. Sebagai ibu bapa kita latih diorang untuk kemahiran hidup diorang. Untuk diorang bertanggungjawab atas urusan hidup dan agama diorg.. Semoga dipermudahkan urusan puan sekeluarga..

Sumber IIUMC