Brcinta dgn N tp bkawin dgn R. Hati rasa kosong. Bila pindah, U pula dtg bawa rasa yg sama dgn N.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Dalam fikiran banyak yang difikirkan, tapi jari jemari seakan kaku hendak menaip setiap bait ayat yang ingin diucapkan yang tak mampu dilafaz dibibir.

Aku seorang isteri dan ibu.. Berkahwin atas dasar cinta.. Cinta?? Aku kenal dengan R sejurus tamat SPM.. Melihat keinginan R bersungguh sungguh cuba menawan hati aku buat aku berfikir mungkin inilah orangnya yang boleh membahagiakan aku kelak..

Semuanya berubah apabila aku dapat tawaran pekerjaan baru.. Ditempat ini aku bertemu N.. Bermula hanya sebagai rakan sekerja, kami semakin hari semakin rapat.. Walaupun aku dah ada R, dan N dah ada kekasih tapi kami tetap rapat.. Hubungan aku dengan N buat aku rasa bahagia..

Hati ini sentiasa rasa berbunga apabila dengan N.. Rasa inilah yang aku x dapat dari R.. Mungkin sukar untuk orang lain faham apa rasa itu.. Bagi aku inilah kali pertama aku rasa seperti itu.. Adakah ini CINTA?? Akhirnya N meluahkan perasaannya terhadap aku.. N menyatakan hasrat ingin melamar aku.. Gembiranya hati ini hanya Tuhan yang tahu..

Biarpun dalam fikiran ini sudah terbayang akan kekecewaan yang akan dialami R dan kekasih N.. Tapi apakan daya kita hanya merancang, Allah lah yang menentukan segalanya. Kedua keluarga tidak merestui hubungan kami.. Kami kecewa, sangat kecewa.. Untuk pertama kalinya dalam hidup, aku kecewa..

S4kitnya rasa itu hanya Tuhan yang mengetahui.. Janji N pada aku, dia akan berdoa setiap hari semoga ada jodoh kami walaupun pada masa itu, kami sudah tua.. N berkahwin dengan kekasihnya, dan aku berkahwin dengan R. Orang kata berkahwinlah dengan orang yang mencintai kita lebih dari kita mencintai dia.

Pasti orang itu akan berusaha untuk membuat kita bahagia. Kami meneruskan kehidupan, namun hati ini ada rasa kosong, walaupun ada R yang sentiasa cuba beri yang terbaik untuk aku, N sangat susah untuk aku lupakan.. Akhirnya aku bertukar tempat kerja.. Berada di tempat baru dan jauh dari N, aku yakin aku boleh lupakan dia.

Hidup dengan hampir rasa sangat sempurna.. R sangat sayangkan aku.. R juga manusia biasa, dia juga ada kekurangan.. Aku belajar untuk menerima meskipun kadang-kadang kekurangan itu terasa pahit untuk ditelan.. Malah mungkin aku lebih lagi memiliki kekurangan..

Tapi apakan daya, hati ini Allah yang pegang.. Hati ini bukan kawalan kita.. Hati ini sentiasa mencari rasa cinta terhadap N untuk aku persembahkan pada R.. Namun aku gagal.. Hanya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri tetapi hati ini tetap untuk N.. Mungkin janji N juga antara sebab mengapa aku terlalu terikat dengan perasaan ini..

Meskipun N sudah bahagia bersama isterinya, aku tetap tidak mampu melupakan dia.. 5 tahun di tempat baru, datang U.. Sangat baik orangnya.. meskipun muda dari aku, sangat banyak aku belajar dari dirinya.. U buat aku rasa sentiasa ingin berubah ke arah yang lebih baik..

Sekali lagi hati ini berbunga, apa yang aku rasa terhadap U seakan sama seperti apa yang aku rasa terhadap N. Meski sudah lebih 10 tahun, hati ini kembali berbunga.. Aku tahu aku isteri R tapi aku dan U tidak bercinta, malah dia juga tidak tahu apa yang aku rasakan.. Aku cuma rasa bahagia dengan menyimpan rasa ini didalam hati..

Bukanlah aku tidak bahagia dengan R tapi hati ini sentiasa mencari rasa bahagia disaat bersama N dulu.. Aku dapat rasakan Allah hadirkan U untuk aku lupakan N.. Aku yakin U lah orangnya yang boleh buatkan aku melepaskan janji N yang aku pegang selama ini..

Berita kem4tian N aku terima dengan kekecewaan.. Untuk pertama kalinya menangis untuk lelaki lain selain suami aku.. Aku sedih.. Aturan Allah itu sangat cantik.. Mungkin hadirnya U kerana Allah ingin menjemput N kembali kepadaNya dan agar aku mampu untuk move on dan melepaskan janji N..

Mampukah aku m0ve 0n?? Apa itu m0ve 0n? Bukankah istilahnya adalah meneruskan kehidupan.. Maka kehidupan diteruskan walaupun N tidak pernah aku lupakan.. U memang pengubat hati, penawar rindu.. Hari-hari diteruskan dengan U sentiasa ada disisi.. Bukan sebagai kekasih tapi sebagai adik dan kawan baik..

Aku sangat selesa bersama U.. Banyak perkara yang R tidak tahu tapi aku mampu luahkan pada U.. R orangnya sangat bertanggungjawab tetapi dia bukan orang yang memahami.. Tapi U sentiasa menjadi pendengar yang setia dan seakan memahami segala yang terjadi dalam hidup aku.

Sekali lagi aku tewas, Yakinlah kamu hati ini Allah yang pegang.. Aku seakan tidak boleh melupakan U.. Aku tahu kedudukan aku sebagai isteri orang, aku berdoa setiap kali selepas solat untuk melupakan U.. Tapi dia sentiasa ada dalam fikiran aku.. Bangun tidur sehingga ingin tidur semula, U sentiasa ada..

Dikala ini perkahwinan aku dan R pun diuji dengan pelbagai dugaan.. Semoga aku tetap tabah menghadapinya.. Diri ini tidak sempurna, selalu sahaja aku berdoa agar Allah beri yang terbaik untuk R.. Mungkin aku bukanlah yang terbaik untuk dirinya.. Kami masih lagi berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan kami..

Tidak pasti adakah aku hip0 krit, berusaha menyelamatkan perkahwinan dikala hati ini dihuni lelaki lain. Meski U tidak pernah tahu atau mempunyai perasaan yang sama seperti aku, hati ini sentiasa tenang berada dekat dengannya.. Yang aku kesalkan adalah segunung d0sa mencintai lelaki lain dikala ikatan perkahwinan masih ada.

Rasa hati meronta minta dilepaskan bukan hanya kerana U tetapi kerana banyaknya kepahitan yang harus ditelan setiap hari apabila berdepan R.. Cinta tidak semestinya perlu memilikikan.. Cukuplah sekadar bahagia dengan rasa cinta yang Allah hadirkan.. Doa ketika Tahajjud adalah seperti anak panah yang tidak pernah tersasar.

Akhirnya aku redha, aku berdoa setiap kali selepas tahajjud, moga Allah beri yang terbaik untuk aku dan orang-orang disekeliling aku.. Mungkin doa untuk melenyapkan perasaan terhadap U tidak Allah makbulkan kerana banyaknya d0sa diri ini.. Aku masih lagi berusaha untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa berusaha menuju kepada jalan yang Allah redhai..

Moga hati ini hanya untuk Allah dan Rasulnya.. Sesungguhnya cinta terhadap makhluk hanyalah mainan sy4itan yang mengg0da manusia kepada keh4ncuran.. Moga diri ini akan sentiasa redha dengan segala sesuatu ketentuan Allah.. – Hamba Yang Lemah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nor salida – Aku mcm tak berhak nak komen sebenarnya sebab apa yg confessor rasa tu adalah perasaan dia, hati dia. Tapi aku nak juga la menyampuk barang sepuluh-duapuluh patah kata sebagai pedoman bagi yg memerlukan. Ketama, jangan bergantung kepada orang/makhluk untuk merasa bahagia, sbb kalau tidak kau akan la guna alasan, guna org ni utk move on dgn org tu.

Sampai bila2 la takkan habis kisah ko ada perasaan dgn lelaki lain tu kak oi. Kedua, feeling cinta yang ko rasa terhadap org lain yg selain suami kau tu, ialah sebab ko tak bersama mereka sebumbung sekatil sebantal dgn mereka. Sebab Allah yang atur jodoh kau begitu, maka Dia lebih tahu siapa yang lebih sesuai untuk kau.

Mana kau tahu kalau ko kawen dgn Aruwah N tu, perasaan ko akan terkenang pula kepada R, akan mula la teringat kebaikan2 R dan akan compare. Sama juga kisahnya dgn U. Cinta tu, rasa suka tu, kita yang create piawaian dia. Ahh. Mainan perasaan la tu semua.

Zahra masoumah – Pegang ayat last confessor balik. Benda yang h4ram memang sedap. Sy4itan akn hiasi perasaan dan sifat tu supaya nampak baik dan tak salah. Sy4itan bijak, dia takkan buat benda obviously haram untuk tarik umat adam utk terpengaruh dgr ckp dia tp dia kana hiasi benda haram supaya nampak baik. Cth rasa hati ni Allah yg pegang etc2.

Sedangkan sy4itan sedang tiup hati dan fikiran awak supaya nak bercerrai and nak curang. Cuba bayangkan suami awak tulis confession camni. N utk perempuan lain, U utk perempuan lain dan R utk confessor sendiri. Bayangkan confession awk ni suami awk tulis. Apa yg awk harapkan, utk dia belajar buang perasaan utk dan mencintai u shj 100%.

Solution, av0id anything yg boleh rosakkan perasaan u terhadap R meskipun kena tuka tempat kerja or benti keje. Jaga ikhtilat. If bual2 lebih dr hal keje tu yg boleh jd perasaan cmtu. Trust me.

Ariana su – Puan, sebagai wanta kita punya keinginan dan cita2. Puan berhak utk bahagia. Cuma saya rasa masalah ni timbul sbb puan kurang berkomunikasi dengan pasangan. Ada baiknya Puan terus terang dan beritahu apa yg Puan inginkan dan harapkan perubahan dari pasangan. Benar, sifat lelaki sangat eg0 dan sifat wanita Asia pula, sgt terikat dengan adab dan agama.

Tapi, kini adalah dunia moden yg terbuka, wanita mampu berkerjaya dan mencarik ilmu sendiri. Lebih baik Puan carik jalan berkongsi cita2 dan bersifat Vokal berkongsi dan terbuka akan impian dan keinginan Puan dengan pasangan. In syaa allah, suami puan akan BERUBAH dan seiring dengan perkara positif yg ada dlm diri Puan. Cuba dahulu ya.

Sumber IIUM