10thn mjande dgn gaji Rm600 besrkn 6org ank. Satu2 kisah “malang” aku hadap. Tp kesan pd kak long buat ak risau.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku Hawa. Seorang janda anak 6. Dah hampir 10 tahun aku menj4nda, jatuh terlungkup tersungkur, n bangun, n tersembam, then bangun lagi, membela anak2 sejak yang bongsu berumur setahun dan yang sulung 11 tahun.

Aku jadi j4nda sebab ada seorang wanita muslimah calon syurga yang teringin nak berpayung emas dengan suami aku. Aku terima dia walau hati ni remuk. Masa tu aku tak kerja, so apa pilihan yang aku ada… dengan perut yang memboyot dan anak2 kecik. Tiga tahun aku bermadu, aku dah tak mampu nak cerita betapa hidup jadi isteri pertama ni ters3ksa macam kain buruk yang terjelepuk di sudut yang hina. Nafkah pun dah semakin terabai.

Aku terpaksa cari kerja dan syukurlah walaupun aku cuma dapat gaji RM600 masa tu. Ye lah, takkanlah aku boleh dapat kerja bagus2, sedangkan umur aku dah 35 masa tu. Aku pun cuma ada spm je. Nak kerja kilang memang mustahil la sebab takde sape nak jaga anak aku. Tak lama tu aku dapat anak lagi. Aku nak sangat merancang kelahiran tapi suami aku tak izinkan.

Dia kata, kufur kalau tak nak anak sebab takut lapar. Dia ceramah kat aku siap ayat quran. So aku ikut je la. Sejak ada baby kecik, madu aku dah mula tunjuk belang. Kalau dulu dia anggap aku kawan, tapi sekarang musuh. Mungkin sebab suami aku banyak beri perhatian kat baby aku. Akhirnya kami setiap hari bergaduh. Bukan perang mulut, tapi dia selalu tunjuk perangai dan macam2 dia buat.

Dia tak bagi suami aku balik rumah aku dan banyak lagi. Hingga suami aku mcm dah tak fikir pasal aku lagi. Hingga akhirnya aku dicerraikan. Memang aku tak sangka. Apa pun, aku terima je sebab aku pun dah takde rasa sayang kat dia. Jiwa aku dah m4ti. Masa dia lafazkan talak tu aku rasa macam takde perasaan… kosong.

Selama ni aku dah pendam sesuatu yang sangat berat dan menyakitkan, so bila percerraian terjadi aku dah tak rasa hal tu berat. Biarlah isteri solehah dia jaga dia. Dia kan wanita idaman lelaki, berjubah dan berpurdah. Aku ni walaupun tak pernah pakai s3ksi, tapi aku tak berjubah berpurdah.

Kerja aku di tempat yang lasak, memang pelikla kalau aku berpurdah. Isteri solehah bekas suami aku tak bekerja… sebab katanya wanita yang keluar bekerja lebih banyak mengundang fitnah. Bila jadi ibu tunggal, aku sangat berhati2 pada setiap tindak tanduk aku. Orang keliling mula pandang serong sebab aku bercerrai.

Ye la kan… perempuan yang bercerrai ni kan orang anggap calon ner4ka. Aku terpaksa pindah daerah sebab tak tahan dengan kata2 orang. Pindah dengan bawak semua anak, dan mulakan hidup baru, kerja baru, sesuatu yang sangat mencabar dan aku hampir rebah. Aku penat sangat. Ku fikirkan bila dah pindah, dah lega la… tapi rupanya tidak.

Bekas suami aku kadang2 datang kononnya nak jenguk anak, tapi dia akan parking kereta depan pintu rumah aku, dia menyapa jiran2. Isteri solehah dia pun ikut sekali. So jiran2 pun tau la aku ni j4nda. Hinggakan ada jiran yang tak nak tegur aku. Aku pun tak faham, apa salah aku. Aku tak pernah berbual pun dengan laki dia.

nak jeling laki dia pun aku takut, tapi kenapa dia benci sangat dengan aku. Dan aku tak tau macamana ex aku boleh tau tempat tinggal aku. Semua ni buat aku str3ss sangat. Aku tak boleh halang dia jumpa anak2…itu ayah mereka. Walaupun nafkah anak dia beri RM300 untuk 6 anak aku tapi aku tetap bersyukur, dia masih nak beri. Cuma aku tak suka dengan cara dia menyiksa aku.

Dia s3ksa batin aku, sejak sebelum bercerrai dan lepas bercerrai. Dia buat aku jadi depr3ssed. Banyak lagi yang tak mampu aku nak cerita. Dengan hidup kais pagi makan petang, anak ketiga aku ada masalah jantung, anak bongsu ada lelah teruk.. dan aku juga ada peny4kit. Aku dah tak makan ubat sebab dah tak fikir lagi pasal diri aku. Makan minum anak2, susu pun aku catu.

Syukur bantuan dari jkm ada untuk anak yang bersekolah 3orang.. boleh diguna untuk bayar sewa rumah. Aku terpaksa beli kereta terpakai, untuk berulang alik hantar anak sekolah dan juga hospital. Kadang2 tengah malam anak aku s4kit, aku kena bawak ke hspital. Kalau takde kereta, tentunya susah nak buat semua urusan tu.

Aku nak balik kampung, tinggal dengan mak ayah, tapi mak aku dah pesan, jangan tinggal kat kampung sebab mak tak nak sakit telinga dengar orang kutuk aku sebagai j4nda. Aku memang takde tempat lagi nk dituju. Ayah aku tak pernah backup aku. Masa dia tau ex aku nikah lagi, dia cakap aku tak reti jaga laki. Memang dari aku kecik, ayah aku macam tak suka dengan aku.

Ayah aku lebih sayangkan abang2 aku. Takpela aku redha. Sudahnya, aku terima je semua tu. Ada masanya bila aku dah tak mampu nak tanggung semua masalah, aku pergi tepi bukit yang dekat dengan rumah aku, aku jerit kuat2, aku nangis. Aku tak boleh menangis kat rumah sebab tak nak anak2 sedih.

Lepas tu aku balik rumah, amek wuduk dan solat sunat. Aku hanya ada Allah. Ye, aku rasa lega bila dapat mengadu kepada Allah. Aku takde kawan baik. Sejak kawen, ex aku tak minat kalau aku jumpa kawan2. Aku bukan kuat sangat pun. Kadang2 ada jugak aku meng4muk kat rumah. Waktu tu aku rasa macam tak sedar…

Pernah aku pegang p4rang dan aku c1ncang2 mangkuk kat dapur. Bila dah berkecai, aku rasa lega. Aku takut dengan sikap aku sendiri. Sampaikan aku tak nak pegang pisau depan anak2.. aku takut kalau aku buat benda yang b0 doh. Setelah 10 tahun aku lalui pahit manis kehidupan, kini aku rasa dah biasa dan aku jadi lebih tenang. Terutama bila anak2 aku cemerlang di sekolah.

Aku bahagia dengan mereka. Kerjaya aku pun dah semakin bagus. Dan anak2 aku, pandai berniaga walaupun masih belajar. Aku selalu masak dan anak2 aku berjaja keliling taman. Mereka memang anak yang baik. Ex aku? Aku dengar citer dah nikah lagi. Bermakna, isteri solehah dia tu bermadu lagi. Dan aku malas dah nak amek tau pasal mereka.

Cuma satu perkara yang buat aku sedih dan ralat, anak sulung aku mempunyai sifat yang sangat keras, cepat marah, cepat str3ss. Mungkin kerana dia banyak lihat penderitaan aku sejak dulu. Dia yang ku panggil kak long, selalu berkata, kak long benci lelaki. Aku tau dia sangat kecewa dengan ayahnya. Aku tak pernah didik dia untuk bencikan ayahnya.

malah tiap kali cuti sekolah, aku hantar anak2 ke rumah ayahnya, even mereka hanya betah duduk sana 2,3 hari sahaja. Anak kelima dan bongsu, betul2 tak suka dengan ayah mereka. Risau sungguh aku, kerana mereka anak lelaki…seharusnya mereka ada contoh teladan untuk diikuti. Sedih bila difikirkan. Aku kesian sebab anak2 membesar dalam suasana yang tak sempurna.

Aku juga dulu membesar dalam keluarga yang suka bergaduh. Pakcik2 aku selalu bergaduh hal rumah pusaka dan tanah. Makcik aku ada sorang je dan alhamdulillah dia sgt baik. Pembaca semua, doakan aku terus bahagia. Anak2 suruh aku bernikah lagi, mereka nak adanya seorang lelaki yang boleh jaga aku dan anak2. Mereka nak merasa ada seorang ayah.

Tapi sesungguhnya hati dan perasaan aku dah m4ti untuk bercinta lagi. Bukan tak pernah aku dirisik tapi sekerat jalan je. Dan aku rasa, bahagia bukan hanya terletak pada adanya suami. Aku tak tau sampai bila hati aku nk terbuka, cuma aku harap anak2 faham. Sekian kisah aku. Akulah seorang Hawa yang selalu malang sejak kecil. – Seorang Hawa (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

John tiada sinar – Mak saya juga ibu tunggal, dig4ntung tak bertali oleh ayah yg d4yus. Sikap saya mcm anak sulung makcik. Saya keras, cepat marah & menyampah bila org tanya pasal kawen (even baru 23) sbb benda tu jatuh no.3 dlm list. Malas nk jumpa ayah & minta dia jadi wali sbb kami membesar pon dia tak ambik tau.

Kami sbg anak2 akan sendiri hadam ape yg kami tengok depan mata. Mak tak pernah hasut, siap pesan lagi hulur duit bila dh kerja & bila2 pi lawat dia. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya. Tahniah makcik sbb berjaya besarkan anak2 dgn baik. lp/s : Saya sedih part gaji tu. Mak saya cleaner & gaji dia pon RM600 dgn saya masuk asrama lagi.

Ayu wahab – Ank sulung akan jd gitu sbb dia yg paling rapat n paling memahami… Secara x langsung dia akan absorb tekanan yg ibu rasa n ibu akan release bad emotion kat dia tanpa sedar… Ank sulong akan jd copy ibu Dr Seri em0si, str3ss, n perasaan. Buktinya wujud perasaan benci kat lelaki.. ibu boleh tolong dgn beri n tunjuk perkara positive …

Nanti vibes tu akan bentuk yg baik2. Menitis air mata saya baca. Sesungguhnya kpd tuhan juga kita mengadu… Dan sebaik baik tempat mengadu. Saya doakan yg baik2 utk puan do hari yg mendatang… Anak2 akan sihat kembali untuk bantu puan. In sha Allah puan akan bahagia n tenang dgn ank2. Amiinnn. Panjang plak type ni… Macm aku plak confessornyer.

Solehah mohamad – Begitu berat ujian yang puan hadapi. InsyaaAllah, berg4ntung haraplah pada Allah. Puan, sekiranya puan kahwin lain, dapat lelaki baik Alhamdulillah, dapat lelaki lebih kurang ex suami Nauzubillah. Sekiranya puan sudah selesa dengan kehidupan sekarang, teruskan dengan kehidupan sekarang.

Setiap manusia ada jalan cerita hidup berbeza2. Saya yakin dan percaya, puan mampu membesarkan anak2 dengan baik sekali. Puan abaikan mulut longkang luar sana. Manusia takkan puas dengan apa yang org sekeliling ada/hadap. Ignore them okay. Much love from us! Keep strong.

Norziah othman – Allah uji puan sbb puan mampu.. dan buktinya sekarang, anak2 puan berjaya.. abaikan masa lalu.. sesekali buat la seuatu bersama semua anak2.. jadikan masa tersebut utk eratkan kasih sayang dan mungkin cara itu dpt ubah anak2 yg keras hati benci lelaki @ benci ayahnya.. busuk2 pun ayah tu la yg akan jadi wali mereka nanti.. tahniah puan.. ada pelangi selepas hujan.

Sumber IIUM