“Rezeki kawin lambat”. Beli 2 rmh di ibukota bila dpt tahu, terbeliak mata dorang. Rupanya nie hikmah ujian ini

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku Sara, 30-an dah berkahwin. Dah ada anak sorang alhamdulillah. Aku cuma nak share tentang kisah perjalanan aku bertemu jodoh setelah 30-an.

Selepas graduate dari universiti, sorang sorang kawan semua kahwin dan ada anak anak. Akulah yang paling lambat kahwin dalam kalangan kawan kawan satu universiti. Memang akan ada perasaan sedih, kecewa kenapa belum dipertemukan jodoh. Tapi aku cuba redha dan cekalkan hati. Selepas graduate, berpulun nak dapat kerja pun susah.

Kerja macam macam, janji halal. Setelah 2 tahun, baru alhamdulillah dapat kerja di ibu kota dengan gaji yang setimpal dengan kelulusan tapi tidaklah mewah. Sekadar cukup makan dan berbelanja serba sedikit. Aku duduk menyewa dengan housemate2 yang gaji diaorang pun sederhana malah lebih kecik dari aku. Housemate aku semua ok la saling bertegur sapa.

Setiap kali selepas balik kerja, kami akan lepak tengok drama tv. Hujung minggu, kami kadang kadang keluar melepak di shopping mall. Sekadar window shopping, makan makan, tengok wayang dan sebagainya. Begitulah kehidupanku sepanjang beberapa tahun. Ade dua tiga kali juga kami melancong ke Langkawi, Genting.

Maklumlah, gaji bukan banyak sangat nak melancong ke oversea, fikir dua tiga kali. Apabila tinggal di ibu kota ni, keluarga dan saudara mara jauh dari kami. Bila cuti atau hujung minggu kebosanan melanda. Nak balik kampung pun apabila musim perayaan saja sebab nak jimat kos. Setelah beberapa tahun begitu saja kehidupanku. Aku perasan duit simpanan aku ade dalam 500 ringgit je setelah bertahun tahun kerja.

Aku bagi ayah aku pun dalam seratus dua je sebulan. Jodoh yang serius pun tak ade lagi masa tu. Memang aku ade jugalah dating dengan kawan kawan lelaki yang diperkenalkan orang tertentu tapi mereka tidak serius tentang kahwin pun. Bila dah ujung 20-an, pelbagai persoalan melanda dalam diri tentang masa depan, tentang jodoh, keadaan kewangan dan macam macam lagi.

Mak aku dah lama meninggal, Ayah ada di kampung dan nenek selalu bertanya padaku bila nak kawin. Ayahku dah biasa hidup sendiri setelah mak mennggal. Dia biasa pergi surau dan buat aktiviti keagamaan. Satu hari ayahku beritahu aku yang dia lately selalu sembahyang sunat minta doa untuk aku bertemu jodoh. Selepas tu dia ada bermimpi. Dia kate dalam mimpi dia nampak aku angkat angkat barang.

Itu sajalah yang dia beritahu aku tentang mimpinya itu. Aku pun tak faham sangat tentang mimpi ayah tu. Tiba tiba satu hari aku terlihat iklan sewa bilik yang agak berpatutan dan lebih selesa dari yang aku sewa sekarang ni. Aku memang dah bertekad untuk membuat lebih simpanan duit setiap bulan dan berjimat dari segi berbelanja perkara yang tidak sepatutnya.

Jadi aku pun buat keputusan untuk pindah ke rumah baru itu. Housemate aku ada yang kecewa dengan aku sebab aku ni dah macam tempat diaorang bergantung sebab kalau nak keluar hang out selalu akulah bawa diaorang naik keretaku, sebab aku kan gaji lebih dari diaorang, tu yang diaorang sedih.

Kalau nak harapkan kereta orang lain, selalu memang kedekut sikitlah. Tapi aku pun memang tak kisah pun, dan tak berkira. Bermulalah kehidupanku di rumah baru dan Housemate baru. Kebanyakannya buat hal masing masing. Aku tak kisah pun lah. Aku rapat dengan seorang housmate tu (nama dia Nina) sebab dia ramah dan pembersih.

Selalu bersihkan rumah, rajinlah aku tengok dia. Aku memang pemalas sebenarnya sebab duduk rumah lama dulu memang housemate aku yang rajin kemaskan rumah macam menyapu, mengemop, cuci tandas dan lain lain. Aku jarang sangat buat kerja rumah sebab di ofis selalu banyak kerja menyebabkan aku selalu balik lambat jam 8-9 malam macam tu baru balik.

Hujung minggu pun malas gitulah dulu. Setelah aku tinggal di rumah lain ni, housemate aku garang sikit dan ajar aku supaya selalu bersihkan dapur je. Biar dia sapu, mop lantai dan bersihkan tandas. Ini sebab aku selalu masak kat rumah baru ni jadi dapur bersepah jadi aku kena selalu bersihkan walaupun adekala housemate lain yang sepahkan.

Setelah berbulan bulan tinggal di situ, aku semakin rapat dengan Nina. Sikapku juga makin merubah, makin rajin buat kerja rumah. Rupanya Nina ni keje di ofis juga dan selepas balik dari ofis, buat part time pula kadang kadang. Rajin sungguh dia buat keje part time. Malam malam dia tiada di rumah kadang2, rupanya sedang kerja di sebuah pasar raya.

Dia ajak aku juga teman dia di booth di pasar raya itu kadang kadang. Aku pergi tolong dia menjual, alhamdulillah ade je orang datang beli barang jualan dia. Setalah lama aku kenal Nina ni, aku pun bertekad nak cari keja part time juga. Nina ni macam dia umpama kawan yang bagi contoh baik buatku, inspirasi untukku cari income lebih. Nasib baik time tu kerja di ofis tak banyak dah.

Aku pun keja part time di sebuah kedai makan. Memang gaji ciput je, tapi penat ya ampun, nak patah rasa pinggang ku. Aku bertahan dua bulan je keje part time tu. Aku berhenti setelah aku pengsan di rumah akibat tak cukup rehat dan terlampau penat. Mujur housemateku jaga aku seketika. Kerja di ofis pun semakin kurang kualiti.

Ditakdirkan ada kawan sekolah aku pula muncul dan tawarkan kepadaku kerja part time lain. Setelah aku mendengar penerangan dia, aku berminat nak mencuba menjual produk produk di booth dia. Lagipun kerja tu tidak seperti kerja di kedai makan yang lebih memenatkan. Alhamdulillah, tak sangka rezekiku di situ.

Sebab produk tu memang dah agak terkenal just aku kena banyak mulut je dengan customer untuk close sale. Kawan aku guide aku macam mana nak bagi penerangan. Sebenarnya lama juga aku berguru dengan dia. Sebab aku sebenarnya bukanlah orang yang suka bercakap.

Aku buat semua ni demi memikirkan masa depanku sebab aku nakkan kewangan yang stabil di masa hadapan, dapat beli rumah dsb. Aku sanggup merubah segala sikapku. “Customer is always right”. Selalu bersabar dengan kerenah customer dsb tu semua kunci kejayaan dalam bidang sales ni semua.

Memang rezekiku agak banyak melalui kerja part time tu. Housemate aku pun sokong aku buat sume tu. Sebenarnya kami pun sama sama cari jodoh di samping cari extra income. Duk berkenalan dengan beberapa lelaki tapi akhirnya tak kekal pun hubungan tu. Aku positif je dan teruskan goal aku nak beli rumah pertama. Akhirnya aku dapat beli first house.

Ni sume hasil income keje part time dan keje full time sekali dapat digunakan sebagai duit deposit beli rumah. Aku sewakan rumah tu sebab memang beli untuk investment pun. Dah masuk 30 series dah umurku ketika itu. Jodoh belum lagi kutemui. Housemate aku tu pun sama masih belum bertemu jodoh. Jiwa aku semakin matang sebab dah tak fikir nak melepak di shopping mall macam dulu dulu.

Kalau ada je waktu terluang, selalunya diisi dengan buat kerja kerja yang boleh mendatangkan duit. Bukannya aku pentingkan sangat duit, tapi segalanya memerlukan duit. Aku juga tak lupa untuk bersedekah sebahagian rezekiku kepada yang memerlukan. Sebab aku tahu berdosa jika aku gagal memngeluarkan zakat setelah aku menjadi seorang yang lebih berkemampuan kini.

Berkat nasihat ayah, nenek aku jugala yang selalu membebel tentang hal hal agama Islam jangan diperlekehkan. Memang adakala aku bersedih sebab jodoh belum sampai. Setiap kali putus dengan ex boyfriend, sehari dua je aku bersedih sebab aku memang akan sibukkan diri dengan mencari rezeki tambahan. Beberapa siri perkenalan dan putus berlaku pada aku dan housemateku.

Kami hadap saja dan follow the flow. Ada yang harini bagi hadiah dan bunga, esoknya minta putus. Ada yang beberapa kali pinjam duet, akhirnya aku putuskan. Ada yang aku masakkan makanan sedap sedap untuk dia, tapi tak nampak effort dia ke arah perkahwinan, akhirnya aku dah bosan. Ada lelaki yang elok sangat, kerja sume ok, tapi panas baran sikit berlaga anginlah dengan aku sebab aku pun panas baran.

Setelah aku kerja bahagian sales ni baru aku banyak berubah sikap, jiwa mental dsb. Aku kemudian dalam perancangan beli rumah kedua pula. Alhamdulillah Allah permudahkan. Dapat juga aku beli rumah kedua. Dua dua rumah aku berdekatan denganku. Bila aku dah upgrade hidup akula kirenya, biasalah ade orang yang dengki. Aku hanya bersabar dan tiada masa fikirkan sikap orang lain terhadapku.

Bila diaorang tahu aku dah ade dua buah rumah di ibu kota, terbeliak mata diaorang. One day, akhirnya aku bertemu jodoh suamiku sekarang ni di usiaku 34 tahun. Memang agak lewat tapi aku bersyukur kerana Allah makbulkan doaku untuk berkahwin. Aku dapat rasa memang ada hikmah semua ini.

Apabila kewanganku agak stabil baru Allah kurniakanku jodoh. Suamiku tidak beli rumah pun lagi. Tapi dia ada banyak tanah di kampung kurniaan orang tuanya. Perkahwinan belah perempuan (sebelah aku) memang semuanya guna duitku. Aku tidak mahu menggunakan duit ayahku sebab aku memang berkemampuan. Memang aku buat kenduri pun agak besar besaran, satu kampung aku ajak, pelamin dan persandingan yang gah.

Lauk pauk kutempah dengan katering yang paling sedap walaupun mahal. Sebab aku memang berniat nak sedekah pada orang ramai. Kalau nak bersedekah memang aku akan bagi makanan yang terbaik. Sebab aku rasa sangat bersyukur dapat berkahwin walaupun agak lambat. Goodies pun aku bagi agak banyak pada tetamu. Dan aku tak terima pun wang yang tetamu bagi.

Aku hanya meminta mereka doakan perkahwinanku ini berkekalan. Kerana aku tahu, tidak mudah juga nak mempertahankan sesebuah perkahwinan itu. Setahun kemudian, housemateku pula kahwin. Begitulah kisah perjalananku dan kawanku bertemu jodoh. Bila aku fikir balik, mimpi ayahku suatu ketika dulu tu maknanya suruh aku pindah rumah agaknya jumpe dengan kawan baru yang beri lebih inspirasi pada hidupku maybe.

Syukur alhamdulillah. Aku rasa sangat sangat bersyukur sebab perjalanan hidupku selama ini telah mengubah aku menjadi seorang yang better attitude. Sekarang ni duk nasihat orang orang muda juga supaya jangan buang masa dan rajin rajin lah menuntut ilmu yang bermanfaat.. Sekian. – Sara (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Sue Zee – Sebenarnya, tak perlu risau sangat pasal jodoh especially perempuan. Even kita rasa diri kita teruk macam mana pun. In Syaa Allah, jodoh tu tetap ada (kalau panjang umur). Cepat atau lambat je. Kan Allah dah tentu kan jodoh dan rezeki kita sejak azali lagi. Cuma kita tak tahu dengan siapa/bila (bagi yang takde calon/lambat berjodoh). So sabar lah.

Sambil sambil tu kalau dah rasa nak kahwin sangat, kena ikhtiar, muhasabah diri dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Beria mencari jodoh pun, mostly yang beria tu biasa kecundang di tgh jalan. End up..follow with the flow jugak kan.

Kadang saya pelik dengan yang jenis risau pasal lambat berjodoh atau belum kahwin lagi. Seolah kalau lambat/tak kahwin, dia akan m4ti. Sejenis tak percaya dgn qada’ qadar ke? Takut sangat kalau tak berjodoh/tak kahwin? Kalau jenis yang fikir jauh untuk masa depan, fikir nak bahagia kan parents dulu melebihi diri sendiri.

Tak kan beria pasal hal kahwin ni sampai merintih bagai sebab belum berjodoh. Kalau ditakdirkan takde jodoh atas dunia pun, redha je lah. Dah itu yang tertulis untuk kita. Kita bukan siapa siapa nak lawan takdir. Pasti ada hikmah kenapa Allah takdirkan semua tu kat kita..

p/s: Saya bertemu jodoh di usia 35th dan baru 2th bergelar isteri orang. So far, tak banyak beza pun my lifestyle sebelum dan selepas kahwin ni. Maybe sebab saya belum ada rezeki zuriat.

Dulu lambat kahwin saya rileks, sekarang lambat dapat anak pun saya takde la stress ke apa even makcik/pakcik bawang rajin bertanya. Saya chill, jawab yang perlu je la. Apa apa pun, saya redha kalau memang takde rezeki zuriat sama macam kisah perjalanan jodoh saya. Berkat kesabaran, saya berjodoh jugak walaupun saya pernah niat tak nak kahwin if umur saya cecah 4 series dan still single.

Solehah Mohd – Alhamdulillah. Rezeki melimpah ruah. Keep sedekah bayar zakat, insyaaAllah makin banyak rezeki datang. Rezeki tak semestinya wang ringgit sahaja, sihat tubuh badan, mata hidung telinga boleh berfungsi pun rezeki jugak, dapat berjalan pun rezeki, apa apa pun sentiasa bersyukur.

Tahniah confessor! Semoga kehidupan sentiasa bahagia ceria dan kekal bersama keluarga hingga ke syurga.

Siti Norsyahidah Md Dan – Alhamdulillah, tahniah sis. Doakan jodoh saya jugak sis. Alhamdulillah, saya ada keje yang baik. Dah ada kete rumah sendiri dan dah dapat tunaikan rukun islam ke5 dah. Syukur sangat sangat. Alhamdulillah.

Tapi bab jodoh mungkin Allah belum temukan lagi. Tiap hari saya berdoa moga jodoh saya dipercepatkan dan bertemu seseorang yang dapat membimbing saya… Sy cube sibukkan diri sendiri untuk tidak pikir semua ni. Tapi mak saya ada berbunyi mintak saya jangan putus harapan.

Entahla, mungkin umur dah meningkat ni tak terase nk bercinta dah. Plus saya pon takla cantik. Mane ada orang nak, haha. Apepon kalau boleh bercinta selepas kawin je,hehe. Doakan saya yer semua…

Sumber IIUMC