Istri bdn berbau dan makin berisi, ak bterus terg bgtau ak suka wanita yg kurus mcm bekas kekasih ak dl.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam, aku guna akaun lain untuk privacy. Aku nak berkongsi cerita aku untuk dijadikan pengajaran kepada semua.

Aku berkenalan dengan isteri dalam waktu yang sekejap. Aku add dia di fb. Dari fb aku tengok dia memang ramai peminat. Ada saja kawan lelaki yang komen dia cantik putih dan tinggi tapi dia tak layan. Sememangnya isteri aku ini ada rupa. Aku pun tak tau macam mana dia setuju untuk berkawan dan dalam masa yang sekejap kami sudah bertunang dan berkahwin.

Lepas kahwin, memandangkan aku banyak tanggungan dan hutang, aku tak bagi isteri duit nafkah dan dia juga bekerja di mana gajinya lebih tinggi dari gaji aku. dia tak pernah meminta dari aku. Dia cukup baik dengan mak ayah aku dan melayan aku dengan baik. Di tempat kerja dia selalu cerita kat aku yang ramai lelaki mengacaunya dan cuba mengajak keluar namun aku buat b0 doh saja dengan cerita dia.

Bagi aku selagi dia tak layan takkan ada apa terjadi. Isteri selalu mengajak aku sembahyang berjemaah tapi aku suruh dia sembahyang dulu. M4kin lama aku merasakan yang isteri sem4kin naik berat dan jadi gemuk. Apabila isteri mahu bersama di malam hari dan cuba memeIuk aku, aku tepis kerana aku tiada selera untuk menyentuh dirinya. Lama – kelamaan isteri minta aku berterus terang.

Aku katakan yang aku suka perempuan yang kurus macam bekas kekasih aku dulu. Isteri sudah gemuk dan badannya berbau, maka buat aku hilang selera. Isteri senyap dan berjanji akan cuba berubah. Sejak itu aku tengok dia cuba kuruskan badan dan rajin ke gym. Dia minta duit dari aku untuk ke pusat kecantikan dan jamu tapi aku suruh dia guna duit sendiri, isteri hanya diam dan tidak membantah.

Setelah isteri kuruskan badan, isteri mengandung tetapi kerana kesibukan di tempat kerja, isteri ggur. Aku terlalu kecewa dan aku salahkan dirinya. Sejak itu aku menjauhkan diri dari isteri. Apabila aku balik ke rumah, aku langsung tidak mahu bercakap dengan isteri dan hanya main telefon. Isteri cuba mengajak aku berbual namun aku hanya menjawab sepatah dua.

Aku juga suka buka fb dan insta melihat gambar – gambar perempuan kurus dan cantik. Isteri sedar akan hal ini namun dia tidak membantah. Aku langsung tidak menyentuh dirinya sejak dia ggur kerana aku merasa geIi dengan dirinya. Dia cuba untuk memeIuk aku dan cuba untuk bertanyakan kenapa aku menjauhkan diri dari dirinya tapi aku diam dan terus berpaling.

Sejak itu hubungan kami m4kin jauh sehingga aku tidak perasan lama kelaman isteri pun sudah berubah. Isteri m4kin lama sibuk dengan telefon apabila aku pulang ke rumah. Dia sudah tidak kisah apabila aku terp4ksa outstation. Kalau aku tak call dia pun tak call aku. Malam – malam kalau aku tak peIuk dia, dia juga tak peIuk aku.

Aku nampak dia sibuk melayan whatsapp tapi aku buat bo d0h kerana eg0 dan aku pun layan telefon. Akhirnya aku dapat tahu isteri sedang bercinta dengan rakan sekerjanya. Mereka sudah banyak kali keluar bersama. Aku berdepan dengan isteri aku dan dia mengaku. Dia terus terang mengatakan kenapa dia berbuat sebegitu, dirinya sunyi dan dia merasakan seperti disisih oleh aku sedangkan dia berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik.

Lelaki ini memberi perhatian yang penuh kepadanya dan buat dia lupa akan kesunyian dalam diri. Baru aku tersedar betapa buruknya sikap aku sebagai seorang suami selama ini. Aku janji kepada dirinya yang aku akan berubah.
Dia kata akan beri aku peluang dan aku cuba menjadi lelaki yang terbaik. Aku mula beri nafkah, belikan baju dan barang – barang, balik awal dan belanja makan, ajak dia sembahyang jemaah, puji dirinya macam – macam.

Namun setelah beberapa minggu, dia mengakui yang dirinya sudah tidak dapat terima aku lagi. Hatinya sudah tawar dan dia sudah terlalu akungkan rakan sekerja dan dia meminta aku melepaskan dirinya supaya dia dapat berkahwin dengan rakan sekerjanya. Akhirnya dengan berat hati aku mencerraikan dirinya dengan taIak satu.

Sepanjang iddah aku seperti g1Ia taIak aku kerap datang ke tempat kerja si dia dan merayu – rayu mesej dia minta maaf dan mahu merujuk. Setelah habis iddah, aku dapat tahu dia terus dipinang oleh lelaki itu dan kini mereka hidup bahagia dan ada anak satu sedangkan aku masih seorang diri.

Pengajarannya, janganlah melayan isteri kita acuh tak acuh. Ingat yang kalau kita tak layan isteri kita dengan baik, ramai lagi yang boleh layan dia sewajarnya. hargailah isteri sementara mereka masih milik kita dan pastikan kita melakukan segala tanggungjawab kita sebagai seorang suami. Jangan fikir ingat kita dah kahwin, isteri itu milik kita sampai bila – bila. Kita tak tahu jod0h macam mana. Ingat lelaki je ke boleh cari lain. Perempuan pun boleh cari lain jugak.

Komen Warganet :

Rizal Rodzuan – Takpa bro lupakan je ex ko tu. Ko staIk plak fb perempuan slim cun yang lain, tackIe, dapat terus kahwin. Lepas tu ko abaikan balik macam perkahwinan pertama ko dulu, bila dia dah gemuk ko abaikan. Bila dia dah ada orang lain, ko ceraikan biar dia move on. Lepas tu ko staIk plak fb perempuan slim cun yang lain. Ulangi benda ni berulang kali sampai abang jamil m4mpus.

Azleeza Mohd Nawawi – Tu lah perempuan. Sekali dia akubg memang dia akubg kau ape pun kau buat kat dia. Sekali dia dah menyampah dengan kau. Jangan kata bunga, kau bagi kilang perfume pun belum tentu dia akung kau balik der.. Hati – hati dengan hati perempuan ni.

Sutimah Oma Ima – Eg0nya kau seorabg lelaki. Masa cantik kau akungkn dia, bila berubah sepatutnya kau pemangkin semangat untuk pasanganmu. Baru di uji sedikit kau dah mengalah, itulah lelaki. Waktu di depan mata hanya nampak salah dan kekurangan isteri saja.

Tahniah pada bekas isteri awak ada insan lain lebih mulia dan ikhlas menerima dia. Sesal yang dah terlewat, semoga kau berubah ke arah lebih baik. Redhakanlah dia bersama insan lain kurniaan Allah untuknya.

Iza Abbakar – Ermm.. nasib kaulah. Masa ada ik4tan kau bole layan bini kau camtu.. Sedangkan bini kau berusaha berubah menjadi isteri yang baik buat kau. Akungnya tak dihargai. Biarlah dia cari kebahagian sendiri, jadikan pengajaran supaya kau tak buat benda yang sama satu hari nanti jika kau kahwin lagiIah.

Erna Ahmad – Bila hati dia dah tawar camtu la jadinya. Masa dia layan baik – baik kau abaikan kau acuhkan dia. Bila dia dah mula tawar hati kau buat la macam – macam cara pon baik la macam mana pon dah tak jalan. Semoga ko boleh move on la.

Sumber mediaciteheboh