Aku nekad cerrai setelh 9tahun btahan. Bila Z tiba2 hadir, aku igtkn j0doh. Rupanya prsinggahan

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku tak tahu nak mula dari mana. Cerita ini agak panjang. Maaf andai membosankan tapi aku rasa perlu mendengar komen komen orang untuk aku hadamkan dan jadikan sumber kekuatan.

(tak perlu pesan tentang hubungan aku dengan Tuhan kerana itu tidak aku abaikan. InsyaAllah). Z merupakan senior di sekolahku yang menjadi rebutan ramai pelajar perempuan tak kira bangsa. Berbunga rasa hati bila dalam banyak pilihan yang dia ada, Z pilih untuk rapat dengan aku. Kami sama sama Pengawas, Pengawas Perpustakaan, sama sama atlet, sama kelab dan persatuan serta banyak lagi persamaan – ‘POWER COUPLE’ pendek katanya.

Yang berbeza adalah bangsa dan agama. Namun itu tidak menjadi penghalang kerana masing masing saling hormat menghormati selain raut wajah Z yang lebih mirip kepada Melayu-Mamak-Serani. Saban petang Z akan ke rumahku untuk mengajar aku Matematik. Ya, aku lemah Matematik dan tahun itu bakal menduduki SRP sementara Z sendiri calon SPM.

Keluargaku sangat menyenangi Z kerana sikapnya yang peramah, penyayang dan ringan tulang. Sesiapapun yang mengenali Z akan akui kelebihannya itu. Z is a Prince Charming. Dia memang punyai pakej yang lengkap untuk menjadi lelaki pujaan Malaya dan ketika itu akulah perempuan paling bertuah kerana menjadi pilihannya.

Z berjanji untuk memeluk Islam bila usianya genap 21 tahun. Namun segala galanya berubah sejak Z melanjutkan persekolahan ke tingkatan enam di sebuah sekolah di bandaraya JB sementara aku masih di sekolah lama. Sejak itu Z mula tidak lagi datang ke rumah dan Abah pula menuduh aku sebagai kacang yang lupakan kulit – tidak berterima kasih kepada Z yang telah membantu aku mendapatkan keputusan cemerlang dalam Matematik.

Abah tak tahu, siang malam aku cuba hubungi Z namun hampa. Surat demi surat yang aku hantar tiada balasan. Hampir setiap hari aku pulang lewat dari sekolah kerana menunggu Z di stesen bas. Malangnya tak nampak bayang. Begitulah saban hari. Pergi ke rumahnya pun Z masih gagal aku jejaki. Z terus menyepi. Aku tertanya tanya sendiri kenapa Z berubah mendadak.

Kalau dulu, walaupun berjumpa di sekolah dan di rumahku setiap hari pun masih kami berutus surat tapi sejak itu Z ‘hilang’ tanpa sepatah kata. Selepas SPM, aku bekerja sementara di JB. Masih gigih cuba menghubungi Z namun hampa. Satu hari, aku dapat tahu dia kem4langan waktu bekerja. Aku mengajak kakak sepejabatku untuk temani aku ziarahi Z di hospital.

Usah kata nak berbual denganku, bunga yang kubawa untuknya pun dia tak sudi terima. Menangislah aku sepanjang perjalanan balik ke pejabat diperlakukan sebegitu rupa. Beberapa bulan kemudian, aku bertukar kerja di pejabat lain. Tak sangka pula Z juga sudah bertukar kerja yang pejabatnya satu bangunan dengan pejabatku.

Hari hari aku akan lalu depan pejabatnya dengan harapan dia akan menegurku. Rupa rupanya kecewa belaka. Satu malam Abah ajak aku keluar beli makan malam. Bagai dipanah petir bila aku ternampak Z sedang makan dengan seorang perempuan Melayu di situ. Z bangun dan salam cium tangan Abah tapi tidak menegur aku langsung. Seolah olah aku tak wujud di situ!

Mulai malam itu, Abah tak pernah lagi tanya kenapa Z tak datang ke rumah. Mungkin Abah sedar ‘tuduhan’ Abah terhadapku selama ini tersasar. Dan aku mengerti itulah jawapan kenapa Z ‘tinggalkan’ aku. Z sudah ada teman baru. Tetap pilihannya gadis Melayu. Pun begitu, Z belum mampu buat aku benci terus kepadanya. Aku masih menangis teresak esak pada hari ulangtahun Z yang ke-21.

Aku rasa bersalah kepada Allah kerana ‘gagal’ memimpin Z memeluk Islam sepertimana yang dia harapkan dahulu. Dipendekkan cerita, aku melanjutkan pelajaran di sebuah U di Pantai Timur. Dan setelah tamat pengajianku di U, aku memohon kerja di KL. Tawaran pertama yang aku terima terpaksa aku tolak kerana Mak tak izinkan anak perempuan sulungnya ini keluar dari Johor.

Tapi aku tak betah untuk terus menetap di situ. Apabila menerima tawaran kedua daripada syarikat yang sama, aku pujuk Mak untuk relakan aku pergi mengejar cita cita. Akhirnya Mak mengalah. Berhijarlah aku ke kotaraya membawa sekeping hati yang luka. Dua tahun selepas itu, aku mendapat perkhabaran yang Z sudahpun berumahtangga dengan perempuan sebangsanya.

Terasa seperti anak panah tertusuk tepat ke sasaran. Saat itu aku pasrah bahawa tiada jodoh antara aku dan Z. Sejujurnya aku tak terfikir untuk mencari pengganti kerana rasa kasih yang sangat mendalam kepada Z. Hinggalah setahun selepas itu aku dipaksa kahwin oleh Makcikku ketika Abah terlantar di 1CU akibat ser4ngan jantung.

Kononnya untuk pastikan ada orang yang akan menjaga aku yang merantau sendirian di Kuala Lumpur. (Aruwah Makcikku ini memang dari dulu sentiasa cuba mencampuri urusan hidupku. Sejak aku masih di U dia pernah nasihatkan aku berhenti sahaja belajar dan kahwin dengan pilihannya. Kononnya supaya abah dan mak tak perlu bersusah payah mencari duit menanggung pengajianku sebaliknya aku boleh membantu mereka.

Bukan sekali dia cuba tapi sampai ke semester terakhir pun dia masih gigih namun aku tetap dengan pendirianku). Dan apabila Abah koma, Mak pula tak mampu bersuara apabila dikelilingi oleh adik beradik Abah yang ‘berkuasa’ maka akupun terpaksa berk0rban bagi menjaga hati banyak pihak. Lagipun Z dah jadi suami orang…

Perkahwinanku dikurniakan dua anak lelaki. Hanya tiga tahun pertama aku merasa ‘bahagia’ berkeluarga. Sejak suamiku diberhentikan kerja, akulah yang menanggung segala galanya hatta duit raya pun aku yang berikan kepada suami untuk dia hulur kepada Abah dan Mak. Selama sembilan tahun orang tuaku tak pernah tahu menantu mereka dah tak bekerja.

Aku berjaya membawa watak pelakon dengan cemerlang menutup cacat cela perkahwinanku! Sepanjang perkahwinan, kami tinggal di rumat flet DBKL. Ansuran bank RM180 sebulan pun asyik tertunggak, bekalan air pun selalu dipotong sehingga terpaksa angkut air dari bawah blok naik ke rumah di tingkat lapan. Dengan perut memboyot, aku selalu naik turun tangga flet bila lif rosak.

Pergi balik kerja menaiki bas. Ya, kami tiada kenderaan, hanya pengangkutan awam. Aku tak mengeluh. Aku cuba menjadi isteri yang terbaik. Balik ke rumah pula sambung dengan urusan rumahtangga. Walaupun suami tak bekerja, dia tak menolong apapun. Walau aku dah basuhkan kain, bakul kain tak berusik untuk dijemur. Terkepamlah di situ sampai aku balik dari pejabat.

Malam keluar melepak, kadang sampai ke dinihari baru balik. Pagi aku keluar kerja, dia masih tidur. Banyak masa dia habiskan dengan kawan kawan, keluar memancing berhari hari. Bila aku sarankan dia duduk sahaja di rumah menjaga anak anak, dia tak mahu. Ku tebalkan muka minta tolong pegawai atasan dan sesiapa sahaja yang ku kenali untuk rekemenkan suamiku kerja.

Bila dah dapat temuduga, dia tak mahu pergi dengan alasan tak betah jadi pekerja bawahan. Serba serbi tak kena, ada sahaja alasannya. Aku hanya bertahan demi anak- anak, dan aku tak sampai hati melihat Mak bersedih bila tahu perkahwinan ku gagal. Cukuplah sekali dulu Mak menanggung malu ketika aku melangsungkan perkahwinan terburu buru demi memenuhi kehendak Makcikku.

Semasa usia kandungan kedua berusia enam bulan, aku minta izin suami untuk belajar memandu. Aku fahamkan dia bahawa zaman itu kereta bukan lagi satu kemewahan tapi keperluan untuk keluarga. Pergilah aku belajar memandu dengan perut hampir berlaga dengan stereng. Selalu juga anak sulungku ikut sekali bila tiada siapa yang boleh tolong menjaganya.

Pernah korang jumpa situasi macam ni? Berdirilah si abang di tengah tengah ‘memantau’ aku bawa kereta. Instruktor pun tak terkata apa kerana kasihan dengan keadaan kami. Alhamdulillah aku berjaya lulus dalam ujian memandu. Pun begitu, tak mampu nak beli kereta dalam tempoh terdekat akibat pelbagai kekangan.

Hanya setelah tiga tahun anak keduaku dilahirkan barulah aku beli kereta. Dan akulah pemandunya kerana suamiku tak boleh memandu sejak kem4langan yang mer4gut ny4wa teman rapatnya dahulu. Hidup dalam kesempitan, anak anak pun dilahir dan dibesarkan dengan ihsan faedah majikan tempat aku bekerja. Maaf cakap, ayahnya tak menyumbang satu sen pun, atas aku semuanya.

Akhirnya setelah sembilan tahun bertahan, aku nekad minta berpisah. Terkejut Mak Abah kerana selama ini mereka tak pernah menghidu kebusukan rumahtangga aku. Suami pula melutut, memeluk kakiku minta aku batalkan percerraian. Entah datang dari mana kekuatan, aku tidak berganjak dengan keputusan.

Aku harap dapat lebih tenang dan fokus lepas bercerrai tapi sangkaanku meleset. Bekas suami sentiasa memberi tekanan yang sangat hebat untuk menjatuhkan aku. Nafkah anak pun sentiasa culas sampai sekarang walaupun dia dah berkahwin baru dengan Timbalan Pendakwaraya. Hidup aku sangat tertekan, tiada ‘me time’. Sering s4kit tapi terpaksa bertahan demi anak anak.

Anak sulung yang meningkat remaja pula sering memberontak dan hampir dibuang sekolah. Rekod kedatanganku ke sekolah lebih tinggi daripada dia sendiri. Penat tu hanya Allah yang Tahu. Pagi aku hantar sampai depan pagar sekolah, baru sampai pejabat, cikgu telefon beritahu anak tak masuk kelas. Seminggu kalau ada hari yang cikgu tak telefon tu akan terasa pelik sangat.

Syukurlah pegawai atasanku sangat membantu dan memahami. Kalau tidak, mungkin dah lama aku kena buang kerja kerana terlalu banyak urusan keluarga yang perlu aku hadap. Apapun, komitmen aku terhadap kerja tak pernah aku perjvdikan. Dengan izin Allah, aku dijemput menjadi tetamu ke tanah suci dua tahun selepas itu.

Sungguh aku tak sangka dan tak bersedia dari segi m3ntal dan ekonomi. Tapi begitulah rezeki yang tertulis. Akhirnya aku sampai ke Masjidil Haram sementara anak anak ku tinggalkan di kampung kebetulan waktu itu cuti sekolah. Selesai tawaf hari kedua, waktu dalam perjalanan pulang ke hotel, aku terima satu panggilan.

Rupa rupanya Z! Betapa terkejutnya aku… Kami tak berbual panjang kerana masing masing tergamam. Bila aku beritahu Z yang aku berada jauh di Mekah, Z minta aku doakan untuk dia dan juga anak anak perempuannya. MasyaAllah. Setelah sekian lama, tiba tiba Z ‘muncul’ semula. Dan di saat kami sama sama bergelar ibu dan bapa tunggal!

Aku terpempan. Kenapa sekarang Z hubungi aku. Berjurai jurai air mata aku ketika tawaf sambil berdoa untuk Z dan anak anaknya. Aku masih ingat, aku turut berdoa minta Allah tunjukkan apa sebenarnya ‘kesudahan’ aku dengan Z.. Aku berdoa dan menangis bersungguh sungguh. Sejak pulang dari umrah, Z tidak pernah hubungi aku lagi dan aku juga tak berusaha mencarinya kerana merasa terlalu sesak dengan episod drama kehidupan.

Serabut dengan bekas suami, anak yg member0ntak, masalah yang mula bersilih ganti di tempat kerja, beban hutang dan lain lain lagi. Abah mennggal dua tahun selepas aku pulang dari umrah. Emak pulak didiagn0s knser usus. Aku jugalah yang bertanggungjawab ulang alik ke kampung uruskan rawatan dan perubatan Mak. Aku tak kisah itu semua. Aku sendiri pun asyik keluar masuk hspital.

Tapi Allah permudahkan segalanya. Sepuluh tahun berlalu. Kehidupanku tak banyak berubah. Anak anak kian membesar di bawah jagaanku dan ayahnya terus lepas tangan. Aku diuji dengan kerenah si sulung yang rebel. Sampai pernah menghuns pisau di lehr adiknya. Sampai pecah pintu ditumbuknya. Mengadu kepada ayahnya takkan membantu apa apa melainkan bertambah s4kit hati bila dikatanya kita yang tak pandai jaga anak dan pelbagai tohmahan lain.

Tiada siapa yang dapat membantu aku. Pandai pandailah aku uruskan sendiri. Februari lalu, aku betul betul down. Rasa keseorangan, hopeless, gagal dan 1001 perasaan bermain mengh4ntui fikiran. Tiba tiba datang bayangan wajah Z. Ya Allah. Kenapa dia yang muncul? Saat itu aku rasakan kalau Z ada, tentu dia takkan biarkan aku begini… Tanpa aku sedari air mataku menitis terkenangkan Z…

Keesokan harinya, aku terima satu panggilan daripada nombor asing. Ku kira no. rider Shopee sementelah aku sedang menunggu delivery pesanan. Alangkah terkejutnya aku bila mana si pemanggil menyebut namanya sebagai Z! Menggeletar seluruh tubuhku. Manakan tidak. Baru semalam bayangan wajahnya tiba tiba menerjah ruang fikiran dan bagai diseru seru, hari ini dia memunculkan diri.

Astaghfirullahal’adzim. Aku yang gugup terus berbohong memberitahu aku dalam discussion and call back later. Z dapat mengagak barangkali lantas terus cuba call berkali kali. Aku biarkan sahaja sambil cuba menenangkan diri. Masuk pula SMS. Z bertanyakan khabar ku dan anak anak serta Mak. Z memberitahu dia baru pulang dari luar negara – for good dan minta aku hubunginya semula dengan penutup mesej “Te amo”.

Allah… Aku tak balas mesej Z. Sampai berhari hari walaupun dia cuba hubungi aku lagi. Aku berasa takut. Sangat takut. Takut untuk ters4kiti lagi. Lalu aku solat hajat dan istikharah mohon Allah tunjukkan jalan adakah patut aku respon atau biarkan sahaja Z berlalu pergi setelah apa yang dia buat kepada aku selama ini.

Tak berapa hari, aku terasa mendapat sntikan semangat dan digerakkan hati untuk membalas mesej Z. Betapa terasa sangat janggal. Sepatah, sepatah aku jawabkan. Z segera membalas, memberitahu yang dia telah sekian lama cuba menghubungi aku tapi tak berjaya. Aku tak mahu terus terbuai.

Sengaja aku lengah lengahkan, buat buat sibuk padahal dalam hati Allah sahaja yang tahu. Hari berganti hari, Z semakin kerap hubungi aku. Daripada sekadar berSMS, kemudian berwhatsapp, connected on FB kemudian video call. Z meminta maaf kepada aku atas segala apa yang telah berlaku selama ini. Dia mohon aku memberikannya peluang menebus kesilapan silam dan berjanji untuk membina mahligai yang selama ini diimpikan.

Aku yang memang masih menyimpan hati kepadanya pun akhirnya tak mampu lagi menyembunyikan perasaan. Kami saling percaya bahawa sesungguhnya semua ini telah diaturkan. Segala apa yang telah terjadi dalam hidup kami amat memberi pengajaran justeru kami sama sama berjanji untuk tidak mempersia siakan lagi setiap ruang dan peluang. Destiny if we may say.

Walaupun berjauhan, aku di KL dan Z di selatan namun kami sepertinya ada berdekatan. Telefonlah yang jadi penghubung. Z memberikan sepenuh perhatian kepada aku dan anak anak. Sentiasa mengambil berat, sentiasa mencurahkan kasih sayang. Aku rasa seperti m4ti hidup semula. Begitu juga Z.

Rupa rupanya dia mengalami d3pression dan anx1ety yang dahsyat setelah ditnggalkan isterinya ketika dia ke luar negara. Dan sejak perpisahan itu, Z tidak berpeluang berjumpa anak anak, lebih lebih lagi setelah bekas isterinya berkahwin lain. Kami umpama cermin. Berkahwin dengan pasangan masing masing pada tarikh yang sama (Z kahwin lebih dulu daripada aku),

Sama sama punya anak dua cuma berlainan jantina. Sama sama bergelut dengan konflik masing masing dan siapa sangka setelah 10 tahun, kami dipertemukan semula ketika masing masing terkapai kapai dihempas gelora kehidupan. Ketika itu aku rasakan yang Allah sedang mengabulkan doaku di depan Kaabah ketika umrah dahulu. Allahuakbar.

Bulan berganti bulan. Kasih sayang kami semakin dalam, malah Z sudah memanggil aku ‘wifey’ kerana dia percaya bahawa akulah cinta sejati yang dicari carinya selama ini. Malah Z sudahpun menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan aku secara sah. Cuma meminta sedikit masa memandangkan dia baru sahaja mendapat kerja di JB setelah beberapa bulan pulang dari luar negara.

Aku akur walaupun jauh di sudut hati sebenarnya tak sabar untuk menghalalkan hubungan kami. Bukan apa, lebih senang untuk aku menjaga makan pakai, s4kit peningnya setiap hari. (Ketika itu pun aku sudah berusaha membantu Z memulihkan semangatnya, bangkit semula, selain ‘menguruskan’ makan pakainya dari kejauhan.

Aku gembira melihat Z semakin positif dan secara tidak langsung aku sendiri pun semakin ceria… Kami sedari semua perubahan pada diri masing masing. Terasa saling melengkapi.) Tiba tiba wabak kobid melanda. Perancangan tergendala, dan Z tak dapat selalu ke KL untuk berjumpa aku. Namun itu semua tak mengurangkan walau sedikit pun kepercayaan dan kasih sayang kami.

Malah semakin kuat. Z juga semakin mendekatkan dirinya dengan ilmu ilmu Islam. Tinggal lagi aku tidak mahu terlalu mendesak untuk dia segera mengucap syahadah. Kusangka panas sampai ke petang. Rupa rupanya tsvnami melanda. Z yang tidak ada rekod perubatan menghidap sebarang penykit serius, tiba-tiba jatuh s4kit. Terlantar koma di CCU selama seminggu.

Ya Allah! Ujian apakah ini. Aku pandu kereta seorang diri dari KL ke JB untuk menziarahi Z walaupun dia tak sedar. Walaupun cuma lima minit sahaja yang Doktor benarkan. Kemudian petang itu juga aku memandu pulang semula ke KL demi anak anak. Sejak itu, aku tak mampu tidur lena, tak lalu makan minum.

Aku hanya solat dan solat dan solat, mohon Allah angkatkan sakitnya, berikan dia kesembuhan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih bahagia dan yang paling aku minta, Allah izinkan dia kecapi nikmat hidup sebagai Muslim. Itu doa aku saban waktu. Hari demi hari yang ku lalui terasa sangat perlahan dan mendebarkan. Seminggu selepas itu Z tersedar. Sujud syukur aku. Allahuakbar.

Z juga amat bersyukur diberi peluang kedua. Dia berjanji untuk pulih untuk aku, untuk kami. Z berniat sedekah tanda syukur kepada Allah yang mengizinkannya bernafas lagi. Alhamdulillah. Z kemudiannya minta discaj dari wad, untuk berehat di rumah adiknya. Sejak pulang ke rumah, aku perhatikan Z tak aktif seperti dahulu. Makin lama, makin senyap. Perasaan aku sampai berbolak balik.

Adakah dia sedang berehat atau sebenarnya sedang menyembunyikan s4kitnya? Sampaikan pernah terdetik di hati aku bahawa dia sebenarnya sedang mengajar aku untuk belajar hidup tanpanya. Sampai begitu sekali aku dimomokkan. Seminggu selepas itu, malam Rabu itu, aku nekad videocall Z yang seharian senyap. Ya Allah. Robek hati aku melihat keadaan dirinya yang tak bermaya.

Z beritahu dia rasa lemah sangat hari tu, lepas dua hari dia amalkan air syifa’ yang aku ikhtiarkan dari jauh menerusi seorang Ustaz yang aku kenali, dan seorang lagi yang adik aku kenalkan.(Ya, aku minta izin Z untuk ikhtiar secara alternatif kerana sejak kali pertama dia dimasukkan ke hspital, naluri hati kecilku mengatakan ada sesuatu yang tak kena.

Kami ada sspek tapi biarlah itu antara si pelaku dengan Tuhan. Dan sangkaan aku tak meleset apabila kedua dua Ustaz mengatakan Z dis1hir dan bukan serngan jantung biasa. Z memang tak ada sejarah s4kit jantung). Aku kira air syifa’ itu ‘membongkar’ penykit yang ada dalam badan Z, sebab itu dia jadi begitu. Z minta dipendekkan perbualan, katanya tak larat sangat.

Nak berehat dulu dan janji akan hubungi aku semula bila dia terjaga. Kecewa rasa hati sebenarnya sebab aku harapkan dapat berbual lama dengan Z malam tu, tapi aku akur bila Z kata dia perlu rehat. Rasa tak puas bercakap dengannya, aku susuli dengan whatsapp yang panjang. Aku doakan dia untuk sembuh, untuk dia kuat dan sabar. Aku akan tunggu dia sampai sembuh.

Aku sayang dan cintakan dia seluruh jiwa aku, akan setia pada dia selama-lamanya. Dalam pukul 2.00pagi, whatsapp daripada Z masuk. “I love you”. Ringkas. Aku balas yang sama. Tapi Z tak cakap apa apa lagi. Aku syak dia tertidur semula. Lima jam kemudian, dia hantar gambarnya dalam ER hspital, memakai alat bantuan pernafasan. Teks yang aku hantar tanyakan sejak pukul berapa tak berjawab. Aku bimbang yang amat.

Sentiasa berhubung dengan adik tunggalnya bertanyakan perkembangan Z dari masa ke semasa. Saat itu, aku tukar doaku. Aku pasrah meminta kepada Allah, kalau sekalipun bukan jodoh aku dengan Z, aku redha. Tapi izinkanlah dia terus hidup menikmati indahnya Islam, Izinkanlah dia hidup untuk mengetahui bahawa masih ada lagi orang yang sayang padanya.

Aku redha kalau sebenarnya kami ini ditakdirkan sebagai soulmate tapi bukan sebagai suami isteri. Walaupun jauh di sudut hati, aku mengharapkan lebih daripada itu. Aku minta Allah panjangkan usianya. “I love you”. Itulah mesej terakhir yang aku terima daripada Z sebelum dia pergi tinggalkan aku selama lamanya dua hari kemudian.

Inalillahi wainna ilayhi roji’un. Patutlah dia selalu sangat beritahu yang dia akan tetap cintai aku sampai akhir n4fasnya… Patutlah dia kata dia akan “Sleep off in your arms, Will close my eyes for you…” Patutlah dia beriya meyakinkan aku bahawa kali ini hanya ajal yang akan memisahkan kami berdua…

Patutlah aku berasa sangat takut menangggung s4kit untuk menerima dia kembali awal awal tahun tu. Begini sekali s4kitnya yang aku perlu tanggung sendirian sekarang…. Siapa sangka, rupa rupanya kami dipertemukan semula untuk mengecap bahagia sekejap cuma. Dia kata Allah yang ‘kirimkan’ aku kepadanya, saat dia terkapai kapai hilang arah tujuan. Kami sangkakan jodoh kami kuat.

Rupanya akulah yang menemani seratus hari perjalanan akhir hayatnya. Akulah yang ‘bersama’ dengannya sampai dia pejam mata buat selama lama. Akulah cinta pertama dan terakhirnya. Sesungguhnya kisah cinta 32 tahun ini akan tersimpan rapi dalam hati sampai ke akhir masa. Z dah pergi membawa belahan jiw4.

Dah hampir lima bulan Z tiada. Tak pernah sehari pun aku tak teringatkan dia. Tak pernah sehari pun aku tak rindu. Tak pernah sehari pun kering air mata. Bukan aku tak redha. Aku sedar setiap yang hidup pasti akan m4ti. Cumanya, aku diuji di saat aku sedang terbang tinggi di langit, hampir menggapai pelangi. Tiba tiba melayang jatuh ke bumi.

Mohon kalian doakan moga rohnya diterima sebagai Muslim. InsyaAllah, walaupun aku tiada saksi yang lain, aku yakin apa yang aku cuba ikhtiarkan bersama Z di saat saat akhir hayatnya, sebelum dia dikejarkan semula ke ER buat kali kedua dan terakhir itu, menjadi asbab untuk dia diterima sebagai Muslim.

Hatta, perjalanan akhirnya pun sangat mudah dan mendamaikan. Dengan ramainya hadirin, dengan sejuk nyamannya cuaca, riak wajahnya sangat tenang dan menenangkan. Seperti pemergian orang yang beriman. InsyaAllah. Sejak Z pergi, aku ubah doa aku lagi. Aku mohon Allah terima dia sebagai Muslim. Gantikan segala kes4kitan dan penderitaan yang dia tanggung selama hayatnya di dunia dengan ketenangan dan kedamaian di taman syurga.

Semoga keluhuran dan kesungguhan hatinya mengasihi, mempercayai takdir dan mensyukuri Allah yang mempertemukan kami sejak hari pertama di sekolah dulu sampai ke akhir hayatnya, menjadi asbab untuk dia menjadi penghuni syurga. Moga Z akan tarik aku ke syurga. Wallahu’alam. Pemergian Z sangat berbekas di hati. Sebuah kehilangangan besar selepas Abah pergi.

Lebih perit daripada bercerrai dengan bekas suami. Kini tinggallah aku menghabisi sisa sisa usia yang entah berapa lama lagi berbaki, Menunggu terbentangnya hamparan masa depan yang coraknya tak kuketahui, Adakah seindah pelangi, Atau bersulam duri. Doakan aku. Perempuan kiriman Tuhan.. – Rozana Isabella (Bukan nama sebenar)

Sumber IIUMC