Dihdapn “guru”, mertua tuduh aku mgangkangkn nasi suami. Ak malu dgn suami. Ak nekad lawan dgn guru mertua tp kata2 suami buat aku tunduk.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi semua. Apa yang saya nak cerita ni mungkin tidak akan dapat diterima oleh sesetengah pihak.
Mungkin juga akan mengundang sp3kulasi dan sudut pandang yang kontr0versi.

Ini cerita separuh g1la. Belum g1la betul-betul. Hanya hampir benar kepada dongeng pada yang tak percaya pada dunia ilmu-ilmu ghaib dan m1stik. Baiklah. Lalu kisahnya pun bermula setelah 10 tahun saya dan suami melayari dunia perkahwinan. Suami saya ni latar belakang keluarganya jenis tak kuat agama.

No. Bukan sosial. Cuma foundationnya kurang kukuh di mana aqidah dan kepercayaan tradisi masih bercampur-baur. Waktu kenal suami saya, mengaji pun dia masih bertatih. Solat dan puasa pula jauh sekali. Berbeza dengan saya yang dibesarkan sebagai anak imam kampung.

Jadi pada suatu hari, keluarga suami berhajat untuk berubah dan mendalami agama islam dengan seorang perawat alternatif setelah perawat itu berjaya sembuhkan s4kit m1steri kakak ipar. Dengarnya, si perawat sangat tinggi ilmu agama dan mempunyai kes4ktian macam-macam. Akhirnya, bermula dari kakak ipar sekeluarga, diikuti selepasnya oleh adik-adik ipar yang lain hinggalah akhirnya ibu mertua saya.

Semuanya sudah mula mempelajari ilmu tersebut. Sejak ada ilmu baru ni, dorang banyak habiskan masa berkampung di rumah perawat tersebut yang dorang panggil sebagai ‘guru’. Menurut kakak ipar, macam-macam aktiviti dorang buat di sana termasuklah berzikir, buat talks agama, dengar ceramah dan bermuzakarah.

Dorang pun mula hidup bersederhana menuju ke zuhud. Setiap bulan, diadakan perjumpaan para ilmuwan. Ketua kepada keilmuan ini disebut sebagai ‘guru besar’. Beliau dianggap keramat dan sakral. No. Bukan tabligh. Bukan ilmu sesat macam Ayah P1n. Bukan juga bahagian ilmu syariah. Saya tak tahu pasti apa istilahnya.

Dorang ajak suami saya join tapi suami menolak dengan alasan banyak kerja. Berkali-kali diajak tapi tetap ditolak. Suami saya ni jenis berpegang pada syariat semata-mata. Baginya, cukuplah sebagai umat Islam berpegang pada ilmu tauhid, konsisten pada fardu ain dan feqah semata-mata. Yalah. Dia pun baru juga belajar agama dengan bapa saya.

Jadi, dia belum bersedia lagi nak mengembangkan ilmunya menuju hakikat, th4rikat ataupun m4krifat. Rupanya, penolakan suami dianggap pengh1naan pada mereka. Saya dituduh jadi punca pada keputusan suami. Perselisihan pun berlaku. Ibu mertua pun mulai menggut dan mengungkit macam-macam. Demi jaga hati ibu, akhirnya kami pun mengalah.

Pada bulan seterusnya, kami pun mendatangi majlis perhimpunan mereka walaupun kami bukan ahli jemaah. Saya dimaklumkan kalau majlis kali ni berbeza dari majlis sebelumnya sebab ianya akan dihadiri oleh guru besar mereka. Ramai sungguh murid-murid guru tu datang masa tu dari seluruh negeri untuk memohon keberkatan dari guru besar. Guru besar ada 4 orang penolong kanan.

Mereka semua handal-handal ilmu s4ktinya, menurut ibu mertua saya. Saya berusaha sesuaikan diri masa tu walaupun kekok dengan diri yang tak sempurna sangat menutup aurat. Perempuan-perempuan lain elok saja bertudung labuh, berniqab bagai. Segalanya berlangsung normal. Lepas solat maghrib, baca yassin. Lepas isyak, berzikir. Lepas zikir, makan.

Saya fikir, lepas makan boleh balik. Tapi ibu mertua tahan. Katanya, acara sebenar adalah lepas makan. Saya ingatkan ceramah agama. Rupanya acara sebenar yang dimaksudkan adalah acara rawat-merawat dan mohon berkah. Semasa acara mohon berkah tu, sesiapa yang berhajat akan datang besimpuh jumpa guru besar mengikut giliran.

Ibu mertua dan kakak ipar juga berada dalam barisan menunggu. Ruang merawat diletakkan di tengah ruang tamu disaksikan oleh semua orang. Jemaah lelaki dan perempuan dipisahkan dengan selembar tabir. Banyak pengalaman baru saya kutip masa ni. Ada yang s4kit, ada yang kena r4suk, ada yang mengadu masalah hal rumah tangga, ada yang minta lulus exam dan macam-macamlah.

Respon balas guru besar dan orang-orang kanannya berbeza pada setiap permasalahan. Menjelang tengah malam, satu persatu orang beredar pergi. Lalu tibalah giliran ibu dan kakak ipar. Saya tertanya-tanya juga, apalah agaknya permasalahan yang hendak dibawa ibu pada guru besar sampai sanggup menunggu lama-lama begini.

Jauh di sudut hati, saya risau 4 anak kecil yang saya titipkan di rumah abah semata-mata untuk ke sini tadi. Demi Allah, saya tak sangka. Rupanya, isu penolakan suami pada ajakan mereka selama ini menjadi pembuka kalimah yang dibawa ibu mertua menghadap guru besar! Disaksikan ramainya gerombolan manusia, ibu dan kakak ipar bersilih ganti mengadu tentang ketidakpuasan hati mereka pada saya selama ini.

Mereka mengesyaki kalau saya sudah meny1hir suami dan memberi nasi kangkang rentetan beberapa peristiwa sebelumnya. Tergamam sungguh saya. Malu jangan cakaplah. Semua mata tertumpu pada saya. Demikian berjelanya aduan berupa tuduhan mereka hamparkan pada guru besar hingga akhrinya memaksa suami saya masuk campur.

Respon balas suami nyata memburukkan keadaan. Suami dan kakak ipar mulai bertengkar mulut sementara si ibu menangis h1steria memikirkan anaknya yang sanggup d3rhaka kerana saya. Si guru besar dan orang-orang kanannya pun mulai meritual ilmunya bila keadaan makin tak terkawal. Entah apa dibacanya, suami saya pun jadi lemah dan tak sedarkan diri.

Saya pula entah kenapa sejak tadi macam terkunci. Kaki saya sejuk dan badan pula kaku. Saya bahkan tak dapat berjalan tengok suami saya yang sudah terbaring lesu. Mereka pun kemudiannya mengerumuni saya. 5 orang semuanya termasuk sang guru besar. Saya rasa macam kecil sangat waktu tu. Rasa macam mau menangis, mau berteriak, mau h1steria seg1la-g1lanya.

Saya rasa seperti dih1na. Harga diri dicalar-calar. Tapi saya tak dapat buat apa-apa. Saya benar-benar rasa seperti dikunci. R1tual untuk saya pun bermula. Masing-masing dengan pegangan zikirnya. Saya cuma diam tak bergerak. Sungguh, saya betul-betul tak tahu apa yang dorang sedang buat sebenarnya. Untuk apa semua ini?

Seketika kemudian, ada yang mulai bersilat, ada yang mulai melakukan gerakan-gerakan aneh seperti tarian jai pong. Si guru besar pula hanya berdiri tegak, laksana seorang budh4 yang sedang bertafakur. Badan saya mulai rasa panas dingin. Kepala dan telinga terasa kembang. Ada angin berjalan di tulang belakang dan kemudiannya menari dalam perut macam kupu-kupu terbang sebelum ia berhenti di dada.

Sakitnya Allah saja tau. Saya rasa macam nak menjerit suruh dorang berhenti. Tapi tetap saja akhirnya saya diam tak bergerak. Waktu ni, saya serah nasib pada Tuhan semata-mata. Tak semena-semena, seorang dari perawat yang bersilat itu muntah drah, diikuti dengan seorang lagi yang jatuh pengsan. Mungkin penat menari jai pong dan bersilat?

Entahlah. Saya tak tahu. Pengunduran mereka segera digantikan oleh murid lain. Kerumunan pun menjadi ramai semula. Kalau tadi 5, bertambah 2, lalu 2 lagi hingga terapitlah saya di tengah-tengah macam per4gut ditangkap basah. Tiba-tiba si guru besar bertempik. Dia bertanya siapa saya sebenarnya. Apa niat saya mengganggu kehidupan orang dan anak cucu Adam?

Seberapa kuatkah saya hingga masih bertahan dan mampu melawan mereka semua? Dicabarnya saya berkali-kali dengan kata-kata kesat. Keg1laan apakah ini? Ini benar-benar satu pengh1naan luar biasa h1naannya. Saya masih terlalu waras untuk mengangkangkan nasi untuk disuap ke mulut suami. Tidak pernah pula terlintas untuk meny1hirnya.

Dalam ketika yang sama juga, terlintas dalam benak mungkin juga dorang nampak ada j1n bersembunyi dalam badan. Mana tahukan? Semua manusia ada j1nnya sendiri. Entahlah. Perasaan saya ketika itu macam tapak tangan yang mudah dibolak-balikkan. Melihat saya masih diam, si guru besar makin rasa tercabar.

Dia membaca sebuah mantera lalu tangannya menerawang ke langit-langit rumah seolah-olah menarik kuasa tak kasat mata yang hanya boleh dilihat olehnya sendiri. Dia memasang kuda-kuda silat. Gerakannya siap untuk meny3rang saya secara fizikal. Dan pada waktu inilah saya rasa semua ini is really too much. Too much to take.

Kalau saya tak melawan, bermakna saya sedang menz4limi diri saya sendiri. Entah keberanian apa, saya akhirnya berdiri dan menghadapnya guru besar. Kerumunan mulai berundur bila melihat saya dan guru saling hadap-menghadap, siap untuk berlawan. Suara zikir para jemaah semakin kuat macam choral di malam krismas.

Saya merenung tajam guru besar yang angkuh berdiri dengan kuda-kudanya. Saya nekad melawan meski hanya berbekalkan ilmu karate yang terhenti di tali pinggang warna biru waktu remaja dulu. Telinga saya segera menangkap suara ibu mertua menjerit-jerit mengatakan kalau andaiannya benar bahawa saya ini adalah sy4itan bertopengkan manusia.

Buktinya, saya berani melawan guru besar. Ya. Guru itu kan handal orangnya. Kuasa ilmu penunduknya dikatakan boleh menundukkan siapa saja. Bahkan seladang liar sedang meng4muk pun boleh tunduk dengan renungan matanya. Entah kebetulan atau apa, suami saya tersedar begitu mendengar suara ibunya.

Suami memanggil saya dengan suara lirih, merayu agar saya jangan berlawan. Dia kemudiannya merayu pada ibunya untuk menghentikan semua ini. Suaranya demikian berat, sarat dengan tangis yang tertahan. Malangnya, bukannya diam, ibu mertua malah makin h1steria. Dia memberi ultimatum pada suami samada memilih saya atau dia.

Disaksikan begitu ramainya orang-orang asing, tangis suami saya pecah. Dia merangkak menuju pada ibunya memohon ampun dan maaf, merayu agar jangan diberi pilihan seperti itu. Sampai bila-bila pun saya akan ingat kata-kata suami saya “Ibu, ibu syurga saya. Tapi isteri saya adalah syurga untuk anak-anak saya. Mana mungkin bu…saya mengkhi4nati syurga anak-anak saya.

Ibu tanggungjawab saya, isteri saya amanah saya. Sanggupkah ibu melihat saya musnahkan masjid yang kami bina semata-mata untuk kepuasan ibu? Daripada ibu bagi pilihan begitu, lebih baiklah ibu bvnuh saja saya…” Mendengar itu, hati saya yang nekad melawan tadi tiba-tiba menjadi sayu. Ibu mertua menangis tak ubah seperti mertua Kasim Selamat.

Alangkah… setelah 10 tahun saya menjadi menantu mereka… setelah saya berk0rban ny4wa melahirkan 4 cahaya mata dari keturunan mereka… rupanya… saya tetap tak dianggap sebahagian dari keluarga. Ya. Mana mungkin keluarga akan melayan keluarganya seburuk ini.

Ya. Saya tahu saya bukan menantu pilihan. Sejak awal lagi mereka menghalang perkahwinan ini. Namin meski dihalang, kami tetap nekad bernikah hingga mereka terpaksa mengalah. Saya fikir, masa akan merubah segalanya setelah demikian banyaknya keikhlasan disemai. Saya ingatkan, 10 tahun ini sudah cukup untuk membuktikan betapa saya ikhlas hidup susah senang bersama suami.

Mereka bukan berasal dari keluarga senang. Jauh sekali kaya-raya. Saya tak tahu mengapa mereka begitu angkuh dalam memilih menantu. Dan entah menantu seperti apa pula pilihan hati. Tapi rupanya, masa itu tidak mengubah apa-apa. 10 tahun yang tidak bermakna sama sekali.

Kasihan suami saya. Dapat saya bayangkan kegalauan hatinya saat itu. Segagah apapun anak pasti akan lemah bila sentimen anak d3rhaka menjadi taruhan. Apalagi anak lelaki. Mengingat suami saya, membayangkan kisah zaman nabi tentang anak lelaki dibakar ibunya menganggapnya melebihkan isteri, saya jadi lemah.

No. Demi Allah dan Rasulnya, saya sayangkan suami saya. Tak sanggup saya melihat kelak dia tak boleh m4ti selagi tak diampunkan dosa oleh ibunya. Saya pun mengalah. Suami saya benar. Tak guna berlawan di situ. Ia hanya akan memburukkan keadaan. Belum tentu juga saya menang. Dorang ramai. Saya cuma seorang. Lagipun, itu rumah orang.

Silap-silap saya pula disabit mencer0boh dan membuat kekacauan. Tanpa berkata apa-apa, saya melepaskan kuda-kuda. Saat saya toleh pada suami, dia menatap saya dengan pandangan lirih bercampur lega. Matanya berbicara mengajak saya pulang. Saat itu baru saya sedar kalau suasana pun mendadak sunyi. Tiada lagi zikir-zikir dan keg1laan silat dan tarian.

Entah kenapa mereka berhenti. Si guru besar pun rupanya sudah tak lagi dengan kuda-kudanya. Semua mata memerhati kami. Aku merasa seperti orang kalah perang. Enough is enough. Suami saya berdiri dan berjalan lemah menuju ke arah saya. Mulutnya berbisik kata maaf. Dia memimpin tangan saya dan membawa saya keluar dari rumah itu.

Tanpa menoleh, tanpa berkata sepatah pun, kami berjalan menuju ke pintu. Buat pertama kali dalam hidup, saya merasa seperti berjalan di atas angin. Bumi yang saya pijak seakan tiada. Badan saya seakan terawang-awang. Inikah rasanya kosong?

Sampai di pintu, suamiku berhenti dan berbalik untuk menyalam ibunya. Saya sama sekali tak menoleh ke arah mereka. Apa yang pasti, tiada perlawanan apa-apa di belakang sana. Hanya sunyi. Sunyi yang m4ti. Kami pulang tanpa bicara sepatah pun. Hanya air mata saja mengalir tak berhenti. Kami sampai ke rumah abah sekitar jam 3 pagi.

Anak-anak sudah tidur. Abah pula masih menunggu kami. Begitu melihat abah, suami saya terus memeluknya dan menangis semahu-mahunya. Dia meminta maaf pada abah sebab tak mampu jaga saya sebaik jagaan abah. Abah yang tak faham apa-apa terkulat-kulat kehairanan. Setelah menceritakan apa yang berlaku, abah memeluk kami dan turut menangis sama.

Baiklah. Cerita itu tidak berakhir di situ. Masih banyak episod selepasnya yang masih berterusan hingga ke hari ini. Episod ilmu-ilmu agama yang diselewengkan yang disulam dengan mantera-mantera pembnuh bahagia. Pembaca semua, Ilmu m1stik itu nyata. Perkara ghaib itu nyata. Khur4fat itu nyata. Dend4m dan kebencian juga nyata.

Tapi cinta juga nyata. Di mana ada cinta, di situ ada Tuhan. Dan Tuhan tetap akan selalu hadir bersama manusia yang mahu memelihara cinta lebih dari kebencian. Samada cepat atau lambat, cinta akan tetap menang mengalahkan kebencian. Itu pesan abah pada malam peristiwa itu.

Saya terima semuanya dengan redha. Anggap saja mereka dalam keadaan tidak mengetahui mana benar mana bathil. Ingatlah, pada akhirnya, ada 73 pintu terbuka namun hanya ada satu jalan yang benar-benar menuju ke syurga. Demikian ramainya manusia tersesat dalam mencari sebuah jalan itu.

Nantinya manusia itu akan saling berbalah-balah dan bertanya islam siapakah yang paling benar. Islamku kah, atau Islam mu? Hari ini, kami masih menjalani hidup seadanya. Peristiwa itu berlalu begitu saja seolah-olah ia tak berlaku sama sekali. Kami tetap menjalankan tugas sebagai anak, tetap pulang beraya, tetap menghulur salam meski dipaling muka.

Anak-anak kami tetap terdidik menghormati mereka. Ummi saya bilang, saya ni penyabar. Tapi bagi saya, penyabar bukanlah istilah yang tepat. Saya hanya terlalu menyintai suami saya. Saya tak mahu suami saya digelar anak derhaka setelah terang-terangan dia memilih untuk tidak mencerraikan saya.

Sebagai galang gantinya, biarlah berk0rban rasa. Sejahat-jahat mereka, dari keturunan itulah lahir seorang lelaki budiman yang telah diamanahkan untuk menjaga maruah saya, yang menaikkan mertabat saya sebagai wanita dan menjadi asbab untuk saya menuju ke syurga.

Dari keturunan itu juga lahir anak-anak kami yang dari mereka nantinya menjadi bekalan jariah buat saya sebagai seorang ibu. Nikmat apalagi yang mahu saya dustakan? Wallahuaklam. – Zurin Azmi (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Zariah hassan – Sedihnya saya baca sesiapa yg ada mertua yg sgt baik bersyukur la. Bkn semua bernasib baik. Jadi pengajaran kepada kite akan dtg supaya menjadi org tua@mertua yg berkualiti. Byk sgt lihat mertua yg x sebulu dgn menantu.

Entah ape yg didengkikan pn x tau la. Lain la klu menantu buat x baik pada anak2, baru la masuk campur urusan keluarga anak2. Selagi anak2 bahagia biarkan mereka mencorak kehidupan mereka

Puan zuera – Perasaan sedih dan marah bila baca confession ni.. Penunggang agama.. Ajaran sesat, bila kita tak ikut ajaran nya, tuduh ada set4n dan j1n dalam badan.. Lapor hal ni pada jabatan agama.. Kalau diamkan nanti makin ramai yang ikut sesat..

Modus operandi, rawat orang yang dikatakan ada gangguan, bila rawatan berjaya, pes4kit terpesona dengan ajaran mereka.. Lebih lagi pada yang kurang pendidikan agama.. Tahniah, puan masih datang melawat mertua setelah kejadian tu.. Sangat sabar dan kuat, dan masih lagi berpegang pada ajaran Islam. Semoga dipermudahkan urusan.

Salwa omar – Allahu…. Semoga Allah melindungi puan sekeluarga drpd kejahatan manusia di dunia ini. Tidak menjadi anak derhaka suami puan tidak menceraikan puan. Malah suami puan berdosa menceriakan puan tanpa apa2 sebab. Ibu mertua jua turut berd0sa. Itu bukan taat tapi patuh. Taat hanya pada perintah yg tak bertentangan dgn hukum.

Saya juga seorang ibu, ibu mertua dan nenek kpd cucu2 yg saya sayang. Saya faham apa yg puan alami. Besarnya dugaan puan. Saya bersyukur suami puan buat keputusan yg tepat. Allahu. Saya membaca penulisan puan yg begitu baik susunannya. InshaAllah, semoga suatu hari nanti semuanya berakhir dgn baik.

Asyraf manap – Teringat satu masa dulu. Membe baik aku sakit teruk tak boleh berjalan. Pegi berubat merata. Akhirnya ada sorang perawat tradisional tu kata kawan baik dia buat dia. Kononnya dia tak boleh bagitau sapa tapi dia cuma boleh kata ya je kalau nama org tu betul.Membe aku ni sebut satu2 nama kawan baik dia.

Sampai nama aku dia kata yaa. Mmbe aku ni alhamdulillah jenis mmbe sampai m4ti. Balik dari berubat dia bagitau aku. Aku sedih campur bengang. Esoknya gi umah prawat tu. Aku panggil keluar sbb fitnah aku. Xkeluar langsung dari rumah. Abis jiran2 dia keluar.

Tengok aku yang tengah ilang waras bengang dek fitnah. Smpai la mmbe aku tu ajak balik. So conclusion nya. Banyak tipu dari betul bab dukun2 ni. Dan alhamdulillah mmbe aku dah baik. Walaupon xboleh bjalan macam dulu. Tp masih boleh bejalan dari telentang je.

Sumber IIUM