Aku ‘terkena’ dgn abang. Soal batas xdijaga. Bila tido x pisahkn, adik pula buat ‘hal’. Ini kesan yg aku terima.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Saya N, seorang wanita berumur 23 tahun.

Tujuan saya menulis di sini ialah kerana ingin memberi peringatan kepada semua wanita di luar sana agar sentiasa berwaspada kepada golongan lelaki tak kira sama ada berkeluarga atau pun bukan. Kisah yang akan saya kongsikan ini merupakan satu rahsia yang saya simpan kemas selama ini.

Dan saya berniat untuk bawa rahsia ini sampai ke akhir hay4t saya demi kebaikan semua yang terlibat. Jadi biarlah saya kongsikan di sini sekadar untuk dijadikan pengajaran buat pembaca. Sebagai latar belakang cerita cukuplah bagi pembaca untuk mengetahui bahawa saya merupakan satu satunya anak perempuan dalam keluarga. Saya mempunyai beberapa abang dan adik lelaki.

Waktu kecil, kami adik beradik sangat rapat antara satu sama lain. Sampai kadang kadang batas antara lelaki dan perempuan pun samar samar. Pada ibu bapa saya, rapat antara adik beradik perkara normal. Dan ibu jugak berasa tenang hati melihatkan abang abang boleh menjaga adik adik dengan baik sewaktu mereka sibuk bekerja.

Tapi sayangnya, kepercayaan yang ibu letakkan pada abang telah disalahgunakan olehnya. Rasanya semua pembaca boleh meneka apa yang mereka perlakukan terhadap saya kan? Ya, saya mendapat ‘gangguan’ oleh abang kandung saya sendiri sejak dari kecil. Saya takkan cerita dengan detail apa yang berlaku kerana ianya bukan cerita yang sesuai dikongsi di tempat umum.

Mungkin semua tertanya tanya kenapa saya tidak mengadu kepada ibu tentang perkara ni, bukan? Pada waktu tu secara jujurnya saya tak faham apa yang berlaku. Bila saya tanyakan pada ibu sama ada boleh atau tak, ibu hanya kata, “mestilah kena pegang, kan abang nak mandikan adik”. Beberapa kali saya tanyakan soalan yang sama tapi semuanya tidak diambil peduli oleh ibu.

Silapnya ibu saya kerana tidak mencurigai langsung anaknya. Dan silapnya saya? Saya masih terlampau kecil untuk faham apa yang boleh dan apa yang tidak. Masih terlampau mentah untuk tahu batasan antara lelaki dan perempuan. Tambahan lagi, tiada sapa pun beritahu saya tentang perkara perkara ni. Nobody. Perkara ini berlarutan sampailah abang saya masuk masuk ke sekolah asrama beberapa tahun kemudian.

Bila saya tahu semua yang dilakukan pada saya adalah salah? Saya dapat tahu secara kebetulan dimana salah seorang kawan saya berkongsi tentang pesanan ibunya mengenai isu laki dan perempuan. Waktu tu saya sangat tergamam. Saya terkedu dan lost tak tahu kepada siape saya patut mengadu. Saya ingin sangat mengadu kepada ibu atau guru tapi saya teringat “pesanan” abang saya.

Saya jadi takut dan akhirnya saya pilih untuk rahsiakan sahaja. Nasib baik setelah abang saya keluar rumah dan masuk ke asrama, saya sangat jarang berjumpa dengan dia lagi. Dan dia pun tidak lagi melakukan sebarang perkara tak elok kepada saya. Mungkin kerana dia tahu saya dah besar dan dah faham. Jadi risau perbuatan k3jinya akn terbongkar.

Adakah ini bermakna saya sudah selamat? Semasa di sekolah menengah, saya boleh dikatakan agak aktif. Dan maklumlah budak tengah membesar lagi lagi perempuan sekolah menengah. Faham faham jelah. Sepanjang sekolah menengah, saya masih okay dan tak berapa terkesan dengan apa yang berlaku. Jujurnya saya cuba sedaya upaya untuk lupakan apa yang berlaku.

Saya cuba untuk percaya dengan keluarga saya terutamanya abang. Saya cuba percaya bahawa setiap yang bersalah perlu diberi peluang kedua untuk berubah. Saya cuba hidup macam remaja lain. Happy and carefree. Tapi tanpa saya sedari saya mulai mempunyai masalah trust issue dan perasaan benci pada lelaki mulai perlahan perlahan menyelinap dalam diri.

Kan awal awal tadi saya beritahu bahawa saya satu satunya permpuan dalam keluarga bukan? Dan saya jugak nak tekan kan bahawa saya bukan datang dari keluarga berada. So obviously, saya berkongsi bilik dengan adik adik saya. Ya, saya, seorang remaja perempuan berkongsi bilik tidur dengan adiknya, yang merupakan seorang remaja lelaki.

Benda yang paling saya takut berulang kembali. Dan kali ini, si pelakunya merupakan adik saya sendiri. Tell me now, how am I supposed to trust a man ever again? Setelah apa yang berlaku saya menggut untuk memberitahu ibubapa tentang perkara tersebut dan adik berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Dan mulai haritu juga, saya seorang tidur dalam bilik manakala adik saya tidur di luar bilik. Apabila ibu bertanya saya hanya jawab tak selesa tidur sekali. Kali ni saya beritahu tak pada parents? Tidak. Saya tak beritahu. Kenapa? Sebab saya terlampau malu. Saya rasa benci dengan diri sendiri. Dan saya takut kalau ibu tak percaya pada saya.

Saya takut ibu tak berpihak pada saya macam apa yang berlaku waktu kecil dulu. Terlampau banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan dan akhirnya saya pilih untuk terus memendam. Sekarang, saya berumur 23 tahun. Did I forgot about everything that happened? I wish. Kesannya sekarang saya ada masalah trust issue yang sangat teruk.

Saya bukanlah feminis mahupun pembenci lelaki secara membuta tuli. Tapi saya jugak tak percaya pada mana mana lelaki. Walaupun ibu terus menerus mengasak saya untuk mencari pasangan dan berkahwin, tapi entahlah. Hati saya seolah olah tertutup untuk bercinta.bSaya takut untuk dirikan keluarga. Saya takut perkara yang sama akan berulang kepada anak anak saya.

Saya juga rasakan diri ni tak layak untuk berpasangan. Walaupun saya tak pernah buat perkara perkara terkutuk tu. Walaupun saya jaga kesucian diri saya secara bersungguh sungguh selama ni. Semua tu tak berguna kan? Sebab hakikatnya hak yang perlu saya pertahankan telah pun dirampas sebelum saya faham apa apa.

Saya tak tahu kenapa saya yang dipilih untuk diuji sebegini tapi saya yakin semua ni ada hikmahnya. Saya minta pohonon doa para pembaca agar saya terus dikurniakan kekuatan untuk terus hidup bersama tr4uma ni. Doakan saya lupa tentang apa yang dah berlaku. Doakan saya untuk maafkan diri saya yang terlalu lemah untuk pertahankan harga diri dan menegakkan keadilan.

Doakan abang dan adik saya supaya mereka benar benar berubah dan tak ulangi kesilapan yang sama. Saya berharap tiada sapa pun perlu hadapi nasib yang serupa macam saya. Dan kepada para wanita di luar sana ingatlah supaya sentiasa berwaspada. Kepada ibu ibu jangan abaikan kata kata anak kecil. Berikan didikan yang secukupnya.

Pastikan mereka faham batas batas lelaki dan perempuan. Tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Jadikan Islam sebagai garis panduan. Sebab tulah dalam Islam pun sangat menganjurkan untuk pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Walaupun adik beradik, ahli keluarga, ingatkan supaya mereka, baik yang lelaki mahupun yang perempuan untuk sama sama menjaga aurat dengan elok.

N4fsu manusia tak dapat kita jangkakan. Lebih baik untuk kita sentiasa berwaspada daripada menyesal di kemudian hari. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindunganNya. In shaa Allah.– N (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Sambal Hitam Pahang – Walaupun dunia makin maju dan ramai orang terutama NGO mendidik masyarakat tentang batasan adik beradik mak ayah dan pergaulan kanak kanak dan remaja tapi tetap ada segelintir ibubapa yang amik mudah. Tak peduli tentang kehormatan anak. Puncanya sebab ibubapa tu sendiri ignorance.

Ignorance dari amik tahu tentang tanggungjawab mendidik anak, cuma tahu tanggungjawab suap nasik ke mulut anak saja. Sedih tapi benar. Mungkin dalam kursus kawin patut selitkan tips menjadi ibu bapa yang bertangunggjawab juga.

John Sinar – Adoyai, mak kau silap lah. Awal awal ayat tu biarkan abang mandikan adik pompuan. Nenek aku cukup pantang benda benda camni. Mak kau pandang benda ni lekeh lekeh je eh ?! Takyah tunggu sekolah menengah, time sekolah rendah tu patut dah asingkan bilik.

N4fsu ni mana kenal drah daging sendiri. Geram lak aih dengan perangai mak bapak jenis ambik mudah camni. Kita sebaya, bezanya aku takde lelaki dekat rumah ni.Soooo aman!

Zara Aisyah – Kesiannya ko dik.. Mmm.. Mak ko yang salah dalam hal ni. Eg0 dalam hal hal batas pergaulan walaupun adik adik sendiri kononnya halal untuk dipegang. Mak ko bangga si abang boleh jaga, mandikan adik perempuan.

Mak ko eg0 menyuruh orang lain yang memandikan anak perempuan.. Sekarang, apa boleh buat. Semoga hidup ko dipermudahkan dik, lupakan yang lalu. Jika dah berkeluarga nanti buatlah apa yg sepatutnya yang Islam suruh..

Khaleel Abrar – Untuk parents biasakan anak dengan perkataan malu daripada kecil lagi (4-6 tahun). Contoh si abang nak buka baju depan adik, parents kena cakap pada si abang. “Malu la abang, kan ada adik tu. Malu, malu”. Then diaorang akan terbiasa sampai sek rendah. Didikan parents sangat sangat penting fasa ni.

Untuk confessor apa apa pun semua sudah terjadi. Move on. Jangan dipaksakan hati untuk percayakan lelaki but bukan semua lelaki itu punya niat jahat macam tu. Moga confessor bertemu jodoh juga, relaks..umur confessor baru 23.. Banyak benda yang awak boleh belajar.

Kalau sambung study, sambung. Kerja, sambung kerja. Life must go on sis. Nak diingat, disesalkan pun, tak guna. Kalau ingat, buat kita sentiasa undang kesedihan, kemurungan better cari hobi baru.. be strong, sis.

Shazwani Shahlan – Menjaga batas ni bukan saja dengan adik beradik, apatah lagi sepupu sepapat dan orang luar. Parents la kene main peranan. Dari kecik lagi jangan ambik mudah, ni abang mandikan adik perempuan tu siap. Da mengadu pon mak kata biase? Then tido sebilik? Allah..

sebab tu la dalam family even anak, anak anak buah keluar toilet tak pakai pape pon da kne marah. Dah kene jerit dari jauh. Jangan anggap alah takpe dia kecik lagi, selesa belenggeng macamtu. Ajar dia malu. Dan mana bole dan takbole dilakukan dari awal. Bila da remaja pon, ingat bekemban depan adik beradik laki tu bole? Haih..

Bila confessor tak berani nak mengadu, tak boleh salah kan dia juga. Dia kene dari kecik, dari budak yang tak paham pape. Tiada support dari mak dia. Traumatize lagi.. Mula abg then adik pon da berani. Dalam rumah sendiri da rase tak selamat. But apepon, hopefully confessor dapat adukan n share perkara ni pada parents dia.

Or else, cari lah orang yang dipercayai macam aunt yang close ke untuk jadi orang tengah nak sampaikan apa yang dia alami. Jumpe kaunselor ke. Dah kalau ahli keluarga sendri awal awal da reject apa yang dia nak adukan..

Kalau dibiar, soon or later orang lain jugak bole kene. Keluarga akan membesar, akan ada ipar duai, anak buah perempuan. Semoga dijauhkan dari semua keluarga perkara macam ni. Semoga confessor sentiasa dilindungi Allah dan jumpa solution terbaik.

edit – tt umur 23 tahun. Maksudnya mak ayahnya mungkin old style. Kalau orang kampung mungkin tak terpikir semua ni. Saya juga dari zaman tu. Saya faham isu ni jadi t4boo dalam kalangan ibu bapa old style. Tapi kalau zaman sekarang Kokdiang pun ada internet, Kuala Berang pun ada internet jadi harapnya ibu bapa zaman sekarang berubah la.

Aware tentang kehormatan anak anak. Jangan sibuk layan tiktok saja. Nak jadi ibu bapa kena ada ilmu. Zaman semakin mencabar untuk membesarkan anak anak. Sama sama la kita beringat.

Sumber IIUMC