“Kakyong ada OCD ke?”. Sbb pembersih aku dituduhnya. Dilema duduk myewa dgn adik sendiri.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualikum semua. Ini kisah housemate aku. Housemate aku adik aku sendiri. Ini rutin life adik aku yang Diva muka lawa g1la.

Hari berkerja, Bangun pagi, Bersiap pergi kerja, Balik kerja, Makan,Tidur.
Hari cuti, Bangun pagi, Sarapan, Melepak main HP, Bersiap keluar outing, Balik,
Tidur. Ulang rutin hidup ni selama-lamanya. Persoalannya siapa yang buat kerja rumah? Jawapannya adalah aku. Segala kerja rumah menyental, mencuci, mengutip, mengemas aku yang buat sorang Free Of Charge utk adik Diva aku hidup selesa boleh up IG Story.

‘Rumah yang bersih is Syurga’ padahal kau duduk melebar badan je 24jam, apa pun tak buat. Dia cuma buat kerja untuk diri dia je. Contoh basuh berak dia, mandi, basuh pinggan yang dia makan, basuh kuali yang dia masak (itupun selalu dia guna taktik ‘nak rendam’ yang akhirnya seminggu membusuk aku jugak yang basuh dan masak tak pernah cuci dapur/oven tinggal je semua minyak).

Cawan minum dia yang sana sini pun selalu aku kutip cuci, yang dia rajin susun barang mekap dia dan jarang-jarang sebulan sekali dua je dia basuh baju dia tapi lepas sidai kalau seminggu aku tak tolong angkat duduk lah dekat ampaian, dia nak pakai dia ambil satu-satu. Baju dulu aku lipatkan, sekarang aku biar je selagi aku tak sound tak berlipat.

Bila dah lipat bising membebel letih lah apalah macam baju aku pulak yang dia lipat. Itu jelah benda yang dia buat. Kalau balik beli barang dapur dia biar jelah atas lantai selagi aku tak susun dia tak akan susun padahal barang dia semua tu, semua dilangkah je. Beli sayur macam nak masak kenduri, akhirnya berbulan tak masak lebur keluar air hijau dalam peti ais, aku yang mencuci.

Kalau aku tegur muka macam apa je siap jeling aku hempas barang hempas pintu lepastu tinggal aku nak tengok IG story dia penuh lah story sindir aku konon aku berkira. Umur dah 30-an kot. Tensi0n. Segala kerja rumah aku yang buat. Aku pun kerja, jadual kerja aku lagi padat dan bukan kerja sentiasa dlm office mcm dia, aku kerja site ke sana sini guna tenaga.

Aku balik lagi lewat dari dia. Aku balik rumah dia dah ada bergolek main HP tgk TV. Aku rehat sekejap, rehat solat semua dan sambung mengemas rumah. Rumah aku pulak cepat berhabuk sebab ada jiran buat renovation, banyak cicak jenuh kerja cuci tahi cicak, kucing liar pulak suka berak dekat halaman rumah dah kerja akulah mencuci tahi kucing dan adik aku ada masalah rambut gugur yang dekat mana dia berjalan dia akan tinggalkan rambut yang banyak atas lantai.

So, waktu malam aku buat kerja rumah menyapu, mengemas, basuh baju, buang sampah dan masak utk bekal esok pagi sambil mengemas mencuci dapur. Rumah aku sentiasa bersih teratur dan kemas sebab aku tak boleh hidup rumah berselerak kotor ni. Bila adik aku nampak aku buat kerja rumah tengah malam dia tanya aku “Kakyong ada OCD ke?”.

Ewah dia, aku pulak yang dia kata ada dis0rder yang dia pemalas tu normal sangat lah tu. Adik aku satu apa pun tak buat. Bila aku tegur n berleter sambil mengemas, dia hempas pintu. Bila aku ajak elok-elok lembut-lembut dia bangun acah nak buat dia akan kata nak mula kemas dari bilik dia yang aku tahu dia akan curi tulang.

Bila aku tanya apa yang dia buat dalam bilik dia, aku masuk tengok lantai bilik dia dah penuh rambut dia yang berbulan tak vacuum. Tandas dia dah berkarat kotor berdaki dan dia dah mula tumpang tandas aku, bila aku tanya kenapa dengan tandas dia? Dia jawab air tak kuat. Padahal aku masuk semua elok je, sama je tekanan air mana-mana tandas.

Aku tau dia dah geli nak masuk tandas sendiri, so dia guna tandas aku yang aku sorang je basuh tiap minggu. Aku pernah suruh dia basuh sama tandas aku tp sia-sia je, dah tandas dia pun dah macamtu dikerjakan. Cadar yang tak bertukar nk dkt setahun, aku tahu sebab cadar bilik dia aku yang ganti dulu masa raya dan aku yang basuh baju tak pernah aku basuh cadar n sarung bantal dia.

Yang teratur dan cantik cuma almari solek dia dan handbeg-handbeg dia. Adik aku ni kalau orang kata nak judge org berdasarkan cara kemas handbeg memang korang akan kata dia pembersih dan rajin lah, handbeg dia sentiasa kemas tak ada satu resit pun dalam purse dia.Pemakaian dia, gaya dia semua nampak macam rajin, pembersih.

Tapi kenyataannya dia ada banyak masa nak belek diri dia sebab itu jelah dia buat sepanjang masa. Aku pernah bagi kata dua dekat adik aku. Sama ada dia nak duduk dengan aku dan ubah perangai. Atau dia nak keluar rumah menyewa dengan orang lain. Dia teruslah mengadu dengan parents aku. Ayah aku diam je, mak aku sound adik aku sebab pemalas nak duduk rumah macam puteri raja.

Adik aku balas “Bil rumah sama-sama bayar kot!” Mak aku balas balik “Bil rumah kau tahu pulak nak bahagi sama-sama bayar, kerja rumah kau tak bahagi pulak sama-sama buat? Kau fikir kau punya nak simpan duit dgn kau punya letih je, yang kau mengkulikan kakak kau tu kau rasa bagus pulak?” Tergelak aku dengar mak aku cerita.

Tapi adik aku tetap tak berubah langsung, sangat keras hati. Bila aku tengok cara dia layan mak ayah aku, aku tak rasa dia akan berubah sebab dari dulu dia memang selalu bergaduh dengan mak ayah sebab dia punya self1sh n malas tahap mak ayah aku buat kerja dia berehat.

Ayah aku mintak buat kopi pagi, tengahari baru dia tanya dah dapat ke belum kopi? Lepastu jeling aku sambil sindir “Kesian ayah nak kopi tak ada orang buat”. Padahal awal-awal lagi aku dah buatkan, saja ayah aku nak adik aku bangun buat kerja. Adik aku yang lelaki pun dah serik tumpangkan adik aku ni dekat rumah dia sebab pemalas tak bantu wife adik aku langsung urus rumah dahlah duduk free je.

Dah bergaduh, dihalaunya adik aku maka duduk dengan aku pulak. Aku ingat bila dah bagi syarat bayar bil sama, kerja rumah buat sama dia akan ikut dan serik pernah kena halau rupanya tak ada beza pun. Kadang sedih, aku pulak yang rasa aku ni kakak jahat berkira dengan adik sendiri. Tulis benda ni pun aku rasa dah jahat sangat aku ni.

Tapi aku serius letih emosi aku jadi tak stabil, aku dahlah mengandung baby sulung cepat letih dgn tak cukup rehat, aku cuma nak duduk rumah bersih selesa tapi dapat adik yang macamni nak harap bantu aku pun tidak lagilah susahkan aku serba-serbi. Bagi dia dah cukup tugas dia urus diri sendiri.

Kerja rumah lain tak perlu buat dah macam duduk hotel pulak dia. Bila aku buat jadual, marah-marah siap up status perli aku dekat IG, FB n WhatsApp. Macam aku pulak selama ni yang bvli dia. Adik aku suka baca confession sini, so bila kau baca ni.

kau dengan yang spesis macam kau yang self1sh tak sama-sama buat kerja rumah hanya harap isteri/suami, parents, siblings, housemate buat semua dan korang nak hidup selesa je. Korang kena sedar korang tu dibenci dalam diam dan korang ni macam par4sit. Tak berkat hidup tau tak? Cepatlah ada org kahwin dengan adik aku bawak dia keluar dari rumah aku ni.

Sblm korang suruh aku yang kahwin, aku dah kahwin ye, suami aku tak duduk sekali, PJJ. Suami aku tak tahu cerita, semua yang baik-baik je dia tahu, aku tak mengadu sebab nanti taknak suami aku pulak sound adik aku jadi cerita lain pulak. Sorry, panjang aku tulis n kalau ada ayat kasar tu sebab aku nak lepas tension aku.

Siapa suka isteri cantik semata-mata, duit banyak boleh bayar bibik dan korang penyabar g1la, tolong kahwin dengan adik aku. Aku cuba nak jadi kakak yang baik tapi aku pun layak nak hidup tenang entah berapa lama je aku nak hidup. Terima kasih sudi baca. Sekian dari aku yang str3ss. – Puan Melati

Reaksi warganet

Adam mukriz – meh aku nak ajaq cmna nak buat. Hang amik gambaq adik hang yg paling cun dan lawa. Pastu amik gambaq bilik dia, pastu amik gambaq bilik air diam Pastu hanh boh dalam instagram, link dalam fb dan twitter, buat public. Hang copy paste apa aku tulis ni.

‘Ada sesapa nak tak pmpuan ni buat bini. Jujur aku habaq dia memang lawa. Tapi peng0tor mcm h4ram j4dah. Cadar tak basuh, tak bertukar dah setahun. Ni gambar bilik dia. Ni bilik air dia, berkulat. Aku tau la dia adik kandung aku, aku kak dia. Aku dok menyewa rumah bersama dgn dia.

Sebab selama ni bila aku tegur nasihat, dia dok sindir perli aku dalam fb, instgram, tw1tter. Kalau aku cita ni tipu, ni no tel adik lelaki aku sorg lagi. Dia dah siap halau adik pmpuan aku dari umah sebab adik pmpuan aku ni pengotoq g1la b4bi.

Tegoq, marah, cakap elok elok, semua aku buat dah, dah xlarat nasihat. p/s Akak harap, ada la jantan malang nak amik hang dik buat bini. Good Luck tolong tag , adik pmpuan hang dgn adik laki hang sekali. Hang buat mcm aku suruh ni.

Iza idah – Kak..satu je nk ckp, kalau akk tk nk berkeras, akk hadap la smpai bila2 perangai dia.. adk beradik tk adk beradik.. akk bg muka then jgn koplen.. maaf la bahasa kasar, tp u have the right.. rumah akk n dia menumpang, so dia kene sedar diri n if dia tk sedar diri, duduk la menyewa luar..

N pd tuan badan yg buat onar, please la wei, ko tu dh tua bangka kot, beragak la nk buat perangai mcm haram tu.. aku plak yg pnas ati bace.. ni ptt dpt bakal mentua kuat membawang biar dia jeruk rase kene sound ngan mak mentua, bru dia tau erti penyesalan sebenar..hahahaha

Cik puan minn – Antara dilema adik beradik. Ditegur dikata berkira, tak ditegur sendiri menjeruk rasa.Untung parents confessor mau menegur perangai adik, ada parents yg tak mau langsung menegur perbuatan salah anak kerana takut anak kecik hati dan merajuk, dgn alasan takkan dgn adik beradik nak berkira.

Bukan tak ada sejenis adik beradik yg pandai mengambil kesempatan, sendiri tau nk jimat tapi bab mintak belanja bukan main. Benda noleh dapat free buat apa susah2 nak keluarkan duit. Mungkin itu yg ada ldm pemikiran merek yg suka ambil kesempatan ni. All the best confessor. Benda boleh berkeras, buat apa nak berlembut lagi.

Sumber IIUM