Gaji ayah 40k sbln. Tp ak hairan kami hidup biasa2 je. Bila dpt lesen, ak siasat. Xsngka nie ayh buat.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku nak cerita pasal ayah aku. Kami ni hidup sederhana. Aku ada 5 adik beradik.

Ayah ada sebuah rumah, sebiji kereta dan sebiji motor. Dulu masa kecik2 aku selalu ikut ayah aku. Sebab kalau ikut dia, dia pasti bawa makan cendol lepas tu. Memang kegemaran aku lah tu. Ada satu masa tu aku dan ayah aku pergi ke tempat jual van.

Aku tak ingat sangat kat mana tapi memang banyak van kat situ. Ayah aku beli 5 buah van masa tu. Aku pun seronok lah sebab ingat setiap adik beradik dapat satu van. Comel juga fikiran masa kecik2. Tapi meh. Tak pernah tengok dah pun van tu lepas tu.

Lepas tu seingat aku masa aku darjah 5 macam tu, kami memang selalu pergi ke kawasan perumahan baru, pergi ke tanah2 lapang. Ada tempat yg aku memang masih ingat. And ayah aku ada lah bincang2 dengan dengan orang yg jual rumah tu. Aku rasa ayah aku beli lah kot.

Sebab aku duk main kat taman permainan ngan adik aku so tak tau apa jadi. Masa kat tanah lapang tu pulak, aku tanya lah ayah aku. Buat apa pergi ke tanah lapang ni? Ayah aku jawab tu tanah ayah aku. Dia saja nak tengok2.

Sampailah aku dah masuk tingkatan satu, aku nak daftar masuk sekolah menengah. Jadi masa tu ada lah borang yg tanya berapa gaji ibu dan ayah kan. Bila aku tengok slip gaji ayah aku, aku mcm tak percaya. Yelah, gaji ayah aku 40K kot sebulan. Tu gaji bersih dah tu.

Ibu aku surirumah. Ayah tak bagi kerja. Aku mula terfikir lah, kalau duit banyak macam tu, kenapa hidup kami tak semewah orang2 lain. Dah lah masa tu masa smartphone baru diperkenalkan, aku minta ayah aku beli, tapi yg dia beli cuma handphone nokia yg murah tu je.

Tak puas hati la aku. Tapi aku akur jelah. Lagipun masa tu aku sekolah berasrama penuh. Takde masa pun nak main smartphone apa semua. Lepas tu aku ni teringin sangat nak pergi negara yang ada salji. Tapi ayah aku tak nak pun bawa. Kami cuma pernah pergi umrah je beberapa kali.

Disebabkan aku teringin sangat sangat nak main salji, so aku merajuk ngan ayah aku. Bila aku dah habis SPM aku pergi ambil lesen memandu and dah boleh drive lah masa tu. Jadi long short story, aku try siasat ke mana sebenarnya duit ayah aku ni. Aku ajak adik aku masa tu.

Aku cuba lah pergi balik tempat kawasan tanah ayah aku yg dia bawa aku tu dulu, tengok2 ada signboard “T4nah Perkburan Islam” kat situ. Aku pun jadi keliru, betul ke tanah ni tanah ayah aku dulu. Then aku balik. Next day aku pergi pulak tempat kawasan perumahan yang ayah aku bawa tu.

Aku masih ingat tempat tu sebab selang beberapa dari rumah tu ada taman permainan. Bila dah sampai tu, aku tengok ada tiga buah rumah dicat dengan warna yang sama, and ada banner “Kelas Mengaji Al Quran”. Lepas tu aku tengok ada ustaz keluar dari rumah tu. Dan ustaz tu lah yg ajar kami adik beradik mengaji dulu.

Tapi ustaz tu yg datang ke rumah aku. Memang keliru juga lah aku ngan adik aku. Kami terus balik rumah, then aku bagitau lah ibu aku tentang semua yg dah jadi. Ibu aku cakap memang ayah aku beli tiga buah rumah kat kawasan tu, untuk orang belajar mengaji. Free je belajar situ.

Upah untuk ustaz2 tu sampai sekarang ayah aku yang bayar. Tanah tu pulak ayah aku wakafkan untuk perkuburan Islam. Ibu aku kata nak diperbesarkan lagi kbur tu. Ingat tak 5 buah van yg ayah aku beli tu? Rupanya van2 tu adalah van jenzah yg diagihkan ke 5 buah surau. Murahnya hati ayah aku.

Sangat kaya hati ayah aku. Ayah aku tak pakai pun kekayaan dia untuk diri dia sendiri. Tak pernah tengok dia beli baju untuk diri sendiri. Beli baju pun untuk ibu aku dan kami adik beradik. Padahal dia terlebih mampu. Kami adik beradik pun tak dimewahkan oleh ayah. Kami sangat jarang makan luar.

Sebab ayah aku sangat suka makan masakan ibu. Kami adik beradik pun memang ayah ajar untuk selalu bersedekah. Setiap kali pergi masjid, mesti setiap seorang akan diberi seringgit untuk masuk dalam tabung. Dah lah duit seringgit tu semua duit baru.

Aku syak ayah aku memang sengaja tukar duit seringgit2 kat bank khas untuk anak2 dia bersedekah. Haha. Mesti korang tertanya2 apa pekerjaan ayah aku kan? Dia kerja nun di tengah laut. Beberapa kali setahun sahaja kami akan berjumpa. Tu jelah daripada aku. Assalamualaikum. – Umar

Reaksi warganet

Abdul rahman – Kamu beruntung dik sebab ada ayah yang baik, adil dan mempunyai kecintaan kepada agama yang tinggi, jaga ayah baik-baik bila ayah dan mak dah tua, ibubapa kita adalah jalan pintas paling mudah nak dapat redha Allah S.W.T. tu.

abg ni, ayah baru mennggal bulan Julai tahun lepas, sampai sekarang terkilan sebab tak dapat berbakti sangat, memang kami berusaha untuk berbakti tapi ayah menolak sebab tak nak susahkan anak-anak, sampai abg pernah menangis depan ayah merayu kepada ayah untuk tinggal dengan abg.

biar abg jaga, tapi ayah tetap enggan kerana katanya dia nak m4ti di tempat ibunya ma4ti, puas dipujuk, abg redha tapi sentiasa kerapkan diri memjenguk ayah. ayah abg stay sendirian di rumah mak saudara yang sepatutnya disewakan selepas mak saudara abg mengikut suami.

dalam s4kit aruwah itu, ayah tetap tak nak susahkan anak2, lelaki yang terlalu setia kepada cintanya dan menjadi ayah yang suatu ketika dahulu dialah yang mencari rezeki, memasak, mengemas rumah, menguruskan anak-anak dan membasuh pakaian. Yang amat memudahkan mak abg.

Cara ayah menguruskan rumahtangganya sama macam apa yg agama Islam tetapkan berkaitan tanggungjawab seorang suami. Semoga r0h Ayah dirahmati Allah S.W.T. dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah S.W.T. yang beriman.

Semoga Allah S. W. T. mengurniakan kepada mak abg, ayah dan mak kamu sentiasa sihat walafiat, tenang, bahagia serta dipanjangkan umur, amiiin

Hafiz al fateh – Macam rasulullah s.a.w baginda sangat kaya raya.. Harta perniagaan.. harta rampasan per4ng.. Tapi digunakan utk ummah.. Bukan utk diri baginda dan keluarga.. Ada orang nak jadi miskin..alasan? Nak tiru rasulullah s.a.w ketika hujung hayatnya..

mereka silap faham..rasulullah s.a.w x miskin.. Rasulullah kaya tapi smuanya utk ummah dan perjuangan.. Disini sngat faham kenapa rumah tuan guru nik aziz ..tuan guru abdul hadi awang dan rakan2 hanya rumah kampung kayu pdahal gaji YB puluh2 ribu sebulan..

Anne is – Pd hari jumaat sblm school open sy bantu seorg guru form one daftar murid baru. Seorg lelaki pakai kopiah dtg bwk anak daftar. Pd 2 hb sy nmpk dua tunggu sy di luar blk guru dgn seorg bdk pompuan. Bukan en dh dftr ank kelmarin. Oh itu adik dia, ni kakaknya form 2. Dia terus nk byr yuran.

Ank dia simple je, baju pun bukan baju baru. Bila semak apdm nk cari murid miskin nk beri bantuan, tu dia, org myk gaji 39k. He looks so simple dgn kopiah.. mudahan dia juga kaya spt ayah confessor.

Zye zye zainuddin – Allahu Akhbar beruntungnya jd kaya mcm ayah confessor. Tiba2 tringt kt aruwah MH17 Dr srwk yg baru2 ni family adik beradik bpkat gunakan duit pampasan utk dirikan masjid X silap. Aruwah beramal tanpa war2 mcm segelintir org kaya nk tunjuk kt masyarakat yg dia buat kebajikan.. Tahniah utk org kaya mcm ayah confessor ni.. Smg kami pn spt beliau.. Aamiin

Sumber IIUM