Aku kawen kali ke2 tnpa izin istri prtama tp masa sanding dia dtg utk tengok dgn mata.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Jangan dih1na isteri kedua sebagai perampas. Kisah ini aku lalui sendiri. Ya, aku sebelum ini ada dua isteri.

Isteri pertama berpelajaran tinggi dan berjawatan besar, dan isteri kedua lepasan SPM sahaja serta anak yatim sejak usia 16 tahun. Memang aku nikah kedua tanpa izin isteri pertama Tapi aku nikah kali kedua dengan terhormat. Bukan kahwin seberang atau tanpa persetujuan keluarga isteri kedua.

Malah, waktu aku bersanding, isteri pertama hadir dan tengok mata sendiri untuk puaskan hatinya. Alhamdulillah isteri–isteri memberi zuriat, dua lelaki dan dua perempuan. Hubungan memang tidak baik antara mereka, aku akur dan hormat kekerasan hati isteri pertama.

Masa berlalu, dan ujian Allah terbukti apabila bisnes perniagaan mulai merosot dan dibeban hutang. Kesilapan sendiri dengan alpa serta lalai dalam kemewahan dan lupa Allah. Sehingga tahap aku tak mampu membayar ansuran rumah atau bermewah seperti biasa.

Anak–anak masih menjadi keutamaan dan apa yang termampu aku sediakan, aku sediakan untuk kedua–dua isteri dan anak aku. Sampai satu tahap, dah tak mampu sangat sehingga perniagaan tutup terp4ksa ditutup. Aku tidak bekerja dan sekadar niaga cukup makan. Lepas untuk belanja dapur dan bayar rumah sewa.

Memang susah, sehingga keluarga malu sebab penuntut hutang datang ke rumah mencari aku. Malah, ke tahap mengganggu isteri dan anak–anak. Maka, di sini la aku lihat ujian Allah yang Maha Besar. Seorang isteri diuji apabila lelaki tidak punyai apa.

Isteri pertama mula layan acuh tak acuh. Hubungan sekadar ada duit baru boleh, tak ade duit tak boleh dan aku mula tawar hati. Maka, isteri pertama menuntut cerrai dalam aku tertekan mencari dahan untuk berpaut naik ke atas semula.

Apakan daya, malah ibu sendiri menyokong perkara yang diminta oleh isteri pertama. Paling jengkeI, isteri pertama meIarang abang bermain dengan kakak, dih1na kakak sebab anak peramp4s. H1na yang diIempar macam h1na aku, memang aku pada masa tu betul–betul rasa h1na tapi aku pujuk diri, Allah Maha Besar dan Pengampun.

Aku percaya suatu hari Allah akan beri jalan terbaik. Lagi h1na bila di mhkamah, aku langsung tidak dipandang apa pun kebaikan dan aku senyum tanda kecewa dengan apa yang berlaku. Maka bercerrailah aku dengan isteri pertama.

Aku keluar rumah sehelai sepinggang tanpa apa–apa aku bawa selain kain baju demi keselesaan anak–anak kelak. Aku redha dan berg4ntung pada isteri kedua selepas itu. Isteri kedua, Alhamdulillah walau dih1na oleh ibu ku sendiri dan bekas isteri sebagai peramp4s dan tidak berpelajaran.

Dialah yang susah payah berhujan panas dengan aku mencari rezeki. Kami sama – sama susah, sehingga tidur di RNR setiap malam sebab tiada tempat tinggal. Mandi dan solat di RNR. Kami susah tidak meminta–minta dan tidak siapa yang tahu.

Isteri kedua dengan senyap jual cincin, gelang dan rantai untuk aku dan anak-anak duduk rumah sewa. Malah, sebahagaian wang isteri kedua suruh beri kepada anak–anak dengan isteri pertama untuk lepaskan bayar yuran sekolah dan keperluan anak masuk sekolah dulu.

Dia tahu bekas isteri melaIak minta duit, dia seakan faham dan reIa hati membantu aku sebab anak bersama isteri kedua masih belum sekolah dan sekadar tabika sahaja. Masa itu, hanya Allah yang tahu betapa mulia isteri kedua yang masyarakat h1na sebagai peramp4s pemusn4h rumahtangga.

Sanggup abaikan anak sendiri, Kakak tak masuk tabika demi abang–abang dia. Ya Allah, aku betul rasa hiba dengan peng0rbanan isteri kedua aku. Dan kini, isteri kedua juga yang masak dan makan bersama anak bekas isteri pertama. Serta mengajar mengaji dan solat bersama bila aku ambik abang–abang bermalam di rumah kecilku.

Anak–anak bermain bersama dan seronok bebas main tanpa sekatan kerana hubungan dar4h mereka adalah adik beradik kandung sebapa. Tak kisah la bekas isteri pertama bagi ke tidak, aku dah tak amik pusing apa dia nak cakap. Hati aku dah tak ade rasa apa pada bekas isteri lagi.

Sekadar tegur gitu je bila ambil anak, pastu bIa je. Aku syukur kini dengan rezeki yang ada, aku mampu beli semula rantai emas untuk isteriku sebagai ulang tahun ke-8 perkahwinan kami. Setelah 2 tahun hidup dalam kesusahan payah hidup membesarkan anak–anak.

Jadi, aku merayu kaum wanita, bukan semua isteri kedua peramp4s atau pemusn4h kebahagian. Aku dah lalui dan aku amat sayangkan isteriku walau orang h1na dia. Dia tetap senyum dan berkata, “syurga mummy pada Abi dan keredhaan Abi utk mummy. Mummy bukan orang berpelajaran atau kaya, tapi mummy cuba terbaik untuk Abi dan semua anak Abi dan mummy..”

Semoga kisah saya menjadi panduan untuk semua, bukan status siapa isteri pertama kedua ketiga keempat lebih utama tapi siapa yang bertahan untuk bersama susah senang. Bukan hanya meminta tapi apa yang kita sanggup beri dengan hati ikhlas demi rumahtangga. Sekian, tq admin.

Komen Warganet :

Nordiana roslan – Aku tak menolak p0li gami. Kalau seseorang lelaki tu mampu berlaku adil, mampu dari segi kewangan, mental dan fizikal, why not? Memang betul dalam Islam tak perlu minta izin isteri pertama untuk p0li gami. TAPI dalam perkahwinan kena lah ada rasa saling hormat menghormati.

Ajak isteri kau berbincang, usulkan niat kau untuk p0li gami. Itu baru gentle bro. Aku yakin kalau kau borak cara baik, In shaa Allah baik lah pengakhirannya. Aku tahu ramai wanita dekat Malaysia ni okay je kalau berp0li gami. Cumanya kau kena ajak bincang, bukannya senyap senyap kawin lain.

Memanglah isteri kau naik hantu, bro. Lagi satu, ada sebab kenapa isteri kau tak setuju p0li gami. Mungkin sebab kau belum mampu dari segi kewangan. Bro, isteri lebih tahu keadaan kau, keadaan kewangan kau berbanding orang lain. Itu je pendapat aku.

Nawar naseer – Ye la. Dah rampas kebahagiaan orang takkan nak tunjuk perangai sy4itn lagi. Kenalah tunjuk/buat baik. Kau dah rosakkan rumahtangga orang pastu acah2 perangai malaikat pulak? Kau si suami, sikit pun kau tak hargai pengorbanan bini pertama kau. Kau kawen dengan budak hingusan tu pun tak bagitau dia.

Kau pikir seronok punai kau. Ada kau pikir perasaan bini pertama kau? Jangan nak guna word “anak yatim” untuk kau penuhi s3x kau. Bini kau yang anak yatim tu patut rasa berd0sa. Tau la kau takde makbapak tapi jangan sampai musn4hkan hidup orang lain. Betul la orang cakp, permpas is permpas.

Koki nokuya – Halah2..Masa ko tgah senang.. ko diam2 ko pi kawin dua.. h4ncurkan hati bini pertama..ko Tak ingat Masa mula2 nak Bina hidup dia pun pernah susah ngan ko dulu…dah senang ko senyap2 bagi dia bermadu…lepas tu bila dah susah…miskin..ko nak susahkan dia lagi?dahla hati dia sakit.

Perut lapar…baiklah ko bercerrai je dgan bini pertama at least nanti dia boleh Cari suami kaya sikit untuk support dia..nak harapkan ko…berbini ramai je pandai…dah tau tanggungan ramai…kerja la lebih sikit….ini Tak..duit sikit..n4fsu ke lebih

Zubaidah zue – nahh aq nk share story yg aq sgt2 sukaa . hahahahaha . wahai permpas dan suami durj4na . ko x kan bahagia sbb dh luka kn hati isteri yg mne dy kenal ko time tu ko x de ap2 . sngup terima dn sngup hidup susah senang. bila ko dh senang. ko lupa tngungjawab ko nk mbahagiakan isteri .

Salam krt Min saja nak luah ni. Suami aku curang dengan janda anak satu. Aku cuma tahu bila perempuan tu sendiri berani call & wsap aku untuk izinkan suami nikah lagi. So tanya suami,die cakap ye. Dia nak nikah. Aku cakap bagi aku mase 3hari untuk bersedia.

3hari lepas tu,aku jumpe perempuan tu same2 dengan laki aku. Duduk semeja kat restoren mahal kalau 3 orang makan mau dekat rm200 kot aku rasa. Laki aku ingat nak suai kenal agaknye, sengih2 bukan main amboi amboi gatal miang ko ye jantan bukan main lagi. Aku order air,order makan bagi depa perabih dulu biar kenyang terbelahak busvng perut geram aku aih.

Habis makan,aku susun pinggan letak ketepi aku tanya perempuan tu,sungguh ka ampa nak nikah dgn suami kami. Dia angguk2 senyum simpul naahaiii amboi suka hang nak amik laki kami, aku bawak keluar slip gaji laki aku, dok terang dah kat sana gaji berapa,potong itu ini tinggal rm800. Aku bawak keluar pulak geran keta atas nama aku,surat rumah atas nama aku,motor pun atas nama aku aih. Laki aku xdak reta apa pun.

Aku cakap agak2 ampa gaji rm800 ampa dapat apa? Xpayah nak kata boleh ja hidup sebab dh cinta,dh sayang muhong aih. Tu pampers anak hang sapa nak beli? Nak suruh kami beli dak lah mmg kami bagi penerajang dua2. Bulan2 nak bagi ampa nafkah berapa gaji dia pun lepas ke tekak dia saja bagi kami pun takat rm100,200 itupun mintak semula tapi kot ampa redha dapat rm10 ja tiap bulan ikutlah.

La ni ampa duk dua nah,pikir baik2 dulu nak kawin lagi ka xmao nih kami baru bukak pasal zahir,batin kami xbgtau lagi kot 2minit ka tahan,sebulan sekali ja mampu tu ampa xtau lagi. Pikir elok2 nah,ni yg kami makan,ampa bayar. Nak balik ampa cari grab pasal kat luaq tu keta kami punya,ampa biasakan dari skang naik grab ka jalan kaki ka merangkak ka nahh.

Semoga berjaya aku kata ka depa dua, puas hati aku tengok laki aku dgn perempuan tu dari sengih merenyam jadi muka dua dua macam ayam terc3kik jagung seketoi. Aku balik tidur,esok bangun2 laki aku cakap dah xjadi nikah,dia mintak maaf teriak laa dia mintak ampun mintak ny4wa tobat sampai syurga kata dia. Baru ada akai.

Perempuan tu pun duk wasap cakap xsanggup nak nikah dia tau dia salah mintak maaf puihh la hang. Aku cakap kat laki aku,kalau lepas ni xsedar diri lagi aku framekan slip gaji dia tampai kat ruang tamu dapur toilet silap2 aku buat profile picture fb wsap semua baru padan muka hang.

Sumber kotakmedia