“Nnt dh bsalin sape nk jaga ank nie?”.. terlanjur dgn A, kami nekad serah ank nie. Bila selesai urusn, xsangka mcm nie jd.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Nama aku Amani. Aku bahasakan ‘aku’ ya, lebih mudah untuk aku luahkan segala masalah yang aku pendam seorang diri selama ini.

Aku sekadar hendak meluahkan masalah yang aku pendam dan ingin mengetahui pandangan semua tentang masalah aku. Aku bercinta dengan seorang lelaki yang aku namakan A. Kami bercinta sejak di bangku sekolah. Hubungan jarak jauh mmandangkn aku di negeri P, A di negeri B. Selepas tamat sekolah, aku dan A melanjutkan pelajaran ke U.

Kami belajar di universiti yang sama. Kami gembira kerana setelah lama menjalinkan hubungan jarak jauh, kini kami boleh berjumpa selalu. Dan masalah ini terjadi apabila kami berdua kerap keluar bersama. Sebab tu orang tua-tua selalu berpesan, tak boleh keluar berdua sebab nanti akan timbulkan masalah.

Ya, masalah itu ialah kami berdua terl4njur. Seronok dengan keasyikkan tersebut sehingga tidak takut dengan d0sa dan kemrkaan Allah. 3 kali aku dan A melakukan perkara terkutuk itu. Sehingga lah satu hari, aku mengadu s4kit perut dekat A. Dan A bawa aku ke klinik. Doktor menanyakan banyak soalan dan suruh aku buat ur1ne t3st.

Lepas dapat result test tu, pucat lesi muka aku. Bergetar badan time tu bila dapat tahu aku pregnant. Aku terus bagitahu A yang aku pregnant. A pujuk aku supaya stop menangis. Aku bagitahu A yang aku takut, aku nak ggurkan baby yang aku kandung. A cakap, “please jangan buat macam tu. Kita dah buat d0sa sayang, jangan tambahkan lagi dosa nak bunuh anak kita.

Dia tak salah pun, kita yang salah.” Aku terdiam lepas dengar apa yang A cakap. And aku tak ggurkan baby tu. Sepanjang aku pregnant, aku tak pernah pergi checkup dan buat buku merah. Sebabnya aku takut. Aku berbadan kecil, so sampai lah kandungan aku masuk bulan ke-7, baru lah nampak sikit baby bump tu.

Aku ke kelas macam biasa dan balik asrama macam biasa. Tak ada seorang pun kawan aku yang perasan. Syukur sangat masa tu. Maybe Allah nak lindungi aku masa tu. And sepanjang aku pregnant tu, aku tak pernah balik rumah mak ayah aku, sebab aku takut mak ayah aku perasan. Ya, memang aku tak bagitahu langsung pasal baby yang dalam perut dekat mak ayah aku.

Hanya aku dan A sahaja yang tahu. Awal-awal pregnant tu, aku alahan teruk sangat-sangat. Muntah, pening sampai pitam. Dah masuk second tr1mester, baby dah mula tunjuk pergerakan. Selalu tendang malam-malam bila aku nak tidur. Masa tu, perasaan aku lain sangat. Aku mula bercakap, berzikir, menyanyi untuk anak aku. Bila aku pegang and usap perut, anak aku ada tindak balas.

Seronok sangat-sangat masa tu. Aku mula sayangkan anak yang aku kandungkan tu. Masa cuti sem, aku ikut A pergi kerja dekat carwash. Aku temankan dia sebab aku bosan. Yela, aku kan tak pernah balik rumah sepanjang aku pregnant. Bila dia minta tolong, aku tolong la sikit-sikit. Aku tak boleh buat kerja berat, nanti s4kit pinggang.

Tu yang aku tolong A sikit-sikit je. Boss dekat tempat A kerja tu baik sangat-sangat walaupun kami berlainan bangsa. Boss dia selalu tanya khabar aku dan anak dalam perut. Selalu ajak datang rumah dia. Aku dengan A ada jugak datang rumah bila boss A ajak. Berbalik kepada sebab utama aku nak luahkan dekat sini.

Bila anak yang aku kandung masuk bulan ke-7 kalau tak silap aku, aku dan A kenal mak bapak angkat anak aku sekarang. Aku gelarkan Kak Ina dan Abg Fiq (bukan nama sebenar). Diaorang dua ni selalu jugak la datang cuci kereta dekat tempat A kerja ni. Satu hari tu, Abg Fiq tanya boss A yang aku dan A ni dah kahwin ke belum. Sebabnya, dia nampak aku pregnant.

Time ni dah nampak la baby bump aku, cuma tak terlalu besar. Lepastu, Boss A cakap yang aku dan A tak kahwin lagi. Kebetulan, Abg Fiq dengan Boss A tu kawan. Tak la rapat sangat tapi masing-masing kenal. Abg Fiq cakap dekat Boss A yang dia nak jumpa aku dengan A. Dia dah lama kahwin dengan Kak Ina, rasanya dekat 15 tahun.

Tapi Abg Fiq dengan Kak Ina takda anak sepanjang perkahwinan diaorang. So, aku dengan A pergi la jumpa Abg Fiq dengan Kak Ina. Diorang berdua niaga dekat dengan carwash A kerja je, kedai makan. Aku dengan A jumpa diaorang berdua dekat kedai makan diaorang. Abg Fiq salam dengan A, and dia tanya kitaorang dah kahwin ke belum. A cakap tak kahwin lagi.

Lepastu, Abg Fiq cakap ”nanti dah bersalin tahu ke nak urus macam mana? Anak tu sape yang jaga?” A cakap yang aku dengan dia yang akan jaga. Yela, aku dengan A mak bapak kandung anak aku. Walaupun ikut hukum dan taraf, dia bukan anak A. Lepastu, Abg Fiq cakap kalau kitaorang tak mampu nak jaga anak tu, bagi lah dekat dia dan Kak Ina.

Sebab diaorang dua dah lama cari anak angkat tapi still tak dapat lagi. Aku masatu speechless sebab tak pernah terfikir pun nak bagi anak aku dekat sape-sape. Dah la aku tak kenal sepenuhnya Abg Fiq and Kak Ina. A cakap bagi dia dengan aku masa dulu untuk berbincang. Diorang pun cakap okey. Aku dengan A balik rumah, kitaorang bincang.

Aku tanya A, betul ke nak bagi anak kita dekat diaorang. Aku dah mula sayang anak ni. A cakap dia pun sayang anak kitaorang. Sape tak sayang anak kan? Aku buntu and str3ss sangat masa tu. Sebab fikir yang kitaorang masih belajar. Nak sara diri pun bergantung dekat PTPTN sepenuhnya. Masalah sebab tak bagitahu dekat parents aku lagi.

Masa nak bersalin nanti, macam mana nak uruskan lagi. Aku dengan A memang tak pernah terfikir pasal tu langsung, sebab ambil mudah je. Lepas Abg Fiq cakap dia nak ambil anak aku, baru aku terfikir semua masalah ni. Aku buntu sangat-sangat. A pun sama. And aku dengan A decide yang kitaorang akan serahkan anak aku dekat Abg Fiq and Kak Ina. Sebab aku dengan A dah tak nampak cara lain dah.

Takut + serba salah + menyesal semua ada dalam diri. A call Abg Fiq cakap yang kitaorang setuju nak serahkan anak tu. Aku dengan A takut kitaorang tak mampu nak jaga anak kitaorang dengan baik. Lepas aku dengan A setuju, Abg Fiq terus call kawan dia untuk uruskan semua urusan aku. Abg Fiq dan Kak Ina bawa aku jumpa kawan dia untuk buat buku merah.

Diaorang cakap untuk mudahkan urusan semasa bersalin nanti. Aku pun ikut je. Kawan Abg Taufiq tu doktor. So, memang senang dia nak urusakan hal aku. Dia bawak aku pergi check up baby. Scan baby and daftar buku merah. Masa tengah daftar tu, doktor yang lain memang soal sias4t aku habis-habisan. Tapi kawan Abg Fiq back up aku.

Dia explain semua dekat doktor yang check aku. And doktor tu cakap dia nak scan baby. Doktor tu suruh aku buka baju, lepastu dia tengok perut aku macam tegang semacam. Dia cakap ada rasa s4kit tak? Aku cakap s4kit pinggang je dari pagi tadi. Biasa la dah third tr1mester, so aku anggap s4kit pinggang tu benda normal. Masa aku pergi check up tu dah petang.

Doktor tu pegang and tekan perut aku and dia cakap, “eh ni dah c0ntraction dah ni. Awak tak rasa sakit dekat bahagian bawah ke?” Aku cakap tak s4kit, just sakit pinggang. Bila aku cakap macam tu, dia teruskan scan baby. Ukur saiz and berat baby. Time ni aku baru 35weeks and 1 day. After selesai buat buku merah, Abg Fiq and Kak Ina hantar aku dekat tempat kerja A.

Yela, tak habis kerja lagi time tu. Baru pukul 6 petang. Carwash tu tutup pukul 8 malam. Lepas balik dari klinik lah, yang aku rasa perut aku s4kit sangat-sangat. Aku cakap dekat A yang perut aku s4kit and A suruh aku baring, rest dekat dalam bilik dekat carwash tu. Carwash tu ada bilik khas untuk pekerja. Aku pun baring dalam bilik tu.

Ingat nak lelapkan mata, tapi perut aku makin tegang and s4kit sangat-sangat. Baby pun dah tak berapa aktif nak tendang. Sebelum ni aktif sangat-sangat. Aku keluar pergi dekat A dan bagitahu dia yang perut aku sakit sangat-sangat. Dia suruh aku rehat, jangan banyak gerak. Tapi lagi aku rehat, lagi rasa sakit. So, aku pergi lah jalan-jalan dekat depan carwash tu.

Depan carwash tu ad litar Go Kart. Aku pusing- pusing dekat situ. Masa tu dah maghrib. Selalu bila maghrib, boss A akan sampai sebab dia akan tolong tutup carwash sekali. Aku nampak A tengah borak dengan boss dia. Aku berjalan pergi dekat diaorang. Bila sampai je dekat diaorang, aku hampir nak pitam.

Boss A pegang tangan aku and dia cakap “Hei, you okay tak ni? pucat je muka I tengok.” Aku diam je sebab memang dah tak tahan sangat s4kit tu. Aku tak terfikir pun apa yang aku rasa tu actually contractions before bersalin. Takde pengalaman and aku tak pernah rasa pun s4kit macam tu.

Kebetulan, Abg Fiq dengan Kak Ina datang carwash pukul 8. Aku tak tahu diaorang nak datang. Diorang just inform dekat A yang diaorang nak bincang macam mana nak uruskan aku dengan baby dekat hospital nanti. Sampai- sampai je diaorang, terus tanya aku kenapa sebab muka aku dah pucat sangat-sangat. A cakap aku mengadu sakit.

Abg Fiq dengan Kak Ina pun bawa la aku jumpa mak Abg Fiq. Mak dia tukang urut. Konon diaorang bawa aku pergi rumah mak diaorang sebab nak kurangkan sakit aku. Masa tu baru 35 minggu, diaorang pun tak terfikir time tu sebenarnya aku sakit nak bersalin. Mak Abg Fiq pun prepare la bahan-bahan nak buat air apa tah untuk kurangkan s4kit aku.

Masa tu, aku cakap aku nak terkencing. Kak Ina tunjuk toilet and aku masuk toilet. Lepas dah selesai buang hajat, elok aku nak pakai seluar dalam aku balik, aku nampak ada tompokan d4r4h dekat panty liner yang aku pakai. Aku terus pakai seluar and masuk duduk dekat ruang tamu.

And aku bagitahu ada tompokan d4rh. Mak Abg Fiq terus suruh Abg Fiq and Kak Ina bawa aku pergi hospital sebab dah ada tanda aku nak bersalin. Sampai je dekat hospital, staf nurse terus tolak masuk bilik pemerhatian khas untuk ibu bersalin. Abg Fiq dengan Kak Ina tak boleh masuk. Diorang tunggu dekat luar.

A uruskan semua barang keperluan aku, baju aku, baju baby, IC dengan barang baby. Masa tu A tak ikut sebab dia kena uruskan tempat kerja dia dulu and baru uruskan barang keperluan aku. Dalam bilik tu, doktor check bukaan aku dah 8cm. Terus nurse suruh tukar baju and bagi barang-barang aku dekat Kak Ina.

And then, aku terus masuk labour room. Doktor lain pula yang masuk check, dia cakap aku dah ready untuk bersalin. Dia pecahkan air ketuban and suruh aku push kalau aku dah ready. Aku cuba push tapi kena marah dengan nurse sebab salah cara. Lepas diaorang ajar, baru aku push dengan betul. 3 kali push, keluar lah anak aku.

Syukur sangat masa tu, Allah permudahkan. Baby sihat, sempurna. Cuma nafas dia laju and dia kena duduk dalam NICU 3 hari. Doktor cakap aku tak kena jahit sebab tak luka or k0yak even baby 3.2kg. Lepas 2 jam duduk dalam l4bour room, nurse tolak masuk ke wad biasa. Masa aku kena tolak keluar tu, aku nampak ada Abg Fiq, Kak Ina, A dengan mak Abg Fiq tunggu aku dekat luar.

Cuma mampu tengok sebab time tu pukul 3 pagi. Hari ke-3 dekat wad, pegawai JKM datang jumpa aku. Dia soal macam-macam. Sebelum aku kena soal, Kak Ina datang jumpa aku and dia pesan kalau pegawai tu tanya, jawab macam apa yang dia suruh. Aku pun dengan lurus bendul pergi ikut cakap dia.

Tak lama tu, bila nak disch4rge, nurse wad tu cakap kena panggil waris aku yang betul, baru aku boleh keluar. Sebab nya aku tak cukup umur. Masa tu, aku dah takut. Sebab aku tak bagitahu langsung dekat parents aku. Tapi nak tak nak, aku kena bagitahu jugak, kalau tak aku tak boleh disch4rge.

Aku call mak aku, aku bagitahu pasal keadaan aku. Mak aku marah-marah aku sebab dah conteng arang kat muka diaorang. Dia m4ki aku anak tak guna, tak tahu malu, tak sedar diuntung. Aku hanya diam sebab aku tahu semua yang jadi ni salah aku. Esoknya, mak dengan ayah aku datang untuk isi & tandatangan borang disch4rge aku.

Selesai urusan disch4rge & pegawai JKM hspital tu, anak aku pulak tak boleh balik lagi sebab demam kuning dia tinggi. Naik mendadak sampai 299. Aku stay lagi dekat hspital dengan anak aku 7 hari. Sepanjang aku dekat hspital dengan anak aku, hari-hari A bawakan bekal makanan untuk aku. And hari-hari juga mak aku akan call.

Dia minta maaf sebab marah aku tempoh hari. Dia tak boleh nak terima kenyataan dengan apa yang aku buat. Aku menangis minta maaf dekat parents aku. Aku menyesal dengan apa yang aku buat. Mak aku minta maaf sebab dia abaikan aku dari kecil, dia tak pernah didik aku soal agama. Mak aku tak pernah kawal pergerakan & batas pergaulan aku.

Aku diam sepanjang dia luahkan perasaan dia. Mak ayah aku tak pernah risaukan aku, bila tak balik rumah, tak pernah tanya kenapa tak balik. Sejak terjadi nya perkara ni, mak aku cuba bagi perhatian dekat aku, dia rapatkan diri dia dengan aku. Ajak aku berbual, cium aku, pujuk aku bila aku sedih, masakkan makanan kegemaran aku.

Bila fikir balik, mungkin ni hikmah atas apa yang jadi dekat aku. Mungkin Allah nak bagi peluang dekat aku dan mak ayah untuk rapat dan saling ambil berat antara satu sama lain. After anak aku dah boleh discharge, Abg Fiq, Kak Ina dan A bawa aku ke rumah Abg Fiq. Diaorang suruh aku berpantang dekat sana sebab senang nak uruskan aku dengan anak aku.

2 minggu juga aku berpantang dekat rumah mak Abg Fiq. Sepanjang tempoh tu, aku susukan anak aku, tukar pampers and borak dengan dia. Rasa seronok sangat dapat pegang dia. Kebetulan, lagi seminggu nak start sem baru, aku minta nak balik rumah mak ayah aku sebab nak uruskan barang-barang masuk kolej padahal sebab utama aku nak balik sebab aku tak sanggup nak tatap muka anak aku lama-lama.

Aku takut tak boleh nak tinggalkan dia. Hari yang aku nak balik rumah mak ayah aku, Abg Fiq dengan Kak Ina bawa aku pergi JPN sebab nak daftar sijil lahir anak aku. Lepastu, diaorang bawa aku pergi JKM untuk buat surat pengangkatan anak angkat. Aku tak tahu pula yang diaorang nak bawa aku pergi JKM masa tu. Ingatkan just nak buat sijil lahir je.

Time tu, aku, Abg Fiq, Kak Ina, A dengan mak ayah aku ikut. Mula-mula tak boleh buat surat JKM tu sebab anak aku lahir dekat daerah yang tak sama dengan pejabat JKM tu. Pegawai tu suruh buat dekat JKM under daerah anak aku lahir. Masa tu, segala surat urusan yang diaorang dah buat, aku tak baca langsung sebab diaorang tak bagi aku pegang and baca.

Ikutkan, aku, A, Abg Fiq and Kak Ina ada buat perjanjian tapi hanya perjanjian mulut je la. Aku dengan A cakap, yang diaorang akan jaga anak aku sampai lah dia besar. Tapi bila hujung minggu, aku dengan A akan ambil untuk jaga pula. Tu pun, bila kitorang dah kahwin nanti. Abg Fiq dengan Kak Ina setuju.

B0 doh betul sebab tak buat perjanjian hitam putih. Masa otw nak ke JKM lain pula, Abg Fiq ajak singgah pejabat peguam. Aku pun ikut je, aku nampak la dia pegang surat tapi tak tahu tu surat apa. Aku dengan Abg Fiq je yang boleh masuk dalam bilik peguam tu.

Lepas peguam baca surat tu, dia tanya aku. Betul ke nak bagi anak aku dekat Abg Fiq? Aku angguk je, lepastu peguam tu cop & sign. Aku blur sebab tak tahu tu surat apa. Diorang tak bagi aku baca sampai sekarang. And then, kami terus pergi JKM yang daerah anak aku lahir.

Masuk je dalam bilik pegawai JKM, Abg Fiq borak dengan pegawai india dalam bahasa tamil. Oh ya, Abg Fiq tu mamak. Sepatah haram aku tak faham apa yang diaorang bincangkan tu. Dalam bilik tu, aku Abg Fiq dengan Pegawai india tu je. Yang lain tak boleh masuk. Lepastu, pegawai tu tengok aku sambil gelak-gelak sebab aku blur. Yela, bahasa tamil mana aku faham.

And then, dia tanya betul ni nak bagi anak aku, lepas ni dah tak boleh ambil balik dah. Aku just angguk. Pastu Abg Fiq bagi surat yang peguam tu sign&cop, and pegawai india tu kata dah settle. Sekali lagi aku blur sebab tak tahu apa-apa. Lepastu, kitorang semua balik rumah mak Abg Fiq.

Aku borak and ucap terima kasih dekat mak Abg Fiq sebab jaga aku masa berpantang. And aku minta tunggu kejap dekat mak ayah aku, sebab aku nak cium & peluk anak aku untuk kali terakhir. Aku masuk bilik yang mak Abg Fiq sediakan untuk aku dan anak aku. Aku dukung anak aku, aku cium pipi and dahi dia, aku peluk dia, aku susukan dia untuk kali terakhir sambil nangis.

Lepastu, mak ayah aku ajak aku balik sebab dah petang. Ayah aku tak boleh drive malam. Aku salam mak Abg Fiq dengan Kak Ina. Aku cium and peluk lagi anak aku. Anak aku nangis masa aku bagi Kak Ina pegang anak aku, macam dia tahu je yang aku nak tinggalkan dia. Sedih sangat masa tu.

Sebelum balik rumah mak ayah aku, aku ajak mak ayah aku pergi rumah sewa yang aku duduk sepanjang cuti sem yang aku tak balik rumah parents aku. Rumah sewa tu bersebelahan dengan kawasan taman perumahan A. Dalam 700 meter. Bila A habis kerja, dia hantar la aku dekat rumah sewa tu.

Kitaorang pernah bincang pasal anak dekat guard rumah sewa aku before aku naik masuk rumah. Rumah atas kayangan je yang mampu sewa. Lepas dah habis bincang, baru dia balik rumah dia. Susah nak cakap dalam fon pasal ni dia kata. Nak bincang dekat tempat kerja pun tak boleh sebab tak ada masa nak borak.

Aku kemas baju-baju and barang-barang yang lain. Aku bawa balik semua barang aku. And aku bagi kunci rumah sewa aku dekat A untuk dia uruskan dengan owner tu. And then, aku balik rumah mak ayah aku. Aku jadi tertekan and depression sebab terlalu fikirkan anak aku bila aku sorang-sorang dalam bilik.

Aku start sem baru dengan keadaan masih berpantang. Str3ss sangat dengan perasaan, study semua tu. Kak Ina dengan Abg Fiq pula tiba-tiba diamkan diri. Tak ada update apa-apa pasal anak aku. One day, aku chat la Kak Ina sebab aku rindu sangat dengan anak aku. 1 tick. Aku fikir positif je masa tu sebab maybe dia tengah sibuk.

3 hari aku tunggu, and aku bagitahu A yang Kak Ina tak reply chat aku. Rupa-rupanya Kak Ina bl0ck aku. Bukan aku sorang je, A dengan mak aku pun dia bl0ck. Masa tu rasa tertipu sangat dengan perjanjian and kata-kata diaorang. Diaorang cakap tak akan lost contact and sentiasa update perkembangan anak aku.

Diaorang janji takkan pisahkan aku dengan anak aku. Aku makin tertekan sebabkan perkara tu. Aku jadi makin murung and pendiam. Tiap-tiap malam aku menangis. Habis pantang 100 hari, aku dengan A nikah. Buat kecil-kecil ja sebab PKP. Mak aku berat hati nak lepaskan aku ikut A balik sana.

Mak ayah aku pesan, jaga diri baik-baik. Lupakan kisah silam yang pernah jadi dalam hidup aku, buka buku baru. Inshaallah, nanti mesti aku akan jumpa juga dengan anak aku. Mak aku pun terkilan dengan Kak Ina and Abg Fiq. Tak sangka yang diaorang akan buat macam tu.

Aku dengan A pernah pergi rumah diaorang. Tapi tak ada orang. Jiran cakap yang diaorang dah lama pindah. Aku dengan A buntu nak cari dekat mana. Aku bukan nak bawa lari anak aku, aku cuma nak jumpa and peluk anak aku. Aku rindu dia sangat-sangat. Sebelum ni buat perjanjian yang setiap hujung minggu, aku dengan A akan jaga anak kami.

Tapi Kak Ina and Abg Fiq menghilang macam tu je dengan anak kitorg. Anak aku dah setahun sekarang. Last jumpa masa yang aku nak balik rumah mak ayah aku je. Kecewa nya hati aku, hanya Allah je yang tahu. Aku b0 doh sebab percaya dengan orang yang baru aku kenal, and aku serahkan anak aku macam tu je.

Bila pergi jumpa peguam tu balik, rupanya tu surat yang aku dah serahkan sepenuhnya hak aku dekat diaorang. Aku tak tahu pun semua tu sebab diaorang tak bagi baca langsung. Terkilan sangat rasa. Sebab lain yang dibincang, lain yang diaorang buat. Aku b0 doh sebab tak bertegas kata nak baca surat tu. Aku b0 doh sebab ikut je semua arahan diaorang.

Sekarang aku cuma mampu berdoa semoga anak aku sentiasa sihat dan bahagia. Aku harap sangat yang dia akan cari aku dengan A satu hari nanti. Aku dengan A menyesal dengan perkara yang jadi. Layak kah aku dengan A diberi pengampunan dari Allah? Doakan aku dengan A untuk terus istaqamah dan bertaubat memohon ampun dari Allah SWT. – Amani (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Olien noor – Kesian ko dik kena tipu dgn org terdesak mcm tu. Sebab tu la Allah uji diorang tu x de zuriat sampai skrg. Hati pon busuk mana nak dpt rezeki nya.. X pe dik, doa orang teraniaya tiada hijab. Diorg fikir lepas block ko akan bahagia ever after ke? Mintak maaf la…

1 hari nanti anak ko akan cari mak ayah kandung dia. Doa byk2 k. Sis doakan semoga Allah permudahkan urusan ko, semoga Allah sembuhkan rasa s4kit dihati ko. Ko anggaplah ini ujian Allah mungkin diatas kesilapan Kita yang lalu. Allah uji tanda Allah sayang, Allah pandang hambanya. Sabar k.

Nor idayu – dik amani, akak doakan semoga adik dipermudahkan urusan dan dapat semula hak adik sebagai ibu kepada anak adik. Please banyak dah bagi cadangan tu, tolong ambil tindakan segera. cepat ye pergi JKM dan JPN masa daftar baby tu. Ya Allah.

P/S: apa2 terjadi update ye kat sini. InshaAllah ramai yang mendoakan. Maaf dapat bagi kasih sayang melalui platform ni je. Hugs

Wan fatiha – Ya Allah…x blh bayang berjauhan dgn anak sndiri. Sdih yg amat… X pe sis kuatkan smangat. Bina Hidup baru..hbiskan pelajaran n Bina keluarga yg bahagia dgn A. Allah dah permudahkan dan bagi jalan utk sis perbetulkan hdup sis. Hbiskan pelajaran dulu. Lupakan pasal anak tu.

Nnt dah hbs blaja n kerja baru fikir Ade anak. Allah dah permudahkan sgt2 hdup u sis. Kalau yg halal Mana Ade baby 3.2 kg x yah jahit. Rabak sis. Inshallah dah jd halal Allah Maha pengampun… Teruskan Hidup dan tambah ilmu rumahtangga dgn suami. Mak ayah pn sgt memahami. Just anak je Allah tarik buat Masa skrg. Nikmat apa yg kau dustakan lagi

Sumber IIUM