Dilema jodoh dgn “anak mak”. Masa tgh gduh selamba dia call mak dia ngadu. Siap past phone lg suh mak marh ak.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalammualaikum semua.. Perkenalkan nama saya Maria. Saya harap perkongsian saya ini bukanlah nak mengaibkan sesiapa cuma inginkan sedikit pandangan dan saya terima seadanya komen kalian.

Saya telah berkahwin selama 2 tahun dan mempunyai anak kecil. Dipendekkan cerita. Kami sangat tidak sehaluan dan kerap bergaduh kerana berbeza pendapat. Kami pernah ke pejabat agama untuk sesi kaunseling seawal 6 bulan perkahwinan. Mesti para pembaca pelik baru berkahwin tapi seperti ini.

Jawapan saya, kami tiada keserasian dan perkahwinan ini berlaku adalah kesilapan saya yang tidak berani membuat keputusan untuk berkata tidak. Lagi sekali pembaca pelik bukan? entahlah..mungkin atas dasar kasihan. Sejujurnya saya cuma ada perasaan 50-50 saja. Saya b0 doh kan? Tapi ini ketentuan Allah.

oh lupa saya nak beritahu, saya adalah ibu tunggal 2 anak sebelum berkahwin. Bermakna ini suami nombor 2. Bertahun-tahun saya mengelak tetapi kuasa Allah swt dah jodoh saya agaknya. Mungkin pembaca tertanya-tanya kenapa saya bercerrai kan? Kita lupakan kisah silam saya dan focus kisah yang sekarang. Nanti ada masa saya ceritakan di confession yang lain.

Ceritanya begini, suami saya ni sangat kuat bonding nya dengan family dia. Sebelum berkahwin dia memang akan share apa saja cerita dengan ibunya, sampaikan tahap mahu membeli barang peribadi pun akan minta pendapat dan bantuan family terutama ibunya. Bagus kan? Tapi masalah timbul selepas berkahwin.

Saya ingat bila lepas berkahwin dia akan berubah tapi tanggapan saya sangat silap. Awal kawin pun apa saja perkara mesti call ibunya walaupun cuma untuk membeli sesuatu. Pada mulanya saya diam saya sangka ok lah baru berpisah kan mesti lah masih terikut-ikut cara lama. Bukanlah saya kata salah hubungi ibunya tapi kadangkala ada benda kita perlu simpan.

Dalam rumahtangga bukan semua perkara harus beritahu kepada orang tua kita. Apalah guna saya sebagai isteri kalau khidmat saya hanya jatuh no.2. Umur pun bukan muda dan 4 siries kot. Ok lah saya cuba bersabar bagi dia masa. Kalau ditanya jawapan dia satu.. Itu ibu dia susah senang dia keluarga yang bantu.

Saya pernah jawab. jadi apa tujuan kita kahwin? Lepas tu mesti gaduh besar. Sikap dia sentiasa masih kebudakan. Sampaikan kalau dia akan outstation dia akan balik rumah ibubapanya semata-mata mahu ibunya “packing” pakaian dia. Saya? Tentulah berkecil hati dan kalau saya tanya dia akan beri alasan ibunya dah biasa buat untuk dia.

wahai pembaca budiman perlukah dia berkahwin kalau ini jawapannya? Hahaha, mula-mula saya ketawa lama-lama saya jadi menyampah. Lepas tu saya memang tak peduli dan sampaikan saya tak nak iron baju-baju dia. Eh suruhlah emak dia kan? Niat saya untuk mengajar dia. Terlalu mengada apa pun tak boleh buat.

Pernah satu hari dia outstation ke luar negara dia minta kebenaran pulang bermalam dirumah ibunya semata-mata sebab dia akan pergi lama, jadi mahu berjumpa ibunya dan dia akan pergi ke klia dari rumah keluarganya. Saya pula anak-anak bersekolah jadi tak dapat lah bermalam disana. Rumah keluarga nya jauh dari sekolah anak.

Siapalah saya kan tiada kepentingan untuk hidup dia. Saya berkali-kali menawarkan untuk menghantar ke airport tapi nampaknya dia mahu kawannya (grab) hantar. Oklah saya terima alasan tidak mahu susahkan saya tekejar-kejar dengan anak sekolah. Tapi saya memamg sayu hati dia lebihkan keluarga dari saya. Yela itu ibunya kan dan saya terpaksa redha.

Semenjak itu saya dah nampak saya tiada kepentingan pun. Apa tujuan dia berkahwin mungkin sebab tiada pilihan dan umur dah semakin banyak. Diam tak diam sudah 2 tahun kami berkahwin. Dugaan memang banyak kami kerap bergaduh hal-hal macam ni lah. Sebelum saya terlupa ingin saya beritahu bahawa saya tidak boleh langsung menyentuh atau menyebut hal keluarga dia lagi lagi ibunya..

Big no! Kalau tak kisah bergaduh.. Sila lah sebut ya.. Kemuncaknya… Saya dapat tahu setiap kali bergaduh suami isteri (orang sebut hal dalam kelambu) dia beritahu ibunya. Allahuakhbar.. Saya yang perempuan ni pun tidak pernah sedikit pun memburukkan suami kat keluarga apalagi untuk mengadu.

Bagi saya, pasangan adalah cermin kita.. Buruk dia buruklah kita.. Terbongkar benda ni bila suatu hari tu kami bertekak dia terlalu marah tanpa diduga dia menelefon ibunya mengadu depan saya. Mengutuk keburukan saya siap tambah lauk. sempat dia menangis minta simpati ibunya. Saya memang teperanjat macam tak sangka tindakan dia.

Saya terkedu apabila dia pas telefon kerana ibu mertua nak bercakap dengan saya. Dah macam saya pula yang lelaki. Saya dimarahi oleh ibu mertua akibat dia terdengar saya tinggi suara kat anaknya. Ya memang saya tinggi suara sebab saya sudah hilang pertimbangan tak tahan dan teperanjat dia call ibu dia…

Saya mengaku saya menjerit. Dia banyak tambah nasi dalam cerita sedih dia. Saya tak mampu nak ceritakan satu persatu apa tuduhan dia kat saya. Saya terasa sangat marah dan malu. Maruah saya seperti dipijak-pijak dimalukan macam tu. Kemudian saya diam, saya biarkan dia terus mengadu di dalam phone sampaikan saya secara tak sengaja dengan jelas dengar tiap butir suara ibu mertua.

Punyalah kuat dan bersemangat mengutuk saya. Sedihnya saya mereka memperlekehkan saya dan mengutuk dan boleh saya katanya ianya adalah f1tnah kerana mereka membuat tanggapan sendiri atas kesilapan kecil dari pergaduhan tersebut. Susahkan jadi perempuan dan bekas janda. Mesti orang akan kaitkan dengan status j4nda saya.

Alangkah terh1nanya saya. Agak-agak para pembaca apa perasaan saya? Maafkan mereka macam tu saja? Lupakan semua? Ohhh tidak semudah tu. Hati saya terlalu s4kit terlalu pedih sampai tak mampu nak menghadap muka suami apalagi untuk bertegur sapa. Dan saya rasa buat masa ni memang saya tidak akan berjumpa mertua.

Saya manusia biasa, punya hati dan perasaan. Saya tak mampu nak menghadap mereka mesti akan ada lagi tazkirah si ibu kepada saya nanti. Dalam hati saya ada sesuatu perasaan s4kit yang paling dalam. Maka dapatlah saya gelaran isteri derh4ka, biadap dan sombong. Apa perlu saya buat? – Maria (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Siti nurfadhilah – 1- suami puan anak mak. Suami pun masih dalam denial lagi. Suami puan mahu puan jadi seperti mak dia, so bila puan tak memenuhi kriterianya. jadi beginilah. Tidak tahu sejauh mana tahap anak emaknya tu,dan tak tahu bagaimana puan react setiap kali jadi peekara yang suami puan lakukan .hidup ibarat bermadu dengan mak mertua. Yes faham sangat.

Apa yang saya boleh cadangkan.

1- istikharah.mana terbaik. Sama ada perkahwinan itu terbaik atau tidak untuk puan teruskan lagi. Serah bulat bulat ke Allah. Lambat cepat Allah akan ubah hati puan,mak mentua dan suami puan menjurus kepada pilihan yang terbaik Allah tentukan.

2- puan boleh jua usahakan menjadi ‘best fren’ kepada mil puan. tak rugi jadi kawan baik mil.mungkin nanti mil akan berubah masuk side awak. Mak ni bukan apa,dia kurang yakin atau was was orang tak jaga anak dia dengan baik,dah suami pulak asyik mengadu kan. So bodeklah mil tu sehabis baik. tunjukkan sikap puan tak seperti digambarkan oleh anaknya
Bak orang kampung saya cakap. “Fake it till you make it”. InsyaAllah berkat sabar dan berbakti org tua ni.

3- hidup single dengan anak anak ni best,cuma sesekali je sunyi. Itupun awak boleh busykan diri dengan buat persediaan ke syurga. Hidup lebih tenang giteww..tak menyempat dah nak fikir hal dunia sangat.fokus bela anak aje.
Okaylah. Panjang pulak bebel.Macam pandai je kan. Eh! Semoga urusan puan dipermudahkan

Cahayaku nur – Take a deep breath and go away from his life. Jasad je dia berkahwin. Hati & raga still with his family. Actually xsalah suami nak berkhidmat and tnya pendapat with fmily. Tp cerita dalam kain TAKKAN LAH NAK STORY JUGAK. Melampau lah kan.

And g outstation still suh mak kemas beg bagasi. Sorry i terketawa sbb konpius sis kahwin dgn lelaki 40 tahun or 4 tahun Because of cara dy hidup dgn mak dy tu mcm budak2 yg xkan kahwin. Still as a child. Tp kahwin.

Hurm. Lau jenis anak mak, pastu xleh tggal mak, everything with emak. Please jgn kahwin. Sbb menyusahkan & melukakan hati Isteri je. Tak salah jd anak EMAK. Tapi mesti tahu samarata. Emak No 1. Isteri bukan No 2.

Hasnah ghani – Klu kawin kerana n4fsu tp tjwb x tahu, x payah kawin la mcm terdesak sgt, mcm la x de org laki x boleh hidup, sbb tu la mcm2 masaalah terjd, syurga d tapak kaki ibu bkn bermakna dah kawin mesti dok bawah ketiak ibu, klu syurga isteri d bawah tapak kaki suami bkn kena redha apa saja yg suami buat, semenjak pkp ni.

Pukul 2 ptg saya tgk cerita bodoh d tv 3, yg bertajuk seandai nya takdir,meluat saya tgk cerita melayu ni, kena pukul kena cekek separuh m4ti kat laki yg cemburu buta pun masih berharap suami akan berubah , sampai anak jd mngsa.

Sumber IIUM