Selama 3thn tnggung mkn minun suami xbkerja. Ak hairan bila suami ad simpann 100k. Rupanya ini dia buat belkg ak selama nie.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Saya yakin abam pergi untuk menunjukkan kita banyak pengajaran dan asbab.

Baik atau buruk nya kedua memberi pengajaran. Apabila kita buat baik, orang sayang. Benar-sebenarnya. Apabila kita pergi tanpa perancangan hakiki, maka kecundang lah orang tersayang kita. Bukan mudah berada di tempat adik beliau, Ali Puteh ataupun di sisi balu.Sudahlah hilang saudara/suami kini menghadapi spekulasi dan nista masyarakat.

Terlajak perahu boleh undur seundurnya, terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya. Marilah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka. Berbalik pada tajuk saya. Ini adalah kisah saya seorang isteri yang suami nya masih hiduplah. Masa mula perkahwinan, saya yang berkerja menyara keluarga sementara suami saya belum dapat kerja.

Pagi, petang, malam. Cukup saya katakan berkerja keras untuk meletak makanan diatas pinggan.Alhamdulilah pertengahan perkahwinan, kami dikurniakan anak. Masa itu Mak mertua saya pun masih baik dan memberi sokongan terhadap saya supaya terus bekerja menyara keluarga. Alhamdulilah, hari siang awam mendung berlalu. Suami dapat kerja.

Sujud syukur akhirnya dapat berkongsi beban kewangan 50-50. Tetapi awam mendung muncul semula bersama kilat menyetir. Gaji bulan pertama sahaja menjadi rebutan mak mertua. Suami saya tidak mahu bayar apapun. Kereta, rumah, mengasuh anak, nafkah saya dan anak semua tidak tertunai. Suami saya mula kedekut dengan hartanya.

Padahal dulu masa saya bekerja suami saya yang pegang kad, tahu password untuk keluarkan duit dan sebagainya. Ya saya bo d0h, saya tahu. Ada satu masa itu, saya penat berkerja back to back tanpa rehat, sabtu ahad pun kerja. Saya berdiri depan cermin, tengok luka c4eser anak pertama saya. Saya menangis g1la-g1la didalam tandas.

Sudahlah penat berkerja, membawa anak dalam perut sehingga melahirkan juga diuji. Hanya untuk lebih terus menderita dengan sikap suami dan mertua. Mak mertua dan keluarga suami juga mula bekeras. Mereka mahu jumlah yang besar dari gaji suami saya. Apabila saya bercakap, dituduh saya dengan pelbagai hinaan antaranya ‘saya g1la harta’.

Kalaulah saya g1la harta, buat apa saya tanggung suami saya tak berkerja 3 tahun? Logik tak? Betullah, bagaikan kacang lupakan kulit. Itulah saya pada suami saya. Nafkah saya rock a bye baby. Yg wajib head to toe 2 kali setahun pun, bagaikan perang nak dapat. Isteri shopping beli barang dapur seronok, saya s4kit kepala.

Sebab semua kena catu. Kalau nak maggi, kena nyatakan kenapa nak maggi, bolehke habiskan maggi dalam seminggu, jika tak habis apakah akibatnya kepada ekonomi keluarga dan negara. Sumpah, setiap kali beli barang dapur sakit kepala / hati bernyut-nyut. Akhirnya, saya berserah letak balik maggi pada rak. Kemuncak apabila saya terjumpa account peribadi suami.

Ada satu tika saya terjumpa second account bank yang berbelas ribu. Masa itu tanya, suami saya kata itu keluarga dia punya. Saya diamkan. Kali kedua saya jumpa account BSN beratus ribu. Kali ini saya tanya, dia kata account keluarga lagi. Agak-agak lah menipu pun jelas nama kedua account adalah nama suami saya.

Lagi seronok, suami saya tidak berkeinginan pun berkongsi fakta dengan saya. Wp masa saya berkerja seorang diri. Maka selama ini suami saya adalah RICH HUSBAND, dan saya adalah POOR WIFE! Saya terduduk sebab sungguh saya tiada simpanan, saya serahkan semua pada suami. Password account bank semua dia tahu.

Tetapi dia, saya tidak tahu apa-apapun, tidak password apatah lagi amount. Sedangkan cinta saya sudah terbukti pada dia dengan menerima dia ketika dia zero, melahirkan zuriat lagi. Saya tergelak ala joker mengingat kejahilan diri yang sebenarnya dihati tertoreh dan tersusuk. Apabila cinta suami tidak seperti yang diharapkan.

Selepas beberapa lama merudung nasib, hampir gagal ditempat kerja. Saya bangkit dengan kasih sayang Mak. Saya yakin ini adalah wake up call saya to be RICH WIFE!

1) Saya buat hibah diatas kem4tian saya bernilai RMxxx,xxx.

2) Saya teruskan membayar apa yang sudah bayar yang suami tak mahu sediakan. Contohnya hutang kereta yang atas nama saya. (Sebab saya kerja dulu, jadi saya yang boleh keluarkan kereta) (Hutang ini atas saya tidak mengapa penat membayar nanti boleh guna) (suami saya memang tak nak bayar pun kereta ini).

3) Membeli rumah / aset yang buat liabiliti. Saya paksa diri menyimpan. Alhamdulilah sudah dapat 2 rumah. Dan to more in list.

4) Menyimpan! Saya mula menabung. Life style, tudung jenama yang mahal, baju yang esklusif. Saya ada 7 set series of baju kerja yang saya tukar itu sahaja dari awal tahun ke akhir tahun. Saya yakin saya cantik walaupun dengan baju yang sama. Hehehe janji bersih dan wangi.

5) Berdoa dan terus berdoa agar diberi kesihatan, akal fikiran yang sihat, rezeki yang murah dan keupayaan mengubah nasib diri.

6) MAJUKAN DIRI! Ambil peluang boss offer gaji bagus, job lebih bagus. Kau pun kenalah excellentkan. Takat dok jadi makcik bawang tak kemana.

7) Follow dan berkawan dengan ‘circle’ yang bagus. Saya follow pakar kewangan, pakar perubatan, pakar motivasi. Nak hebat kenalah follow orang yang sudah hebat!

Saya berhenti menangisi dan mer0yan dengan perkataan crai. Suami saya letak dalam kotak, ikat cecantik, letak dalam bonet kereta. Masih menghormati, tetapi harus lebih bijak melangkah. Sebab suami saya pun bijak dengan keluarga dia. Adakala str3ss datang menghentak, sebab saya perlu jelaskan banyak benda.

Saya akan pujuk hati dan berkata sesungguhNya Allah swt bersama saya. Apabila kita redha dan terima dalam positif maka kita akan tenang. Saya pernah lihat filem ‘How I Meet Your Mother’, dimana Ted asyik berada di dalam telaga. Dia tertanya siapa yang dapat bantu dia.

Diakhir episod itu, diri ‘dia’ yang menghulur tangga kepada Ted untuk keluar dari telaga itu. Episod itu memberi kesan. Adakala tiada siapa yang dapat menyelamatkan diri kita kecuali kita sendiri. ‘What doesn’t kiill you, make you stronger’, saya perlu kuat untuk 2 anak saya.

Itulah wanita apabila hatinya terluka. Kita perlu jadi macam lastik, berundur kebelakang dan terus melantun maju. Yang baik dari Allah swt, yang buruk dari saya. – Mimi

Komen dr pembaca :

Ifa Qifah – Tahniah kak sbb sgt kuat smgat n sentiasa positif..lelaki cmtu aggap bini noting je..pepatah yg sesuai untuk suami akk tu hidup senang sme2 ,hidup susah biar la engko sensorg.. nasib akk dh sedar n xmemanjakan suami..jgn lupe tuka password n kad bank nt.

Mia Zahar – 1. Tukar password atm / online banking Dengan kadar segera. Jangan bayar lagi bil2 rumah yg bukan nama puan. Masak makanan untuk awak dengan anak je. Makan senyap2. Jangan keluar duit apa2 untuk kepentingan suami. Untuk birthday dia pun buat2 lupa je

Simpan segalanya urusan transaksi nafkah. Kalau takde, boleh mengadu ke mahkamah. Sebab dia culas nafkah. Move on. Cari life baru. Stop halalkan apa yang kau bagi duit dekat dia. Nafkah wajib dia bagi kat kau. Kurang ajar punya suami. Senyap2 jadi parasit.

Zara Nawawi – Kuatnya kau ye sis.. tanggung biawak hidup 3 tahun.. cam2 keje buat sedangkan org yg ko tanggung tu beratus ribu duit die.. teruk betol smpai barang dapur berkira bile tang duit die.. semua yg nama bini xnak bayar.. family inlaw pun sama paracid.. xpe sis Allah ade n die nampak.. nanti die dapat baldan setimpal.

Siti Naimah : Tahniah confessor. “Isteri blh masuk syurga walaupon tanpa suami” yg pernah dgr perkataan ni je yg akan paham.. semoga Allah lindung di setiap jln puan.

Hidayah Lee – Kejamnya. Takkan senang si suami yg mengabaikan isteri. Ujian dunia. Such an inspirational story. Takpe sis, be strong for kids. Dan teruskan melangkah penuh bergaya. I’m not in your shoes, tapi percayalah you are the best mom. Semoga terus berjaya dan dilindungi Yang Esa.

Nur Saleha – Walaupun saya masih tak faham untuk apa diteruskan lagi perkahwinan yang menyeksa diri sendiri, namun saya tetap kagum akan kehebatan dan semangat confessor. U are such a great woman!

Your husband doesnt deserve u confessor. Sangat tokxix. Mak mentua juga tokxix. Kalau saya jadi confessor, saya lebih rela hidup sendiri bersama anak saya. Tapi saya tetap menghormati keputusan confessor. Pasti puan ada sebab mengapa terus bertahan. Tahniah and goodluck for your life puan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Hitmedia