Mak kau tu pe? Kuli kau?. Ingat mcm dlm drama2 tv ke. Tolgla bsedia dgn ilmu umahtangga.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Ramai remaja sekarang yang nak menamatkan zaman bujang cepat. Aku tengok de umur baru 20-an cmtu dah nak kahwin.

Makan pakai pon mak pak tanggung lagi, masak urus diri kau sendri pon kelaut lagi dah fikir nak kahwin bagai. Dik, aku nak nasihat sikit. Hidup berumah tangga ni tak macam dalam drama-drama yang kau tengok kat tv dik non oiii. Itu acting not reality.

Ingat seronok kahwin boleh pegang-pegang semua tak de sape nak marah. Tapi kau dah bersedia ke nak hadap segala bagai tanggungjawab. Ada yang tergedik nak kahwin tapi amende pon tak tau buat. Masak tak reti, kemas rumah lagi berganda la malasnya bagun pon zohor dah nak habis baru nak bagun.

Itu pon kalau rajin kau nak bagun kalau dak kau celek mata golek-golek belek fon kau tido balik. Kahwin ni tak semudah perkataan yang tercipta. Kau nak kena hadap pasangan kau setiap masa bila dia ada kat rumah. Belum bab pasangan yang tidur berdengkur sampai luar rumah boleh dengar.

Sebelum kahwin kau tidur bising sikit pon tak boleh, ni hari-hari kau nak kena hadap dengkur dia. Belum lagi air bab liur basi dia. Belum lagi bab perangai dia yang tak reti nak kemas bilik main campak segala bagai. Kalau kau seorang yang pembersih dan kemas kau boleh tenang ke nak hadap benda tu hari-hari.

Bersedia ke kau nak hadap? Sebelum kahwin semua indah. Bila dah sebilik sebantal baru korang tau indah tu tahap mana. Banyak benda kau kena fikir sebelum kau kahwin terutama bab tanggungjawab. Baik laki baik perempuan korang ada tanggungjawab masing-masing.

Tapi aku tengok sekarang ni nak kahwin sebab nak enjoy ja. Lelaki kadang kau tak bersedia pon nak kahwin. Kau dah kahwin still dengan prangai bujang kau. Melepak sampai 3 4 pagi. Kau ingat bini kau kat rumah tu tunggul kayu ke. Belum bab anak lagi. Mintak kau jagakan anak kau pas kat mak kau. Mintak mandikan uruskan anak kau senang cakap tak tahu.

Kalau tak tahu kau tak yah usaha nak tahu la? Sekarang ni kau kahwin sebab apa? Bila kau ngadap fon 3 4 jam layan mobile lagend la, fb la, tiktok la tak yah pulak orang ajar de pulak masa kau. Yang perempuan bila bab bersiap bukan main lawa lagi. Bab uruskan rumahtangga h4ram kau tak ambil tau.

De yang dok gan mak kau sekali yang masak mengemas semua mak kau yang buat. Habis kau jadi mem besar la kat rumah tu? Mak kau tu pe? Kuli kau? Sampai bab laki kau pon mak kau yang urus makan pakai semua pehal ooii?! Bab anak takyah kenang la dah hal-hal lain pon tak amik tau anak kencing berak lagi la buat tak tau.

Kalau jenis laki kau boleh buat takpe la. Kalau tak pe jadi gan anak kau? Makan taik pon kau tak sedar. Yang beruntung dapat laki serba serbi boleh jangan amik kesempatan pulak. Kau tak tahu masak dengan selamber cakap takpe laki aku masakkan dia pandai masak. Tapi sampai bila?

Kalau kau tak pandai masak benda lain kemas rumah urus anak semua tau tak pe. Kalau semua tak tau tak lama lagi kau dapat la pangkat J. So, sebelum kau buat keputusan untuk kahwin kau kena sediakan diri kau dengan semua tanggungjawab. Perempuan, kau perlu bersedia ambil alih tugas mak dia yang selama ni mak dia yang uruskan diri dia.

Kau kena k0rbankan banyak benda. Kau kena k0rbankan masa kau nak hadap fon berjam-jam, masa tidur kau, masa kau tuk bersiap, masa kau tuk keluar jenjalan gan kawan-kawan. Tanya diri sendiri. Aku dah bersedia ke? Bila dah ada anak kau nak kena kuatkan mental dan fizikal. Mana kau nk hadap anak kau uruskan anak kau, mana kau nak hadap laki kau lagi.

Yang laki jangan semua benda nak tunding jari kat perempuan. Kau dah kahwin tak de istilah tu kerja orang perempuan bukan kerja orang lelaki. Bab tu kau pandai plak tapi bila bab kahwin nak tambah cawangan beria nak ikut sunnah la pe la bab jaga rumah tangga tak pulak kau nak ikut cara Nabi.

Lelaki, kau kena la ubah sikap bujang kau tu. Lebihkan hargai bini kau bukan pentingkan kawan-kawan kau. Bila kau s4kit kau lapar kau pandai cari bini kau. Asal tak suruh kawan-kawan kau. Bini kau tak dapat surprise coklat ke bunga ke dia tak kisah pon. Cukup sekadar kau hargai dia, lebihkan masa dengan dia tu dah cukup buat dia bahagia.

Buat hilang semua letih lelah dia hadap kerja-kerja kat tempat kerja dengan kat rumah. Tolonglah korang yang nak kahwin siapkan diri korang dengan ilmu-ilmu tanggungjawab hidup berumahtangga. Bukan saja syok nak show off aku dapat bini cantik, aku dapat laki hensem tapi tanggungjawab ZERO! – Aurora (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nur sumayyah – Betul apa ko ckp tu..
Tp bg aku bkn krn faktor umur or whatever.. This is pasal erti tgjwb bersama.. Ttg attitude diri sendiri & pasangan.. Bila dh berkawen kena pandai adapt dan bertoleransi dlm setiap perkara.. Bkn ttg 2 individu.. Tp keluarga ko dh mbjadi besar.. Dulu just ada ibu bapa,datuk nenek,tok sedara, sepupu sepapat belah ko je..

Tp bila dh berkawen semua tu jadi 2x ganda.. Apa yg ko sebut tu baru asas dlm perkahwinan.. Jika baru berkawen,x tahu masak,kemas umah urus anak dan whatever.. Semua tu blh belajar.. Nama pun kehudupan baru nk bermula.. Tp klau jenis x nk belajar,pemalas.. Mmg xde ubat la.. So bg aku umur bkn ttg faktor kegagalan dlm umahtangga..

Semuanya bermula dr sikap diri sendiri & pasangan.. Mcm mana ko nak adapt dan bertoleransi dlm setiap situasi.. Dan asas agama dlm diri dan keluarga juga memain peranan yg utama dlm membentuk sebuah keluarga yg harmoni & bahagia..

Syahirah firdaus – Kahwin bila dh ready.. bukan disebabkan umur atau apa.. Ramai ja yg khwin muda tpi perihal rumahtangga sangat tiptop.. Bab masak whtever tu boleh ja pelan2 belajar.. suami jugak kena main peranan.. If isteri tk pandai semua tu didik dan belajar sama2 .. ada ja sya tgok umur dh tua tpi satu habuk tk tau nk buat ..kemas rumah dan memasak ..

Bab berdengkur tuu hnya org dh kahwin ja tau.. nikmat hg tau bila ada irama baru dendang hg tidur .. mula2 mmg la tk boleh terima , nnti lama2 confirm hg sendiri akan rindu bunyi tu.. Bab penjagaan anak pulak.. Mana2 pasangan mesti main peranan masing2.. automatik sifat tanggungjawab tu terus ada dalam diri.. sbb apa?? Sbb dh ada anak kan ..

So apa2 pun terpulang pada diri kita sendiri.. kita yg akan tempuh, kita jugak yg akan mengubah segala benda.. Jdi awk jgn tengok dri sebelah pandangan ja.. kena tgok semua.. tk semestinya umur matang boleh buat segala benda.

Ku iris – Betul la tu semua point2 dia-skrg ni trend ‘cinta selepas kawin’ walaupun begitu kena pastikan tingkah laku,sejarah bakal suami&isteri, keluarga, dll.. bukan main redah je ye dan bukan juga dah kawin baru nak ambil tahu&selidik itu dan ini ttg pasangan kamu dan keluarga mentua..buat perkara ni sebelum kawin

Kawin bukan untuk bersuka-suka,bercinta-cinta-ianya satu amanah,tanggungjawab yang berat..tapi once kamu menjalani setiap satunya dengan ikhlas lagi redho (ini bukan pula maksud membiarkan diri dibuuli dan diambil kesempatan oleh pasangan baik dlm hal kerja2 rumah atau perbelanjaan rumah ye) maka Allah yang akan menghantar rasa kasih dan rasa sayang itu ke dalam hati para h4mbanya.

Faa frahyunus – Xnk komen bab lain… just bab umur, aku setuju dgn komen2 yg lain – umur hanya sekadar angka. Yg menentu perangai bertanggung jawab atau tak tu atas diri masing2. Pengasuh anak2 aku, umur baru 24, muda trang tang tang lg. Tp anak dh 2, yg sulung dh 6 tahun, sebaya anak aku jugak. Maknanya umur 18 dia dh beranak.

Tanggungjawab? So far dia mengasuh anak2 aku & anak2 asuhan lain baik, anak2 dia sndri pn nampak terurus. Selain yg aku nampak, wallahu’alam. tp secara mata kasar nya cukup aku nmpak dia seorang ibu muda yg sgt matang & btanggungjawab. Usia belasan tahun yg dikata tegedik2 nk kawin muda tu, selain faktor yg org kata “gedik nak kawin”.

asbab utama berkahwin nya dia sbb dh sampai jodoh. Allah penentu, bukan dia. Kalau tgedik2 tp blm smpai jodohnya, x kawin jugak. Tanggungjawab & sikap masing2 tu, sendiri tentukan. X semestinya dh kawin baru nk jd manusia yg btanggungjawab dlm kehidupan.

Sumber IIUM